23 Nov 2013

Ugut Keluar Pakatan, PAS Pulau Pinang Bertindak Keterlaluan


Hadi akan jumpa pemimpin PR Pulau Pinang SHAH ALAM: PAS akan mengadakan rundingan tertutup dengan pemimpin Pakatan Rakyat bagi membincangkan kemelut isu dalaman antara parti itu dengan pentadbiran di Pulau Pinang.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, setakat ini pihaknya masih belum berjumpa dengan pimpinan PAS Pulau Pinang namun berjanji untuk bertemu dan meyelesaikan masalah itu dalam masa terdekat.

“Sehingga kini saya tak juma lagi rakan di Pulau Pinang, hanya baca melalui media sahaja.

“Saya akan jumpa dalam masa terdekat bila dapat penjelasan dan bincang sama-sama dengan Pakatan.

“Isu ini akan diselesaikan secara dalaman bukan melalui media,” katanya dalam sidang media selepas merasmika n Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Melawati di sini hari ini.

Timbalan Pesuruhjayanya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusof, Rabu lalu membidas kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP kerana gagal mengamalkan sistem kecekapan, akauntabiliti, ketelusan (CAT) terutamanya dalam pentadbiran hal ehwal Islam dan pelantikan wakil parti sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Muhammad Fauzi berkata kerajaan Pulau Pinang meminggirkan PAS serta tidak menghargai usaha dan sumbangan mereka dalam memastikan pakatan pembangkang kekal relevan di kalangan rakyat terutamanya masyarakat Melayu.

Ekoran itu, beliau berkata pihaknya akan mengkaji semula kedudukan mereka dan tidak menolak kemungkinan keluar Pakatan Rakyat jika kemelut itu berterusan.

Mengulas mengenainya, Abdul Hadi bagaimanapun mengakui masalah pasti berlaku memandangkan kekuatan PAS yang hanya ada satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sahaja di Pulau Pinang.

Beliau bagaimanapun menghargai kerjasama rakan sekutu Pakatan Rakyat yang telah memberikan kemenangan kepada PAS semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu walaupun hanya satu kerusi.

Katanya, walaupun tidak sempurna tetapi banyak lagi perkara positif yang berjaya dicapai PAS dalam pentadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

“Peranan yang diberi sangat besar cuma terpulang kepada PAS untuk isi peranan itu maka sudah tentulah ada masalah yang belum selesai,” katanya.

Ahli Parlimen Marang itu sebaliknya menyalahkan sistem federalisme yang sekian lama jadi amalan pentadbiran Pusat menyebabkan agenda tahaluf siyasi (kerjasama) sehingga kini gagal terlaksana sepenuhnya.

“Saya percaya kalau konsep federalisme diamalkan dengan lebih baik, banyak yang boleh kita tunjukkan kepada masyarakat.

“Apa yang ditimbulkan itu disebabkan banyak perkara yang masih belum diselesaikan lagi, itu perkara biasa kepada mana-mana negara dan perjuangan politik pun,” katanya.


Ugut keluar Pakatan: PAS Pulau Pinang tidak bijak, kata Mujahid


Langkah PAS Pulau Pinang meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) jika tuntutan mendapatkan jawatan mereka tidak diendahkan, ditempelak pelbagai pihak.

Selain pihak yang memerhati, pemimpin PAS juga tidak senang dengan langkah itu.

"Saya tidak nafikan ada masalah yang timbul dalam konteks hubungan antara parti PR dalam kerajaan negeri dan ia perlu diselesaikan.

"Tetapi membuat kenyataan secara publik dengan nada ugutan untuk keluar adalah sesuatu yang tidak bijak," kata AJK PAS Pusat yang juga Yang Dipertua PAS Bukit Gelugor, Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof (gambar).

Mujahid mengulas tindakan sebahagian pemimpin PAS Pulau Pinang yang diketuai Timbalan Pesuruhjayanya Fauzi Yusof, yang mengugut akan meninggalkan PR.

