16 Jun 2013

SPR Tak Tahu Malu, Ambiga Suruh Nilai Diri Mereka Sendiri


AAmbiga gesa kepimpinan SPR nilai diri sendiri

Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga semalam menggesa pegawai tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekurang-kurangnya menilai diri sendiri dan mempunyai maruah diri untuk mengakui kesilapan mereka.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam, Ambiga menegaskan kepimpinan SPR perlu serius bertanya diri sendiri sama ada mereka mendapat keyakinan rakyat.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, pesuruhjaya SPR yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mesti mendapat keyakinan orang ramai.


Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof Rabu lalu yamg mengulangi bahawa pesuruhjaya SPR tidak akan meletak jawatan hanya kerana didesak sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan proses pilihan raya umum lalu.

Abdul Aziz berkata barisan kepimpinan SPR yang terdiri daripada beliau, timbalannya dan lima anggota jawatankuasa suruhanjaya itu, dilantik mengikut Perlembagaan Persekutuan dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebelum diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong. -mk

2 ulasan:

  1. Spr mmg x pandai buat keje.. Bercakap je lebih.. Skrg elaun petugas spr yg lepas pun x berbayar ag.. Dah sebulan lebih da ni.. Janji lain

    BalasPadam
  2. Siapa yang mencadangkan kepada Yang DiPertuan Agong untuk melantik manusia macam ini menjadi Pengerusi SPR? Begitu juga dengan keanggotaannya.
    Manusia yang tidak berintegriti ni bukan sahaja tak layak menerajui SPR malah tak layak jadi rakyat Malaysia.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.