22 Jul 2012

Tok Pa Gelisah Bila Artis Semakin Tinggalkan Maksiat


Orang Kuat Umporno Kelantan yang asyik kempunan mahu jadi MB Kelantan, Tok Pa jadi pening apabila golongan artis mula berebut-rebut untuk bersama PAS dan PKR. Paling memeningkan beliau, setelah para artis ini menyertai PAS dan PKR, mereka pasti akan berubah daripada keadaan yang "tidak senonoh" kepada yang lebih senonoh dan bermoral.

Berbeza dengan artis yang berebut masuk Umporno. Tiada beza langsung, daripada keadaan "tidak senonoh" dilihat lebih "tidak senonoh", cuma bezanya mereka apabila masuk Umporno poket mereka mungkin agak "kembung" sedikit.

Memang pun Umporno parti untuk para `peminta sedekah' yang selalu beranggapan rezeki datangnya dari parti sekutu Apco ini.

Maka, Tok Pa pun berkata bahawa PAS `terpaksa' memerlukan kerjasama artis kerana tertekan dengan kejayaan Umporno mendekati golongan muda. Orang muda mana yang semakin mendekati parti lembu kondo itu, wahai Tok Pa? Apatah lagi di Kelantan, Umporno langsung tiada di fikiran anak-anak muda Kelantan. Tok Pa tidak sedar bahawa semangat anak-anak muda di Kelantan kini meresapi semangat anak-anak muda di negeri-negeri lain yang bakal menumbangkan Umporno di dalam PRU akan datang.

Katanya, dahulu di Kelantan persembahan artis termasuk Dikir Barat dan Mak Yong diharamkan dan PAS juga tidak begitu gemar dengan golongan artis kerana didakwa terlibat dalam kegiatan tidak bermoral.

"Tetapi kini mereka perlu mencari pendekatan baharu untuk mendekati golongan muda yang merupakan kelompok penting pengundi," katanya lagi. Kenyataan Tok Pa terlalu cetek dan dangkal sekali. Tok Pa lupa bahawa Dikir Barat dahulunya dilarang di Kelantan kerana semua tahu bahawa di dalam persembahan Dikir Barat ketika itu banyak adegan yang berunsur maksiat.

Penyanyi wanita dan kadangkala `pondan' menyanyi sambil menggoyang-goyangkan punggung mereka di khalayak ramai serta lirik lagu dikir yang kadangkala lucah amat bertentangan dengan hukum Islam. Bahkan, sehingga kini persembahan Dikir Barat yang mempunyai unsur-unsur maksiat sedemikian terus dilarang, namun para artis semakin menyokong PAS kerana mereka faham Seni Islam itu bagaimana, kecuali Tok Pa yang masih tergila-gilakan "bapok" beraksi di dalam dikir.

Begitu juga dengan Mak Yong yang diharamkan oleh Kerajaan PAS Kelantan kerana terdapatnya unsur-unsur syirik serta khurafat di dalam persembahan tersebut.

Sebenarnya, bukan sahaja Dikir Barat atau Mak Yong bahkan persembahan nyanyian biasa juga dikawal oleh Kerajaan PAS Kelantan. Adakah artis menjauhi PAS? Tidak, kebanyakan artis memahaminya kerana artis tersebut berugama Islam, tidak tahu lah kalau Tok Pa berugama `Tok Cha" kerana gagal memahami hukum Islam.

Kita semua dapat lihat mana-mana artis yang menyertai PAS terutamanya akan lebih baik penampilan mereka daripada sebelumnya. Justeru itulah Umporno amat merasa cemburu dengan kejayaan PAS sehinggakan mereka tidak pernah terfikir bagaimana seorang artis yang selalunya `meminta sedekah sesuap nasi' dengan mereka sanggup menyertai PAS yang belum pun menjadi kerajaan yang memerintah Pusat seperti mereka. Mereka lupa, hasil tarbiyah PAS iaitu rezeki bukan di tangan Umporno, tetapi di tangan Allah, itulah penyebab semakin ramai artis menyertai PAS atau PKR. Cuma segelintir artis yang masih meletakkan maruah mereka setaraf dengan peminta sedekah dan pelacur jalanan sahaja yang masih mengampu dan membodek Umporno.