Mereka membantah campur tangan tidak munasabah dalam pentadbiran hal ehwal Islam dan pelantikan wakil parti sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Fauzi Yusof dalam sidang media di Seberang Jaya berkata, jika perkara itu berterusan, PAS akan menyemak semula kedudukannya dalam PR.

Mujahid berkata, semua masalah boleh dibincang dan tidak perlu ugutan dalam mencari penyelesaian.

Mujahid sebelum ini dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang namun selepas beberapa penggal tidak bersedia untuk meneruskannya kerana menganggap ia tidak berkesan dengan pendekatan kepimpinan yang ada.

Bagi Mujahid, apa yang perlu dibuat oleh PAS Pulau Pinang sekarang adalah mengukuhkan kedudukannya di negeri itu.

PAS bertanding lima kerusi DUN dan dua parlimen di Pulau Pinang namun hanya menang satu kerusi DUN sahaja dalam pilihan raya umum (PRU) Mei lalu.

Mujahid yang bertanding di Parit Buntar, Perak dan menang memberikan tiga isu untuk difokus oleh PAS Pulau Pinang.

Ia adalah isu kedudukan Melayu Pulau Pinang yang ketinggalan, mempertingkatkan kesedaran orang Melayu terhadap Islam dan memastikan perpaduan di kalangan parti dalam PR.

"Ketiga-tiga isu ini perlu digarap dengan baik jika PAS mahu dihormati dan disegani oleh kawan dan lawan," kata Mujahid.

Menurut Mujahid, aset terbesar PAS Pulau Pinang adalah pemimpinnya dilantik menjadi Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

"Dengan kutipan zakat RM70 juta setahun, pelbagai perkara boleh dibuat oleh mereka khasnya terhadap umat Islam dan orang Melayu Pulau Pinang di samping peruntukan daripada kerajaan negeri sendiri," kata Mujahid.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Salleh Man yang juga Adun Permatang Pasir adalah Yang Dipertua MAIPP.

Selain Mujahid, para pengguna Facebook mempermainkan pemimpin PAS Pulau Pinang ekoran 'ugutan' yang dibuat mereka semalam.

"Berhajat nak jawatan atau nak berkhidmat? Ukur kekuatan kita dengan tuntutan yang kita buat. Sepadankah? Jangan cepat melenting," tulis Abdul Wahad Jusoh dalam Facebooknya.

Bagi beliau, perkara ini boleh dirunding.

"Jangan terlalu geli dengan geletekan kecil. Kalau ini dah geli besar macam mana nak hadapi gelombang lebih besar. '

"Kena ada tolak ansur melalui rundingan, bukannya melepaskan melalui kenyataan akhbar. Kalau macam ni, lambat lagi PAS nak merintah. Asyik melatah saja," tulisnya.

"Kalau nak keluar daripada PR teruskan tidak payah nak ugut-ugut. Kita lihat PRU14 nanti bolehkah PAS menang dan tawan Putrajaya bersendirian. Penyokong PAS kena faham Melayu Islam pun tolak PAS bukan pasal kerjasama dengan DAP dan PKR," tulis Danny Jay pula.
-TMI


ULASAN GB

GB hairan bagaimana PAS Pulau Pinang boleh bertindak bersendirian dan keterlaluan apabila mereka membuat sidang medianya tanpa terlebih dahulu merujuk kepada kepimpinan PAS Pusat.

Sidang media itu kemudiannya mendapat liputan meluas dan dimanipulasi oleh wartawan akhbar pro-UMNO untuk menunjukkan kononnya kerajaan PR Pulau Pinang tidak amalkan CAT (kecekapan, akauntabiliti, ketelusan).

Dipandang dari sudut mana pun, PAS Pulau Pinang bersalah kerana masalah itu sepatutnya dihighlightkan terlebih dahlu kepada kepimpinan PAS Pusat.

