26 Okt 2013

RM8.8 Bilion Untuk Polis Tak Mampu Bendung Jenayah Berbanding Hudud

PDRM terima RM8.8 bilion untuk kurangkan kadar jenayah

Dalam usaha mengurangkan kadar jenayah di seluruh negara, kerajaan memperuntukkan RM8.8 bilion kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Bajet 2014.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata peruntukan itu menunjukkan keutamaan kerajaan terhadap keselamatan dan ketenteraman awam selain komited dalam membanteras jenayah.

Dalam membanteras jenayah, kerajaan memperuntukkan RM200 juta bagi melengkapkan PDRM dengan senjata api, jaket kalis peluru, alat pengesan narkotik, sistem biometrik dan kenderaan forensik.

"Kerajaan juga akan menambah 496 bilangan kamera litar tertutup (CCTV) di 25 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan peruntukan RM20 juta," katanya ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan akan menambah 200 buah motosikal lagi untuk Unit Rondaan Bermotosikal PDRM tahun depan menjadikannya 2,000 buah motosikal dalam tempoh dua tahun.

"Tahun ini, kerajaan bersetuju menambah 800 buah motosikal dengan peruntukan RM200 juta," katanya.

Perdana Menteri berkata bagi memperkasa perkhidmatan PDRM, kerajaan akan membina dan menaik taraf ibu pejabat polis, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan kuarters kakitangan dengan peruntukan RM128 juta.

Peruntukan itu termasuk pembinaan IPD baharu di Pasir Mas (Kelantan), Kota Setar (Kedah), Johor Baharu Selatan (Johor), Sipitang (Sabah), Nusajaya (Johor) selain pembinaan balai baharu di Pengerang (Johor), Tongod (Sabah) dan Country Homes Rawang (Selangor). – Bernama

ULASAN GB

Berapa banyak pun peruntukan disalurkan untuk PDRM, ia tidak dapat membendung gejala jenayah yang berluluasa berbanding dengan hukum hudud yang ditentang oleh kerajaan UMNO BN.

Malah peruntukan berbilion-bilion itu akan meningkatkan lagi jenayah ketirisan dan penyelewengan seperti kes yang berlaku di dalam Kementerian Pertahanan di dalam skandal Scorpene.

Apa sebenarnya agenda Najib menaikkan peruntukan untuk PDRM?

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

8.8 bililion kalau laksanakan hukum hudud takpayah 8.8 billion, 1 juta pun sudah memadai. Kalau nak jimat sangat laksanakan hukum hudud oii puak munafik melayu umno bukan pakai gst dan kurangkan subsidi.

Kpd pm lu jangan bergimik nak katakan saya minum teh tanpa gula mcm dlm berita tv3. Lawak mu tak dapat perdayakan golongan celik kecuali orang bodoh dan munafik.

Tanpa Nama berkata...

RM 200juta untuk 800 buah motosikal????...kalau dikira....satu buah akan berharga RM 250,000/=???...Malaysia Boleh.....

Tanpa Nama berkata...

antara prgm dlm 8.8 billion tu ialah tambah lagi anggota polis dan bertambahlah lagi undi pos seterusnya bertambahlah pengundi yang menyokong parti syaitan yang dikenali, maka bolehlah syaitan-syaitan ini menyambungkan kuasa mereka. tapi kamu jangan lupa Allah jua maha merancang dan maha bijaksana.

Tanpa Nama berkata...

hinanya rakyat biasa pd pandangan anak bangsawan nih.. najib lu mmg dari kecik hidup mewah, xkan paham kesusahan org lain. gst bukan bebanan pd org miskin, ikan kering x kena gst. Apa? Lu igt org miskin layak makan ikan kering je ka??

Andre Irwan berkata...

Soalnya bukan mampu atau tak mampu TAPI mahu atau tak mahu. Peribahasa kita ada berkata, "HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH".
Seperti biasa, tak kan pencuri nak bagi tau yang dia tu pencuri dan sudah tentu pencuri tidak melaksanakan hukuman yang membolehkan dia sendiri dihukum.
Tanya KPN, adakah dia percaya akan keberkesanan hukum hudud? Cuba tanya DIA.
Lepas KDN belanja sakan. Sudah tentu banyak lagi pistol akan "jatuh" dan "hilang" ke dalam laut kot. Tak tahulah samada LAUT CINA SELATANkah? LAUT SULUkah? LAUT mana lagi dah????? Banyak sangat laut, jangan-jangan hilang kat JALAN RAJA LAUT - itulah tempat bagi semua laut, kan RAJA.

Tanpa Nama berkata...

Akan lebih banyak senjata api hilang dilaut, akan lebih banyak kereta jatuh kedalam sungai dan akan lebih banyak gari jatuh kedalam longkang.Peralatan yg ada pun tak dipakai.Baca laporan odit - beli kapal terbang tak ada pilot, kereta ronda berbaris tak cukup kakitangan, projek demi projek, jenayah masih banyak.Helikopter beli bukan untuk keselamatan rakyat tapi nak pantau ceramah politik pembangkang.

gengster melayu alaf baru. berkata...

8.8 billion dan 10% atau 8.8 million adalah tiris atau rasuah atau duit kopi....

Andre Irwan berkata...

Untuk makluman gengster melayu alaf baru, 10% daripada 8.8 bilion (ribu juta) = 880 juta bukan 8.8 juta. Ingat sikitkah? Sebab tu aku kata raya sakan.