21 Jun 2012

[JOM TONTON] Video Ceramah Haire Othman Di Pentas PAS

Batu Gajah: Pelakon, seniman, sastrawan kini berbondong-bondong menyertai PAS dan yang terbaru, pelakon filem Leftenan Adnan, Hairie Othman pula akan menyertai PAS.

Menurut Hairie, beliau bersama-sama pelakon, Zulkifli Ismail akan menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohammad Sabu dalam satu program di Taman Melewar, Gombak 6 julai ini.

Beliau tampil dalam siri ceramah PAS di Batu Gajah bersama Leman Raja Lawak yang baru sahaja sertai PAS, semalam.

Turut menyampaikan ceramah ialah Pengarang Berita Harakah, Tarmizi Mat Jam, Setiausaha Pakatan Rakyat Perak, Dr Khairuddin Abdul Malik dan Bekas Setiausaha Dewan Negara, Salleh Bakar.

Dalam ucapan sulungnya di pentas PAS, Hairie berkata, faktor mendorongnya untuk menyertai PAS ialah atas kesedarannya sendiri.

"Tidak sesiapa yang mempengaruhi dan memaksa saya masuk perjuangan ini tetapi atas kesedaran saya sendiri," katanya di hadapan ratusan hadirin.

Katanya, ramai artis yang menyokong BN kerana untuk mencari 'makan' dan meneruskan karier dalam bidang hiburan.

Anak kelahiran Negeri Kedah ini sangat kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapha Mohamad yang mendakwa artis yang menyertai PAS ini bukanlah untuk berdakwah sebaliknya untuk berpolitik.

"Kenapa jika artis yang tidak sealiran dengan mereka dihina dan dijadikan isu sedangkan yang menyertai Umno tidak pula dibangkitkan?

"Saya telah memberikan komen tentang kenyataan menteri itu di facebook dan ramai yang menyokong komen saya itu," jelasnya.

Hairie berkata, ramai yang memberi sokongan kepadanya selepas komen-komennya dalam laman facebook seolah-olah pro kepada pembangkang.

"Ramai yang memberi sokongan dan mengajak saya sertai PAS dan hari ini, hari bersejarah saya berucap pertama kami dipentas PAS," katanya dalam nada gembira.

Beliau mengakui tindakan ini akan memberi kesan kepada karier lakonannya namun beliau sanggup menghadapinya.

"Kalau saya fikir dunia, saya tidak akan membuat keputusan menyertai perjuangan ini namun saya sanggup menerima risiko kerana yang memberi rezeki bukannya BN tetapi Allah ," jelasnya.

Hairi menjelaskan, umat Islam perlu mengetahui serta mengakui politik dan Islam tidak boleh dipisahkan.

Oleh itu, katanya Umat Islam perlulah menyokong parti yang memperjuangan Islam iaitu PAS dan menolak parti yang memperjuangkan assobiyyah.

"Saya akan bersama-sama membantu dalam misi menawan Putrajaya dan saya sanggup untuk turun ke seluruh negara untuk bantu berkempen dan memberi ceramah kepada rakyat," jelasnya. -Muhammad Faeez



Artis Tidak Lagi Takut Sekalipun Diugut

Bachok: “Saya tidak takut biar pun ada pihak mengugut. Kita hanya perlu takut kepada Allah Taala sahaja dan bukan takut kerana manusia.

“Biar pun berjuang bersama di pentas Pakatan Rakyat tanpa mendapat bayaran tetapi hati saya senang,” kata artis Dayangku Intan pada ceramah di Kampung Mahligai malam tadi.

Menurutnya tidak menjadi kesalahan untuk berjuang di pentas politik bagi menegakkan kebenaran.

Kata beliau ada rakan-rakan artis menanyakan tidak takutkah berjuang bersama Pakatan Rakyat, nanti susah hendak cari makan.

“Kamu artis hendaklah bangkit bagi menyuarakan hak. Sekarang artis tempatan tidak lagi mendapat keistimewaan berbanding artis yang didatangkan dari luar negara.

