Pada 24 Mac 2013 di Kuala Lumpur, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama Gabungan Blogger Revolusi 13 telah mengadakan taklimat bersama hampir 50 orang pemain cyber (blogger/facebookers) pro perubahan.
Pertemuan ini ialah siri awal ke arah memulakan gerakan yang dikenali sebagai ‘Haramkan Umno’.
Umno sebuah organisasi politik yang ditubuhkan pada 1946 telah diharamkan pada 4 Febuari 1988 melalui satu keputusan mahkamah tinggi. Ini kerana pertembungan perebutan jawatan Presiden antara Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh telah dimenangi oleh Dr.Mahathir dengan taktik jahat antaranya ialah membawa perwakilan haram. Kes ini dibawa ke mahkamah dan mahkamah memutuskan Umno diharamkan.
Kemudian Razaleigh telah cuba merayu keputusan pengharaman Umno tetapi sebaliknya Dr.Mahathir telah menggunakan kuasanya dengan memecat Tun Salleh Abbas (Ketua Hakim Negara pada ketika itu) dan menggagalkan persidangan rayuan pengharaman Umno. Rupanya apabila Umno asal (1946) diharamkan, Dr.Mahathir meraih keuntungan dengan menubuhkan Umno Baru dan terus memperkukuhkan cengkaman kuasanya.
Setelah mendapat hak penubuhan Umno baru beliau meminda akta pertubuhan 1966. Semenjak itu Umno amat besar kepala mereka memikirkan undang – undang negara sudah berada di bawah tapak kaki mereka. Semua perundangan termasuk akta pertubuhan diambil sambil lewa.
Setelah Umno asal diharamkan maka semua pendaftaran peringkat pusat, bahagian dan cawangan terbatal. Kemudian Umno baru ditubuhkan maka seharusnya semua proses penajaan dan penubuhan harus dibuat semula dari awal, namun merasakan mereka amat berkuasa maka banyak peringkat Umno telah tidak bertindak dalam mendaftarkan semula organisasi Umno peringkat tertentu. Kemudian keadaan bertambah parah berikutan banyak cawangan Umno yang tidak menghantar dokumen tahunan seperti dikehendaki akta pertubuhan 1966.
Natijahnya tanpa sedar ribuan cawangan Umno menjadi cawangan haram. Umno menggunakan sistem perwakilan maka cawangan haram menghantar perwakilan ke bahagian secara automatik bahagian menjadi haram. Bahagian menghantar perwakilan ke Perhimpunan Agong Umno secara automatik Umno itu sendiri haram.
Pada tahun 2008 dalam Umno bahagian Tanah Merah telah berlaku pergolakan perebutan jawatan, ada yang mahu bertanding jawatan utama ketika itu didapati tidak membayar yuran dan terdiri ahli dari cawangan haram. Maka kes mahkamah dibawa dan melalui proses mahkamah dibuktikan 126 cawangan Umno di Tanah Merah ialah cawangan yang tidak berdaftar dan cawangan dibatalkan pendaftaran iaitu cawangan haram.
Ini diakui oleh Setiausaha Agung Umno sendiri dan Pendaftar pertubuhan, cuma kes di mahkamah dibuang kerana pengadu yang membawa kes ke mahkamah telah dipecat melalui surat pemecatan yang dikatakan telah di’back-dated’kan. Pengadu telah hilang status sah sebagai ahli (hilang local standi) untuk membawa kes ke mahkamah.
Umno Tanah Merah terus bermesyuarat dengan dengan perwakilan cawangan haram dan perwakilan dari mesyuarat haram Tanah Merah telah menghantar perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno pada tahun itu yang seharusnya turut memberikan implikasi pengharaman PAU tersebut.
