20 Mei 2013

Tak Setuju Boikot Pulak Dah... UMNO Semakin Bercelaru & Berpecah


Putrajaya tidak sokong boikot perniagaan Cina, kata menteri

KUALA LUMPUR, 18 Mei — Putrajaya tidak menyokong dengan gesaan badan bukan kerajaan (NGO) dan blogger pro-Barisan Nasional (BN) yang berkempen memboikot perniagaan Cina, kata menteri Kabinet baru Datuk Hasan Malek hari ini.

Walaubagaimanapun, menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK) tersebut berkata pihaknya tidak boleh menyekat hak dan pandangan oleh NGO serta blogger terbabit, tetapi akan memanggil pihak terbabit untuk berbincang mengenai kemelut itu.

“Saya akan panggil NGO-NGO ini untuk berbincang.

“Kita akan cari jalan penyelesaian... setiap NGO ada pandangan masing-masing, kita tidak boleh sekat dan ada hak untuk berkata sedemikian,” tambahnya.

Namun, Hasan menegaskan kementeriannya berkhidmat untuk semua rakyat Malaysia tidak mengira bangsa, bukan hanya untuk kepentingan sesetengah pihak.

“Kita tidak akan terbabit dengan pandangan mereka yang mahu memboikot.

“Apa yang saya tahu, kita adalah kementerian untuk rakyat Malaysia,” kata Hasan dalam sidang media selepas merasmikan Ekspo Beli Barangan Malaysia disini.

Baru-baru ini selepas berakhir pilihan raya umum ke-13 (PRU13), beberapa NGO Melayu termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) secara terbuka menggesa memboikot perniagaan Cina, kempen tersebut kemudiaannya semakin meluas di kalangan blogger pro-BN.

Hasan turut menekankan perkara yang lebih utama bagi kementerian yang diterajuinya ketika ini adalah mengenai kepentingan nasional melibatkan keseluruhan rakyat Malaysia.

“Kita mestilah pentingkan isu nasional terlebih dahulu, yang penting adalah rakyat.

“Maknanya ialah memastikan kebaikan untuk rakyat terlebih dahulu,” tegas beliau lagi.

Antaraa blogger yang sudah memulakan kempen memboikot tersebut adalah bigdogdotcom.wordpress.com, gerakan-anti-pkr.blogspot.com, parpukari.blogspot.com, anotherbrickinwall.blogspot.com dan theunspinners.blogspot.com.

Pertikaian dan langkah menyalahkan pengundi masyarakat Cina bermula apabila Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, menggunakan istilah “tsunami Cina” selepas keputusan pilihan raya menunjukkan BN kekal berkuasa tetapi prestasi merosot, apabila memenangi hanya 133 daripada 222 kerusi Parlimen.

Akhbar Umno, Utusan Malaysia, juga di muka depan pada Selasa lalu mengeluarkan tajuk “Apa lagi Cina mahu?” Sebagai tindakan menunjukkan keputusan pilihan raya dibentuk oleh kaum Melayu menentang kaum Cina.

Namun, penganalisis Merdeka Center menegaskan Pilihan Raya 2013 bukanlah “tsunami Cina” kerana ia menunjukkan peralihan besar masyarakat bandar berbilang kaum dan pengundi kelas menengah menentang BN.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian mengatakan bacaan Najib mengenai pilihan raya umum 5 Mei sebagai “tsunami Cina” tidak tepat kerana Melayu bandar turut mengundi untuk Pakatan Rakyat (PR).

Pnganalisis telah mengatakan kekalahan bersejarah BN dalam Pilihan Raya 2013 adalah disebabkan oleh gabungan tersebut kehilangan sokongan daripada kelas menengah dan pengundi bandar, mendalamkan lagi jurang bandar-luar bandar di negara ini.

BN hilang undi popular buat pertama kali semenjak 1969 ketika mereka masih Perikatan.

BN juga hilang lagi tujuh kerusi Parlimen kepada PR Ahad lalu. BN mendapat 133 kerusi sementara PR mendapat 89 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013. -TMI

Ulasan GB

Nampaknya UMNO BN terus bercelaru dan berpecah selepas pilihanraya.

Serba tak kena dan saling tuding-menuding.

Sebahagian kata nak boikot, sebahagian yang lain kata jangan.

Hukum kebenaran dan keadilan sedang berjalan. Golongan yang memainkan sentimen perkauman akan tetap dengan api perkaumannya dan akan terus membakar diri mereka sendiri...

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Elok boilot semua supaya mempertinggi lagi "minoritiness".

مهمد شفاريز berkata...

Ameno dah keliru.......

Tanpa Nama berkata...