Apa yang berlaku menjelaskan bahawa nampaknya masih ramai di dalam PAS yang belum faham tatacara berorganisasi dan ini menyebabkan PAS masih lemah dan belum berupaya untuk menjadi parti yang dominan di dalam PR.

Bukankah sepatutnya PAS Pulau Pinang yang perlu menemui Presiden parti, bukan disebaliknya?

Sungguh aneh dan pelik. Muktamar perlu membincangkan tindakan PAS Pulau Pinang tersebut dan membuat ketetapan yang perlu supaya ianya tidak berlaku lagi oleh mana-mana PAS negeri di masa akan datang supaya kepimpinan PAS Pusat tidak dibelakangi.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin tamak dan bodoh yang menyusahkan rakyat yang ikhlas.

Tanpa Nama berkata...

PAS akan hancur dengan adanya pemimpin yang bodoh....

salin dan tampal berkata...

Kami hanya boneka DAP - Pemuda PAS P. Pinang

PETALING JAYA – Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang menjadikan PAS sekadar boneka dan meminggirkan mereka sejak pilihan raya umum 2008 menjadi punca keretakan hubungan kedua-dua parti tersebut di negeri itu.
Perkara itu didedahkan sendiri perwakilan PAS Pulau Pinang, Mohd Raduan Ramli semasa sesi perbahasan muktamar Dewan Pemuda di sini hari ini.

“Ini bukan soal gila kuasa, bukan soal minta jawatan tapi soalnya adalah mereka beri kereta kepada kita dan mereka suruh kita jadi penumpang tapi mereka pegang stereng kereta.“Mereka hendak buat keputusan yang telah pun dibuat, mereka minta kita akur dengan keputusan. Ini maruah kita, bukan soal gila kuasa,” katanya.

Beliau berkata situasi itu membuatkan mereka terpaksa akur dengan sebarang keputusan yang dibuat dan tidak mempunyai kuasa dalam apa jua perbincangan mahupun mesyuarat.Selasa lalu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusof meminta exco kerajaan negeri itu berhenti campur tangan dalam pentadbiran Majlis Agama Islam Pulau Pinang selain menuntut lebih ramai pemimpin PAS dilantik sebagai anggota majlis pihak berkuasa tempatan.

Mohd Raduan berkata sejak 2008 hanya tiga kali mesyuarat melibatkan pakatan pembangkang di negeri itu diadakan, sekali gus membuktikan PAS tiada platform untuk bersuara di negeri tersebut. – BERNAMA

Andre Irwan berkata...

Macam mana Allah swt bagi beri kuasa kepada puak ini yang serupa sebiji macam UMNO? Percanggahan pendapat dan gaya pentadbiran berbeza, itu adalah adat manusia selagi tidak terlibat dengan maksiat (seperti salah guna kuasa, rasuah, ...). Kalau exco agama tidak boleh tegur dan mencampuri urusan hal ehwal Islam, apa guna exco agama tu? Awat PAS Pulau Pinang dah rasa depa lebih baik dalam hal pentadbiran agama di Pulau Pinangkah? Cara meluahkan pendapat dan perasaan pun dah menunjukkan ketidakmatangan depa ni. Jangan jadi mamak UMNO Pulau Pinang sudahlah.
Kalau PAS Pulau Pinang tidak puas hati, bukannya memaksa PAS Pulau Pinang tarik diri tapi Timbalannya dan sahabatnya berundur sahaja. Hangpa bukannya bagus sangat dan sebab inilah pandangan hangpa tu orang tak ambil. Kalaulah pandangan dan wawasan hangpa bagus, sudah tentu exco agama atau LGE akan dengar. Jangan caci LGE semata-mata atas alasan dia tu Cina. Aku nampak LGE bukan saja baik malahan berpuluh kali lebih baik dari Pemimpin yang sedia ada termasuk yang dok ada PAS sekarang. Aku doa pada Allah swt agar memberi hidayah dan petunjuk kepada LGE. Pi lah berdakwah kepada LGE and the geng. Kan itu salah kerja Hal Ehwal Islam. Buat apa dok dakwah kepada orang Melayu? Kan Melayu tu dah Islam. Yang Melayu perlu ialah menghadiri kelas-kelas agama. Jadi anjurkan lebih banyak kelas agama agar Pulau Pinang menjadi macam Kelantan. Ini dak, asyik dok bantah tapi kerja TARAK. Hampas.