“Artis luar yang datang dibayar begitu mahal. Jadi kalau dilayan sebegitu rupa oleh kerajaan kita perlu bangkit bagi menyuarakan hak,” ujarnya pada ceramah di pentas PAS.

Program itu mendapat sambutan hangat apabila ramai hadir mendengar ceramah sulung artis terbabit di Kelantan, yang kini berjuang di pentas Pakatan Rakyat.

Orang ramai berderetan di atas tali air yang terletak bersebelahan tempat ceramah. Di hadapan pentas orang ramai melimpah.

Hadir sama Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamad, Adun Jelawat, Abdul Azziz Kadir dan Ketua Penerangan PAS Kota Bharu, Nor Azariza Alawi.

Ramai muslimat turut mengambil peluang bersalam dan bergambar dengan Dayangku Intan sebaik selesai ceramah.

Dayangku mendakwa beliau pernah diundang menghadiri program di sebuah rancangan televisyen di mana program berkenaan mendapat banyak tajaan di kalangan pengiklan.

Kata beliau biar pun stesen televisyen terbabit mendapat banyak pendapatan melalui iklan, namun beliau sebagai tetamu yang diundang bercakap kira-kira 45 minit hanya dibayar RM100 sahaja.

Dayangku Intan yang datang bersama suami juga memberitahu sudah lama tidak membaca akhbar harian yang dimiliki Umno.

“Sekarang saya hanya baca akhbar diterbitkan PAS, PKR dan melayari internet sahaja bagi mengetahui perkembangan semasa.

“Sebenarnya di mana sahaja berada saya tetap bercakap mengenai isu rasuah yang begitu kronik berlaku dalam negara sekarang,” katanya.

Menurutnya rakyat sudah bosan dan inginkan perubahan dalam pentadbiran negara.

Sementara itu Abdul Azziz berkata, beliau sudah beberapa kali berusaha menjemput Dayangku hadir pada program di Bachok, namun hanya malam tadi yang menjadi kenyataan.

Manakala pada 28 Jun ini seorang lagi selebriti, Abby Abadi dijangka menemui peminat pada program Sembang Petang di Dewan Majlis Daerah Kuala Krai di Guchil, manakala pagi 29 Jun pula program di padang Majlis Daerah Pasir Puteh. -HD

Buaya Sepanjang 10 Kaki Kelihatan Di Sungai Muar

Ledang - Sebuah pasar raya di Tanjung Agas, dekat sini, gempar apabila salah seorang pekerjanya melihat kemunculan seekor buaya yang timbul di permukaan Sungai Muar, berhampiran premis berkenaan, Isnin lalu.

Gambar: Antara gambar buaya timbul di Sungai Muar yang sempat dirakam Hairi.

Mahu dikenali sebagai Hairi, 32, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 7.15 malam, dia sedang membuat rondaan di sekitar pasar raya itu.

Menurutnya, dia terlihat kelibat objek yang tiba-tiba naik dan masuk semula ke dalam air.

“Pada mulanya saya sangka batang kayu tetapi selepas diamati, barulah saya menyedari objek berkenaan adalah seekor buaya dewasa setelah lampu suluh mengenai matanya.

“Saya segera memanggil rakan yang kebetulan memegang kamera dan turut merakam kejadian ini. Reptilia ini agak besar dan panjangnya tidak kurang daripada 10 kaki, namun sejak kebelakangan ini ia kerap muncul pada waktu petang.

“Kehadiran buaya ini telah menimbulkan kebimbangan ramai kaki pancing di pinggir sungai ini,” katanya. -SH

Debatkini: Prof Diraja Ungku Aziz Ucap Syabas Kepada Mujahid Yusof Rawa

Tak semena mena Prof Di Raja Ungku Aziz tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan dan seorang ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara mengucapkan syabas secara terbuka kepada Dr. Mujahid Yusof Rawa dalam salah satu postingnya di Facebook.

