7 Apr 2013

Pelakon Terkenal Abu Bakar Omar Sertai PAS


Abu Bakar dipakaikan baju T oleh Mohamad Nor dengan diperhatikan oleh Zamri, calon PAS Tititwangsa

Seorang lagi pelakun terkenal, Abu Bakar Omar menyatakan sikapnya untuk menyokong Pakatan Rakyat khasnya PAS dalam pilihan raya umum akan datang ini.

Pelakun lelaki yang terkenal semasa era filem Opah di dalam Tv1 dan Tv3 dahulu telah berikrar untuk menolong calon Pakatan Rakyat pada pru 13 ini.

Abu Bakar telah dipakaikan baju T Zamri Asa'ad, calon PAS Titiwangsa oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Haji Mohamad Nor dalam satu majlis ceramah malam tadi.

Turut serta di majlis itu adalah Zamri sendiri yang diumumkan sebagai calon PAS di Titiwangsa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum ini.

Abu Bakar yang berasal dari Titi Gajah, Alor Setar, Kedah terkenal sebagai pelakun yang hebat dan pernah menang beberapa anugerah dalam bidang lakunan. -HD

8 ulasan:

  1. abih la nanti di boikot tv3suku dan yang sekandang dengan nya ! ABU ini kali lah !

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, Bn makin tinggal kesepian tanpa sokongan rakyat

    BalasPadam
  3. Zed Zaidi Kampari Tanjong Kerayong Presiden Seniman, tak gam Abu Bakar Omar ke nanti.

    Zed tu penyokong kuat UMNO.

    Rezeki tu dari Allah. Moga Abu Bakar dilebihkan rezeki dia berlakon nanti.

    BalasPadam
  4. salam semua, saya penyokong pakatan rakyat daripada dahulu. namun untuk situasi sekarang, barisan nasional mendahului sekarang sebenarnya..dengan pengumuman manefesto secara langsung malam tadi, telah menyebabkan segelintir rakyat percaya dengan cubaan najib untuk mengekalkan kuasanya..Selain terdapat kerjasama daripada media-media prima yang mampu dan mudah dimiliki oleh rakyat tidak kira mana ceruk yang mereka tinggal. Oleh itu ayuh semua..mari kita berkempen secara sehat bagi membuka mata rakyat yang sedang asyik di taburkan dengan wang...jangan hina mereka,,sedarkan mereka...sesungguhnya orang yang digelapkan dengan wang..di hasut dengan syaitan..Terima kasih

    BalasPadam
  5. kesedaran datang dari Allah, mana2 insan yg berubah dan hendak berubah sebenarnya satu kejayaan diri, lebih2 lagi bilamana dlm memperjuangkan agama, keadilan dan kesaksamaan, mereka perlu diucapkan tahniah dan terimakasih kerana memilih wadah yg jika dilihat akan berisiko tinggi, Rezki Allah yag kurniakan, usaha tawakkal ada pd kita. dakyah UMNO KPD ORG MELAYU JIKA MEMILIH PR, MAKA NEGARA AKAN TERJUAL DAN PR ADALAH DI SOKONG yAHUDI, DAN JIKA MEMILIH DAP AKHIR NYA MELAYU AKAN AKAN HILANG KUASA MEMERENTAH BEGINI LAH DANGKAL NYA PEMIKIRAN MELAYU UMNO YG MEREKA SEDANG MENYUCUK OTAK ORG MELAYU, BETAPA BANGANG NYA UMNO DAN BN.

    BalasPadam
  6. from : D'Jango@TheRedBURET tm

    LAGU KU TUJU KHAS PADA SEMUA AHLI BN@Be End and UMNONOK untuk PRU 13 nanti....fahami maksud lirik lagu ini....


    Lirik Lagu Terbang Helang - Dato Sharifah Aini

    Di angkasa nan luas
    Terbang sang helang bebas
    Menebarkan sayapnya
    Sungguh megah lagaknya
    Helang mendabik dada
    Membelahi angkasa
    Dengan gaya perwira

    Bila saja engkau menghampiri
    Burung lain terbang lari
    Kau merasakan dirimu gagah
    Hak yang lain tak kau endah
    Mengganas kau di angkasa
    Dengan gaya perwira

    Terbanglah engkau tinggi
    Sampai ke mana lagi
    Ingin engkau jelajahi
    Sehingga kau terlupa
    Yang tinggi jatuh jua
    Bila tiba ketika
    Kau ke tanah akhirnya

    Usah kau lupa diri
    Bahawa langit itu tinggi
    Nanti lemas sendiri

    MEME KENE LAGU INI UNTUK BN...

    BalasPadam
  7. Anak dia salah sorang imam masjid USJ (lupa seksen apa), masa aku pi sana beberapa thn lepas. Skrng tak tau samada masih di mesjid tu atau tmpat lain.
    Rupa sebijik mcm rupa dia.

    BalasPadam
  8. Nak tanya..
    napa pakcik abu ni g berlakon iklan GST? Dah la point2 dlm tu dia dok cite tu suma tipu belaka..
    mungkin iklan tu shoot lama sblm dia masuk PAS la kot. Ada sapa2 nk tlg bg penjelasan x?
    sbb tiap2 kali je kuar iklan GST yg nelayan dok borak2 tu terus saya akan secara x langsung akan puiiih kan tv!

    Harap tolong penjelasan

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.