Dari maklumat dalaman tiada cawangan Umno berdaftar di Jeli, Bachok dan Tumpat. Hanya sebilangan kecil cawangan Umno berdaftar di Kota Bharu. Carian dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan menyatakan lebih separuh daripada 2,181 cawangan Umno di Kelantan adalah haram. (sumber SIASAH 2010)
Carian juga telah dibuat di Pejabat Pendaftar Pertubuhan di Shah Alam, Pulau Pinang dan Alor Setar ke atas ratusan cawangan Umno namun Pejabat Pendaftar Pertubuhan menyatakan fail gagal dicari dan berada di Putrajaya. Persoalanya mengapa di Putrajaya?
Berdasarkan Seksyen 10 Akta Pertubuhan 1966 menyatakan semua warga Malaysia diberi hak untuk memeriksa dokumen pendaftaran mana – mana organisasi berdaftar di Malaysia kecuali beberapa dokumen sulit seperti laporan kewangan. Malangnya carian di Putrajaya juga gagal mendapatkan maklumat yang dibenarkan berdasarkan akta pendaftar pertubuhan 1966 malah diwujudkan borang Pertubuhan 27 untuk membolehkan carian sepertinya dilakukan.
Diyakini seluruh negara 3/4 dari cawangan Umno adalah terdiri dari cawangan haram, malah ada bahagian Umno juga yang terdiri dari bahagian tidak sah pendaftarannya.
Jadi kini tidak pelik bagaimana negara boleh berdepan dengan 1001 masalah dan krisis – ini kerana negara telah ditadbir oleh sebuah organisasi politik haram.
Maka SAMM dan gabungan Blogger Revolusi 13 mengajak seluruh rakyat pro perubahan untuk bersama dalam gerakan ‘Haramkan Umno’.
Peranan semua:
1. Menyampaikan penerangan ‘kenapa Umno organisasi haram?’ ke seluruh pelusuk negara.
2. Menggerakkan desakan carian status cawangan Umno di peringkat masing-masing. Gunakan borang Pertubuhan 27. Isi sendiri dan buat carian cawangan Umno tempat anda, hantar ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan dapatkan respon bertulis serta cop rasmi, scan dokumen tersebut dan hantar ke email haramkanumno@gmail.com
3. Gerakan Haramkan Umno ini juga memohon kakitangan pejabat pendaftaran agar dapat menghantar email secara sulit, maklumat berkaitan pendaftaran Umno yang tidak sah ke email haramkanumno@gmail.com
Maklumat berkenaan gerakan ini boleh diperolehi di www.anakmudamalaysia.com dan juga laman facebook Umno-Parti-Haram beberapa laman FB serta blog sekutu.
Gerakan ini juga akan memfailkan satu petisyen mahkamah berkenaan perkara ini dalam masa terdekat. Ini satu gerakan serius selain dari usaha menggunakan seluruh ruang teknikal perundangan, gerakan ini juga akan menjadikan PRU-13 sebagai satu proses referendum rakyat untuk menolak organisasi haram sebagai pemerintah negara.
Mohon kerjasama semua pemain cyber dan editor media rasmi agar sama membantu hebahan dan dalam masa terdekat akan diadakan satu pelancaran terbuka ‘Gerakan Haramkan Umno’ di ibukota.
Sekian.
che’GuBard
Ketua Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia
Ribuan cawangan tak daftar semula sejak ’98, Umno patut diharam?
Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang mungkin membatal pendaftaran DAP digesa mengkaji dakwaan wujudnya ribuan cawangan Umno yang tidak berdaftar.
Cawangan itu dikatakan tidak didaftar selepas penubuhan Umno Baru oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1988.
Selepas pengharaman itu, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, berkata semua pendaftaran peringkat pusat, bahagian dan cawangan secara automatik terbatal.
“Selepas Umno Baru ditubuh, proses penajaan dan penubuhan harus dibuat semula. Namun banyak peringkat cawangan dan bahagian tidak mendaftar semula organisasi mereka.
“Selain itu, banyak cawangan tak hantar dokumen tahunan mengikut peruntukan Akta Pertubuhan 1966,” katanya pada kenyataan.
Dalam sistem perwakilan, beliau berkata, cawangan Umno yang tidak sah menghantar perwakilan ke bahagian, maka bahagian itu secara automatik bersifat haram.
