3 Jun 2013

Mitos UMNO Sebagai Parti Terkuat!


Sukar kita hendak percaya bila Dato Najib kata UMNO muncul lebih baik selepas PRU13. Macam mana dia sampai kepada konklusi demikian? Jika kita lihat angka dari SPR, UMNO mendapat 3.2 juta undi. Jumlah ahli UMNO sahaja sudah melebihi 3.2 juta undi. Bagaimana Dato Najib dakwa sokongan Melayu kepada UMNO meningkat?

Undi yang UMNO dapat lebih kurang jumlah ahli UMNO. Ini bererti, perkara yang UMNO berjaya lakukan ialah meyakinkan ahli UMNO yang tidak menyokong UMNO dalam tahun 2008, menyokong nya kali ini. Jika demikian, tidak adalah berlaku penambahbaikan kepada UMNO. Tidak ada pertambahan sokongan orang Melayu yang bukan ahli UMNO kepada UMNO.

Jika Dato Najib berkeras berkata ada tambahan sokongan dari orang Melayu, maka itu bererti sokongan dari ahli UMNO sendiri kepada kepimpinan Dato Najib berkurang. Kalau ahli tidak percaya kepada kepimpinan presiden nya, maka apa lagi yang mereka tunggu?

UMNO hanya boleh mencapai angka 3.2 juta hanya jika ada sebahagian besar ahli UMNO tidak menyokong nya, dan deficit tersebut ditampung oleh sokongan Melayu bukan ahli UMNO. Jika semua ahli UMNO menyokong UMNO dalam PRU13, maka tidak ada sokongan Melayu bukan ahli UMNO kepada UMNO.

Jadi dimana letaknya kejayaan UMNO yang didakwa Dato Najib?

Dato Najib kata umno muncul sebagai parti yang paling popular pasca pru13 kerana umno menang 88 kerusi. Semua orang tahu UMNO bertanding dalam kerusi yang jumlah pengundi dalam kawasan nya jauh lebih kecil berbanding jumlah pengundi dalam kawasan parti lawan. Jika PAS bertanding dalam kawasan dimana jumlah pengundi secara purata berjumlah 77,000, UMNO bertanding dalam kawasan dimana jumlah pengundi secara purata adalah 36,000.

Maka jika kita lihat dari sudut ini, dengan membuat penyamarataan, nilai 88 kerusi UMNO itu hanya 44 kerusi parlimen. Kerana 2 kerusi yang dimenangi oleh UMNO bersamaan 1 kerusi PAS. Dan nilai sebenar 21 kerusi yang dimenangi oleh PAS itu ialah 42 kerusi. Ini bererti PAS dengan mudah menjadi parti pilihan selain UMNO. Demikian juga dengan PKR. PKR bertanding dalam kawasan dimana jumlah pengundi nya secara purata ialah 75,000. Nilai sebenar 30 kerusi yang dimenangi oleh PKR ialah 60 kerusi.

Jadi dimana letaknya kejayaan UMNO? Kemenangan nya ialah kemenangan kosong.

Dalam tahun 2008, umno telah mendapat 2 juta undi orang melayu. Ketika itu jumlah pengundi melayu ialah 5.7juta. Lebih ramai orang melayu sejak 2008 sudah pun menolak umno. Erti nya, ketika itu umno hanya memperolehi 35% dari undi orang melayu.

Berapa jumlah pengundi Melayu kali ini? Jika 70% dari 11.2 juta pengundi dalam PRU13 ialah orang Melayu, maka jumlah pengundi Melayu ialah 7.8 juta.

Buat lah perkiraan sendiri. Jika semua undi yang di perolehi UMNO semua nya pengundi Melayu, maka jumlah nya 3.2 juta. Tapi jumlah pengundi Melayu semua nya ialah 7.8 juta. Ini bererti 4.6 juta orang Melayu tidak menyokong UMNO.

Tapi kita tahu bukan semua 3.2 juta undi yang diperolehi UMNO itu datang dari orang Melayu. Orang Cina dan India masih menyokong calun UMNO. Katalah 15% sokongan untuk calun UMNO datang dari pengundi bukan Melayu. Ertinya, pengundi Melayu yang menyokong UMNO adalah sebanyak 85% atau 2.72 juta sahaja.

Sekali lagi buatlah perhitungan. Jumlah pengundi Melayu ialah 7.8 juta. UMNO hanya dapat 2.7 juta pengundi Melayu. Ertinya, 5 juta orang Melayu tidak menyokong UMNO dalam PRU13.

Jadi apalah yang hendak dibanggakan dengan 88 kerusi parlimen yang UMNO dapat?
-sakmongkol


Laporan sebelum ini
klik untuk baca



6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kuat banyak perkara kuat. Yang jelas kuat menipu.

zamani berkata...

najib dalam kira mengira ni bangang sikit dari rais tu sebablah jumlah penyokong umnu pada pru 13 bertambah...

Tanpa Nama berkata...

Ha ha ha ..... bila lembu berbicara

Amuraria berkata...

penambahbaikan ialah undian bangla ,myanmar & lain-lain makhluk daa ! ABU jangan lupa !

BaDiN berkata...

Kemenangan hasil penipuan,Kemenangan tak sepadan dengan perbelanjaan,kemenangan pondan,kemenangan tak bermaruah.

Tanpa Nama berkata...

Sendiri kentot, sendiri bau nampak gaya nya pemimpin macam ini !