Jan 31, 2013

[AZAB DUNIA] 7 Tahun Koma Ariel Sharon Masih Disambung Mesin Pernafasan

BaitulMaqdis– Bekas Perdana Menteri Israel yang tidak sedarkan diri selama tujuh tahun selepas diserang angin ahmar disahkan tidak mampu pulih semula.

Pun begitu, dia masih dilihat mampu memproses maklumat dan otaknya menunjukkan banyak aktiviti.

Pendedahan mengejutkan itu dibuat doktor yang melakukan ujian baru-baru ini ke atas pemimpin itu yang berusia 84 tahun.

Pasukan perubatan yang membuat ujian ke atas Ariel Sharon minggu lalu berkata, imbasan menunjukkan bekas pemimpin itu memberi tindak balas kepada gambar keluarganya dan rakaman suara anak lelakinya.

Mereka, bagaimanapun menekankan, tidak jelas sejauh mana Sharon memahami apa yang ditunjukkan kepadanya sambil menekankan dia tiada peluang pulih seperti biasa.

“Kami terkejut melihat aktiviti otaknya. Dia dapat maklumat dan memprosesnya. Dia dengar apa yang dikatakan.

“Sejauh mana tahap dia memahami, kami tidak dapat kata dengan pasti tetapi petunjuk menggalakkan,” kata ketua Pusat Sains Saraf Zlotowski di Universiti Ben-Gurion,i Beersheba, Dr Alon Friedman.

Sharon berada di kemuncak kuasa politiknya pada awal 2006 apabila serangan angin ahmar melumpuhkannya. Sharon koma sejak itu dan disambungkan kepada mesin pernafasan.

Keluarganya berkata, kadang-kadang dia membuka mata dan menggerakkan jari, tetapi tiada banyak maklumat didedahkan mengenai keadaan Sharon. Tiada siapa juga berkata kognitifnya kembali berfungsi.

Minggu lalu, sepasukan saintis Israel dan Amerika Syarikat mengadakan beberapa pemeriksaan ke atasnya di Hospital Soroka di Beersheba, menggunakan mesin imbasan MRI yang baru dibangunkan untuk menilai fungsi otaknya.

Friedman berkata, prosedur dua jam itu antara yang pertama dilakukan ke atas pesakit yang mengalami pendarahan otak. Ia juga jarang dilakukan ke atas pesakit pada usia Sharon.

Untuk rekod, pada tahun 1956, Ariel Sharon pernah bersumpah;

“Saya bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan…” -Mynewshub

18 comments:

Anonymous said...

Tu la degil sangat..kat dunia dah ditunjukkan azabnya. Mana nyawa made in Israel?

Anonymous said...

masa sihat menyusahkan orang dah nak mampus pun sama juga.ini keturunan yang lawan nabi musa tak sedar diri

Ammy Hassan said...

Allah memelihara mumia firaun buat tatapan dan iktibar kepada umat manusia. Di zaman moden kini, mahafiraun Ariel Sharon koma anggota badan tapi sedar dan bertindakbalas pada 5 deria... Dia sudah nampak kebesaran Allah dan sudah merasai azab dunia sebelum azab neraka Jahanam yang menanti... pintu taubat mungkin sudah tertutup buat dia! Dalam peristiwa Sabra & Syatila yang diterajui Ariel Sharon menyaksikan lebih 5,000 umat Islam Palestine disembelih...

Anonymous said...

Manusia takbur akan bedepan dengan azab Allah s.w.t

BaDiN said...

Inilah yang dipanggil bangkai bernyawa.
Semuga Allah berikan Hidayah kpdnya .

muzium padi gunung kheyang said...

janji ALLAH MAHABENAR!
rasalah JAHANNAM kelak!

Cara Mengobati Maag Kronis said...

ya di dunia saja sudah diberi balasan oleh allah,,
apalagi nanti diakhirat..

non baling said...

Macam tu pun do0k simpan lagi... bodo punya bangsa !

Anonymous said...

biar panjang komanya biar habis duit israel buat ngobat,ya allah komakan dia seribu tahun lagi ,aminkan semua

Anonymous said...

Amin

Anonymous said...

Inilah manusia yang jahat sejahatnya di dunia moden kini. Patut dijadikan pengajaran kepada pemmpin Islam.

Anonymous said...

Tak betul doa tu...... Ingat dia dah bunuh umat islam dgn kejamnya. A.S. Akan terima balasan Allah.......

Anonymous said...

Ini pengajar yang bagus kepada PM kita. Bertaubatlah sebelum azab yang sedang menimpa sharon menimpa juga kepada PM kita sekarang. Beringat - ingatlah.

Anonymous said...

Ini pengajar yang bagus kepada PM kita. Bertaubatlah sebelum azab yang sedang menimpa sharon menimpa juga kepada PM kita sekarang. Beringat - ingatlah.

Anonymous said...

Madey bila lg ....

Anonymous said...

Ya Allah, berilah hidayahMu kepadanya.

The Ladies Gorgeous said...

itulah die , berfikirlah dahulu sebelum bersumpah ..

Unknown said...

Pelik.ada jugak komen2 dalam ni yang mintak allah bagi hidayah pada ariel sharon.hallo hallo, dia bkn islam,dia yahudi dh bunuh beribu umat islam.doakn la dia koma selama seribu tahun.