3 Mei 2013

Seorang Cyber-trooper Bertaubat, Seru Rakan Lain Henti Buat Kerja Dosa


Kuala Lumpur: Setelah menyerang setiap artikel Harakahdaily bertubi-tubi samada di Facebook Harakahdaily atau di web, akhirnya cybertrooper Umno yang terkenal “Lans Koperal Tangkap Lalat” akhirnya bertaubat.

Berikut ialah apa yang ditulis di dalam satu ruangan komen beliau –

“Assalamualaikum.

Tadi saya hampir terlibat dengan kemalangan yang mungkin meragut nyawa saya. Saya nyaris mati dilanggar lori besar tadi, dan saya yakin, Allah selamatkan saya untuk memberi peluang kepada saya bertaubat.

Saya tahu saya banyak berdosa.

Saya nak mintak maaf dekat Harakahdaily, kerana selama ini menghentam semua berita yang Harakahdaily terbitkan. Saya meminta maaf kepada semua penyokong/pimpinan PAS/DAP/PKR atas komen2 saya yang mengarut/merapu/mencerca/menghina anda semua selama ini.

Saya minta maaf, saya tahu kalau saya mati tadi, segala apa yang saya buat selama ini akan datang balik menghantui saya. Saya fikir, cukuplah saya menjadi macai menghina anda semua, tapi akhirnya saya masuk neraka.

Saya benar2 bertaubat. Saya takkan merapu lagi. Apa yang saya tulis selama ini, semua saya tahu bohong, tapi saya gila duit. Tapi kini saya sedar, duit yang banyak, kalau mati masuk neraka tak guna juga.

Saya minta maaf Harakahdaily. Saya dah bertaubat.

Saya akan minta rakan2 cybertroopers BN yang lain untuk turut berhenti buat kerja ini.


Gambar berikut ialah snapshot komen beliau.


Facebook beliau boleh dilayari di sini:
https://www.facebook.com/lanskoperal.tangkaplalat Atas dasar kebebasan bersuara, Harakahdaily tidak pernah menghalang Lans Koperal Tangkap Lalat untuk menulis komen merapu di laman milik Harakahdaily.

[EDISI KANTOI] Facebooker UMNO Minta Maaf Kerana Memfitnah Dr Siti Mariah


Masihkah ingat mamat ni yang fitnah Dr Siti Mariah dan beberapa YB dari PR kononnya mempersendakan Raja-raja Melayu?...

Seperti biasalah sama ada bertaraf facebooker maupun blogger asalkan berjiwa dan berdarah UMNO hebat mencabar suapaya disaman, apabila disaman terus melutut minta maaf..

Ini adalah kenyataan Dr Siti Mariah binti Mahmud calon PAS/PR Parlimen P111 Kota Raja mengenai permohonan maaf pemfitnah bergelar doktor berjiwa pekat UMNO.

Alhamdulillah, kes saman malu saya ke atas Dr Kadir Rahman selesai di Mahkamah Tinggi KL pada 30hb April 2013.

Saya tak sempat nak masukkan ke FB ni kerana sibok dengan pgm kempen PRU13 di Parlimen Kota Raja. Syukur nama saya sudah dibersihkan daripada fitnah seperti yang tertulis di dalam blog beliau bertajuk "APABILA RAJA DIJADIKAN JENAKA" pada 11hb April 2012.

Saya telah mengemukakan saman malu terhadap beliau melalui Tetuan Abdul Aziz & Yazmin pada 20 hb September 2012. Kes ini saya kira selesai dengan permohonan maaf defenden yang direkodkan di Mahkamah Tinggi KL 30/4/2013 seperti berikut:

Saya menyatakan bahawa Nota tulisan bertajuk "APABILA RAJA DIJADIKAN JENAKA" yang disiarkan dan/atau diterbitkan di dalam akaun Facebook pada 11/4/2012 yang telah menamakan DR SITI MARIAH BINTI MAHMUD adalah tidak diniatkan atau dimaksudkan ke atas DR SITI MARIAH BINTI MAHMUD. Sekiranya DR SITI MARIAH BINTI MAHMUD merasakan beliau telah dimalukan, maka Defenden memohon maaf.

Saya harap beliau belajar dari kesilapan beliau. Dalam ghairah menulis dalam FB, jangan sampai mengaibkan dan memfitnah orang. Saya mengambil langkah menyaman beliau kerana tindakan beliau telah menyebabkan tulisan beliau dipetik oleh blogger dan juga Utusan Malaysia selama beberapa hari tanpa usul periksa. Saya harap tiada lagi ulang siar berita sebegini mengenai diri saya.

Blogger2 dan Facebookers yang memanjangkan tulisan beliau dan juga mengutuk saya, saya maafkan kali ini. Saya mengambil contoh dari Tok Guru Nik Aziz yang memaafkan sesiapa yang memfitnah beliau supaya di hari akhirat nanti saya tak perlu tunggu terlalu lama di dalam proses pengadilan. Insyaallah.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Tetuan Abdul Aziz & Yazmin kerana berjaya mendapat permohonan maaf ini dan membersihkan nama saya sebelum Hari Mengundi pada 5hb Mei 2013 ini.

