20 Mei 2013

Rakyat Kelantan Pulangkan Balik "BO LA WEI" Kepada Najib


Hanya beberapa minggu sebelum pilihanraya umum ke 13 berlansung, Perdana Menteri, Najib Tun Razak tatkala menjejakkan kakinya di bumi Kelantan dengan segala keangkuhannya telah melaungkan BO LA WEI (cukup-cukuplah)!

Malah beberapa hari selepasnya pula, di Tanah Merah, Najib mengajak rakyat supaya menolak Pakatan Rakyat (PR) termasuk Pas di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana kononnya PR telah melakukan tujuh dosa besar terhadap rakyat dan umat Islam di negara ini.

Sedangkan beliau tidak pula melihat berapa banyak pula dosa besar UMNO BN terhadap rakyat Kelantan terutama merompak hasil royalti sehingga kerajaan PAS Kelantan selama berpuluh tahun terpaksa menderita kerana tersekatnya pembangunan akibat kezaliman UMNO BN itu.

Najib, sebelum PRU13, merasa amat yakin akan merampas Kelantan sepertimana yakinnya Zul Nordin yakin akan menjadi ahli parlimen Shah Alam.

Tetapi, amat mengejutkan, dengan segala umpan dan tekanan yang diberikan oleh kerajaan pusat terhadap Kelantan, sekali lagi rakyat Kelantan memberikan kemenangan besar kepada PAS dan mengekalkan majoriti dua pertiga di dewan undangan negeri dengan PAS dan PKR memperolehi 32 kerusi berbanding BN cuma 12.

Di peringkat parlimen pula PAS Kelantan memenangi 9 kerusi berbanding hanya 5 untuk BN.

Paling mengejutkan ialah tewasnya seorang yang agak kanan di dalam kabinet Najib iaitu Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Hussin di parlimen Bachok di tangan Ahmad Marzuky Shaari dari PAS.

Awang Adek terus digugurkan dari kabinet.

Amat wajar kini segala keangkuhan, keceluparan dan kesombongan Najib serta UMNO BN itu terus dijawab oleh rakyat Kelantan dengan memulangkan semula perkataan BO LA WEI (cukup-cukuplah) itu kepada mereka (Najib dan UMNO BN) sendiri.

Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan, anda perolehi semula apa yang anda hamburkan!

Berikut pula ialah gambar-gambar di Majlis Ceramah Perdana Meraikan Kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan dalam PRU13 — at Perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke 4 Kota Bharu.




3 ulasan:

tanda soal berkata...

baso jenih mnatang x reti malu.. babi meme suko nyodok kapong ore...

BaDiN berkata...

Belanja besar besaran tapi dok balik modal.TPM Titik Pulang Modal sudah kehabisan senjata digunakan.alangkah ruginya perniagaan ku.Dari manager hingga tukang kebun patut ditukar atau pecat terus puak puak ni.Bubuh nama lainlah pulak,Jenama Umno sudah tak laku .marilah prodak apa sekali pun tetap tak laku.Org gila bermazhab Syaitan Dikenali shj sanggup beli prodak kamu.

Tanpa Nama berkata...

cara umno kempen di klate antara faktor yg menyebabkan mereka tewas. lo ni ugut, fitnah dn sogok wang dah x relevan.