13 Jan 2013

[EDISI MERENG] Media Rejim BN Bagai Cacing Kepanasan Fitnah #KL112 Jadi "Himpunan Shamsidar"

Sungguh memalukan!

Sedang media antarabangsa dan portal rasmi berita luar negara menyebut Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan di Stadium Merdeka sebagai tajuk utama, hampir kesemua media rejim pencacai Barisan Nasional (BN) menyebutnya sebagai 'Himpunan Shamsidar' dengan niat cuba membodohkan penonton mereka.

Mendahului senarai sudah semestinya Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) yang terkenal dengan fitnah menggila menyebut himpunan Shamsidar ini kununnya melanggar syarat yang ditetapkan dalam akta perhimpunan aman (APA).

Rupanya bila meninjau ke rangkaian lain, TV9 dan RTM1, ternyata semua pembaca berita menyebut nama himpunan yang sama sehinggakan TV Al Hijrah yang kurang terlibat dalam menyiarkan berita fitnah turut terpalit sama.

Ditambah lagi dengan kenyataan ketua polis daerah Dang Wangi, Zainuddin Ahmad dalam sidang media 'membetulkan' bilangan peserta dari '80 ribu kepada 45 ribu' yang sebelum itu ditulis mereka sendiri menerusi laman sosial Twitter milik PDRM.

Sambil menyebut himpunan tersebut gagal mencapai sasaran yang diunjur penganjur, kesemua stesen televisyen juga 'sepakat' bahawa himpunan seperti ini akan 'mencemar imej negara selain merosakkan perniagaan yang terpaksa menutup operasi masing-masing'.

Saya tidaklah mahu memanjangkan polemik himpunan ini milik siapa tetapi adakah patut kredibiliti dan mutu berita stesen penyiaran negara kita kini berada pada tahap 'membodohkan pemikiran rakyat' semata-mata gagal dalam usaha memburukkannya dengan cara keganasan seperti yang dilakukan semasa siri himpunan Bersih sejak empat tahun lalu?

Mengapakah editor berita stesen televisyen tidak mahu bertanggungjawab di atas fitnah yang memalukan lagi nama negara malah menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan, Rais Yatim terlupa untuk memantau kerana terlalu sibuk mengira berapa jumlah peserta himpunan terbabit?

Jika isteri Azmin Ali, Shamsidar Taharin yang dijadikan modal fitnah memburukkan Pakatan Rakyat dalam himpunan kebangkitan rakyat ini, saya tidak terkejut sekiranya tuan punya badan akan menyaman kesemua media yang memfitnahnya tanpa merujuk kepada dirinya perkara sebenarnya.

Inilah yang terjadi apabila rejim Zionis BN sudah makin hampir di penghujung kuasa, makin banyak mereka melakukan kesilapan demi kesilapan yang akan menjauhkan mereka dari rakyat yang sudah muak dengan pembohongan mereka. -jalanpulang

31 ulasan:

  1. Jawatankuasa berhak Menyaman TV3 RM10 juta kerana maklumat tajuk perhimpunan palsu yang diberikan

    Pn Shamsidar yang dimaksudkan oleh TV3 yg diperkaitkan dengan YB Anuwar Ibrahim pun boleh menyaman TV3 RM5juta kerana tak semena-mena menggunakan nama Peribadinya sebagai MAKSUD perhimpunan tersebut.

    Secara undang-undangnya PERHIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT BUKAN MAKSUD YANG DIBACA OLEH TV3

    BalasPadam
  2. Perhimpunan lain tu pasai ada kanak-kanak dan bayi disurung

    Tengk wajah mereka dok bawa bebudak tu macam takut-takut tak ceria macam peserta HKR211

    BalasPadam
  3. Sama samalah kita Berdemontrasi depan Stesen Tv syetan ini pulak.
    Berderau darah ku bila dengar fitnah ini.
    Ayuh mari kita Saman penfitnah ini mulai sekarang.
    Nasib mu akan berubah apabila PR jadi Kerajaan nanti.Insya'Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju! Mari ramai2 demo depan tv3 suku, atas ketololan n kebengongan laporannya

      Padam
  4. TAK PANDAI MENGIRA DAN MEMBACA SEMUA STESEN MEDIA BN KERANA DASAR PPSMI YANG GAGAL

    BalasPadam
  5. Elok saman saja media pencacai rejim BN ni dengan nilai yang lebih tinggi. Saman sampai gulung tikar.

