22 Mac 2013

[VIDEO & GAMBAR] Dengan Pelajar Pun Polis Gunakan Kekerasan & Gari!


Tiga aktivis mahasiswa hari ini ditahan polis kerana cuba memasuki Angkasapuri bagi bertemu dengan pengurusan RTM untuk menuntut ruang berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Siswa yang ditahan antaranya pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Safwan Anang (gambar atas) di hadapan pintu masuk ke Kementerian Penerangan - yang menempatkan pejabat pengarah RTM.

Dua lagi yang ditahan adalah Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu Univrsiti Malaya (PBMUM) Abdul Muqit Muhammad dan aktivis siswa Muhammad Akram Ahmar.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Setiasusaha SMM Ahmad Syukri Kamaruddin berkata insiden itu berlaku selepas mereka berbincang dengan wakil kementerian dan pihak polis berhubung tuntutan mereka.

Dalam pembicangan tersebut, Ahmad Syukri berkata mereka bersetuju untuk bertemu dengan pengarah RTM pada Isnin depan dan diminta bersurai kemudiaannya.

"Kemudian Safwan patah balik selepas mendapat maklumat pengarah RTM ada di dalam.

"Dia nak masuk bersama dua lagi, tetapi ditahan polis," katanya.

40 berarak dari masjid UM

Kumpulan mahassiwa itu diminta hadir semula ke Angkasapuri pada Isnin depan jam 9 pagi untuk mendapat maklum balas yang diminta.

Sementara itu, Ahmad Syukri berkata, Safwan dan dua lagi kini ditahan kira-kira 4.30 petang dan dibawa ke Balai Polis Pantai tidak jauh dari situ.

Kumpulan mahasiswa kini beralih dari Angkasapuri ke hadapan balai itu untuk menuntut pembebasan rakan mereka.

Selepas solat Jumaat tadi, kira-kira 40 orang mahasiswa berarak dari Masjid Ar-Rahman dekat Universiti Malaya (UM) ke pintu masuk Angkasapuri.

Difahamkan kira-kira 30 anggota polis mengawal keadaan.

Awal Mac lalu, Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) menghantar surat permohonan kepada RTM meminta supaya menganjurkan debat dengan perdana menteri berkaitan dasar pengajian tinggi.

Bagaimanapun selepas tiga minggu permohonan mereka kepada Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Penyiaran Malaysia Mohd Nadzir, tiada sebarang maklum balas diberikan.

Sehubungan itu, Ahmad Syukri berkata mereka menganjurkan "Occupy Angkasapuri" hari ini dengan memasang empat khemah bagi berkampung dan menuntut jawapan daripada pengurusan RTM.

Sementara itu, Ahmad Syukri memberitahu Malaysiakini malam ini bahawa ketiga-tiga mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 8.20 ini.








Ulasan GB

Pelajar-pelajar yang datang tanpa senjata dan datang dengan cara baik dan aman tetapi ditangkap dengan cara yang amat kasar malah digari. Sungguh menghairankan dan menjelekkan.

"Syaitan yang dikenali" yang baling batu, baling telur, baling kayu sehingga mencerakan orang awam, tak pun ditangkap.

Tunjuk kehebatan tak kena tempatnya!

Imej polis cukup tercemar dan benarlah kata Mantan Pengarah Cawangan Khas Polis Sabah, Yousuf Babjee bahawa:


Tukar Kerajaan Untuk Pulihkan Wibawa Polis!

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berunding apabila berhadapan dengan penceroboh bersenjata tapi mengguna gari apabila berhadapan dengan mahasiswa tanpa niat jahat ? Ini kah polis yang professional ?


Kah...kah.....memang patut dipandang hina.

Tanpa Nama berkata...

kebangkitan pelajar dan juga rakyat sudah tentu membuatkan pimpinan UMNO dan BN tak lena tidur, tetapi sebenar nya ini lah riak2 dan ombak besar yg akan melanda parti yg dah tua dan spt kata mantan PM mahathir Tidak ada lagi org cerdik dlm UMNO yg kini sudah busuk hingga ke usus. sebab kita lihat lah pelajar2 yg cerdik skrg sudah bangun dan berani.bersama lah PR membangun negara yg kini dlm keaadaan hendak berubah, ini kali lah...tukar.

Tanpa Nama berkata...

Dengan rakyat sendiri bukan main samseng lagi.Dengan penceroboh negara runding sampai 3 minggu.

Andre Irwan berkata...

Jangan lupa akan peristiwa dan para anggota polis yang berbuat jahat terhadap rakyat. Jangan sesekali lupa akan depa ni. Nanti kalau PR memerintah, kita siasat puak-puak ni atas akta rasuah. Insyaallah waktu itu, kita akan bawa mereka ke muka pengadilan atas sikap tiada sifat profesinalisme.
Puak ni adalah puak yang paling bahaya. Nanti bila PR memerintah, mereka cuba menjilat pengkok PR pulak.
Bagi aku, percaya pada polis adalah perkara yang terakhir sebab aku sendiri mengalaminya. Harapkan pagar, PAGAR yang makan padi.

rakyat dizalimi berkata...

antara BUKTI ini ANJING KERAJAAN dan LEMBU2 YG terus dicucuk hidung.JADI jgn marah kalau KAMU DIHINA RAKYAT di
atas kerakusan kamu pada rakyat tanpa
senjata dn himpun aman sebelum ini.jg
kejadian di LDato adalah balasan DARI
ALLAH jua diatas perbuatan kamu dn jg
PEMIMPIN kamu yg zalim sebelum ini.dn
slogan TEGAS pada pembangkang..ADIL..
um NO/B angkai N gara dan BERHENAH bg
samseng2 mereka.DOSA2 kamu direngit bpahat 2010akan menerima balasannya

acong berkata...

Orang berdemo kau pun nak berdemo jugak. Aku rasa mamat ni tak akan digari kalau dia bagitau kata dia ni keturunan Suluk !

Tanpa Nama berkata...

adakah mahasiswa ini penjenayah atau makan wang rakyat hingga digari?