8 Dis 2013

Tuduh Syiah Tanpa Bukti, Mat Sabu Patut Saman Zahid Hamidi

Perlu bukti untuk tuduh Syiah, kata Jamil Khir

Berikutan pendedahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu merupakan penganut ajaran Syiah, menteri berkaitan, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pembuktian kukuh perlu dibuat untuk menuduh seseorang itu penganut Syiah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, ajaran Syiah bukan melibatkan parti semata-mata, kerana ia adalah berdasarkan iktikad seseorang penganut fahaman berkenaan.

"Kita amat memandang ke hadapan pembuktian Datuk Seri Zahid," katanya ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

"Dalam ajaran Syiah dia bukan libatkan parti semata-mata. Syiah tak tertulis di wajah. Ia iktikad dalaman. Nak mendakwa seseorang itu Syiah, perlu ada pembuktian," katanya.

Ahmad Zahid ketika ucapan penggulungan Naib Presiden Umno memberikan kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menahan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kerana didakwa mengamalkan fahaman Syiah.

Beliau berkata, pihaknya mengetahui bahawa pemimpin nombor dua PAS itu mengamalkan ajaran Syiah.

"Kita tak faham kenapa pilih pemimpin Syiah itu jadi orang nombor dua dalam PAS. Datuk Seri Jamil Khir, KDN beri kuasa ambil tindakan terhadap kepimpinan kedua parti itu," katanya.

Ahmad Zahid berkata, beliau sudah mengenal pasti perkara itu dan menyeru PAS untuk mengetepikan perbezaan politik, dan bersatu menentang ancaman Syiah kerana ini merupakan soal akidah dan keselamatan negara.

Jamil Khir bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada Jakim sudah mempunyai bukti untuk menahan Mohamad, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada polis.

"Elok tanya Zahid. Elok tanya polis.

"Kita sebenarnya daripada awal kita adakan kerjasama dengan KDN,” katanya. -TMI


Mat Sabu: Saya pengikut Ahli Sunnah Wal Jama'ah


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menafikan tuduhan kononnya beliau merupakan seorang penganut ajaran Syiah sebaliknya menegaskan beliau adalah penganut agama Islam mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

Mohamad membuat penafian itu sebagai menjawab pendedahan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semasa ucapan penggulungan Naib Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO hari ini.

"Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," katanya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI.

Mohamad ketika dihubungi dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk berlepas ke lura negara selepas melawat mangsa banjir di Kuantan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dalam ucapannya itu meminta JAKIM mengambil tindakan ke atas pemimpin nombor dua PAS yang didakwa pengikut ajaran Syiah.

Dakwaan pemimpin PAS terlibat dengan ajaran Syiah sebelum ini pernah mendapat perhatian selepas isu itu ditimbulkan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini.

Namun PAS menafikan terdapat pemimpinnya terlibat dengan ajaran Syiah dan mengecam pihak-pihak yang cuba mengaitkan ajaran tersebut dengan parti tersebut.

PAS menegaskan jika terdapat pemimpin PAS mempunyai hubungan baik dengan pemimpin Iran atau gerakan Islam di Asia Barat seperti Hizbullah bukan bermakna mereka pengikut Syiah.
-astro awani



PKR dakwa Zahid Hamidi cuba gagalkan rekonsiliasi Najib


PKR mendakwa kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menuduh Mohamad Sabu (gambar) mengamalkan fahaman Syiah sebagai satu percubaan menggagalkan usaha Datuk Seri Najib Razak untuk mengadakan dialog nasional dan rekonsiliasi dengan Pakatan Rakyat (PR).

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata kenyataan Ahmad Zahid itu tidak adil kerana menjatuhkan hukuman walaupun Timbalan Presiden PAS itu tidak pernah menjalani perbicaraan terlebih dahulu.

“Tatkala Perdana Menteri dan Presiden Umno cuba menghulurkan tangan terbuka kepada Pakatan Rakyat untuk mengadakan dialog nasional untuk rekonsiliasi, Menteri Dalam Negeri dan Naib Presiden Umno pula bagai menghulurkan penumbuk kepada PAS khususnya dan Pakatan Rakyat amnya,” katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.

“Kenyataan Ahmad Zahid amat tidak produktif, berbahaya, dan bagai cuba menggagalkan rekonsiliasi yang diusahakan Najib. Ahmad Zahid perlu menarik balik kenyataan beliau ini,” katanya.