Pecacai UMNGOK,
Jika chai-chai marah sangat kepada cina,
Mungkinkah pecacai UMNGOK Pasca PRU-13 akan bertindak buang atau bakar sahaja apa-apa yang mereka miliki itu. Sebab semuanya ada kaitan dengan 'CINA'.

Buat acara besar-besaran siap siaran langsung oleh media UMNGOK sekali. Buat kat stadium atau padang teluas yang dok ada.

Last sekali acara bakar rumah masing-masing sebab barang mustahil sebuah rumah itu tidak ada barang yang tidak berkait dengan cina. Kecuali jika rumah korang tidak berpaku dan tidak menggunakan tukul dan gergaji. Main ikat dengan rotan je. Atap pula nipah dan dinding daripada kulit kayu atau buluh.

Kah... kah... kah.. kah.
Diperbodoh dan diperbangangkan oleh UMNGOK sampai ketua lah lu...

CINA,
Jika tidak pengeluar, mereka pengedar. Jika tidak pengedar mereka pengimpot. Jika tidak penghasil mereka tempat orang melayu membeli.

Sila jawab;
Mana kilang makannan melayu yang tidak bersabit dengan cina?
Mana produk barangan pengguna yang tidak terkait dengan cina.?

Minyak sawit malaysia tidak jual kat cina ke?

UMNGOK jangan membodohkan diri sepanjang zaman.
Pinggan mangkok yang korang guna untuk makan itupun si cina juga yang hasilkan.
Hatta jamban tempat korang 'melepas' itupun cina juga punya barang.

Senang cakap,
Jika korang tolak cina maka tempat paling sesuai, UMNGOK kena jadi TARZAN. Duduk dalam hutan dan guna 'teknologi' kaum zaman batu dahulu.

Dimana melayunya kamu setelah setengah abad dalam kuasa. Masih nak salahkan Anwar, Kit Siang dan Hj Hadi?

Badminton pun jika tidak ada Chong Wei kat mana tahap pemain melayu?

Mujurlah ada Pakatan Rakyat dan pemimpin mereka berjuang untuk menyedarkan sebahagian melayu yang cerdik daripada dihalimunankan oleh UMNGOK dengan 'asobiah melampau' mereka. Sampai nak halau rakyat sendiri keluar negaralah katanya.

Dahsyat,
Dahsyat sungguh UMNGOK bila berkuasa.
Pemimpin korang gelak ketawa berurus-niaga dengan cina tetiba korang nak jauhkan diri pulak. Pelik bin ajaib.

Semoga suku sakat aku tidak terpengaruh mainan rasis UMNGOK itu.

Hidup Pakatan Rakyat.
Hidup DSAI
Hidup LKS
Hidup Nik Aziz dan Hj Hadi.

Tanpa Nama berkata...

Seluar dalam yg dia org pakai tu lain kali nak beli kt mana

Tanpa Nama berkata...

Menteri kabinet Datuk Hasan Malek berkata.."NGO ini ada hak menyuarakan pendapat mereka.." Walaupun kata-kata mereka itu menimbulkan isu perkauman.. ok sy faham jika Datuk ckp mereka ada hak..tp kenapa bila pembangkang berkata2 @ rakyat yang bersuara menyatakan pendapat mereka, kerajaan BN nak marah? apakah pembangkang ni tak de hak utk bersuara? apakah rakyat ni tak de hak bersuara? bila kami bersuara BN dan sekutunya bukan main marah lagi.. ugut nk tangkap nk halau.. tp mereka yg bersekutu dgn BN.. BN kata "mereka ada hak bersuara..."
kalau betul BN berkhidmat utk rakyat tak kira bangsa, tak kira agama dan tak kira parti politik mana...buktikan.. action speak lauder than words..

Tanpa Nama berkata...

Ok ini macam gua punya kilang tayar dekat air molek, gua mau pecat semua pekerja melayu kecuali melayu pas dan melayu pkr dan melayu dap saja boleh teruskan kerja.Melayu non PR members cari kerja lain tempat.

Tanpa Nama berkata...

dah keliru nampaknya mereka , main perkauaman amat merbahaya, aku nak Tanya ustaz muktabar bolehkah aku beselawat bersama mereka,

Tanpa Nama berkata...

Ini suma wayang je...cukup bulan depa cium bontot towkey gak...ambil payment..

Tanpa Nama berkata...

alamak aih...
bendera, banner, bunting BN sebelum PRU hari tu pun tempah kat China,
ni nak suruh cina kita balik China lah,
boikot barang cina lah...

Najib makin botak makin takda otak.
kesian sangat....

Yang Melayu promote McD Israel berleluasa kat tv tak nak pulak kau boikot.

Tanpa Nama berkata...

Amno bukan makin bercelaru, tapi makin bodoh...