Ucapan tersebut dibuatnya atas satu laporan yang dikeluarkan oleh Malaysiakini tentang isu Negara Islam yang berjaya diseliakan dengan baik oleh Dr. Mujahid dalam debat yang dikatakan menjadi panas apabila wakil dari MCA menyerang Hudud dan mempersoalkan isu murtad

Ucapan syabas ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa Prof Ungku Aziz menyetujui hujah hujah yang bernas yang lahir dari Dr. Mujahid dan merupakan pengiktirafan kepada usaha penerangan Islam kepada non muslim.


Nota :
* Selama puluhan tahun dalam persekongkolan, ameno memang gagal mutlak dalam memberikan penerangan berkaitan Islam kepada sekutunya.
* Ameno menjadi punca kenapa non muslim gagal untuk memahami Islam melainkan Islam hanya difahami sebagai Agama Persekutuan
* Ameno jugalah yang menjadi biangnya sehingga non muslim berani untuk mempertikaikan Islam secara terbuka sedangkan dalam Islam, kita juga diajar untuk menghormati agama orang lain.
* Sungguh benarlah para cerdik pandai sudah kian terbuka untuk memberi sokongan
Ameno kian membusuk sampai ke usus atau dalam bahasa geografinya .. bangkai bernyawa -debik karmic


Debatkini: PAS, MCA 'perang mulut' isu negara Islam

Perdebatan mengenai masa depan demokrasi di Malaysia menjadi ‘panas’ apabila isu negara Islam dibahaskan oleh Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mujahid Yusuf Rawa.

Ketika pusingan kedua pada sesi menjawab soalan Debatkini, Gan (kanan) dilihat mengutarakan isu adakah PAS akan menukarkan perkara asas di dalam negara sekiranya menjadikan negara ini, negara Islam dan melaksanakan hudud.

Sehubungan itu, Mujahid yang juga merupakan ahli Parlimen Parit Buntar dengan lantang membidas kenyataan Gan dengan mengatakan bahawa, walaupun PAS menjadikan agama Islam sebagai asas, tetapi parti itu sentiasa membuka ruang untuk demokrasi.

Beliau juga percaya, agama Islam merupakan sebuah agama yang menghormati pilihan.

“Kita komited dengan proses demokrasi. Walaupun dasar PAS ialah Islam tetapi kami percaya, Islam itu sebagai panduan. Sebab itu kita boleh komited dengan situasi yang pelbagai kaum.

“Saya juga percaya, kita perlu membincangkan (isu murtad) dengan lebih intelektual. Ia adalah intipati dalam ajaran Islam. Ttapi ia juga adalah interpretasi.

“Berdasarkan pengetahuan saya, mereka yang meninggalkan agama ini tidak meninggalkan iman dan dalam konteks sejarah, mereka yang murtad, adalah kerana menentang sistem atau boleh dikatakan sebagai pengkhianat,” katanya menjadikan murtad sebagai contoh dalam Debatkini anjuran Malaysiakini di ibu negara malam tadi.

Menjelaskan kenyataanya itu lagi, Mujahid berkata, seseorang yang murtad itu perlu memilih diantara iman dan hati naluri sendiri dan jika melakukannya kerana menghormati undang-undang, maka tiada isu mengenai murtad.

“Isunya ialah, orang yang murtad dijadikan alat politik bagi mereka yang berfikiran sempit antara dua-dua belah pihak,” katanya di hadapan kira-kira 300 hadirin.

Sementara itu,sebagai membidas kenyataan Mujahid (kiri), Gan berkata, walaupun enakmen hudud tidak dilaksanakan, tetapi beliau mendakwa, PAS cuba menerapkan elemen tersebut di Kedah apabila penggubalan undang-undang bagi menghalang fatwa dicabar di mahkamah diluluskan.

“PAS kata undang-undang hudud tak boleh dilaksanakan kerana Umno takut dengan MCA. Saya amat mengambil berat tentang perkara ini. Bayangkan tekanana ke atas perdana menteri dan rakan-rakan dalam BN apabila mereka kata Umno tidak boleh laksanakan hudud.

