29 Mac 2013

[VIDEO] Zul Kulim Hina Ugama Hindu, PKR Desak Beliau Didakwa Dibawah Kanun Keseksaan


PKR mendesak naib presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Zulkifli Noordin disiasat bawah Kanun Keseksaan kerana didakwa membuat kenyataan bersifat menghasut terhadap penganut Hindu.

Naib Presiden PKR N Surendran berkata, kenyataan yang "menghina orang Hindu dan agama mereka" itu dikesan dalam video 5 minit di Youtube.

"Kata-kata yang diucapkan oleh Zulkifli Noordin antara serangan paling teruk pernah dibuat terhadap agama besar di negara ini," kata Surendran.

Beliau mendesak peguam negara dan ketua polis negara menyiasat Zulkifli yang juga anggota Parlimen bebas di Kulim-Bandar Baharu dibawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Undang-undang itu memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun atas kesalahan mencetuskan keadaan tidak harmoni.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Zulkifli bagi mendapatkan ulasannya berhubung dakwaan di atas.

Perbualan dengan penjual berhala

Dalam video itu Zulkifli kelihatan seperti menyampaikan ceramah agama di satu surau dan menceritakan perbualannya dengan seorang penjual berhala Hindu berhampiran Wisma Yakin, Kuala Lumpur.

Kedai berhala itu kata Zulkifli baru sahaja dilanda banjir dan berhala-berhala yang dijual turut rosak.

"(Saya tanya) Sama Tuhan pun kena ke? Tuhan pun kena, dia (penjual berhala) kata.

Apa macam Tuhan boleh kena? Itu Tuhan, patut dia Tuhan tahu (perkara yang berlaku).

"Apa pasal anne (abang) tak atur Tuhan anne (abang) depan kedai, kata 'woo! Air stop!' Pergi itu kedai mamak sana kasi banjir, ini Tuhan punya kedai. Apa pasal tak ada bikin itu macam? Tuhan patut tolong sama kita.

"Kalau Tuhan air pun tak boleh tahan, apa lagi dia nak bagi? Air pun tak boleh tahan ke? Tahanlah itu air.

"Dia kata apa dekat saya? Dia kata, "Hey dey thambi (adik)! Mana boleh, itu batulah. Dia pun tahu, dia marah kita pula," kata Zulkifli dalam video itu. -mk


Zul Nordin hina agama lain bertentangan ajaran Islam – Bippa


Penghinaan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin ke atas agama Hindu bertentangan ajaran Islam, kata Pengerusi Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama KEADILAN (Bippa), Ahmad Kassim.

Katanya, memperlekeh ibadat kaum lain seperti dilakukan Zulkifli itu sangat memalukan sekaligus menunjukkan beliau jahil agama.

“Jelas perbuatannya bertentangan al Quran surah al-An’am ayat 108 yang melarang orang Islam mencerca sembahan golongan bukan Islam.

“Ini amat memalukan masyarakat Islam. Zulkifli boleh dikategorikan sebagai jahil agama,” katanya dihubungi.

Dalam ceramahnya menerusi video yang tersebar di internet semalam, Zulkifli memperlekehkan agama Hindu dengan menggambarkan penganutnya menyembah tuhan mereka yang hanya diperbuat daripada batu.

Kata Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) itu, bencana alam yang melanda kedai jual patung tuhan Hindu juga turut dilanda banjir, sedangkan premis itu menjual peralatan kebanggaan agama Hindu.

Ahmad berkata, tindakan Zulkifli itu akibat tidak mengambil teladan zaman Rasulullah yang berinteraksi semua kaum tanpa membeza-bezakan.

“Singkap kembali sejarah Rasulullah…Baginda melayan orang Islam atau bukan Islam sama, tiada beza.

“Tidak perlu hina agama lain, cukuplah jaga agama sendiri dan patuh pada ajarannya,” kata Ahli Parlimen Kuala Kedah itu.

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Hindraf, S Jayathas menyeru Zulkifli supaya lebih sensitif bercakap soal agama terutama bukan Islam.

“Sebagai pemimpin, tak sepatutnya berlaku demikian. Sebagai Ahli Parlimen, pastinya beliau mengetahui tentang sensitiviti agama semua kaum di negara ini. Beliau tak layak jadi Ahli Parlimen,” katanya.

Timbalan Pengerusi Biro Hak Asasi dan Guaman KEADILAN selepas menyertai parti itu pada Oktober lalu menggesa kerajaan serius menangani perkara tersebut.

“Selagi tidak diambil tindakan, dibimbangi Zulkifli akan lebih berani menghina agama lain pula. Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak berkuasa perlu siasat segera walaupun perkara ini bukan dilakukan pemimpin Pakatan Rakyat,” katanya
-KD



Fitnah Video Seks : Kepala Otak Kotor Akan Hasilkan Perkara Kotor

Fitnah video seks yang disebarkan blogger upahan Umno-BN, Papa Gomo hanya menggambarkan diri beliau juga mempunyai pemikiran yang cederung ke arah melakukan perkara kotor.

Ini kerana menurut perspektif Islam, sesuatu tindakan kotor akan keluar dari jiwa dan hati yang kotor.

Demikian menurut Ketua Penerangan Pas Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man kepada TV Selangor ketika dihubungi hari ini.

“Tindakan ini keluar dari jiwa dan hati yang kotor akhirnya melahirkan tindakan yang bertentangan dengan syarak, etika dan moral kita sebagai orang Melayu.

“Ianya juga mendedahkan siapa kita sebenarnya dari segi pemikiran sosiologi manusia, ia menggambarkan indentiti sebenar kita, tetapi masyarakat boleh menilainya,”
kata Tuan Ibrahim.

Sepatutnya menurut beliau, Umno-BN haruslah menumpukan kepada isu-isu dasar yang lebih serius seperti rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, pembaziran dan sebagainya dan bukan isu remeh yang bertujuan mengaibkan peribadi ahli politik tertentu.

Tuan Ibrahim juga percaya, tindakan memfitnah tersebut diambil ekoran kegagalan Umno-BN menyelesaikan isu penyelewengan pemimpin mereka yang didedahkan pemimpin Pakatan Rakyat.

“Kita harus ingat, perbuatan kita tidak berakhir di dunia, tetapi di akhirat dan memfitnah juga termasuk dosa-dosa besar yang menghapuskan segala amalan lain,” ujar beliau lagi.

Sebelum ini Papa Gomo beberapa kali memfitnah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam beberapa siri video seks di blognya.

Dari rentetan siri-siri fitnah oleh Papa Gomo itu, Anwar mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman blogger tersebut sebanyak RM 100 juta.

Terbaru, Papa Gomo turut memaparkan surat terbuka kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan harapan Anwar berundur daripada politik tanah air.


[HOT] KPN, Tan Sri Ismail Omar Pun Ada Bergambar Dengan Penjayah Itu?


Setelah tersiar gambar-gambar si penjenayah yang bernama papagomo itu dengan para menteri, kini tersebar pula gambar papagomo dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di dalam laman sosial.

Beberapa soalan yang perlu dijawab oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar...

1: Apakah Tuan kenal individu yang bergambar dengan Tuan dalam gambar ini..?

2: Apakah Tuan tahu individu yang bergambar dengan Tuan ini ialah Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo..?

3: Adakah Tuan tahu bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo ialah Bekas Anggota Polis yang telah dibuang kerja kerana kesalahan Rasuah..?

4: Benarkah gambar ini diambil di kediaman Tuan..?

5: Apakah hubungan Tuan dengan Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo..?

6: Adakah hubungan istimewa Tuan dengan Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo menjadi sebab utama mengapa Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo tidak pernah dikenakan sebarang Tindakan atau Pertuduhan walaupun berkali2 mengeluarkan artikel lucah dalam blog beliau..?

7: Adakah Tuan pernah menerima Arahan dari mana2 Pihak Pimpinan Tertinggi Negara supaya mengabaikan semua Laporan yang dibuat oleh pelbagai Pihak keatas Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo atas Pelbagai pertuduhan..?

Mohon jawapan Brooo...!!!-fb serambi politik


Ulasan GB

Patutlah polis liat semacam jer nak ambil tindakan ke atas papagomo.

Bukan hasrat ini untuk merendahkan integriti Ketua Polis Negara. Namun foto berkenaan boleh menimbulkan persepsi negatif rakyat terhadap KPN khususnya dan keseluruhan anggota polis amnya.

GB dah pesan banyak kali, kebenaran akan TETAP muncul... Sekarang kita mahu dengar apa jawapan Tan Sri. Tapi GB berpesan kali ini: jangan hentak meja lagi... itu bukan etika seorang polis yang profesyenal!

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Kambing Biri-biri Beku Disangkanya Babi


Heboh, kecoh gegak gempita satu dunia apabila kambing dituduh sebagai babi dijual secara terbuka disebuah Pasaraya NSK, Selayang, Selangor D.E.

Mengapa perlu melatah dan membuat fitnah .. Bukankah rakaman gambar itu jelas kambing biri-biri beku impot yang ada dalam kereta sorong itu?

Sebab itu sebelum nak melancarkan serangan pastikan ianya berfakta bukannya ikut emosi semata-mata.

Yang menjadi masalah besarnya ada juga orang kita berbangsa Melayu dan beragama Islam percaya bulat-bulat dan ratah serta telan mentah-mentah kisah ini.

Kalau kambing dengan babi pun tidak boleh dibezakan baik tok sah jadi manusialah wei!!!!

Bukannya apa.. Omak kau kesian sungguh...semacam ada gerak mau menjatuhkan perniagaan NSK Selayang.. Itu jer.

Cubalah guna akal sikit.. Mana mungkin Pasar Raya dinegara ini akan jual daging babi secara terbuka..

Mengapa perlu wujudkan suasana dan iklim yang tidak harmoni dan tenteram dikalangan kita.

Apa faedah dan keuntungan yang kita dapat...Mohon rasional dalam menghebahkan berita dan cerita. -omakkau



BERHATI-HATI SEBELUM TERJEBAK DENGAN FITNAH


Dah tak larat pulak saya nak bagitahu mana-mana rakan yang share cerita tentang babi diletakkan secara terbuka di pasar NSK. Ambik gambar tapi takde nak siasat , sekadar tengok dari atas saja. Lepas tu yang tukang share pun sama, takde nak siasat kebenaran cerita, maka ramailah yang menyebarkan cerita yang tak sahih kebenaran.

Kenapa ramai sangat suka share dosa? Dosa sendiri dah tak ada ke maka nak tambah dengan klik share cerita yang tidak sahih kebenaran.

Pernah anda lihat frozen lamb? Biri-biri agak gemok dari kambing. Malaysia memang import biri-biri frozen tetapi TIDAK import babi frozen.

Lihat apa chef Fidze Rahman ni kata, " Maaf : kalau sy mencelah sikit.....sy seorang chef di hotel kl hampir 20thn,utk makluman semua itu adalah whole lamb carcase dr negeri aust,cuba anda perhatikn kain membalut lamb itu ada tulisan merah,tulisan merah itu adalah lebel dr negeri ia dtg,tarikh di sembelih,expire date,berat dan tanda ia telah di inspection di australia,sy menggunany setiap hari di hotel sy bekerja,klau anda biasa mkn di hotel apabila ramadhan anda akan dpt lihat kambing panggang jd itu lah bentukny,klau anda ke NSK ia akan di jual dlm bentuk part by part kambing,ini bermakna lamb atau pun mutton carcase yg anda lihat itu belum di potong part by part lagi..."

Saya ni cuma berpesan kerana kita ni beragama Islam. "Demi masa manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."

Sekadar berikan nasihat. Sebelum kita share sesuatu, pastikan apa yang kita share tu perkara yang benar2 jelas dan betul.

Saya tidak menyalahkan sesiapa, cuma takut2 kita tersebar fitnah jika ia tidak benar..

Sudah siasatkah gambar itu benar2 babi? Bukan biri-biri yang diimport?

Malaysia tidak import forzen babi, kerana Malaysia peneksport babi keluar negara. Untuk eksport pemotongan tidak dilakukan dipasaraya tetapi dikilang.

Malaysia memang pengimport biri-biri frozen. kambing agak kurus, tetapi biri-biri memang gemok.

Jika itu babi sepatutnya laporkan ke JAKIM, bukan sebarkan di fesbuk jika kita seorang yang benar2 bertanggung jawap.

