23 Dis 2013

Viagra Politik: MCA Dimalukan Kerana Sudah "Mati Pucuk"?

Najib malukan MCA, kata Guan Eng

DAP menyifatkan parti komponen BN, MCA telah dimalukan Presiden BN, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-60, semalam.

Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, penghinaan politik itu bukan daripada kekalahan pada pilihan raya umum lalu atau penolakan daripada rakyat tetapi dari kawan baik mereka sendiri.

“Jika MCA perlukan viagra politik daripada Kementerian Kesihatan seperti dinasihatkan Najib, ia hanya membuktikan kewujudan MCA bukan kerana prinsip mereka ataupun untuk berkhidmat kepada rakyat. Tetapi semata-mata berkhidmat untuk kepentingan Umno.

“Kegagalan MCA menegur Presiden BN dan Umno untuk komen yang sebegini menunjukkan betapa patuhnya MCA,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Guan Eng mempertikaikan tindakan MCA hanya membiarkan dirinya dimalukan di bangunan sendiri.

“Jika MCA tidak berani membantah apabila mereka dimalukan di bangunan mereka sendiri secara terbuka di hadapan perwakilan mereka, bagaimana rakyat boleh mengharapkan MCA melawan Umno untuk mempertahankan hak rakyat Malaysia?

“Rakyat menantikan jawapan bagaimana untuk bebas daripada penjara kemiskinan, rasuah dan hutang ekoran kegagalan pentadbiran BN,” katanya.

Tambahnya, “bolehkah viagra politik itu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat sehari-hari? Atau hanya bersandar pada dasar perintah Umno yang bermain dengan isu perkauman dan pelampau agama?

Semalam, Najib meminta MCA mengambil 'viagra politik' untuk mengembalikan semangat ahli parti yang semakin pudar.

Beliau berkata demikian setelah menyentuh soal prestasi MCA yang mengecewakan pada PRU13, baru-baru ini. -SH

ULASAN GB

Viagra adalaha sejenis ubat seks bagi mereka yang mengalamai disfungsi ereksi atau dalam bahasa mudahnya mati pucuk.

Jika MCA dikatakan Najib memerlukan viagra politik, ertinya MCA sudah "mati pucuk" di dalam politik. Tak boleh bangun lagi. Namun persoalannya apakah viagra politik boleh membantu MCA untuk bangun semula sedangkan parti Menteri Kesihatan yang diminta sediakan viagra itu yang kebetulan dari MIC juga mengalami penyakit yang serupa.

SEBENARNYA, "mati pucuk" bukan saja dialami oleh MCA & MIC tetapi UMNO juga. Prestasi BN semakin merosot dari PRU ke PRU... kerana BN sudah terlalu tua.

Walau apa pun jawapannmya, MCA sudah cukup dimalukan di dalam bangunannya dan di depan perwakilannya sendiri.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dasar kepala otak org amno tak ada ingat yg lain selain ingat pd seks seks seks.....
Da tak ada perumpamaan yg lain ke selain dr gunakan viagra tu?
Tak boleh ke gunakan "vitamin" ke, atau "tonik" ke, ......balik balik ingat tang tu jer.....haramjadah pm ni....

Tanpa Nama berkata...

Orang yg dijemput datang ke rumah, kemudian memalukan tuan rumah memang tak beradab. Sudahlah diri sendiri yg mati pucuk, disuruh pula orang yang mati pucuk memberi ubat mati pucuk kepada seorang lagi yg mati pucuk.

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin MCA tak perlukan nasihat Najib tentang viagra.Bekas Presiden MCA Soi Lek lebih pakar dari Najib tentang viagra. Najib sekadar bersuara aje tapi Soi Lek sudah ada video untuk membuktikan kehandalannya.

Tanpa Nama berkata...

Kalau MCA terima pakai nasihat ini, haros nasib TeongLai 2 X 5 SoiLek, kecundang gara gara bermain viagra. Takde ke benda lain yang lebih elok untok disebut dalam menasihat sesama kengkawan.... Berat dah mamat ni..

Tanpa Nama berkata...

Anak bahalol ikut gaya mak bapak nye aje....

Buat habis beras aje !

Malaysia Boleh berkata...

Inilah ucapan seorang pemimpin "agung" yang dayus. Mesti dia tak dapat layan Kak Ros, jadi Job Kor pakai viagra le. Jangan-jangan terbawa-bawa sampai ke dalam mimpi. Mimpi di siang hari.