10 Feb 2013

Samseng Syaitan Dikenali Menjadi-jadi: Papan Kempen Calon PAS Merlimau Pula Disabotaj


Sedang Negara Malaysia sedang meraikan Tahun Baru Cina; Merlimau pagi ini dikejutkan dengan papan kempen calon PAS Merlimau, Tuan Haji Yuhaizad Abdullah telah ditumbangkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Papan iklan itu terletak diatas tanah persendirian di Kampung Kilang Berapi, Merlimau dan hanya memaparkan Tawaran Pakatan Rakyat dan tiada unsur provokasi kepada mana-mana pihak.

Namun, parti politik tertentu ini merasa terancam sehingga tergamak mengupah samseng untuk membuat kacau dengan menumbangkan papan kempen terbabit.

Tuan Haji Yuhaizad menyatakan kebimbangan beliau kerana sejak akhir-akhir ini, banyak kes keganasan keatas penggerak dan penyokong Pakatan Rakyat berlaku.

Ini dikuatkan lagi dengan kenyataan Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam selaku presiden PESAKA yang mengatakan, “Saya tidak boleh kawal pesilat-pesilat saya dari bertindak”.

Kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib yang sering membayangkan keganasan bakal berlaku sekiranya BN tumbang telah melahirkan bibit-bibit tindakan ganas daripada penyokong mereka.

Sehubungan itu, Tuan Haji Yuhaizad bersama Sdr Aminuddin Abdul Jalil, Ketua Pemuda PAS Kawasan Jasin telah membuat laporan polis di Balai Polis Merlimau dan berharap pihak polis bertindak profesional dengan menyiasat dan mendakwa pihak-pihak yang cuba mencetuskan keganasan dan huru-hara di Merlimau. -ii

4 ulasan:

Abdullah berkata...

Buat solat hajat.

kg senduk bukit gantang berkata...

selamat berjuang utk negara islam yg harmoni......kubur mmg asing2 tapi kita lihat nanti apa balasan org yg mahu islam dan org yg tak mahu islam di hadapan allah taala nanti.... org2 yg berjuang utk islam teruskan perjuangan anda... insyaallah allah maha mengetahui

XUMNO berkata...

Itu satu ujian dari Allah.Bersabar dan kita pohon doa kepada Allah agar Dia memberi balasan setimpal. Nabi kita dulu menghadapi ujian lagi getir.Tapi kalau dah melebih2 sangat takkan kita nak duduk diam.Ali rectum jangan fikir samseng2 dia boleh buat kacau sesuka hati.Jangan nak cuba uji kesabaran ahli2 Pas.

Tanpa Nama berkata...

Sabar.aja lah mintak bantuan drp allah . biar allah tunjuk kebenaran pda phk tesebut.