7 Dis 2013

[VIDEO & GAMBAR] 3 Lamborghini Terbakar, Usianya Lebih 12 Tahun?


Tiga Lamborghini hangus di lebuh raya

SEREMBAN - Tiga kereta Lamborghini hangus terbakar dalam kemalangan di Kilometer 259 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) dekat Seremban, pagi semalam.

Menurut sumber, kemalangan melibatkan kereta milik warga Singapura yang sedang berkonvoi dari negara itu ke Kuala Lumpur.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.57 pagi itu, kereta ketiga daripada lima kenderaan itu dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lebuh raya sehingga menyebabkan dua kereta di belakang merempuh kereta itu.

Akibat rempuhan itu, berlaku kebakaran melibatkan ketiga-tiga kereta itu.

Sementara itu, memetik laporan portal tempatan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, dua jentera bersama 14 anggota tiba kira-kira tujuh minit kemudian, tetapi tiga kenderaan terbabit hangus terbakar.

Bagaimanapun, katanya semua pemandu dan penumpang sempat menyelamatkan diri.




ULASAN GB

Sebelum ini MIROS membuat kenyataan bahawa kenderaan terutama yang berusia melebihi 12 tahun tidak selamat berada di jalan raya kerana ia mengundang risiko kematian lebih tinggi semasa kemalangan berbanding kereta baharu.

Apakah 3 buah kereta Lamborghini di atas berusia lebih 12 tahun? Hukum kebenaran dan keadilan menolak kenyataan MIROS berkenaan. Bahawa angkubah kemalangan bukan berkait kepada faktor usia kereta.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biasalah...Malaysia ni suka buat kenyataan ikut sedap mulut. Terserlah mutu IQnya...