Hakikatnya, PAS dan PKR tidak 'memburu' artis, sebaliknya artis yang kini berbaris menanti giliran untuk bersama PR. Jika mereka mahu hidup mewah dan senang lenang, lojikkah pada akal mereka akan senang lenang bersama PR yang sekarang ini hanya sebagai Pembangkang di Pusat? -wfauzdin

Mustapa dijangkiti penyakit 'denial syndrom'

KOTA BHARU: Pemuda PAS Kelantan menyifatkan tuduhan Umno kononnya PAS memerlukan artis selepas kejayaan Umno mendekati golongan muda satu tuduhan bersifat penafian.

"Saya menyifatkan bahawa Mustapa telah dihinggapi sindrom penafian atau denial syndrome apabila terus menerus menyatakan bahawa kemasukan golongan artis ini ialah kerana PAS tertekan dengan BN," kata Abdul Latif Abdul Rahman, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan dalam kenyataannya.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang disiarkan di dalam laman portal Malaysiakini pada 21 Julai 2012 yang mengulas berhubung fenomena kemasukan golongan artis ke dalam parti PAS kebelakangan ini.

Menurut Mustapa, ia berlaku kerana PAS kini mungkin memerlukan kerjasama artis dalam kempen mereka di Kelantan kerana tertekan dengan kejayaan BN mendekati golongan muda.

Menurut Mustapa lagi, BN telah berjaya menarik golongan muda menerusi program kesukarelawan 1Malaysia Youth For You (1M4U) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Ahad lepas dan ia memberi tekanan kepada PAS.

"Saya mengira Mustapa sebagai seorang Menteri penuh di peringkat pusat tidak wajar untuk mengeluarkan kenyataan yang sebegini cetek yang hanya bertujuan untuk meredakan keresahan pengikut-pengikut setia UMNO dan Barisan Nasional apabila melihat fenomena kemasukan beramai-ramai ke dalam parti PAS pada hari ini," kata Abdul Latif.

Bagi beliau, Mustapa tentunya beranggapan dengan kenyataannya itu, ahli-ahli UMNO akan percaya bahawa kemasukan golongan profesional dan karyawan ke dalam parti PAS pada hari ini tidak akan menjejaskan peluang UMNO untuk mempertahankan Putrajaya di dalam piliharaya umum yang akan datang nanti.

"Hakikatnya satu perkara yang perlu diingat bahawa kemasukan golongan artis khususnya ke dalam parti PAS ialah bukti bahawa seluruh lapisan masyarakat sudah jemu dan muak dengan segala macam penyelewengan yang berlaku di dalam negara yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.

"Ia terlampau teruk sehingga tidak mampu lagi diterima oleh rakyat negara ini," kata beliau.

Menurutnya, penyelewengan dan salah guna kuasa ini bukannya satu perkara yang baru, bahkan ia berulang-ulang dengan pelbagai isu yang didedahkan dari masa ke semasa.

Mengaitkan penyertaan golongan artis ke dalam PAS ini kerana kejayaan program kesukarelawan 1Malaysia Youth For You (1M4U) yang dilancarkan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak Ahad lepas juga merupakan satu lagi kenyataan yang melucukan daripada Mustapa Mohamad, tambahnya.

"Bagaimana Mustapa boleh mengatakan demikian sedangkan di barisan hadapan artis yang baru menyertai PAS ialah Bob Lokman yang menyerahkan borang keahlian PAS pada Februari 2011 iaitu kira-kira lima belas bulan sebelum program 1Malaysia Youth For You (1M4U) dilancarkan?! Adakah Pengerusi Perhubungan UMNO telah lupa tentang fakta ini?" soalnya.

Hakikatnya, tambah beliau, yang menggunakan artis untuk menarik kehadiran pengunjung ialah UMNO.

Itulah yang dilakukan UMNO di Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya dan diteruskan oleh UMNO Bahagian Kota Bharu yang menjemput artis wanita melakukan persembahan terbuka untuk menghiburkan para guru yang dipaksa dalam satu program pada minggu lepas.
Bukan lagi rahsia bahawa tanpa pertunjukan seperti ini ditambah dengan habuan kewangan dan paksaan untuk hadir, program yang diadakan UMNO tidak akan mendapat sambutan.