Ahmad Zahid hari ini memberikan kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menahan Mohamad kerana didakwa mengamalkan fahaman Syiah.

Ahmad Zahid dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur berkata, pihaknya mengetahui bahawa pemimpin nombor dua PAS itu mengamalkan ajaran Syiah.

"Kita tak faham kenapa pilih pemimpin Syiah itu jadi orang nombor dua dalam PAS.

“Datuk Seri Jamil Khir, KDN beri kuasa ambil tindakan terhadap kepimpinan kedua parti itu," katanya merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang bertanggungjawab memegang portfolio agama.

Dalam reaksi awalnya, Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu berkata, beliau akan berbincang dengan peguamnya mengenai dakwaan Ahmad Zahid itu.

“Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi kena bincang dengan peguam dulu,” katanya apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

Najib sebelum ini mengulangi komitmennya untuk mencapai rekonsiliasi nasional selepas keputusan Pilihan Raya Umum 2013 lalu.

Perdana Menteri berkata, beliau mahu memimpin negara bagi semua rakyat Malaysia.

“Pilihan raya umum ke-13 terlalu sengit dan walaupun Barisan Nasional kembali berkuasa dengan mandat, keputusannya menunjukkan polarisasi dalam negara,” katanya.

“Saya akui itu. Tetapi saya mahu ketepikan persengketaan untuk mencapai rekonsiliasi nasional. Saya mahu memimpin kerajaan yang mewakili seluruh rakyat Malaysia,” kata Najib dalam satu forum pada Isnin.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, mereka menyambut baik kenyataan Najib untuk mengadakan dialog.

"Oleh itu, sekali lagi kami mengulangi kesediaan serta mengambil sikap terbuka untuk mengadakan perbincangan ke arah kepentingan bangsa dan politik baharu," katanya.
-TMI


ULASAN GB

Mudah sangat menuduh orang sebagai Syiah tanpa bukti. Mat Sabu sepatutnya ambil tindakan undang-undang ke atas Zahid Hamidi dengan menyamannya sekurang-kurangnya RM200 juta kerana ia bukan saja menjejaskan nama baiknya tetapi juga parti yang beliau menjadi Timbalan presidennya.

Sebenarnya Zahid Hamidi sudah tidak ada modal lain untuk mencari publisiti di depan ahli UMNO.

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Perkara yang melibatkan iktikad tak boleh main-main. Ini yang dikatakan mempolitikkan isu syiah. sebagai bukti Ketua penganut syiah yang dah dikenalpasti siap mengaku lagi dan nak saman mufti kedah tak diambil apa2 tindakan pun. Masa DUN kedah luluskan enakmen anti syiah dulu canang satu dunia...... cuba fikir2 kan

Tanpa Nama berkata...

Betul tu, saman je.

Tanpa Nama berkata...

jika benar itu fitnah, mesti saman dia habis-habisan ... kena ajar sikit orang umno agar dia faham dan mengerti kuasa yang ada pada mereka jangan disalahgunakan untuk menghina orang lain ... jangan angkuh dan sombong ...!!!

Tanpa Nama berkata...

tengok muka zahid hamidi terasa menyampah yang amat sangat. Rasa nak termuntah.....

Tanpa Nama berkata...

Zahid Hamidi ni keturunan Melayu Pariah.. Bercakap dulu, berfikir tidak sekali. Menuduh orang lain sebagai syiah, sama saja dengan menuduhnya sebagai kafir.

Kalau orang Dacing kata PAS suka mengkafirkan orang lain, BN lagi teruk sebab pemimpinnya suka mengkafirkan orang lain tanpa ada kefahaman yang mantap tentang akidah.

Zahid, go to hell.

Tanpa Nama berkata...

Nak suruh Jakim tangkap orang yang belum tentu Syiahnya. Pergi tangkap dulu orang nyata dan terang menganut fahaman Syiah di Pendang. Kemudian dakwa orang itu di mahkamah syariah. Gunakan apa saja akta yang kau orang ada. Jatuhkan hukuman ..... kau orang mana ada akta nak dakwa di mahkamah .... Sekarang ni dipersilakan Mohd Sabu untuk saman Zahid .... haaa yang tu ada dalam akta ... siap kau duit banyak banyak nak bayar saman malu kerana menuduh orang nombor dua kami Syiah ........

gua melayu beb! berkata...

Penganut Syiah menolak sebahagian dr Rukun Iman.Apa beza ny dgn UMNO? Dajjal muncul di akhir zaman dgn menawar kn ganjaran dn imbuhan tetapi dgn bersyarat.Apa beza ny dgn UMNO?

