19 Ogo 2013

Hosni Mubarak Dibebaskan - Ujian Besar Untuk Rakyat Mesir


Mantan Presiden Mesir Husni Mabarak dibebaskan dari penjara. Pembebasan tersebut berlaku di saat kekecohan politik di Negeri Piramid tersebut.

Diktator yang berkuasa selama 30 tahun itu menghirup nafas lega, Isnin (19/8) waktu tempatan. New York Times menyatakan, pembebasan tersebut berdasarkan atas keputusan Mahkamah Agung di Ibu Kota Kaherah. The Guardian pula melaporkan Hosni Mobarak akan dibebaskan dalam tempoh 48 jam lagi selepas pihak pendakwa telah membersihkan beliau dari tuduhan korupsi, demikian kata peguamnya, Fareed el-Deeb.

Spekulasi beredar sebelumnya mengenai pembebasan tersebut. Dikatakan, pembebasan Mubarak adalah puncak dari strategi tentera mengembalikan kekuasaan para diktator.

Mubarak terlucut dari kerusi kekuasaannya sewaktu revolusi Mesir 2011. Kelompok Ikhwanul Muslimin dan kumpulan lainnya memaksa penguasa 30 tahun ini untuk turun..

Kejatuhannya Mubarak membuka pintu revolusi di negara-negara Timur Tengah. Sejak 2011, Mubarak ditahan di Penjara Torah di Kaherah.

Mubarak dimasukkan ke penjara dengan banyak sebab. Beberapa adalah, Mubarak adalah penanggung jawab atas terkorbannya ratusan demonstran pada 2011.

Tuduhan lainnya adalah penyalahgunaan kekuasaan. Rejim Mubarak dituduh penuh dengan skandal mega korupsi dan penyalahgunaan-kuasa. Semasa Mursi menjadi presiden, pengadilan kerap gagal membicarakan Mubarak.

Anadolu Agency, Ahad (18/8) memberitakan, badan kehakiman merancang di Kaherah untuk membicarakannya pada Khamis ini(22/8) mendatang.

ULASAN GB

Satu demi satu ujian berat terpaksa dihadapi oleh rakyat Mesir dan sekalian pejuang kebenaran dan keadilan.

Selepas Dr.Mursi digulingkan. diikuti dengan pembantaian rakyat oleh tentera dan polis Mesir, kini sang diktator pula dibebaskan.

Semuga Allah memberikan ketabahan dan kemenangan kepada rakyat Mesir tertutama kepada para pejuang kebenaran dan keadilan, sesungguhnya kebenaran dan keadilan itu akan tetap menang akhirnya!

Polis Malaysia Tiru Polis Mesir? Menggelidah Tanpa Waran...


Rantau Panjang - “Maaflah, kami tersalah rumah,” kata pihak berkenaan, yang menceroboh masuk ke dalam rumah seorang pengetua di Taman Nering, jam 3 pagi, kelmarin.

Setelah pihak terbabit memeriksa rumah selama lima minit, pengetua yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 56, berkata, salah seorang daripadanya memohon maaf kerana tersilap rumah.

Rosakkan beberapa pintu

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 56, memohon penjelasan daripada pihak berkenaan, menceroboh kawasan rumah pada lewat malam tanpa mempamerkan waran geledah.

Ketika kejadian katanya, dia dan isteri bersama dua anak sedang tidur di dalam bilik, terkejut dengan ketukan kuat di bahagian pintu depan rumah.

Serentak dengan itu, mereka mendengar jeritan seorang lelaki yang mengarahkan mereka membuka pintu dengan segera.

“Jika saya enggan membuka pintu, mereka menjerit akan memecahkan pintu dan menceroboh masuk.

“Walau siapa pun berada di luar, saya tidak akan buka kerana berhak untuk menjaga keselamatan keluarga dan harta benda,” katanya.

Pernah dirompak penjenayah mengaku pihak berkuasa

Ahmad yang juga pengetua sekolah agama berkata, keluarganya masih trauma mengenangkan kejadian yang sama pernah berlaku 2008 lalu.

Ketika itu katanya, mereka dirompak oleh penjenayah, menggunakan cara yang sama.

“Penjenayah lengkap berpakaian kalis peluru, seragam gelap, menutup muka dan mengetuk pintu dengan cara yang kasar.