"Barangkali inilah caranya UMNO menyambut kehadiran bulan Ramadhan!" tempelaknya.

"Saya amat bersimpati dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan di atas kenyataan yang begitu naif ini.

"Apapun, saya ucapkan kepada beliau selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan," kata Latif dalam kenyataannya di hari pertama umat Islam berpuasa.
-HD






Berbuka Puasa - Amalan "Wasatiyah" Ini Jangan Diikuti






Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan.
(Surah al-`Araf:31).

Di dalam hadis daripada Anas katanya:
“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”
(Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan)



[WASPADA] Kupas Dahulu Buah-buahan Sebelum Memakannya

Buah-buahan yang dibeli tak kira di kedai buah-buahan atau dipasar malam atau di pusat membeli belah, pastikan anda mengupas kulitnya terlebih dahulu sebelum memakannya. Membasuhnya saja tidak mencukupi. Kerana apa?

Dari gambar yang tertera di sebelah, buah epal berkenaan ternyata telah disaluti dengan bahan lilin upaya ia kelihatan sentiasa licin dan segar. Satu bentuk "penipuan" untuk mengaburi mata pengguna.

Lebih malang jika lilin berkenaan adalah dari jenis lilin beracun yang sepastinya akan menyebabkan kemudharatan kepada orang yang memakannya.

Sebelum ini blog GB pernah mengingatkan supaya kita berhati-hati dengan buah Oren yang diimpot. Namun buah oren kemungkinannya ada maafnya kerana tidak ada orang yang memakan kulit oren. Tetapi buah epal, ada juga orang yang memakan dengan kulitnya sekali.

Justeru itu berwaspadalah.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





Apa? Johor Menghadapi Masalah Air?


Macam tak percaya negeri kuat UMNO ada masalah air. Negeri Timbalan Perdana Menteri pulak tu.

Sebelum ini cukup bising pom pang pom pang dari golongan UMNO/BN hebohkan masalah air di Selangor dan Kelantan.

Sekarang betul-betul kena kat batang hidung. Tak nak pulak bising.

Ulasan dari FB:

JOHOR hadapi krisis air, wow!!! aku tak percaya, bro.... memang tak percaya!! mana boleh Johor hadapi krisis air, yang hadapi krisis air ialah Selangor, apa pasal Johor pula yang jadi 'mangsa'??

Itulah kerja Allah namanya. Buat jahat, aniaya kerajaan negeri yang berkhidmat untuk rakyat, Allah bayar cash.... akhirnya Johor berdepan dengan krisis air. Insaflah.... marilah kita kembali berpolitik secara bersih kerana Allah, bukan berpolitik ala 'yahudi' seperti yang diamalkan oleh UMNO Barisan Nasional.
- Apek


Yang ni lagi teruk, tengoklah airnya warna apa. Kat negeri mana tu?



BUKTI LAGI - Penyelewengan & Pembaziran Isa Samad atas DUIT FELDA

klik untuk lebih jelas

Walaupun hari ini (semalam), hari pertama umat Islam menjalani ibadah puasa; atas tanggungjawab utk menyelamatkan harta peneroka Felda khususnya dan rakyat Malaysia umumnya, saya dedahkan butiran penyelewengan dan pembaziran Isa Samad.

Butiran ini telah dibuat laporan polis dan SPRM. Dukcita, tiada perkembangan setakat ini. Orang yang paling kuat mempertahankan Isa adalah Rosmah Mansur, isteri PM sendiri. Bahkan nama Isa sebagai Pengerusi Felda pun, Rosmah yang beria2 sangat mahukannya. Isteri Isa, Bibi Sharliza Mohd Khalid adalah kroni Rosmah.

Rakan FB, anda boleh nilai sendiri; umpamanya sambutan hari raya zaman Pengerusi Felda dulu, Tan Sri Yusof Nor kosnya baru RM30,000 sahaja. Isa Samad belanjakan RM353,375.00, sepuluh kali ganda lebih tinggi. Ini wang peneroka Felda!!!