    BalasPadam
  6. haha bodoh punya TVtigasuku, jauh benor bunyinya himpunan kebangkitan rakyat dgn himpunan shamsidar, sapa punya idea punyalah bodoh tahap apa tak tau nak cakap dah.

    dahlah bunyi pun x sama, maksud lagi menyimpang jauh.

    lagi 1 hal bawa anak, mereka punya pasal lah nak bawak anak2 ke tidak, dah anak dorang sendiri, x menyusahkan sapa2 pun, apa kes org nak sibuk2. jeles lah tu, muka tak malu!!!

    yg remaja2 lain yg makbapak tak kisah tu, terbiar, merempit, isap dadah, merompak, meragut, berkelakuan sumbang tu, tak ambil pusing pulak.

    yg anak org dijaga elok2, kisah lebih2, apa hal???

    BalasPadam
  7. pembaca berita seolah-olah mcm tak rase berdosa membaca berita fitnah tapi aku rasa depa konform tgh koya pil kude

    BalasPadam
  8. Saya bila dengar tv3 buat ulasan pasal hkr112, sakit je hati saya di buatnya. Cuba tengok ulasan dalam utusan online yang buat liputan semalam pasal hkr112,
    1. Tunjuk gambar orang bawa kanak-kanak
    2. Membahayakan menangkap gambar dari tempat tinggi
    3. Menyebabkan lalu lintas,
    4. Peserta perhimpunan pijak pokok-pokok kecil yang di tanam DBKL
    5. Peniaga mengambil kesempatan jual barang jualan dengan harga mahal

    Tak pulak tunjuk gambar keseluruhan peserta dalam stadium. Rasanya, wartawan utusan memang tak masuk dalam stadium.

    BalasPadam
  9. Ketua bahagian berita Media pengampu ni tahap mentaliti diorang setakat Keling Nalla jek! So jangan ambik pot! Dimana yang sesuai utk saman maka samanlah segera! Sebagai tindakan awal maka j/kuasa wajib buat demo depan media penjilat bon**t ni!

    BalasPadam
  10. Jelas stesyen-stesyen TV tempatan langsung tidak profesional tetapi sebagai alat pengampu UMNO/BN.
    Semasa Suharto digulingkan diIndonesia,digantikan dengan Habibi,semua stesyen-stesyen TV Indonesia - TVRI 1 dan 2,termasuk RCTI dan PTI kepunyaan anak-anak Suharto, membuat liputan berita yang mendalam.Itu baru profesional - mereka secara profesional tau "yang mana berita" dan "yang mana bukan berita".
    DiMalaysia bilik-bilik berita stesyen-stesyen TV semua ikut Utusan Melayu.Dalam perbicaraan antara Dato Seri Nizar dengan TV3 baru-baru ini,pegawai tinggi pengurusan TV3 sendiri mengaku mereka tidak profesional.Amat memalukan.

    BalasPadam
  11. Biarkan TV3 suku jadi si Luncai. Jika Allah takdirkan kita menang, kita jangan benarkan dia buat sebarang liputan yang berkaitan dengan kerajaan. Kita tengok berapa hari dia boleh tahan dan berapa banyak penaja akan menarik diri. Harap2 jangan jadi Jamal Sekincan ikan bakar!

    BalasPadam
  12. Kesian betul dgn tv bodoh nie...tak habis2 nak bodohkan org melayu...

    patutlah org ramai panggil tv3 suku...Made in Pencacai...huhuhuuu..

    BalasPadam
  13. memang itu tugas mereka membodohkan rakyat.. supAya senang nak memerintah NEGARA bila yang diperintah tu BODOH.
    Mudahkan orang bodoh ikut aje apa arahan pun.

    BalasPadam
  14. Bila orang dah jadi bodoh senang mereka memerintah. Mudahkan orang bodoh akan ikut aje apa arahan pun

    BalasPadam
  15. tv3, utusan, dan media2 kongkongan umno bn yg lain terpaksa ikut cakap tuan...macam anjing kena sound.."don't bite the hands that feed you" so nak kata apa? ikut sajala..tokey kena cengkam telur dgn rosmah..nak tk nak tokey kena arah ank buah buat apa yg rosmah nak..memperbodohkan penonton dan pembaca yg majoritinya org2 umno yang sememangnya bodoh..

    BalasPadam
  16. Jangan layan dengan pihak yang tolol.

    BalasPadam
  17. PAS, DAP dan PKR boleh saman TV3 secara individu (komponen Parti masing-masing) kita lihat macam mana para hakim nak bagi keputusan nanti.

    Lagi satu PR boleh lapur kepada SKMM kerana TV3 melaporkan secara sengaja untuk memfitnah PAS,DAP dan PKR.

    Kalau blog SKMM boleh ambil tindakan kenapa tidak media elektronik spt TV3?