“Saya percaya Islam itu ialah bersederhana dan tiada paksaan. Tetapi jika kami mahu ingin melaksanakan (hudud) sebagai cara hidup, maka, jauhkanlah,” kata Gan.

Selain itu, Gan yang juga merupakan seorang peguam menambah, beliau turut menganggap sistem perundangan Islam atau hudud akan menjadi ‘mimpi ngeri’ kerana. katanya, setiap hukuman yang dikenakan bergantung sama ada banduan tersebut beragama Islam atau tidak.

Justeru, membidas kenyataan Gan, Mujahid dengan tegas berkata, tiada istilah ‘Hudud PAS’.

Mujahid menjelaskan, PAS mempunyai aspirasi dengan melakukan sesuatu secara demokratik.

“Di Kelantan dan Terengganu, enakmen hudud dikenalkan secara demokratik dan kamu mungkin tidak suka tetapi dalam demokrasi, anda tidak mungkin akan membenci semuanya.

“Kita telah sampai ke peringkat di mana, kita melihat hubungan antara Islam dan negeri ini tidak secara formatif tetapi dengan cara substantif bagi menyuntik Islam kepada negara.

“ Ini merupakan lonjakan terbesar PAS. Sama ada MCA atau Umno tidak suka, itu adalah masalah mereka. Kita progresif. Islam ialah meletakkan diri dalam demokrasi. Kita percaya tidak ada pemisah antara Islam dan demokrasi,” kata Mujahid lagi.
-mk


[DEDAH] Opss 2020: Ini Bukti Mahasiswa Dikerah Kempen Untuk BN

Kuala Lumpur: Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-MN) mendesak siasatan dilakukan berhubung Opss 2020 dan mahu pihak yang terlibat membuat penjelasan terbuka mengenai konspirasi ini.

Opss 2020 didakwa satu konspirasi terancang oleh Umno BN yang menggunakan institusi awam termasuk mahasiswa untuk memenangkan mereka pada pilihan raya umum ke-13.

Antara yang terlibat ialah Biro Tata Negara (BTN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti (HEP) setiap universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Menurut jurucakap Pro-MN, Edikoup Lakip Sediyanto, Opps 2020 menyebabkan pilihan raya kampus ditangguhkan mengakibatkan hampir keseluruhan universiti tidak mempunyai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

"Opss 2020 membunuh aktivisma dan idealisma mahasiswa di kampus serta menghalang kebangkitan mahasiswa sebelum PRU ke-13 dan bertujuan menakluk kampus di Malaysia untuk menjadi pro kepada Umno BN,"
kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen semalam.

Sidang media sempena penyerahan memorandum mengenai perkara itu kepada Sekretariat Benteng Negara Dari Jenayah (Benar) yang dipengerusikan Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar.

Edikoup juga berkata, Opss 2020 dilakukan dengan sangat terancang melalui pertemuan-pertemuan sulit yang dirangka pejabat perdana menteri sendiri.

"Setiausaha politik KPT dan pegawai khas KPT dan pegawai KPT lain turut terlibat dalam mesyuarat bersama wakil kampus pada 25 Januari lepas," dakwanya sambil menunjukkan bukti kehadiran mereka dalam minit mesyuarat tersebut.

Sehubungan itu Pro-MN menuntut penjelasan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berhubung perkara ini. -HD

Minit mesyuarat penyelarasan pemilihan MPP IPTA sesi 2012, Bil. 1/2012 :
Tarikh : 25 Januari 2012
Masa : 9.00 hingga 11.00 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur.
Sumber : FB Konspirasi 2020







[TERKINI] Pelakon Haire Othman Berceramah Di Pentas PAS

Kita sudah tahu banyak Artis yang kebelakangan ini mula secara terang-terangan menyokong perjuangan Pakatan Rakyat, Bermula dari Pak jabit yang sedari dulu memang ideologi politiknya bersama Pakatan Rakyat, kemudian kemunculan Bob Lokman di atas pentas PAS.

