23 Sep 2013

Selangor Naikkan Hadiah Anak Masuk Universiti Kepada RM3000


Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kedudukan kewangan negeri yang kukuh membolehkan pemerkasaan program-program pro-rakyat seperti ini.

“Kita mampu meningkatkan insentif ini berikutan rezab negeri yang semakin bertambah sehingga mencecah hampir RM3 bilion,” katanya dalam majlis perasmian Majlis Dialog Belanjawan 2014 di Hotel Grand Dorsett Subang Jaya.

Skim ini merupakan salah-satu daripada program pro-rakyat dibawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Hadiah ini diberi kepada anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah, untuk memudahkan mereka melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam/swasta yang diiktiraf kerajaan dengan mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda.

Setakat ini, jumlah direkodkan mencatatkan lebih RM35.7 juta dibelanjakan dengan kira-kira 35,722 peserta mendapat manfaat dari program Hadiah Anak Masuk Universiti itu.

“Sambutan kepada program ini amat membanggakan dan ia ternyata membawa manfaat besar kepada rakyat Selangor,” tegas beliau.

[GAWAT] Pelajar Belasan Tahun Sudah Terlibat Dengan Seks

Menipu demi seks

Kuala Kubu Bharu - Gara-gara kemaruk seks, seorang pelajar 13 tahun sanggup menipu ahli keluarganya dengan alasan mahu bermalam di rumah rakan, sebaliknya dia menuju ke sebuah surau menanti lapan lelaki untuk menidurinya. Illustrasi hiasan.

Walaupun diperlakukan seperti pelacur, pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah, masih tidak kesal dengan perbuatannya dan cuba menyembunyikan daripada keluarga.

Bagaimanapun perkara itu dihidu seorang lelaki yang kebetulan berada di kawasan surau dan ternampak remaja itu membersihkan pakaiannya.

Setelah mendapat tahu perkara sebenar, lelaki terbabit yang tinggal di perumahan dalam bandar itu menyampaikan hal tersebut ke pengetahuan keluarga gadis tersebut sebelum laporan polis dibuat.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, pelajar perempuan terbabit dilaporkan sering ponteng sekolah dan kurang mendapat perhatian keluarganya.

Menurutnya, ibunya yang sudah bercerai dengan bapanya sudah kembali ke Indonesia dan kedua-duanya sudah berkahwin lain. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkifli Bedin berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku pada pagi 20 September lalu di sebuah rumah kosong kira-kira 100 meter dari surau berkenaan.

“Pelajar itu dilaporkan ponteng sekolah pada 19 September dan tidak pulang ke rumah sebaliknya tidur di surau dalam taman perumahan di bandar itu.

“Sebaik perempuan itu sedar keesokannya, rakan-rakan lelakinya sudah menunggu sebelum mengikuti mereka ke sebuah rumah kosong,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, bertindak atas laporan keluarga mangsa, polis menangkap kelapan-lapan suspek dan direman untuk siasatan lanjut.

"Enam suspek berusia 14 tahun manakala dua lagi berusia 12 tahun.

“Pelajar perempuan tersebut dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut. Kes disiasat berkait rogol kerana mangsa masih di bawah umur," katanya. -SH

Rakaman Sidang Parlimen Sebentar Tadi -updated


Sidang Dewan Rakyat sessi kedua bermula pagi ini. Berikut ialah rakaman Pertanyaan Jawab Lisan - ehsan TVMPPAS. Dewan Rakyat 23 September 2013 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 23 Sept 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pencapaian program-program transformasi yang dilaksanakan Kerajaan sehingga kini dan menjelaskan:-
(a) pihak atau kumpulan yang mendapat faedah mengikut urutan; dan
(b) bagaimana usaha-usaha dilakukan bagi memastikan semua pihak memahami usaha baik ini.


2. Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status jenayah, khususnya kes tembakan, mengapa bilangan polis yang terlibat dalam siasatan jenayah tidak ditambah
kepada 50% anggota PDRM supaya dapat serta-merta membendung jenayah dan bilakah kekurangan anggota polis dapat diatasi seperti di Pulau Pinang yang mempunyai 5,700 anggota polis tetapi masih kurang 600 orang.

3. Tuan Ir. Shaharuddin bin Ismail [ Kangar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kenapa berlaku kenaikan harga minyak. Apakah bentuk tindakan bagi meringankan beban golongan yang berpendapatan rendah.

4. Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah mekanisme untuk kos pemulihan alam sekitar sepenuhnya bagi memastikan pihak yang bersalah membayar kembali untuk jenayah yang mereka lakukan memandangkan penalti yang sedia ada adalah amat kecil berbanding dengan keuntungan yang diperoleh.

5. Dato' Ar. Wan Mohammad Khairil Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala Kangsar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah pekerja berstatus kontrak dan status sementara di sektor awam pada masa ini. Apakah perancangan Kerajaan dalam memastikan kebajikan pekerja berstatus kontrak ini terjaga dan penyerapan kumpulan ini ke status tetap.



6. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mendidik masyarakat berhubung dengan kepelbagaian mazhab dalam Islam seperti Salafiyah, Asha`irah, Maturidiyah, Wahhabiyah dan lain-lain, ke arah memelihara keharmonian masyarakat Islam di negara ini.

7. Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sejauh manakah kejayaan pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dan berapakah jumlah penjimatan yang diperoleh oleh Kerajaan.

8. Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa ramai telah ditangkap di bawah Ops Cantas setakat 16 September 2013 mengikut bangsa, jantina dan negeri. Daripada jumlah itu, berapa ramai yang telah dibebaskan, dibebas dengan ikat jamin polis, direman dan dituduh di mahkamah.

9. Dato' Sri Liow Tiong Lai [ Bentong ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan strategi untuk menggalakkan transformasi Industri Kecil dan Sederhana ke industri pertumbuhan tinggi (high growth industry) dan meningkatkan daya saing melalui pemberian geran perniagaan, contohnya melalui SME Corp.

10. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan peranan yang dimainkan oleh International Youth Centre terhadap pembangunan belia di Malaysia dan kos penyelenggaraan bangunannya setiap tahun.

11. Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mengkaji semula kadar bantuan JKM yang sedia ada memandangkan bantuan tersebut dilihat tidak memadai dengan keadaan kos hidup yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

12. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan kedudukan jejantas sekitar Bandaraya Kuala Lumpur dari segi bilangan lama dan baru, kos pembinaan dan penyenggaraan, jejantas bermasalah tidak berfungsi, jumlah notis kompaun yang dikutip kerana tidak menggunakan jejantas, projekprojek baharu dan permohonan untuk jejantas yang ditolak.

Soalan MP PAS yang disenaraikan
16. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan dalam menangani banyak permasalahan yang berlaku di negara ini, termasuk kejadian jenayah, adakah Kerajaan bercadang untuk mengambil ajaran agama Islam sebagai penyelesaiannya termasuklah perlaksanaan hukum hudud.

26. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kes dan kos petisyen pilihan raya yang ditolak sejak Pilihan Raya Umum 1959 hingga kini. Nyatakan apakah usaha dan jaminan Kerajaan bahawa mahkamah pilihan raya bebas daripada campur tangan politik.

38. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan mendedahkan hasil kajian penyalahgunaan dadah di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia.

41. Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan statistik golongan muda di Terengganu yang terlibat dalam bidang keusahawanan.

49. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah bantuan seperti BR1M akan diberikan kepada golongan berpendapatan pertengahan yang terkesan dengan peraturan memendekkan tempoh bayaran balik pinjaman rumah dan kenderaan dan kini berdepan dengan kenaikan harga petrol dan harga barangan keperluan lain.

64. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah statistik ibu tunggal di Malaysia mengikut negeri serta apakah pencapaian program khas untuk membangunkan ekonomi dan jati diri keluarga di kalangan ibu tunggal seluruh negara.

82. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah tindakan Kerajaan dalam mengatasi masalah kebanjiran kereta sewa dari Thailand (Roadthu) yang semakin berleluasa masuk beroperasi dalam negara kita yang menjejaskan pendapatan pemandu kereta sewa tempatan.

88. Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan perancangan semasa dan akan datang bagi pembangunan kawasan Kuala Nerus.

95. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan :-
(a) adakah pihak Kementerian mempunyai hasrat untuk membina kemudahan baru bagi menaik taraf kuasa reaktor nuklear penyelidikan di tapak sedia ada Agensi Nuklear Malaysia, Bangi; dan
(b) apakah prasyarat dan jarak selamat bagi pembangunan awam sekitar reaktor nuklear penyelidikan Agensi Nuklear Malaysia, Bangi.

117. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan peratus dan jumlah agihan peruntukan setiap tahun bagi bahagian belia dan bahagian sukan dari tahun 2010-2012.

119. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-
(a) impak kepada tariff dan pengguna elektrik yang mengguna 300 kWh ke bawah terhadap penyelarasan harga gas asli yang dijual oleh PETRONAS kepada TNB;dan
(b) langkah-langkah meminimakan impak kepada pengguna awam atau persediaan supaya pengguna awam dapat menerima impak penyelarasan.

127. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah wang yang dilabur melalui syarikat kaitan Kerajaan ValueCap Ventures Bhd dan nyatakan jumlah keuntungan bagi tiap-tiap tahun operasi sejak ianya ditubuh.

131. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jenayah tembak yang semakin berleluasa sekarang.

138. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan mengkaji laporan 8 Mei 2013 "Resource Governance Index" (R.G.I.) oleh Revenue Watch Institute sebuah NGO antarabangsa yang mempromosikan keberkesanan, keterbukaan dan akauntabiliti pengurusan sumber asli yang meletakkan Malaysia di tempat 34 dari 58 negara dengan markah

46 dari 100 dan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk memperolehi prestasi yang lebih baik.

144. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh manakah perkembangan pembangunan Universiti Malaysia Kelantan (Pengkalan Chepa, Padang Tembak, Bachok dan Jeli). Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan dan berapakah yang diperlukan untuk menyiapkan sepenuhnya pembangunan universiti ini.

b. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013

2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Profesion Undang-undang (Pindaan) 2013

3. Menteri Kewangan * Rang Undang- Undang Perbekalan Tambahan (2013) 2013

c. Perbahasan Usul dan Rang Undang-Undang Bagi Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 5/2013) Rang Undang-undang Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

2. (D.R. 6/2013) Rang Undang-undang Profesion Undangundang (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

3. (D.R. 7/2013) Rang Undang- Undang Perbekalan Tambahan (2013) 2013 [ Menteri Kewangan ]

MP PKR Padang Serai Bahas RUU Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013 on 23/9/2013



MP PAS Kota Bharu Bahas RUU Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013 on 23/9/2013



Perbahasan RUU Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013 (1))



Dewan Rakyat 23 Sept 2013: Pertanyaan Jawab Lisan (4)



Dewan Rakyat 23 Sept 2013: Pertanyaan Jawab Lisan (3)

Dewan Rakyat 23 Sept 2013: Pertanyaan Jawab Lisan (2)

Dewan Rakyat 23 Sept 2013: Pertanyaan Jawab Lisan (1)



Akan dikemaskinikan

Pulau Pinang Dahului Negeri Lain Beri Peruntukan Kepada ADUN Pembangkang


Pulau Pinang lulus peruntukan pada ADUN Umno

Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno di Pulau Pinang akan diberikan peruntukan untuk projek pembangunan kecil sebanyak RM 40,000 setahun mulai 2014.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, peruntukan kepada pembangkang negeri itu "diluluskan secara prinsip" dalam mesyuarat exco negeri pada 18 September lalu.

"Selepas mekanisme peruntukan RM40,000 setahun ini ditetapkan, maka ia akan dibentangkan dalam Belanjawan 2014 kepada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada akhir tahun ini," katanya.

Dalam kenyataan hari ini, Lim berkata, langkah itu menunjukkan bahawa Pakatan bersikap terbuka, menghormati prinsip dan semangat demokrasi dan adil kepada semua pihak tanpa mengira latar belakang.

Oleh itu, katanya, berbeza dengan amalan konfrontasi BN dan menerima anjuran pendamaian nasional, mesyuarat exco meluluskah peruntukan itu "mengikut mekanisme ketat yang ditetapkan". -mk

Umno: Peruntukan bukan duit Guan Eng pun


"Wang itu bukan milik Lim (Guan Eng), tapi rakyat," begitu reaksi segera Ketua Pembangkang Pulau Pinang Jahara Hamid ketika ditanya tentang peruntukan RM40,000 untuk setiap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno di negeri itu.

Jahara bagaimanapun berkata, beliau memandang langkah itu sebagai positif, demi untuk kepentingan rakyat.

Lim, ketua menteri Pulau Pinang hari ini mengumumkan, sepuluh ADUN Umno di negeri itu akan diberikan peruntukan untuk projek pembangunan kecil sebanyak RM 40,000 setahun mulai 2014.

Katanya, peruntukan kepada pembangkang negeri itu "diluluskan secara prinsip" dalam mesyuarat exco negeri pada 18 September lalu, antaranya bagi menunjukkan keterbukaan Pakatan dalam menghormati prinsip demokrasi.

Sementara itu, ditanya sama ada wakil rakyat Umno akan menerima tawaran itu, beliau hanya menjawab, bahawa wang itu bukan untuk parti Melayu itu, tetapi rakyat.

"Kerajaan persekutuan (dipimpin BN) juga memberi peruntukan untuk pembangunan Pulau Pinang dan tidak pernah mendiskriminasi pihak yang berhak," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi. -mk


ULASAN GB

Jawapan bingai dari ADUN BN. Orang bagi dah cukup baik, kita nak tanya beliau, di negeri lain dimana UMNO BN memerintah ada tak peruntukan diberikan kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat?

Harga Gula Bakal Dinaikkan, "Diabetes" Sebagai Alasan


Menteri cadang naik harga gula elak diabetes

SEGAMAT - Kerajaan hari ini disaran mengurangkan subsidi harga gula secara berperingkat sebagai langkah menggalakkan rakyat mengurangkan penggunaan bahan itu dalam makanan dan minuman sekaligus mengurangkan penghidap diabetes.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata: "Setakat ini bilangan penghidap diabetes di negara ini telah meningkat kepada 2.6 juta orang atau 15 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.

"Ini semua berlaku kerana rakyat kita tidak mengawal penggunaan gula dalam makanan dan minuman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen kesedaran diabetes dan gaya hidup sihat Parlimen Segamat di Dewan Orang Ramai Pekan Buloh Kasap di sini.

Menurutnya penyakit kencing manis (diabetes) menjadi masalah besar kepada negara kerana mereka yang menghidap penyakit itu akan berisiko mengidap penyakit lain seperti masalah penglihatan dan penyakit buah pinggang.

Setakat ini katanya, dilaporkan terdapat seramai 16,000 orang pesakit buah pinggang dalam senarai menunggu untuk mendapatkan pemindahan organ itu daripada penderma yang purata hanya terdapat seramai 40 hingga 50 orang setahun.

Beliau turut mencadangkan agar pekedai makanan dan minuman tidak mencampurkan gula dalam minuman yang dipesan pelanggan sebaliknya meletakkan gula dalam bekas berasingan supaya pelanggan boleh membuat pilihan sama ada menggunakan gula atau sebaliknya dalam minuman. - Bernama

ULASAN GB

Alasan yang sama digunakan Najib dahulu semasa beliau mengumumkan pengurangan subsidi gula pada tahun 2012.

PAS sudah menjawabnya.


Gula naik tiada laporan pesakit diabetes berkurang


KUALA LUMPUR: Mengurangkan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram kononnya untuk mengelak rakyat negara ini mengidap diabetes adalah alasan yang tidak munasabah.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, harga gula yang sentiasa berlaku kenaikan namun tidak pernah dilaporkan pesakit kencing manis berkurangan.

Bahkan katanya yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat, tidak ada satu fakta yang dikeluarkan bahawa pesakit kencing manis di hospital berkurangan.

"Ia tidak memberi apa-apa makna jika kurangkan subsidi untuk kurangkan pesakit kencing manis. Alasan kerajaan tidak betul," katanya.

Tambahnya, penguna tegar tidak boleh elak dari menggunakan gula keadaan ini sama situasi dengan perokok mereka tetap merokok walaupun kerajaan naikkan berpuluh ringgit sekotak.

"Macam juga gula. Orang yang gemar manis mesti mahu rasa manis dalam minuman atau makanan, makan roti pun nak gula," katanya.

Jadi jelas Mahfuz, pengurangan subsidi ini tidak memberi kesan mengurangkan pesakit diabetes sebaliknya ia memberi keuntungan kepada kerajaan untuk menampung pemberian 'one off' kepada sasaran.

Katanya kerajaan memberi BRIM RM500 dan RM250 malangnya rakyat terpaksa belanja balik dengan harga makanan dan minuman yang meningkat.

"Naik 20 sen sekilo, saya percaya harga makanan dan minuman pasti naik. Tidak boleh tidak naik, peniaga mesti akan naik harga. Sudah tentu membebankan pengguna," katanya.

Justeru, beliau yakin dan percaya kerajaan tidak boleh menjamin para peniaga tidak menaikkan harga makanan.

"Jaminan mulut bolehlah. Saya cabar mana-mana menteri berhenti sekejap sebagai menteri jadi penjual kuih. Tapi jangan naikkan harga, melainkan dia mengecilkan kuih," katanya. -Hrkh