Dr Siti Mariah binti Mahmud


BERITA BERKAITAN


Khalid Samad dakwa Rahman Kadir ‘bohong’


SHAH ALAM – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mempertikaikan kebenaran dakwaanseorang pegawai perubatan, Dr Rahman Kadirmenerusi laman web sosial kononnya pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) telah mempersendaRaja-Raja Melayu semasa majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara, Rabu lalu.

Khalid berkata, beliau mempersoalkan dakwaan ditimbulkan itu kerana mendapati beberapa kenyataan dikeluarkan Rahman mengenai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Presidenparti itu, Tian Chua sebagai mengelirukan.

Katanya, beliau yang duduk sebaris dengan Azmin manakala Tian Chua di barisan depan Azmin.

Menurutnya, ia menimbulkan tandatanya apabila Rahman mendakwa duduk di depan Tian Chua tetapi boleh mendengar perbualan antara Azmin dan Tian Chua kerana jarak agak jauh.

“Mungkin dia (Rahman) ada buat pembedahan plastik surgeri ke apa,hingga boleh mendengar sebab jarak antara kami adalah jauh kerana saiz kerusi tersebut agak besar.

“Saya duduk di kerusi bernombor tujuh sebaris dengan Azmin (tiga) tetapi tidak mendengar apa-apa yang didakwa oleh Rahman,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Dalam laman sosial Facebook Khamis lalu, Rahman menzahirkan rasa kecewa terhadap tingkah laku biadab beberapa pemimpin pembangkang yang mengejek dan mempersendakan bentuk badan pemimpin kerajaan dan Raja-Raja Melayu.


Dakwa beliau, ejekan itu bermula semasa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memasuki Balairong Seri dan ia berterusan kepada Yang Dipertua Negeri serta sultan-sultan.

Khalid berkata, beliau turut mempersoalkan kebenaran dakwaan itu kerana Rahman mengatakan dia duduk di depan barisan ahli Parlimen pembangkang sedangkan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) turut duduk di situ.

Katanya, gambaran diberikan oleh Rahman itu sebagai ‘pembohongan’ dan Khalid mempersoalkan sama ada benarkah Rahman hadir atau sebaliknya.

“Kenyataan dia (Rahman) mengelirukan apabila mengatakan duduk di depan ahli parlimen pembangkang padahal kita tidak duduk asing malah bercampur bersama ahli parlimen BN.


“Jadi saya pertikaikan sama ada dia hadir dan sekiranya ya maka apakah nombor kerusi dan barisnya?” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan adalah mustahil Azmin dan Tian Chua mengeluarkan kenyataan seperti didakwa itu kerana ia boleh mengakibatkan ahli Parlimen lain menggunakan kesempatan itu untuk menjadikannya isu.
-SH (18/04/2012)

[VIDEO] Edisi Kantoi: Cubaan SPR Bawa Keluar Kertas Undi Dari Balai Polis Manjung


Lumut : Kejadian aneh berlaku pagi semalam apabila cubaan pihak tertentu untuk memindahkan kotak-kotak undi awal dan kertas undi kosong disedari oleh calon Pakatan Rakyat di Parlimen Lumut.

Kertas undi pos yang telah dipangkah cuba dipindahkan dari lokap balai polis.

Perkara yang tidak dirancang itu berlaku apabila calon-calon Pakatan Rakyat singgah melawat petugas parti yang bergilir mengawal kotak undi awal dan kotak kertas undi kosong di lokap IPD Seri Manjung.

Salah seorang dari mereka yang menyaksikan kejadian adalah calon KEADILAN bagi Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid.

“Saya sampai di tepi IPD ini, dan nampak ada pegawai SPR sedang memunggah kotak-kotak itu masuk ke dalam kenderaan pacuan empat roda. Saya tanya nak bawa ke mana. Dia kata nak bawa ke dewan undian. Saya tanya untuk apa. Dia kata untuk semak.

“Saya tekankan dalam peraturan tak ada pun yang mengatakan kotak-kotak ini boleh dibawa keluar. Hanya boleh dibawa keluar pada 5 Mei sebelum pilihan raya dilaksanakan,” kata Imran mendedahkan perkara itu.

Mereka berjaya mengambil gambar bukti kotak kertas undi yang sedang dikeluarkan dengan alasan untuk ‘SEMAKAN SPR’.

Ia pula dibuat tanpa sebarang notis dari pihak SPR kepada para calon atau wakil-wakil mereka.

Ekoran itu, pihak peguam dari wakil parti dalam Pakatan Rakyat sedang mengambil tindakan selanjutnya.