Tanpa Nama berkata...

As slm...pndangan tuan nmpk mcm marah n mcaci...tpi itu lah kebenaran...PAS PP...mehnah itu perjuangan..maniskn perjuangan dgn mehnah2 ini...

Tanpa Nama berkata...

PAS PP pun mamak juge...so, sama macam mamak UMNOOOOOO

Tanpa Nama berkata...

Pada saya kapasiti isu ini wajib dipertanggungjawabkan kepada timbalan pesuruhjaya pas pop dan yang terlibat dalam sidang media tersebut. Tindakannya yang jelas melanggar etika organisasi dan kesepakatan dalam PR. Isu kuasa dan jawatan akhirnya mengaburi mata. Akhirnya PAS PP akan dilihat umpama sokong membawa rebah kepada PR. Malang luah apabila pimpinan masih bercelaru sedangkan sudah dua penggal PR menguasai PP. Wajibnya PAS PP menyusun gerakan untuk menyemarakkan gerakan dakwah dan perkembangan Islam di PP melalui saluran kerajaan. Proaktif dalam merangka gerak kerja dan saranan kepada kerajaan negeri. Bukan salah sesiapa di luar PAS PP apabila PAS dilihat tidak ada peranan dalam kerajaan negeri sebaliknya ketidakbijakan pimpinan dalam membantu pesuruhjaya dalam melaksanakan tugasnya. Wajarnya tunjukkan gerakan mendekati masyarakat bersama kerajaan negeri. Ini nampak senyap sepi nanti masa paru barulah menunjukkan muka. Inilah ujian kemenangan dan ujian kuasa yangsedang dilalui oleh segelintir pimpinan dan ahli PAS. Berat ujian ini apatah lagi dalam kalangan orang yang beragama!

Tanpa Nama berkata...

Ya sokong tu pas pp pu macam mamak..... kira nak nama dan masuuuk aja.tak faham perjuang tu.

Tanpa Nama berkata...

Salam semua,
Masaalah sekarang ni adalah ada ahli dan pemimpin Pas dah menganggap diri atau kiumpulan mereka dah terbilang.
Namun perjuangan sabenar sudah jadi kebelankangan,tapi perjuangan dan kepentingan diri telah diutamakan.
Maka ahli2 dan pemimpin Pas demikian telah benar2 alami tranformasi tajaan Umnob BN,iaitu,pakaian Pas sikap Umporno.
Awas lah!

hawariyyun berkata...

pimpinan pusat tlg selesaikan dgn bijaksana. jgn cepat tuduh org kita gila kuasa.mereka berhadapan dgn masyarakat islam PP yg blum mmahami sepenuhnya erti kerjasama dgn dap .pngorbanan dan gerak kerja selama ni tak pandang ke?org lain yg tak buat kerja sedap kutuk jer...

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin pas PERASAN PAS KUAT, sebab tu kalah di kedah

Ridzuans berkata...

Ada hati nk ugut keluar Pakayan Rakyat. Yg kalah di Sungai Acheh tu kerja sapa ye? Ke dah lupa? Kalo nk keluar pakatan silakanlah.rakyat tetap bersama utk menumpaskan Umno yg zalim x kira lah Pas ada bersama ke x.Islam itu bkn pada parti tp pada ajaran agamanya...harap maklum ye...