Tanpa Nama berkata...

ini bukan jawa original....zahid betui macai laknatullah,mati sesak nafas la kau

Oh Ping Blog berkata...

saman je zahid hamidi 2..
bru dye taw langit tu tinggi ke rendah..

Tanpa Nama berkata...

MANA ADA DUN NEGERI KEDAH LULUSKAN ENAKMEN ANTI SYIAH DI KEDAH.

YANG ADA ADALAH SI BANGANG YANG TAK DAPAT MEMBEZAKAN ANTARA 'SYARIAH' DAN 'SYIAH'. EJAAN BERBEZA SI BANGANG TAK FAHAM... TAPI YANG ITULAH JUGALAH YANG DITIMANG-TIMANG DAN DILANTIK MENJADI MB NEGERIKU.

RASANYA SI BANGANG TU JUGA TAKKAN FAHAM ANTARA ISTINJAK DAN TAYAMMUM.

MUNGKIN YANG DIA DAPAT BEZAKAN ADALAH ANTARA BUBUR SORA DENGAN BUBUR KANJI (LAMBUK).

Tanpa Nama berkata...

Jika Zahid bolih tuduh Mat Sabu syiah tampa berbukti,bolih tak kita kata dia mengamal fahaman hindu bali dan tak payah buktikan?
Kan dia baru balik keNegara asal dia yangada agama itu?

batu api berkata...

Zahid cuma tahu cakap, tapi dia sendiri pon tak faham apa yang dia cakap.

Tanpa Nama berkata...

kalaulah betul mat sabu ni bukan syiah,untuk kebaikan dan membersihkan nama PAS aku cadangkan mat sabu saman aje zahid hamidi

Tanpa Nama berkata...

Ada hikmah di sebalik tuduhan tu. Selama ni Mat Sabu dituduh tak berapa terang2an sangat, oleh org2 yg klu dia saman pun tak de apa2 dapat untung, ha sekarang, apa lagi, SAMAN la... baru ada untung maaaaaa .. 1 Malaysia tau. AKU SOKONG SAMAN

Tanpa Nama berkata...

Salah satu perkara utama yg ada pada Syiah ialah nikah mutah. Pernah ke Mat Sabu nikah mutah? Kalau ye, berapa bini Mat Sabu lani. PAS dah pasti buang Mat Sabu awal2 lagi sbb pengikut PAS yg berfahaman srkuler macam UMNO pun PAS dah pecat.

Yang dok kalut kata Mat Sabu Syiah dan nak tangkap pasal apa?. Tuuuuu..Abdullah Hasan yang terang2 ulamak Syiah di Pendang Kedah yang memperlekehkan para sahabat awat tak dirangkap la la la ni jugak ( Rujuk buku Siapa Syiah Sebenarnya disusun oleh Abdullah bin Din & Azfar bin Abdullah cetakan kedua 2013, muka surat 57).

Tak pe Bang Mat bagi depa buat fitnah cukup2 biar tanggung dosa byk2 PAStu Saman Malu RM6 juta.

Tanpa Nama berkata...

Apa yg dilakukan Zahid Hamidi sama dng apa yg dilakukan oleh Zionis Amerika dan Penjajah British.Cap aje seorang tu "penjahat"(terorist) atau "komunis" - sudah boleh ditangkap.UMNO gunakan "syiah".Sekarang terbukti kempen syiah ni dimulakan oleh UMNO dan diikuti dan ditaati oleh beberapa orang dlm.PAS untuk menjatuhkan Mat Sabu.DiKelantan dah beberapa kali buat seminar anti-syiah dibiayai oleh agency kerajaan sebelum Muktamar PAS.Terdapt juga banyak blog-blog yg dibiayai oleh UMNO hentam Mat Sabu .Begitu banyak usha dan wang dah keluar Mat Sabu tetap menang jawatan Tim.Presiden PAS.Sekarang SiBangang ni nak arahkan KDN pulak nak tangkap Mat Sabu sebagai usha terakhir.Itulah kisahnya.

gengster melayu alaf baru. berkata...

Mari kita ramai2 doa untuk zahidi atau smbhyang hajat supaya dia mohon maaf terhadap mat sabu dgn byran ganti rugi dan byran plbagai sbnyk rm150 juta.
Dia jtuhkan hukuman sblum mhkamah buat perbicaraan.
Zahidi sudah kmbali ke zaman undang2 rimba.