“Mereka juga mengaku pihak berkuasa dan meminta kami bekerjasama bagi menyelesaikan kes jenayah,” katanya.

Percaya dengan dakwaan tersebut, Ahmad membuka pintu namun tanpa disangka mereka disamun sehingga menyebabkan kerugian yang banyak, apabila penjenayah melarikan barang kemas isteri dan beberapa peralatan rumah lain.

Disebabkan itulah katanya, dia enggan membuka pintu kerana tidak mahu ‘pisang berbuah dua kali’.

Halang penduduk dekati rumah

Kekecohan yang berlaku menyebabkan jiran dan saudara terdekat mengerumuni rumah.

Namun katanya, meskipun diajukan pelbagai persoalan, penduduk dihalang untuk mendekati rumah.

“Hanya selepas sejam berlalu dan identiti pegawai berkenaan dipastikan sendiri oleh penduduk, barulah saya bersetuju untuk membuka pintu.

“Disebabkan mereka memecahkan pintu lebih awal, ia rosak sehingga menyebabkan saya terpaksa membuka pintu sliding bersebelahannya,” katanya.

Lebih mengecewakan, Ahmad berkata, pegawai berkenaan memasuki bilik dan menggeledah almari dan keluar dalam masa lima minit.

“Hanya selepas mendapati kami berempat berada di rumah, malah anak lelaki masih kecil, pegawai berkenaan keluar tanpa sepatah kata.

Maruah tercalar

“Meskipun saya mengalami kerugian akibat kerosakan pintu itu, namun ia boleh digantikan dengan wang ringgit.

“Namun maruah yang tercalar tidak akan dapat dipulihkan dalam masa yang singkat,” katanya.

Beliau berkata, maruahnya sebagai seorang guru malah pengetua sekolah agama, tercalar disebabkan pihak berkenaan melakukan kesilapan membaca peta.

Sepatutnya Ahmad berkata, pihak berkenaan memastikan sasaran terlebih dahulu, sebelum mengambil tindakan.

Cara itu katanya, menunjukkan kurangnya integriti sebaliknya mengambil mudah dengan melabel penduduk sebagai tidak bekerjasama membanteras jenayah.

“Saya menggesa pihak berkenaan memohon maaf di atas kesalahan yang dilakukan,” katanya. -SH

Adun DAP Selangor Seru Bukan Islam Bantah Kezaliman Rejim Tentera Mesir

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku dari DAP, Lau Weng San antara yang lantang mengutuk pembunuhan beramai-ramai rakyat Mesir.

Sekalipun bukan beragama Islam, beliau menyuarakan kecaman itu ketika berucap pada Perhimpuan Munajat Perdana Untuk Mesir di Padang Merbok kelmarin, atas nama kemanusiaan.

Saya bukan Muslim tetapi sebagai umat manusia, kekejaman terhadap rakyat Mesir oleh tentera mereka sendiri itu harus dikutuk. Ini soal kemanusiaan.

“Peristiwa pembunuhan beramai-ramai juga pernah berlaku di China. Kita sebagai manusia yang ada naluri kemanusiaan sedih dengan peristiwa itu,”
katanya.

Weng San menyifatkan penggulingan Mursi tidak wajar kerana membelakangkan keputusan yang dibuat rakyat Mesir dan mendesak rejim tentera menghormati kemenangan Ikhwanul Muslimn pada pilihan raya negara itu.

Beliau turut mendesak masyarakat dunia tanpa mengira agama mengutuk kekejaman tentera Mesir.


Weng San antara 5,000 rakyat Malaysia yang hadir perhimpunan yang turut disertai masyarakat Cina dan India, selain warga asing dari pelbagai negara.

Perhimpunan itu juga disertai 25 NGO termasuk Tamil Foundation, Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MPMA-BKHST) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Dewan perhimpunan dan pertubuhan Cina dari beberapa negeri, antaranya Dewan Perhimpuan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCH), Negeri Sembilan (NSCAH), Bandar Cina Pulau Pinang (PGCTH), juga hadir.

Ambiga: Bersih 4.0 Pasti Jika SPR Terus Berdiam

Berakhirnya PRU13, 5 Mei lalu, pembangkang dan beberapa NGO masih tidak dapat menerima keputusan yang diperoleh memihak kepada kerajaan BN.