Kemudian beberapa artis lain menunjukkan kecenderungan menyokong pakatan Rakyat, antaranya Wardina Safiya, Allahyarham Bob Kuman yang akhir hayatnya mendekatkan diri kepada Islam, penyanyi Aishah yang beberapa kali menceritakan pengalamannya atas pentas PAS, Abby Abadi dan Dayangku Intan.

Malah malam tadi bertempat di Stadium PJ, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor Sham Kamikaze seorang pemain gitar yang disegani dalam industri seni tanah air bertindak moderator dalam satu program bersama Ustaz Azhar Idrus.

Ini membuktikan perjuangan Pakatan Rakyat tidak lagi asing dari golongan pengiat seni tanah air.

Kini seorang lagi Artis dikatakan telah berceramah diatas pentas PAS untuk menyokong pakatan rakyat secara terbuka.

Pelakon Hairie Othman dikatakan malam tadi telah berceramah diatas Pentas PAS, Sila lihat gambar dibawah.

Benarkah Hairie berceramah di atas pentas Pakatan Rakyat, mungkin bagi ramai orang ia agak pelik, jarang sekali artis muda mahu menentang arus.

Namun jika disoroti beberapa perkara yang dilakukan oleh hairie sebelum ini, adalah tidak mustahil langsung beliau telah naik dan berceramah diatas pentas Pakatan Rakyat, ini berdasarkan sokongan beliau terhadap Pakatan Rakyat tidak diselindungkan.

Terdahulu beberapa hari lepas sekeping gambar menunjukkah Hairie dan seorang lagi rakan seni sedang duduk menjamu selera bersama seorang pemimpin PAS.

Hairie sebelum ini pernah menempelak kenyataan seorang pemimpin Umno kelantan yang memperlekeh tindakan beberapa orang artis yang menyokong perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat.

Didalam laman sosial facebooknya dia menulis

"saya artis jugak, kalau artis kempen/masuk UMNO x de pulak nak dijadikan isu, kenapa bila kita nak demokrat, nak berbeza pendapat selalunya dianggap pembangkang, kenapa, nak berbeza pendapat tak bole ke? mesti ikut macam lembu saja?" - hairie othman

Jika benar Hairie Othman telah memilih untuk berada di atas pentas Pakatan rakyat, ia sesuatu yang bagus, tidak ramai sebenarnya artis di dalam negara ini yang berani menentang arus gara-gara takut kelak periuk nasi mereka terjejas kerana pilihan mereka.

"tukanglawan" tahu masih ramai lagi artis yang memilih berdiam diri, kita hormati apa yang dilakukan mereka kerana kita faham risiko yang akan mereka hadapi.

Dan buat artis yang berani bersuara secara terang-terangan, anda melakukan sesuatu yang sepatutnya, tugas artis bukan sekadar menghibur , anda juga punya fungsi cukup penting dalam masyarakat sivil, tahniah. - Tukanglawan


Laporan sebelum ini
klik untuk baca



[WASPADA] Bersihkan Bahagian Atas Tin Minuman

Pada hari Ahad lalu satu keluarga bertamasya dengan membawa beberapa tin minuman. Pada hari Isnin, dua anggota keluarga terpaksa dibawa ke hospital dan ditempatkan di ruang Intensive Care Unit (ICU).

Dia meninggal pada hari rabu. Hasil autopsi merumuskan ia terkena Leptospirosis. Hal ini disebabkan pada tin minuman yang diminumnya, tanpa menggunakan gelas. Hasil ujian menunjukkan tin tersebut telah terinfeksi air kencing tikus yang sudah kering yang mengandung leptospira.

Sangat dinasihatkan agar membilas secara merata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Tin biasanya disimpan di dalam gudang dan langsung dihantarkan ke kedai-kedai tanpa dibersihkan.

Sebuah penelitian menunjukkan bahawa bahagian atas semua tin minuman lebih terkontaminasi dibandingkan tandas awam (penuh kuman dan bakteria.)

Jadi, bersihkan dengan air sebelum memasukkannya ke mulut untuk menghindari segala jenis kecelakaan fatal. Mohon forward pesan ini kepada semua orang yang kita sayangi.