16 Ogo 2013

Keluarga Mangsa Diminta Mengaku Jenazah Terkorban Kerana Bunuh Diri


Banyak mayat yang terkorban akibat pengusiran dengan pembantaian di Mesir pada Rabu (14/8) lalu masih tersusun di beberapa masjid di Kaherah.

Keluarga korban kesulitan membawa mayat sanak saudaranya untuk menguburkannya di tempat yang sesuai. Gulfnews melaporkan, pemerintah yang dibentuk tentera Mesir mengenakan prosedur yang ketat sehingga keluarga mangsa menghadpi kesulitan untuk menguburkan mereka.

"Kami tiba pada pukul 7, semua keluarga disini," ujar Atif Hashim, seorang guru berusia 50 tahun yang sedang berada di barisan, menunggu jenazah sepupunya, seorang ayah dengan lima anak.

"Mereka hanya minum teh di dalam. Mereka hanya melempar mayat ke lapangan dengan airbatu,"ungkapnya berhubung dengan gelagat para petugas pemakaman.

Aljazeera melaporkan, beberapa keluarga tidak berupaya mendapatkan izin untuk memakamkan mangsa yang terkorban. Padahal, mereka hendak mengubur keluarganya pada Khamis (15/8) lalu.

Menurut para keluarga korban yang diwawancarai Aljazeera, Kementerian Kesihatan bentukan tentera Mesir menginginkan mereka untuk menerima sijil kematian yang mencatatkan mangsa terkorban kerana membunuh diri.

Polis Mesir dilaporkan mengambil alih sebuah masjid di Kaherah yang berisi puluhan jenazah demonstran IM yang syahid ketika pertempuran pada Rabu (14/8).

Aktivis Islam yang berada di dalam masjid menyatakan, Polis Mesir menembakkan gas pemedih mata ke dalam masjid.

"Mereka mengepung masjid dan menembakkan gas air mata di luarnya. Mereka sekarang memasuki (masjid) dan kami pergi," kata Ibrahim, seorang petugas perubatan lapangan yang berada di dalam masjid, seperti disadur dari AFP.

Ibrahim mengatakan, lebih dari 200 ratus mayat menurut kelompok Islamis masih berada di dalam masjid akibat tindakan penumpasan polis dan tentera, hari Rabu lalu, telah dibawa keluar pada pagi hari itu. "Masih ada 43 mayat lagi tetapi kami tidak dapat mengenalpasti mereka," katanya.

Siaran langsung yang ditayangkan di stsyen television swasta Mesir CBC menunjukkan, polis berada di dalam masjid.

Seorang kaiktangan Kementerian Kesihatan Mesir menyatakan, sekurang-kurangnya 525 orang terbunuh dan 3,717 orang lainnya cedera di seluruh Mesir, dalam pertempuran diantara pendukung presiden yang digulingkan Muhammad Mursi dan pasukan keselamatan.

Astagfirullah.. Polis Mesir Serbu Masjid Tempat Mayat Korban Pembantaian


Kaherah -- Pasukan keselamatan Mesir menyerbu sebuah masjid yang digunakan untuk meletakkan ratusan mayat korban kekerasan Rabu lalu. Pasukan tersebut menembakkan gas air mata sebelum masuk ke Masjid Iman di Nasr City, timur Kaherah dan memaksa orang untuk keluar.

Keluarga dari pendukung Muhammad Mursi berbondong-bondong ke masjid untuk mencari mayat anggota keluarga mereka setelah hilang akibat penyerbuan pasukan keselamatan di Rabaa al-Adawiya.

Berdasarkan laporan saksi kepada Mi'raj News Agency, Jumaat (16/8), pasukan keselamatan hanya mengizinkan orang tidak berjanggut meninggalkan masjid. Sementara, mereka yang berjanggut ditahan di dalam.

Dalam laporan, 259 mayat disemayamkan di dalam masjid itu, termasuk 12 mayat yang tidak dikenalpasti. Pasukan keselamatan Mesir membubarkan paksa dua kubu utama para demonstran pro-Mursi di Dataran al-Adawiya dan Dataran Nahda.

Peretempuran kemudian berkobar di antara pendukung Mursi yang marah dengan pasukan keselamatan di beberapa wilayah.

Jabatan Kesihatan Mesir menyatakan sekurang-kurangnya 578 orang terkorbam dalam kekerasan tersebut, termasuk 228 di Rabaa dan 90 orang di Nahda. Jumlah mereka yang terkorban secara rasmi yang diberikan jabatan kesihatan itu jauh di bawah angka yang diberikan aliansi nasional.

Gabungan parti-parti Islam pro-Mursi itu menyebut jumlah kematian di Rabaa al-Adawiya sendiri mencapai 2,600 orang.