    BalasPadam
  18. Ingatan. Jangan lupa semua untuk berdoa kepada Allah swt memohon kebatilan ini diganti dengan kebenaran. Fitnah TV3 ini adalah bentuk kezaliman akhir zaman. Semoga Allah melaknati manusia yang menabur fitnah melalui media ini.

    BalasPadam
  19. siapa-siapa yang bernama SHAMSIDAR boleh saman ke TV3?

    BalasPadam
  20. Mudah-mudahan Allah s.w.t menyediakan neraka yang paling dalam untuk pemfitnah ni. Amin.

    BalasPadam
  21. Cari makan punya pasal maka pembaca berita buat selambaland saja membaca berita versi stesen tv. Dalam hati rela tak rela nak membaca kot.

    BalasPadam
  22. nasib ko la pembaca berita...sebelum ni baik lelaki ke atau perempuan yang pembaca berita tv ni nampak manis jer..lepas pembaca berita ni baca berita menabur fitnah dan menipu..aku nampak baik yg jantan dan betina pembaca ni dah macam muka babi sial sebab baca berita fitnah...maka celakalah mereka yg mendusta berita yg benar sedangkan mereka menyedarinya..

    BalasPadam
  23. TV1,TV3 tu dah tentu bias...
    masalahnya TV Al Hijrah pun sama..
    puak2 yg baca ni tutup aurat tp menyebarkan fitnah...heran aku...
    Adakah mereka ini tak berpegang kepada "Dosa Menfitnah lebih besar dari Dosa Membunuh"? apakah ayat ini mereka hendak dusta kan? "nikmat Allah yg mana mereka nak dustakan?" kalau x percaya ayat Allah apakah mereka patut duduk dlm dunia yang Allah yg bagi nikmat kepada mereka...cukup sekadar nikmat bernafas...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbaik...!! Nilah bukti pemerintahan rejim setan yg maha zalim atas muka bumi diabad ini..tanda kiamat yg jelas malangnya umno yg mengaku islam wasatiyah berani melakukan fitnah lebih besar dosa membunuh..masyaallah mari kita ubah!!..

      Padam
  24. Assalamualaikum
    Tokwan walaupun dah 67 tahun, tokwan menyertai setiap himpunan Rakyat, sejak 1998... BERSIH, BERSIH 20, BERSIH 30 dan terharu HKR#112.

    Ini sedikit pemerhatian tokwan

    BERSIH : komposisi kaum pasti Melayu ramai, India kedua dan Cina ketiga banyaknya.

    BERSIH 20 agak seimbang bagi Cina dan India walaupun Melayu terus majority

    BERSIH 30 Melayu tetap unggul, India berkurang sangat dan Cina bertambah begitu significant sekali.......

    HKR#112 peratusan penetrant Cina dan India turun mendadak kenapa ya....

    Walaubagaimanapun, tokwan tak bimbing kerana mereka masih bersama kita dan sepekra yang menarik perhatian tokwan ialah peneyrtaan yang berbas-bas dari JOHOR , MELAKA dan NEGERI SEMBILAN..... tak lupa kumpulkan dari Sabah dan Sarawak.

    Tetapi apa yang amat menghairankan tahap GABAN, BINGAI dan BEBAL puak- puak belaci BN.... Samada dari pemberita, pembaca berita, pengacara TV/ radio, polis dan menteri TAK TAU MENGIRA..... Berbohong MENGENAI angka.... Jika dilihat komen berita luar negara jauh berbeza.... Anda semua menjadi bahan gelak dan ketawa sahaja.....

    Wahai sahabat-sahabat belaci UMNO jadilah insan jujur dan ikhlas. Jangan di biarkan kamu di KELDAI (himar) kan oleh sikap sokong mengkhinzir buta.

    Himar binatang yang paling hina dalam AlQuran lebih rendah tahapnya dari Babi dan anjing..........

    Doa tokwan semoga sahabat-sahabat diberi petunjuk dan hidayah - in syaa Allah.

    BalasPadam
  25. Fikirkan bagaimana wang yg mereka dapat dengan kerja memfitnah yg kemudian diberi makan kepada ahli keluarga,ibu bapa,adik-beradik dan saudara mara.sesuatu yg haram akan menjadi darah daging.Bahkan mereka ini seolah-olah tidak beriman terhadap Hari Kiamat.Mulut kata percaya hari Kiamat tetapi hati langsung tiada rasa

    BalasPadam
  26. dah dua belas tahun tak tengok tv tiga suku dan tv sewaktu dengannya. dah dua belas tahun tak baca dan tak beli surat khabar pengampu ni... sorry...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.