'Sesungguhnya pembaziran adalah saudara syaitan'..mcam mane ni Firus Che Man?

-Mazlan Aliman

Suasana Solat Tarawih Di Mesir & Kelantan



Suasana Solat Sunat Tarawih di Negara Islam Mesir era kepemimpinan hafiz 30 Juzu' Al-Quran, Dr. Muhammad Mursi [Presiden Mesir].

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar!




Pandangan dalam kemah Qaryah Ramadhan sewaktu Solat Sunat Tarawih di Kelantan. Khemah ni boleh memuatkan seramai 2,000 jemaah dalam satu-satu masa. Tahun ini sebanyak dua buah kemah disediakan. Satu berhawa dingin dan satu lagi tiada penghawa dingin. Pada setiap malam dijangkakan seramai lebih 3,000 org solat berjemaah di Qaryah Ramadhan ini.

Sumber: FB

Gadis Diarah Tanggal Pakaian

Batu Pahat – “Hanya kerana dituduh mencuri, saya diarahkan menanggalkan pakaian saya.

“Ketika itu saya hanya menurut kerana saya baru empat hari bekerja dan tidak tahu prosedur alam pekerjaan ini,” kata Leena, 24, (bukan nama sebenar) yang mendakwa dia menjadi mangsa tindakan melampau seorang penyelia ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Leena berkata, pada mulanya dia menganggap perkara itu adalah perkara biasa, sebelum meminta pandangan keluarganya.

Menurutnya, keluarga juga menyatakan tindakan melampau itu melibatkan maruah, selain bimbangkan kemungkinan berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini di kemudian hari.

“Setelah mendapat nasihat dan mengetahui tindakan yang dilakukan oleh penyelia saya ini salah, saya terus membuat laporan polis berkaitan dengan kejadian berkenaan.

“Saya juga membuat aduan di Pejabat Buruh, kerana mahu tindakan tersebut diambil perhatian selain sebagai pengajaran kepada ketua serta majikan agar tidak melakukan sesuatu perkara dengan sesuka hati,” katanya.

Dia yang bekerja di sebuah farmasi di daerah ini berkata, kejadian berkenaan berlaku pada 16 Julai lalu, kira-kira jam 4.30 petang, ketika pertukaran syif pekerja.

"Pada mulanya, saya diarah untuk mengira hasil jualan saya pada hari terbabit dan setelah mengiranya beberapa kali, saya dapati hasil berkenaan ialah RM406.

“Bagaimanapun, setelah penyelia saya mengiranya, wang hasil jualan itu telah didapati kurang sebanyak RM50 dan kemudiannya saya dituduh mengambil wang terbabit," katanya.

Katanya, tidak berpuas hati dengan perkara tersebut, Leena diarahkan untuk menjalani pemeriksaan badan, tetapi wang yang didapati kurang itu tidak ditemui.

"Mereka seterusnya mengarahkan saya menanggalkan pakaian untuk pemeriksaan lanjut.

“Setelah mengetahui tindakan yang dilakukan ini salah, saya sememangnya cukup tidak berpuas hati kerana ia melibatkan maruah serta saya mahu tindakan melampau ini dikenakan tindakan,”
katanya.

Katanya, bagaimanapun akhirnya setelah pemeriksaan terhadap jualan secara terperinci dilakukan, didapati akaun berkenaan mempunyai transaksi kad kredit sebanyak RM78.90

Sementara itu, ayah mangsa yang mahu dikenali sebagai Rahman, 78, berkata, dia terus mengarahkan anaknya membuat surat aduan peletakan jawatan serta-merta kerana bimbangkan perkara yang sama akan berulang kembali.

“Saya dan keluarga juga akan mengambil tindakan undang-undang kepada penyelia terbabit serta majikan kerana ia sesuatu perkara yang memalukan dan melibatkan maruah seorang wanita, selain pihak majikan lebih telus menjaga pekerja mereka.

“Saya juga bimbangkan kecanggihan teknologi akan mengaibkan anak saya, mungkin adanya rakaman situasi berkenaan dilakukan seterusnya disebarkan, walaupun ke semua mereka yang terlibat menafikannya,” katanya. -SH