Dalam PRU 13 ini, selain Imran, Rohawati Abidin, calon PAS akan mewakili DUN Pasir Panjang, manakala DUN Pangkor diwakili Saifullah Zulkifli dari KEADILAN.


[BERGAMBAR] Rakyat Kelantan Bermunajat - Jawapan Kepada Keceluparan Najib -updated


Munajat rakyat Kelantan bagi menghadapi PRU 13 di Stadium Sultan Muhammad IV bermula jam 3.00 pagi tadi.

Ia adalah "jawapan" kepada "keceluparan Najib yang sehari sebelumnya memperlekehkan kerajaan PAS negeri Kelantan kononnya tiada pembangunan selama 23 tahun memerintah Kelantan sedangkan royalti Kelantan telah dirompak oleh UMNO BN sepanjang tempoh berkenaan.

Malah Najib turut memperlekehkan usaha kerajaan PAS Kelantan untuk membina lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai. Katanya:

“Bo lah weh, cukuplah 23 tahun, tipu rakyat, bohong. Ini nak buat lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai, buat tabung, ingat boleh buat lebuh raya dengan tabung (pungut derma daripada rakyat)?, berapa banyak tabung masuk, (sedangkan) kos RM2 bilion…(tentunya) tak boleh buat,” katanya ketika berucap pada Program Himpunan Rakyat 1Malaysia di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Petai.

Sekarang ini jawapannya, rakyat Kelantan menghadapkan wajahnya kepada Allah s.w.t. supaya dibalas segera segala tohmahan Najib berkenaan dan mengekalkan kerajaan PAS Kelantan di bawah pimpinan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Doa yang dibacakan sendiri oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

"Ya Allah Ya Tuhanku. Aku tak berdaya lagi untuk menjaga agamaMu di Kelantan dan di Malaysia kerana amat kuat serangan yang datang dengan pelbagai cara.

"Oleh itu aku minta kepada Mu pertahankan agamaMu sebagamana Engkau pertahankan rumahMu dari serangan.

"Hancurkanlah mereka sebagaimana hancurnya tentera Abrahah seperti daun kayu dimakan ulat,"
kata Tuan Guru Nik Aziz dalam doa itu.














[BONGKAR] Video Sumpah Laknat Saiful Di Depan Kaabah Meragukan -updated


Assalamualaikum w.b.t.

Dah tengok video Saiful Bukhari mengangkat sumpah laknat di depan Kaabah. Video tersebut pada 9 April 2012 tetapi baru dipublish di youtube sempena lagi 3 hari akan mengundi. Firstly aku tengok, wahh biar betul. Kalau betul Saiful Bukhari betul, harap kebenaran akan menjelma bagi pihak beliau. Tetapi kalau tidak benar, aku harap ALLAH melaknat dia kerana mempersendakan kekuasaan ALLAH S.W.T.

Aku tak sure sama ada aku akan ditangkap atau tidak kalau aku buat pendedahan yang aku rasa aku betul. First aku tengok, memang aku percaya video nie benar sebab video bewarna dan mempunya suara. Tak macam video-video UMNO/ BN buat yang video lucah. So aku pon tengok berulang-ulang kali untuk trace wajah muka Saiful samaada terdapat perbezaan tone. Ada sedikit. Oh it tdak boleh dijadikan bukti. Then ada something aku rasa tak kena.

Cuba perhatikan pada minit 1.03 saat.

Cuba perhatikan di saat ada seorang hamba ALLAH berbaju putih melalui di belakang badan Saiful. Seperti bertindih dengan Saiful walhal badan Saiful tidak sama sekali bergerak mahupun tersentuh. Aku pon jadi tanda tanya. Adakah ini hanya video menggunakan skrin hijau macam filem Cicakman dan Merong Mahawangsa. Aku tak mahu tuduh siapa yang create video ini. Tapi aku rasa ini satu penipuan.

Mereka dah mula belajar edit video bewarna dan bersuara, tapi hampa perasan tak, di kalangan ramai-ramai, suara Saiful amat jelas sekali berbanding background belakang. Itu mustahil. Cuba pergi market, rakam, background sangatlah bising. Allahuakbar. Sampai begini sekali politik Malaysia. Sedih ooii.

P/S : Ya Allah Ya Tuhanku, tunjukkan lah kebenaran kepada semua rakyat Malaysia. Amin. -fizgraphic.com



ULASAN DI FB:

Gambor tu superimposed; nampak pertindihan imej yg ketara dgn jemaah di belakang yg sdg bergerak. Pastu nape gambarnya closed-up? -Elias Hj Deris

try pulak tengok minit ker 1:10 saat,, siap menjeling time nak baca sumpah... hehehe -Asrul Budi

yup minit ke 1:02 sikit pun tak langar sepol ??????? -Rähmäd ThëCröw

Nape camera mcm ikut je pergerakan dia mcm camera kt kete F1...pdhl dia pegang dgn tgn... -E Palo Kain



APA KATA UST ZAMRI: