27 Mac 2013

[VIDEO] Samseng Umno Buat Kecoh Lagi Depan Pejabat KEADILAN


Kira-kira 30 samseng dari beberapa NGO pro Umno membuat kecoh di depan Ibu Pejabat KEADILAN, kira-kira jam 3 petang tadi.

Kekecohan berlaku selama 20 minit sebelum kumpulan itu beredar.

Perhimpunan tersebut bagi menuntut supaya Naib Presiden, Tian Chua memohon maaf susulan kenyataan kontroversi berhubung insiden di Lahad Datu, Sabah.

Sambil membawa kain rentang mengutuk Tian dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kumpulan itu menjerit-jerit memburukkan Pakatan Rakyat dan Ketua Umum KEADILAN.

Menurut pengawal keselamatan di premis itu, S Valu, kumpulan samseng tersebut merupakan kumpulan yang sama membuat kecoh di pejabat KEADILAN dua minggu lalu.

"Mereka adalah kumpulan yang sama, cuma kali ini mereka jerit-jerit burukkan parti dan Datuk Seri (Anwar).

"Lepas selesai menjerit, terus mereka balik," katanya ketika dihubungi.

Menurut Valu, semasa kejadian, lebih kurang 20 polis hanya mengawal dan memerhati tindakan samseng itu sehingga mereka bersurai.

Terdahulu, pada 11 Mac lalu, kumpulan samseng sama membuat kecoh di hadapan pejabat KEADILAN sehingga menyebabkan seorang kakitangan cedera dan harta benda rosak.

Mereka bertindak liar dengan membaling telur dan kayu ke arah pejabat dan kakitangan yang terlibat.

Serangan itu menyebabkan logo parti di pintu utama pecah dan tiang tempat letak kereta Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail patah.

Bagaimanapun, kejadian itu hanya diperhatikan polis tanpa ada usaha untuk meleraikan kekecohan tersebut.

Lebih teruk lagi, tiada satupun siasatan dan tindakan dikenakan ke atas samseng terlibat. - NS/KD


22 April - Tarikh Bubar DUN Negeri-negeri Pakatan Rakyat


Negeri-negeri Pakatan Rakyat akan menamatkan segala teka-teki berhubung tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihanraya Umum di adakan dengan menetapkan tarikh 22 April ini bagi membubarkan Dun.

Tindakan ini akan dilakukan sekiranya perdana menteri tidak memgumumkan pembubaran parlimen sebelum tarikh tersebut.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Selangor telah memutuskan untuk membubarkan Dun pada tarikh tersebut.

Manakala negeri-negeri pakatan lain akan dibawa berbincang untuk mencapai kata sepakat berhubung tarikh bersama pembubaran Dun.


‘Pakatan Rakyat tidak mahu berdolak dalik mengenai pembubaran Dun kerana ia mendatangkan kegelisahan kepada rakyat.

“Pembubaran Dun di Negeri Sembilan yang berlaku hari ini secara otomatik tidak di izinkan berlaku di negeri pakatan Rakyat,” kata Abdul Khalid dalam sidang media bersama pimpinan tertinggi Pakatan Rayat di sini.

Menurut beliau yang juga Adun Ijok, penetapan tarikh tersebut untuk memberi tekanan kepada perdana menteri untuk membubarkan parlimen.

Menjawab soalan lain Abdul Khalid berkata penetapan tarikh pembubaran Dun tersebut juga bagi membolehkan SPR membuat keputusan supaya diadakan pilihanraya serentak.

Sebelum ini SPR menjanjikan tidak akan mengadakan pilihanraya berasingan bagi mengelak penggunaan wang rakyat yang banyak.

Selangor akan tamat tempoh matang Dunnya pada 22 April ini. Manakala Kedah 5 Mei, Pulau Pinang 2 Mei dan Kelantan 28 April.

Sidang media tersebut turut di hadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu.


Restoran Ini Terang-terangan Kibarkan Bendera Parti-parti Pakatan Rakyat


Dulu malu-malu & segan silu... Kini sudah secara terbuka dan berani..

LOKASI: RESTORAN FU SENG, TAMAN SKUDAI BERHAMPIRAN DENGAN SMK SKUDAI DALAM PARLIMEN P162 GELANG PATAH.

Dulu kalau nak tengok premis perniagaan dari kaum Tionghua di Johor, negeri UMNO paling gagah perkasa seantaro dunia, nak pasang bendera pembangkang amatlah payah sekali, malahan dikira sifar.

Kini itu sudah menjadi sejarah..Kaum Tionghua kini sudah berani menunjukkan secara terang, jelas dan tegas akan sokongan politik mereka.

Begitulah apa yang terjadi disalah sebuah restoran Cina di Taman Skudai dalam Parlimen P162 Gelang Patah, Johor.

Keberanian mereka semakin memuncak dan bertambah ghairah apabila disahkan pemimpin DAP, YB Lim Kit Siang akan bertanding disana atas tiket Pakatan Rakyat.

Jika diikutkan hukum akal logik.. Kalau keberanian dan keterbukaan sokongan kaum Tionghua sudah sampai ketahap begini, bererti lebih 85% undi kaum Tionghua akan berada dalam genggaman Pakatan Rakyat.

Peluang Pakatan Rakyat ke Putrajaya bolehlah ditafsirkan sebagai amat cerah sekali.

[VIDEO] Tun Daim Takut Kekayaannya Dirampas Jika PR Menang


Tun Daim Zainuddin didakwa takut dengan kemungkinan Pakatan Rakyat akan mentadbir Putrajaya selepas pilihanraya ke-`13 kerana bekas Menteri Kewangan itu adalah antara kroni terbesar Umno yang akan hilang kekayaan yang mereka.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Daim telah menyalahgunakan kuasanya sebagai menteri apabila mengaut keuntungan dan kekayaan saham Bumiputera bernilai ratusan juta ringgit untuk diagihkan kepada kroni dan keluarganya.

Anwar mendakwa, beliau mempunyai rekod yang membuktikan salah guna kuasa Daim semasa memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan dari tahun 1984 hingga 1991.

“Tun Daim itu bimbang dengan kekayaan yang diambil secara haram daripada negara. Apa yang saya tidak setuju ialah ekonomi negara itu digunakan untuk memperkayakan keluarga dan kroni.

“Tun Daim sendiri tahu ratusan juta wang Bumiputera miskin diagihkan kepada kroni beliau.

“Saya tahu dan faham rekod yang ada kerana saya menggantikan tempatnya sebagai Menteri Kewangan selepas itu,” katanya dalam satu sesi temuramah bersama Radio Free Malaysia (RFM) malam tadi.

Dalam wawancara dengan akhbar pro-Umno New Sunday Times, Daim berkata Anwar bukan calon yang tepat untuk menjadi Perdana Menteri.

Daim mendakwa Anwar akan mengucar-kacirkan negara dengan memimpin dengan nasihat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.

Beliau turut mendakwa, tiada suatu idea signifikan datang daripada Anwar selaku Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor.

Anwar menegaskan, semasa beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan, ekonomi negara membangun pesat antara 9 hingga 10 peratus setahun di samping hutang dan defisit negara dikurangkan.

Anwar berkata beliau yakin ekonomi negara akan bertambah lebih baik sekiranya Pakatan Rakyat (PR) diberi mandat untuk memerintah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Soal ekonomi negara saya yakin ia dapat ditambah baik seperti yang dilakukan Kerajaan PR di Selangor dan Pulau Pinang yang jauh lebih baik pengurusannya.

“Jadi bagaimana kita katakan pengurusan ekonomi PR itu lemah berbanding Umno-BN sebelum ini?” soalnya.


Rakyat Bentong Bangkit Tak Sabar Tengok Adnan Tunai janji Potong Telinganya


Rakyat Bentong tidak kira apa kaum kini bertekad bangkit mau melihat agar Tok Nan Yaakub menunaikan janjinya mau potong telinga dan terjun Sg Pahang jika DAP/PR mampu menang Parlimen P89 Bentong pada PRU 13 nanti.

Kesungguhan ini dibuktikan apabila ribuan warga Bentong, Pahang turun ramai-ramai memberikan sokongan padu pada ceramah anjuran DAP/PR di Benus, Bentong Pahang untuk mendegar ceramah yang disampai oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohammad Sabu, Ahli Parlimen Indera Mahkota YB Azan Ismail dan calon DAP/PR Parlimen Bentong Sdr Wong Tack.

Parlimen P89, Bentong kini disandang oleh Timbalan Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai.

Jika dilihat pada mood rakyat kini yang mau melakukan perubahan maka peluang untuk rakyat melihat Tok Nan potong telinga dan terjun Sg Pahang amatlah cerah sekali. -omakkau

SPR Benarkan Papagomo Mengundi 2 Tempat Timbulkan Persoalan

Keadilan mempersoal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana membenarkan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo (gambar) didaftar dalam senarai pemilih dengan tarikh lahir berbeza-beza sehingga menimbulkan kekeliruan rakyat.

“Ini menimbulkan tanda tanya yang amat serius apakah kesilapan nama dan tarikh lahir di bawah kad pengenalan polis yang sedikit berbeza disengajakan untuk menyukarkan ia dikesan?” kata Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli.

Rafizi sebelum itu melalui semakan dengan rekod sistem kawalan Imigresen mengesahkan tarikh lahir Wan Muhammad yang juga dikatakan sebagai blogger Papagomo di bawah kad pengenalan polis dan kad pengenalan awam adalah sama iaitu, 21 Januari 1983.

“KEADILAN berjaya mendapatkan paparan skrin rekod Imigresen Papagomo yang menggunakan pasport antarabangsa bernombor A20485305 dan menunjukkan kedua-dua kad pengenalan polis dan biasa (Wan Muhammad) adalah sama,” jelas Rafizi pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

KEADILAN pada 22 Mac lalu mendedahkan, Wan Muhammad mempunyai dua pendaftaran di dalam daftar mengundi, menggunakan kad pengenalan biasa dan polis.

Ini membolehkan Papagomo didaftar mengundi di dua tempat iaitu sebagai anggota polis dan sebagai orang awam.

Melalui skrin daftar pemilih tersebut, kad pengenalan polis Papagomo menunjukkan tarikh lahir 8 April 1983, manakala kad pengenalan biasa bertarikh 21 Januari tahun yang sama.

Bagaimanapun, pendaftaran mengikut kad pengenalan polis telah dipadam dari daftar pengundi serta merta.

Namun, tindakan pantas SPR itu tidak meredakan syak wasangka mengenai kepincangan daftar pengundi yang dikelolakan badan kerajaan itu.

“Penafian mudah Pengerusi SPR kini tidak boleh diterima bulat-bulat begitu saja. Beliau perlu menjelaskan apakah kegagalan menangani perkara yang mudah ini sebahagian dari perancangan terancang untuk mengelirukan rakyat dalam usaha untuk mengekalkan pengundi hantu?” tegas Rafizi.

“Sebuah badan seperti SPR tidak mempunyai alasan tidak dapat menangani maklumat ringkas seperti tarikh lahir, apabila jabatan kerajaan lain dengan mudah sahaja merekodkan tarikh lahir yang tepat,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Papagomo kini sedang menghadapi dua tindakan saman mahkamah dari Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berhubung artikel fitnah yang diterbitkan melalui blognya.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, bekas isteri Papagomo, yang dikenali sebagai Bellina akan turut memberi keterangan berhubung kes Husam yang sedang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan.

“Saya ada bertemu Bellina semalam di Kota Bharu. Dia juga akan memberi keterangan tentang Papagomo,” kata Saifuddin pada sidang media sama.

– NS / KD


Laporan sebelum ini
klik untuk baca

TG Nik Aziz Pilih Untuk Beriktikaf Di Masjid, Tidak Berehat Di Hotel


Alkisah To Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dari Seorang Sahabat..

Dah lama teringin berjumpa depan mata dengan beliau. Selalu lihat di dalam media sahaja. Kini sesosok tubuhnya sedang baring di hadapanku, tempat ia menjadi imam di masjid berhampiran rumahnya. Mungkin ini masanya beliau berehat sebentar selesai urusannya di siang hari. Beliau iktikaf di sini.

Hajat di hati ingin bersalam dan berborak dengan beliau, namun lihat keletihan beliau, hati kata "tunggu hingga beliau bangun".

Saya, warga Kuala Lumpur, kagum pada beliau, Menteri Besar Kelantan, Dato' Seri Nik Aziz Nik Mat. Alhamdulillah, perjalanan dari KL tidak sia2 bertemu ulama'.

[Kredit to syahirul.com] p/s Ganjaran untuk orang beriktikaf adalah selama mana dia duduk dalam masjid akan mendapat rahmat Allah dan walaupun ia sengaja tidur (dengan niat beriktikaf) maka akan tetap mendapat pahala yang berterusan.

Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari yang bermaksud:-

Dari Abi Hurairah Radiallahu-Anhu ia berkata, sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, “Apabila sesorang itu sudah berwudhu dengan sempurna dan berjalan ke masjid dengan niat semata-mata hendak bersembahyang, maka setiap langkah yang dilaluinya itu akan mendapat pahala dan menghapuskan satu dosanya.

Kalau dia beriktikaf pula dalam masjid (dengan ada wudhu) selepas selesai sembahyang, para malaikat berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wataala memohon ampun untuknya. Dan selagi dia beriktikaf di dalam masjid menunggu untuk bersembahyang, dia akan terus menerus mendapat pahala seolah-olah dia itu sedang sibuk melakukan sembahyang”.