3 Nov 2013

[BERGAMBAR] Patung Kaki: Perbuatan Biadab & Tidak Berakhlak

Yan - Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan perbuatan menggantung patung kaki yang diletakkan berhampiran beberapa pusat gerak kerja BN Dun Sungai Limau sebagai perbuatan yang tidak wajar dan berakhlak.

Beliau menegaskan, perbuatan penuh provokasi itu bukan sahaja tidak wajar bahkan ia hanya akan mengguris lagi perasaan keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

"Saya tidak tahu pihak mana yang bertanggungjawab, tapi satu perbuatan tidak berakhlak, tidak beretika dan tidak beradab.

"Perbuatan itu merupakan akan terus mengguris hati keluarga seperti mana ucapan timbalan perdana menteri sebelum ini yang mengguris hati orang yang telah bersama Allahyarham Tan Sri Azizan selama lima penggal," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di Markas Induk Pas Sg. Limau, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut perbuatan menggantung patung kaki yang menyerupai bekas wakil rakyat kawasan itu berhampiran khemah BN di tiga kawasan tengah hari ini.

Perbuatan tidak bermoral itu juga mendapat perhatian serius daripada Ketua Umno Bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom apabila satu laporan polis telah dibuat pada siang tadi.

"Saya berasa amat kesal dengan perbuatan provokasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini satu perkara yang tidak wajar berlaku," katanya.

Menurut sumber BN, patung-patung kaki itu digantung berhampiran khemah BN di Bukit Besar, Titi Batu dan Simpang Tiga, Sungai Limau dekat sini.

Dalam pada itu, Mahfuz menambah, Pas menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dalang di sebalik perkara itu, bagi menjaga nama baik parti itu daripada perbuatan sabotaj dari pihak lawan. -SH










14 ulasan:

Bob Kelanang berkata...

Biadap yer...

Bob Kelanang berkata...

Biadapnyer...

Tanpa Nama berkata...

aku cuma manusia biasa. sifat pemaaf aku agak kurang... oleh itu

... aku doakan org yg bertanggungjawab ditimpa kemalangan/bencana/laknat sampai kakinya dipotong... amin.

Tanpa Nama berkata...

Berdosa buat macam tu...orang sekarang ni dah tak takut dosa ke

Tanpa Nama berkata...

Hudoh amat perangai depa kali ni. Awat duk pergli org dah mati lagu tu. Tak kebuloq dah aku nak pangkah BN kali ni. Biaq pi lah. Silap2 haribulan aku kluaq UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya aku terpaksa batalkan hasrat ikut jelajah kempen BN. Segan dgn tindakan demikian. Org lagi meluat dgn cara mcm tu.

Tanpa Nama berkata...

Allahuakhbar!
Kalau macam ni pun masih sokong BN ...xtau nak habaq apa dah. Hanya org/melayu 'islam' berhati kering aje yg akan pilih BN. Tahap melampau, layanan terhadap matan MB. Harap keluarga gemulah ustaz bersabar & Alfatihah buat gemulah Ustaz Azizan.

Tanpa Nama berkata...

Kan ternyata pengikut UMNO/BN memang bodoh. Biarkan mereka kempen cara begitu. Itu merupakan faktor tolakan yg terbalik menjadi faktor tarikan utk Pas. TQ UMNO.

Tanpa Nama berkata...

jahil....tukil puak-puak ni...

Tanpa Nama berkata...

Orang yang guna kempen cara biadap macam tu sebenarnya sedang menghadapi sakit jiwa yang kronik. Ahli parti yang ada simpton macam tu x lain x bukan ialah UMNO. Semua kempen UMNO ialah baling batu sembunyi tangan. Betul cakap Madey ahli UMNO adalah setan

Tanpa Nama berkata...

mmg mcm nie kempen org tak bertamaddun.....ttp kite jgn leka...mungkin ini cara mereka mengalih perhatian kiter dari perancangan jahat mereka.......hati2 dan berwaspada.......hancurkan UMNO/BN....

Tanpa Nama berkata...

Melayu bodoh, UMNO tipu pun masih sokong BN

Tanpa Nama berkata...

Bila kita topup prepaid RM10, bila laksana GST jadi RM10.60, adakah rakyat untung?????

Tanpa Nama berkata...

SEMOGA ALLAH POTONG PEMERINTAHAN BN DIMALAYSIA..AMIN