Mohon maaf jika teguran saya ni salah.
-sumber:fb

[BERGAMBAR] Polis Mengaku Ikut ARAHAN Tahan Treler Jelajah PAS


Tahan treler jelajah PAS 'arahan' pihak tertentu?

Gopeng: Akibat ditahan pihak berkuasa, program jelajah treler berkebajikan PAS yang dijadual berlangsung di Gopeng tertangguh lebih sejam malah terpaksa diubah dari Seksyen 18 ke tapak pasar malam Kampung Pengkalan Pegoh.

Timbalan Yang Dipertua PAS Gopeng, Radzi Zainon berkata, pihaknya kesal dengan penahanan dan pemeriksaan treler itu yang diyakini dibuat 'atas arahan' pihak tertentu bagi mengganggu program yang dianjur hari ini.

"Kita lihat bila Barisan Nasional (BN) buat program, bukan sahaja tiada halangan malah anggota keselamatan turut memberi kerjasama.

"Tetapi apabila Pakatan Rakyat, bermacam-macam halangan diwujudkan dengan tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat agar tidak hadir ke tempat program tersebut,"
jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang kecewa dengan tindakan penahanan treler itu berkata, semua pihak sewajarnya bertindak profesional dalam dalam menangani perbezaan politik kerana Malaysia adalah sebuah negara yang demokrasi.

"Tindakan polis yang mengikut arahan pihak tertentu menyebabkan program kita terjejas lebih dari sejam.

"Bukan itu sahaja kita terpaksa mengubah lokasi ke tempat yang lain, dan kita khuatir jika meneruskan program di lokasi yang asal sudah pasti pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku," katanya ketika ditemui di program jelajah di Pengkalan Pegoh.

Tengah hari tadi, lebih 30 anggota polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Cawangan Khas mengepung treler Negara Berkebajikan PAS di Gopeng saja keluar dari lebuhraya.

Konvoi jelajah Negara Berkebajikan PAS ditahan oleh pihak polis ketika dalam perjalanan ke tapak program di Pengkalan Pegoh.

Pihak polis menahan konvoi jelajah di Taman Pinji Perdana setelah mengejar konvoi tersebut yang melalui sekatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.

Ketika ditanya tentang penahanan tersebut sehingga pihak polis terpaksa mengejar treler jelajah itu, mereka hanya memberi jawapan 'menjalankan tugas mengikut arahan dikeluarkan'.

Lebih kurang lima buah kereta peronda, empat buah motosikal berkuasa tinggi berada di tempat di mana konvoi tersebut ditahan.

Walaupun treler tersebut ditahan oleh pihak polis, namun pemeriksaan dilakukan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Konvoi jelajah yang ditahan hampir sejam itu dilepaskan setelah pihak JPJ membuat pemeriksaan dan mengambil segala maklumat dari rombongan konvoi.

Peguam PAS, Haji Asmuni Awi antara yang berunding dengan mereka bagi membolehkan perjalanan ke destinasi diteruskan.

Semalam, treler tersebut turut dihalang memasuki kawasan ceramah di Bandar Kamunting.

Difahamkan pihak polis membuat tiga sekatan jalan raya di laluan masuk ke tempat program tersebut mulai jam 6 petang lagi -HD









Ulasan GB

Jika bas Jelajah Rakyat PKR dibaling telur, cat merah dan batu oleh puak UMNO, treler berkebajikan PAS pula diganggu oleh Polis dan JPJ yang diperkudakan UMNO BN.

Polis tak serik-serik lagi mengikut telunjuk UMNO BN walaupun dah mendapat impak negatif di Lahad Datu dengan terkorbannya beberapa anggota keselamatan.

GB sudah berulangkali menyeru dan meminta polis supaya menjalankan tugas secara rofesyenal, tanpa pilih kasih atau diskriminasi dan bukan mengikut arahan UMNO BN.

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan dimana apabila polis gagal menjalankan tuasnya secara adil dan saksama, maka polis perlu menanggng risiko yang besar setiap ketidak-adilan dan setiap kerja yang dilakukan secara pilih kasih akan menyebabkan integirit dan kredibiliti polis tercemar.