Mereka mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus dan bersekongkol sehingga PR kalah dalam keadaan yang tidak dijangka.

Rentetan itu, Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga mengumumkan Bersih 4.0 akan diteruskan seandainya SPR tidak memberi tindak balas terhadap kepincangan sistem pilihan raya.

Ambiga yang dipetik daripada sebuah portal berita turut menegaskan demonstarasi jalanan akan diadakan jika SPR melaksanakan persempadanan semula di kawasan Parlimen dan negeri, sebelum daftar pemilih dibersihkan.

"Ini bukan satu ancaman tetapi janji. Kita perlu menunjukkan kesungguhan kita dan membuatkan mereka sedar yang kita benar-benar maksudkannya.

"Kita boleh melihat bukti dalam RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) di Sabah bahawa daftar pemilih di Sabah dan di seluruh Malaysia memerlukan pembersihan. Jika persempadanan dilakukan sekarang, kita akan terperangkap untuk tempoh lapan tahun akan datang dan tidak akan ada perkara yang akan berubah,"
katanya.

Mengulas lanjut, Ambiga juga berkata waktu pelaksanaan Bersih 4.0 bergantung kepada maklum balas yang diperoleh daripada SPR.

"Saya ingin melihat beberapa maklum balas daripada mereka. Saya mahu melihat tindak balas mereka bahawa mereka akan membersihkan daftar pemilih sebelum meneruskan membuat sebarang keputusan," katanya. -SH

Dr. Salim, Bekas Calon Presiden Lawan Morsi Kini Membela Morsi


Dr. Muhammad Salim Al-’Awwa—cendikiawan Islam, mantan Setiausaha Agong Persatuan Ulama Antarabangsa, dan mantan calon presiden Mesir—menyatakan dalam komunikasi melalui telefon di channel Aljazeera Sabtu (17/8/2013) kemarin bahawa:

1. Pemegang kekuasaan di Mesir ketika ini selalu menolak semua inisiatif damai.

2. Saya masih terus menyeru As-Sisi dan orang-orangnya untuk introspeksi diri dan memikirkan kembali langkah yang sudah mereka ambil.

3. Kemana mereka akan pergi dengan sekian banyak darah yang mereka tumpahkan itu?

4. Tuduhan teroris yang dilemparkan oleh pemerintah As-Sisi kepada Ikhwanul Muslimin adalah lelucon bodoh yang tidak perlu sibuk-sibuk dibantah.

5. Saya adalah kompetitor Ikhwanul Muslimin dalam pilihanraya presiden, dan saya tidak pernah menjadi sebahagian dari mereka, tapi saya terpanggil untuk membela mereka. Saya bersaksi bahwa mereka tidak bersenjata, tidak memiliki semua yang dituduhkan oleh pemerintah As-Sisi, dan mereka bukan para penganjur kekerasan (ekstremisme).

Keluarga As-Sisi: "As-Sisi Itu Pengkhianat, Pembunuh, Saya Tak Akui Dia Sebagai Keluarga”


Salah seorang mangsa pembantaian tentera di Mesir pada hari Rabu (14/8/2013) dan Jumaat (16/8/2013) adalah Khalid Lutfy al-Sisi.

Siapakah beliau?

Khalid adalah anak lelaki dari Ust. Hazin Luthfi Abdul Aziz Abdurrahman Assisy. “Ya, anak saya tebunuh oleh tentera,” ujar Hazin.

Kepastian itu sudah diperolehinya bahawa, Khalid Lutfi memang terkorban di Rab’ah atau mungkin di Nahdhah.

“Atas dasar ini, saya tidak terima Abdel Fatah al-Sisi sebagai keluarga, kerana dia adalah penghianat, pembunuh, dan insyaAllah akan mendapatkan azab yang kekal dari Allah swt!” tutur Hazin geram di youtube.

Tak lupa, Hazin juga berdo’a semoga Allah memberikan kesabaran kepada semua rakyat Mesir dan seluruh keluarga korban yang meninggal akibat kekejaman al-Sisi.

“Kami tidak boleh tinggal diam atas keadaan ini,” demikian Hazin.