Dungun – “Saya terima ujian Tuhan dengan sabar, ia sebahagian daripada perjuangan saya untuk menegakkan agama ALLAH SWT,” kata Alias Harun, pemilik kenderaan yang diconteng cat dengan perkataan lucah.
Kejadian disedari anak perempuannya, Sumaiyah, 25, ketika mahu mengundurkan kenderaan untuk menghantar dua adiknya ke sekolah setelah melihat ada tulisan putih di cermin belakang Toyota Unser milik bapanya itu yang diletakkan di garaj rumahnya dekat belakang Hospital Dungun.
Ketika kejadian, Alias yang juga calon Pas kerusi Dun Rantau Abang difahamkan bertemu pengundi di Kampung Padang Pulut selepas solat Subuh berjemaah di Masjid Serdang.
Alias berkata, ketika mahu bersarapan bersama penduduk kampung di warung, dia dihubungi anaknya memaklumkan kejadian.
Menurut Alias, dia tidak menyedari perkara itu kerana keluar awal pagi.
Menurut Alias, dia mengesyaki perbuatan tersebut dilakukan pihak tidak bertanggungjawab dengan niat khianat kerana dia adalah calon yang bertanding pada pilihan raya kali ini.
Alias, Pengerusi Majlis Tindakan Dun Rantau Abang adalah calon yang diketengahkan Pas untuk menentang penyandang kerusi itu, Datuk Zaa’bar Mohd Adib yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN).
Dalam pada itu, Sumaiyah yang ditemui kesal kereta milik bapanya diconteng dengan perkataan lucah.
Menurutnya, sebagai seorang anak, dia beranggapan itulah sebahagian dugaan yang harus dilalui buat ahli keluarga yang terpilih untuk berjuang atas jalan ALLAH SWT.
“Saya syak ia ada kaitan dengan rancangan politik.
“Walau apa yang berlaku saya tetap beri sokongan pada ayah,” katanya.
Sumaiyah membuat laporan polis berkaitan kes terbabit dan polis mengesahkan menerima laporan berkenaan.
Perbuatan orang yang pengecut, mungkin oleh syaitan yang dikenali.
BalasPadamPenyakit "SYAITAN DI KENALI" sudah begitu membarah buat puak puak ini. Bagi sesiapa yang mendapat gangguan dari puak puak ini hendak lah bersabar kerana pembalasan dari ALLAH tetap akan menimpa si durjana. Elok lah kalau sesiapa dari kalangan para ahli dan pendokong parti ini menukar arah kejalan yang benar.
BalasPadam"Ya ALLAH kau turun kan bala' keatas puak puak durjana ini. Tetap sekali fimnan MU bahawa syaitan itu merupakan musuh yang nyata kepada setiap hamba hamba MU. Amin, amin, amin Ya Rabbalalamin"
Saja nak kongsi..mana la tau kot2 orang yg calar keta sy tbaca ni..sy bhru bpindah ke uca1 pada bulan feb lalu..sy blm kenal lagi jiran2 kt kondo ni..tapi ttiba ada notis dselit bawa pintu yg btulis "kol kalau sudi" dan diserta dgn no fon..kalau ikutkn hati saya nak saja tulis no fon dia tu kat sini tapi sy x nak aibkan dia, lagipun sy tatau kalau mmg dia yg buat....sy x pena layan pun notis tu..lepas tu sy perasan keta sy kena calar..punyalah dalam dia scratch! Sakitnya hati sy..kiri kanan pula tu...seumur hidup sy belum pena calar keta org lagi sakitnya hati...nak cat keta pula takut kalau da bayar mhl kena calar lagi...so kalau u baca komen ni, saja nak bagitau...sya da repot polis sbab sy rasa awk ni stalker gila..dan yg paling penting sy tak akan halalkan pbuatan awk..dunia akhirat sy tak halalkan kecuali awk jumpa sy minta maaf...stalker gila
BalasPadamStiap kli pilihan raya..lahir lah sejenis mnusia brwajah Haiwan, brperangai syaitan...siapa yg mengandung spesis sprti ini?..siapa ibu/bpa nya?..upahan yg kamu dpt tdk mampu mghadapi AZAB ALLAH...siapa yg mgupah kamu?..ingat, insaf dn BRTAUBAT lah wahai yg mengupah srta yg jena upah...krja buat kamu tetap akn d tnya stelah kamu brpindah alam nanti..kamu UNDI lah PAS d tmpat kamu,.. bukti yg kamu sdh INSAF...org yg kamu sakiti, maaf kn kamu dan ALLAH AMPUN KN KAMU...bsama2 bntu PR ke PUTRAJYA.
BalasPadamKalau harta orang PR dirosak dan diserang tidak pula laporan media dihebohkan tapi bila kena pada pecaci UMNO media bukan main lagi memtar blitka fakta sebenar ,tunggu dan lihat bagai mana media akan kepanasan jika PR memenangi PRU13 nanti tak kiralah kalau UMNO menag secara menipu dengan bantuan SPR,Peguam Negara dan Ros sekali pun kita lihat kemana juak-juak ini akan bersembunyi.
BalasPadamAyah saudara saya Tuan haji Alias Harun.. x apa ayah long.. tunggu saya balik kg nnti cari macai2 band n end tu.. inilah bangsa yg tak beradap..
BalasPadamBe End dah desperado akan lakukan apa saja dengan arahan Kak Mah dan hubby
BalasPadamBe End dah desperado akan lakukan apa saja dengan arahan Kak Mah dan hubby
BalasPadamYang ni tak masuk TV pulak...!! Kalau bndera BN kena bakar...riuh satu kampung. Ntah2 org mereka sendiri yg bakar....Tunggulah harinya nti....Ini kalilah...
BalasPadam