“Bahagian yang hantar perwakilan ke Perhimpunan Agung menyebabkan ia juga haram.
Hal itu, katanya, terdedah pada 2008 dalam Umno Bahagian Tanah Merah, Kelantan selepas ahli yang mahu bertanding tak bayar yuran dan berasal dari cawangan haram.
“Ia dibawa ke mahkamah. Melalui proses mahkamah, dibuktikan ada 126 cawangan Umno di Tanah Merah tidak berdaftar dan dibatalkan pendaftaran. Ini diakui Setiausaha Agung Umno dan ROS,” katanya.
Badrul berkata, carian di pejabat ROS menunjukkan lebih separuh daripada 2,181 cawangan Umno di Kelantan, dipercayai berstatus haram. -KD
umno lama ke umno baru ke...ade aku kesah....sbbnyer dua-dua same jer peel....hampeh
BalasPadamreport kat ROS sebelum PRU. tengok apa ROS boleh buat. Klu Umno menang guna lambang dacing, saman masuk mahkamah.
BalasPadamMemang banyak haram. Peringkat cawangan penduduk tiada, kampung pun sudah tiada, masih ada lagi cawangan aktif beralamat disitu.
BalasPadamKawasan perindustrian pun ada cawangan UMNO. dh pasti bukan ada masyarakat melayu di kawasan perindustrian..
motif nak dapat bajet..
Kalau tak salah saya beberapa cawangan di Pasir Puteh menjadi isu utama dalam perbicaraan tersebut kerana cawangan UMNO tidak mengadakan mesyuarat dan perwakilannya ke perhimpunan Agung UMNO adalah haram dan seterusnya membawa kepada pengharaman UMNO.
BalasPadamMahkamah hanya inginkan cawangan-cawangan yang haram perlu mesyuarat semula untuk mengesahkan (menghidupkan)kewujudan UMNO. Tetapi Mahathir tidak mahu dan seterusnya membiarkan UMNO asal "mati" melalui peguamnya. Dengan mematikan UMNO semua penentangnya terutama Tg Razaleigh sudah tidak ada kuasa/hak lagi dalam UMNO Baharu.
Ya...bawa kemahkamah..0pastikan yang UMNO sebenarnya sudah tidak wujud sudah diharamkan. Yang baru adalah UMNO baru bukannya UMNO lama. tidak ada kena mengena, itu satu Penipuan,satu peenipuan dari pemimpin yang mengasaskan UMNBO baru, mereka telah ditipu selama ini, sehingga diperdayakan bahwa apa yang mereka perjuangkan selama ini sebenarnya bukanlan UMNO lama. Jadi apa saja yang berkaitan UMNO lama tidak boleh di akui sebagai UMNO lama. Yang lam jelas telah diharamkan so tidak ad kena mengwna langsung. Kalau nak tubuh pun atau nak mengaku pun kena letakkan tarikh umno baru bermula bukan mengambil tarikh uumno baru, buat malu saja. samn jangan tak saman
BalasPadamhah padan muka, sibuk tali barut amno nak haram dap, sebenarnya amno tu yg terlebih haram.
BalasPadamsyabas SAMM, mudah2an berjaya mengharamkan pertubuhan samseng yg sedia haram, kami doa utk kejayaan usaha ini, semua org kena peka kenapa usaha ini dibuat, kena sokong.
Kalau tak boleh haram...hancurkan umno.
BalasPadamTahun 2013,126 cawangan UMNO Tanah Merah didapati oleh ROS tak didaftarkan.3 kali ROS hantar surat keS/U Agong UMNO tapi dia buat dek aje.Maklumlah orang berkuasa.Ini sudah langgar Sek.41 Akta Pertubuhan.DiKelantan,dari 2181 cawangan,hanya 1800 aje yang ada fail diROS Kelantan.Kalau diKelantan begitu banyak cawangan haram,diseluruh negara macam mana pulak? Jelas UMNO tu parti haram.
BalasPadamUMNO memang dari dahulu pun haram dan parti ini sentiasa haram dari dahulu kini dan selamanya.
BalasPadam