11 Dis 2013

Siapa Sudah Sembunyikan Amir Bazli Yang Ditumbuk Zahid Hamidi?

Peguam Karpal Singh menggunakan rangkaian politik untuk mengesan anak guamnya, Amir Bazli Abdullah yang masih terikat dengan kes tuntutan saman terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa menyerangnya.

Amir Bazli, yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan, gagal menghadirikan diri di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 5 Disember lalu untuk prosiding kesnya di hadapan hakim hingga menyebabkan peguamnya bimbang di mana ahli perniagaan itu berada kini.

Pengerusi DAP itu turut mendapatkan bantuan daripada Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu untuk mencari Amir Bazli.

Karpal berkata, beliau mendapatkan bantuan Mohamed atau lebih dikenali dengan nama Mat Sabu kerana ahli politik itu mempunyai rakan dan ahli parti yang mungkin tahu di mana anak guamnya berada.

“Beliau berjanji untuk menghubungi beberapa rakannya dan ahli parti untuk mengesan anak guam saya yang perlu hadir di mahkamah hujung bulan ini,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Mohamed memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau sudah mengarahkan beberapa rakan untuk mencari di mana ahli perniagaan itu berada kini, berdasarkan kepada alamat terakhirnya.

Amir Bazli sepatutnya hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 5 Disember lalu untuk memaklumkan kepada Hakim Vernon Ong mengenai terma penyelesaian kes membabitkan dirinya dan Ahmad Zahid.

Karpal terdahulu sudah menghantar surat berdaftar menerusi Pos Malaysia dan satu lagi nota menerusi firma kurier tetapi tidak mendapat balasan daripada Amir Bazli.

“Saya diberitahu bahawa tidak ada orang berkenaan di alamat itu. Amir Bazli juga tidak dapat dihubungi menerusi telefon bimbitnya,” katanya.

Peguam veteran itu berkata, sebelum 18 Julai, Amir Bazli boleh dihubungi dengan mudah menerusi telefon bimbit dan akan datang ke firma guamannya dalam tempoh singkat apabila diberitahu.

Karpal memohon penangguhan terakhir dan mahkamah membenarkannya. Hakim menetapkan 31 Disember ini dan berharap Amir Bazli akan hadir di mahkamah.

“Saya sudah meminta peluang terakhir dengan harapan dapat mengesan Amir Bazli dan jika gagal, mahkamah mungkin akan membatalkan tuntutan samannya terhadap defendan (Ahmad Zahid),” katanya.

Bulan lalu, Karpal menulis surat kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk membuka semula tuntutan saman terhadap Ahmad Zahid berikutan proses pengantaraan berjalan tanpa kehadiran peguam.

Pada 18 Julai, Ahmad Zahid dan Amir Bazli bertemu dengan pengantara, Rohani Ismail yang juga hakim mahkamah sesyen di Kompleks Mahkamah Shah Alam.

Sejurus selepas proses pengantaraan selesai, kedua-dua pihak mendakwa isu saman itu sudah diselesaikan tetapi peguam mereka tidak dimaklumkan mengenai terma penyelesaian.

Rohani didakwa memberitahu kedua-dua pihak untuk merahsiakan terma penyelesaian.

Karpal bagaimanapun tidak menerima penyelesaian itu berikutan tuntutan saman Amir Bazli sudah ditetapkan untuk perbicaraan pada Ogos.

Amir Bazli terus menghilangkan diri selepas 18 Julai dan tidak menghubungi Karpal sejak itu.

Karpal berkata, beliau tidak gembira kerana tidak dimaklumkan mengenai pelaksanaan pengantaraan itu dan berkata, “duluan berbahaya belum terbuka”.

Beliau berkata, hakim Mahkamah Tinggi perlu dimaklumkan mengenai apa yang berlaku dalam proses pengantaraan itu walaupun kes itu dikatakan sudah selesai.

“Biar dia (Amir Bazli) datang sendiri ke mahkamah dan memberitahu hakim apa yang berlaku. Jika dia gembira dengan terma penyelesaian itu, biar ia direkodkan untuk membolehkan kes itu ditutup. Jika tidak, tarikh baru perbicaraan akan ditetapkan,” katanya.

Selepas pelaksanaan pengantaraan itu, Ahmad Zahid mendedahkan bahawa Amir Bazli memohon maaf kepadanya dan beliau juga memaafkan ahli perniagaan itu kerana menuduhnya.

Amir Bazli memfailkan tuntutan saman terhadap Ahmad Zahid pada Julai 2007 menuduhnya yang pada ketika itu memegang jawatan timbalan menteri menumbuknya di muka di Kelab Rekreasi Country Heights Kajang, Selangor.

Beliau berkata, Ahmad Zahid juga mengugut untuk membunuhnya dan beliau dikurung secara salah di rumah Ahmad Zahid di Country Heights.

Ahmad Zahid menafikan tuduhan itu dan berkata Amir Bazli mereka-reka keseluruhan cerita itu.

Beliau kemudian memfailkan tuntutan balas menyatakan beliau dimalukan dan mengalami trauma secara emosi akibat tuduhan Amir Bazli itu.

Amir Bazli turut membuat laporan polis terhadap Ahmad Zahid tetapi tiada tindakan diambil oleh pendakwa raya hingga mendorong ahli perniagaan itu memfailkan tuntutan saman.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Harap dpt dicari kerana dikuatiri mungkin telah dipencenkan secara paksa ke dlm kubur dan kes ditutup begitu shj mcm yg seorg tu yg tutup kes altantuya begitu shj.

Find him ASAP. Sebelum perkara yg tidak diingini berlaku.

Tanpa Nama berkata...

Cari sampai dapat kita main sorok sorok dgn zahid hamidi yg biul macam otak budak tadika.

gengster melayu alaf baru. berkata...

Jgn biarkan pengganas zahidi jadi pemimpin utama mlysia satu hari nanti kelak porakperanda lah mlysia.
Akan bebas lah pistol dan bom boleh d dapati dgn mudah d kedai senjata.

Tanpa Nama berkata...

kes C4 ke-2 ke...menarik ni...boleh lingkup cepat umno...

Tanpa Nama berkata...

Malangnya mempunyai pemimpin demikian rupa...

Tanpa Nama berkata...

cari jgn x cari..tkut diam2 je bsepai mcm altantuya.

Tanpa Nama berkata...

Mudah2an Allah melindungi beliau dr sebarang perbuatan khianat.

Tanpa Nama berkata...

AB akan muncul selepas tarikh luput; 31 Disember ini. Begitulah jalan ceritanya.

Tanpa Nama berkata...

entah menyorok kat villa Nabila