Sementara itu, laporan MINA menyebut jumlah yang terkorban masih simpang siur. Satu sumber menyatakan 300 orang terbunuh di Nasr City dan sekitar 2,300 orang di wilayah lain di mana warga berdemontrasi di seluruh Mesir. -republika

Erdogan: “Para Fir’aun Itu Bakal Segera Hadapi Musa”, Turki Tarik Duta Besarnya Dari Mesir


Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan mengkritik habis-habisan pemerintah Barat berhubung kejadian di Mesir. Erdogan menyatakan bahawa “Musa akan datang dan kezaliman Fir’aun tersebut akan berakhir!”

Pernyataan ini disampaikan oleh Erdogan semalam, Khamis (15/8/2013) dalam satu sidang konferens di Bandar Antarbangsa Esenboga sebelum keberangkatannya ke Turkmenistan.

“Demokrasi di seluruh dunia akan dipersoalkan jika Barat tidak mengambil tindakan serius soal ini,” tegas Erdogan.

Erdogan mengutuk insiden Rabu berdarah di Kaherah. Ia menyebutnya sebagai ‘pembaitaian".

"Mereka yang tinggal diam menghadapi pembantaian ini sama bersalahnya dengan mereka yang melakukan (pembantaian) ini. Majlis Keselamatan PBB perlu segera membahas (masalah pembantaian ini)." katanya.

“Mereka yang diam dan acuh tak acuh terhadap pembunuhan yang terjadi di Mesir, merupakan penyebab utama hal ini,” tambahnya.

Selain itu, Turki berpendapat, Barat telah mengamalkan dwi-standard yang sangat ketara dalam menghadapi situasi di Mesir.

"Saya sampaikan pada negara-negara Barat. Anda tetap diam mengenai hal di Gaza, anda tetap diam terhadap apa yang berlaku di Syria... kini anda masih diam pada pembaitaian di Mesir. Jadi kenapa anda berbicara tentang demokrasi, kebebasan, nilai-nilai global, dan hak asasi manusia?" kecam Erdogan lantang terhadap sikap Barat dan sindiran pedas terhadap negara Islam lain yang berdiam diri.


“Tentera bertanggung jawab atas kudeta pembunuhan ini. Barat tidak pernah menyatakan apa yang terjadi di Mesir secara terbuka, meskipun mereka mengakui hal ini dalam pembicaraan peribadi di balik pintu tertutup,” demikian Erdogan.

Sehubungan dengan itu, Turki juga telah memanggil pulang duta besarnya untuk Mesir, menyusul insiden berdarah yang telah mengorbankan tak kurang dari 638 orang dan mencederakan 4.000 orang.

Pemanggilan pullang duta tersebut dilakukan untuk perundingan setelah pembantaian di Mesir, dan tak dipastikan sampai bila duta besar tersebut akan kembali semula ke Kaherah.

Turki menjadi salah satu negara yang paling keras mengkritik kudeta teenteraterhadap pemerintahan Presiden Mesir yang digulingkan, Muhammad Mursi.

Yusuf Al-Qardhawi: Jadikan Hari Ini (Jumaat) Hari Kemarahan Umat Islam Kepada Tentera Mesir


Ketua Persatuan Ulama Muslim Antarabangsa, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi, menyampaikan pernyataan rasminya berkaitan serangan ke atas dan pembunuhan Umat Islam di Mesir oleh pihak tentera pro Israel.

Berikut ringkasan pernyataan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi yang disiarkan lansung TV Al Jazeera, Rabu (14/8/2013).

1. Menjadikan hari ini - Jumaat (16/8/2013) sebagai Hari Kemarahan Umat Islam Dunia kepada tentera Mesir pimpinan As-Sisi.

2. Seluruh Umat Islam di negara-negara Muslim supaya turun ke jalan beserta anak dan keluarga mereka melakukan demontrasi aman.

3. Turun ke jalan melakukan demonstrasi aman ini hukumnya Fardhu ‘Ain bagi setiap muslim yang tidak mempunyai uzur syar’i.

4. Keselamatan para demonstran Al-Haq ini berada di tangan Allah, tidak akan terjadi apapun kepada mereka kecuali yang sudah Allah kehendaki.

Wajah Lelaki Belasah Isteri Dalam Lif, Dia Serah Diri Kepada Polis


Georgetown: Lelaki yang menjadi buruan polis selepas membelasah isteri dalam lif sebuah hospital swasta di Bukit Mertajam, Isnin lalu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan jam 4.45 petang Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata lelaki berusia 36 tahun itu menyerah diri pada pukul 4.45 petang.

"Saya dimaklumkan oleh IPD Kuantan, lelaki yang dikehendaki polis Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung rakaman CCTV yang membelasah isterinya telah menyerah diri di sana.

"Kita akan bawa lelaki itu balik ke Pulau Pinang bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan berhubung kejadian itu," katanya ketika dihubungi.


Beliau berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan polis percaya dengan penahanan lelaki itu, ia dapat menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh terdekat.

Rakaman CCTV yang dimuat naik dan disebarkan secara meluas dalam laman Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali.

Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.

Sementara itu, beberapa pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat hari ini melawat mangsa di rumahnya di Mengkuang. -mstar

Laporan sebelum ini
klik untuk baca