20 Jun 2013

Jalankan Undi Rahsia Untuk Jawatan Speaker Atau Hadapi 'Perang Besar'

Blok pembangkang memberi amaran untuk memberi tentangan keras sekiranya pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 24 Jun tidak dijalankan melalui secara undi rahsia.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Parlimen akan berdepan dengan "perang besar" dari blok pembangkang sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi.

"Kalau kamu gagal bersikap jujur dalam Parlimen, kamu nak langgar pemilihan Speaker, kamu berdepan dengan perang besar pada 24 Jun ini," katanya.

Beliau mensasarkan amaran tersebut kepada sekretariat Parlimen, yang akan menjalankan pengundian tersebut.

Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, Anwar sekali lagi menekankan bahawa gabungan parti itu mahu bekas hakim Mahkamah Persekutuan Abdul Kadir Sulaiman dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Pakatan juga akan mencadangkan ahli parlimen Tumpat Datuk Kamruddin Jaafar untuk jawatan timbalan speaker.

Anwar berkata Pakatan dimaklumkan tempoh speaker bagi sesi lalu akan tamat pada 23 Jun ini.

Menurutnya lagi, Pakatan Rakyat secara konsensus meminta beliau menyambung sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat

Anwar turut mengulangi bahawa ahli parlimen Pakatan Rakyat akan hadir dalam majlis angkat sumpah bagi menghormati Yang di-Pertuan Agong yang akan merasmikan sesi parlimen kali ini. -mk


PR cadang MP Tumpat sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat


Pakatan Rakyat memutuskan untuk mencalonkan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar (gambar) sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Keputusan tersebut diputuskan pada mesyuarat mingguan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS sebentar tadi.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjelaskan demikian pada sidang media, percaya langkah itu sejajar dengan peningkatan bilangan komposisi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan akan meningkatkan lagi kualiti amalan demokrasi di negara ini.

"Pada mesyuarat tadi kita telah memutuskan untuk mencalonkan Ahli Parlimen Tumpat sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi sesi kali ini.

"Kita berharap bagi membantu Yang Dipertua dalam urusan mengendalikan persidangan seorang timbalan hendaklan dipilih dari kalangan seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat," jelasnya.

Dalam pada itu beliau mengulangi Pakatan Rakyat juga turut bersetuju untuk menamakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Yang Dipertua bagi Parlimen Ketiga Belas.

Menurutnya surat cadangan bagi jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu telah dihantar oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada 10 Jun lalu.

"Bagi memantapkan lagi proses demokrasi negara ini dan memastikan perbahasan di Dewan Rakyat berlangsung dengan telus dan adil, Pakatan Rakyat mencadangkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Yang Dipertua.

"Cadangan ini apabila kita melihat ketelusan beliau yang tidak memihak dengan mana-mana politik atau pihak dan kami yakin beliau dapat menjalankan tugas dengan baik pada persidangan kali ini," sambungnya.

Anwar berkata, Pakatan Rakyat menegaskan bahawa Yang Dipertua Dewan Rakyat mesti dilantik dari kalangan seorang yang bebas, berkecuali tanpa parti, berwibawa dan berkelayakan untuk berkhidmat.
- HD

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Info tentang illuminati..
Mohon tuan siarkan agar umat Islam tahu..


siapa illuminati? apakah rancangan illuminati? kenapa mereka buat semua ini?

illuminati adalah kumpulan penyembah syaitan dan mereka tunggu dajjal sebagai pemimpin mereka untuk kuasai dunia.

dengan tujuan kawal dunia sehingga datangnya dajjal, mereka merencanakan pelbagai rancangan yg dinamakan new world order.

antara rancangan new world order adalah wujudkan
negara israel, memecahbelah islam dengan wujud pelbagai mazhab ahlussunnah, merosakkan islam dengan wujudkan syiah yg dicipta oleh yahudi, perang dunia 1 & 2, dan rancangan besar yg mereka bakal lakukan adalah kejatuhan ekonomi US mungkin pada thn 2017 dan perang dunia ke 3 pada tahun 2023.

untuk menjayakan new world order, pastilah puak illuminati perlukan watak pro-new world order (kump. A) yg dikawal sepenuhnya oleh illuminati.

pada masa yg sama mereka tahu pasti ada yang menentang rancangan new world order terutamanya orang islam. Illuminati tahu kekuatan Islam dan mereka takut jika Islam kawal puak penentang & pastinya rancangan mereka gagal.

maka puak illuminati cipta watak penentang new world order (kump. B) yang dikawal oleh illuminati supaya tujuan rancangan new world order tetap berjaya

amerika adalah watak yang dicipta illuminati sbg kumpulan A dalam menjayakan new world order. amerika menggunakan alasan sebarkan demokrasi untuk halalkan perang (cth perang vietnam & iraq). sebenarnya mereka sebarkan demokrasi agar porak-perandakan sesebuah negara dan kuasai sesebuah kerajaan dgn matlamat menjayakan rancangan new world order.

Manakala puak2 kononnya anti-amerika (sosialis & komunis) juga adalah watak ciptaan illuminati sbg kumpulan B & mereka ini juga menjayakan new world order.