5 Dis 2012

Kes Amah Dirogol, Jakarta Beritahu Rakyatnya Tidak Pilih Malaysia Untuk Jadi Pembantu Rumah

Jakarta menasihatkan rakyatnya tidak harus bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia berikutan kes layanan teruk melibatkan warganya yang semakin meningkat.

“Pihak pemerintah Malaysia harus ambil tindakan tegas, atau lebih baik pembantu rumah dari Indonesia tidak bekerja di Malaysia.

“Mereka (Malaysia) mahu pembantu rumah dari Indonesia, tetapi mereka tidak boleh melindungi pembantu rumah dari negara kami,” kata Suryana Sastradiredja, jurucakap kedutaan Indonesia yang dilaporkan AFP.

Sabtu yang lalu, jabatan imigresen menyelamatkan 105 pekerja asing yang dikurung dalam agensi pembantu rumah di Bandar Baru Klang.

95 orang wanita, kebanyakannya warga Indonesia, telah didakwa dipaksa bekerja sebagai pembantu rumah selama enam bulan tanpa gaji.

Mereka mendakwa agensi tersebut melayan mereka begitu teruk dan makanan dicatu untuk mereka.

Jakarta telah meletakkan larangan kepada pembantu rumah dari negaranya pada tahun 2009 ke Malaysia, tetapi larangan tersebut dibatalkan setahun kemudian.

Tetapi pembantu rumah dari Indonesia semakin berkurangan untuk ke Malaysia walaupun pembatalan larangan tersebut, dengan mengatakan kurang dari 100 orang bekerja dengan cara sah.

Sastradiredja juga berkata, Indonesia bimbang ribuan pekerja warganya yang bekerja di Malaysia secara haram kerana dijanjikan bayaran lumayan sedang bekerja dalam keadaan yang berbahaya.

Laporan baru menunjukkan kes terbaru melibatkan warga Indonesia bulan lalu, apabila seorang pekerja restoran mendakwa beliau dirogol oleh tiga orang polis, dan seorang lagi berusia 15 tahun dirogol oleh majikannya.

Bulan lalu, menteri sumber manusia Datuk Dr S Subramaniam memberitahu bahawa Putrajaya terus mempunyai hubungan yang baik dengan Jakarta walaupun insiden itu berlaku.

Beliau kemudian menyalahkan media dan badan bukan kerajaan Indonesia kerana mensensasikan insiden tersebut “dengan begitu emosi”.

Beliau menambah, langkah tegas akan diambil untuk menyampaikan mesej kepada pekerja asing bahawa mereka akan dilindungi melalui sistem perundangan negara.

Pada Ogos, pemerhati memberitahu The Malaysian Insider bahawa tawaran gaji yang lebih tinggi dan ekonomi Indonesia yang semakin meningkat menyebabkan Malaysia menjadi tidak menarik di kalangan pembantu rumah Indonesia.

Pembantu rumah Indonesia di Malaysia mendapat gaji minimum RM650, sementara gaji minimum yang dibenarkan di Singapura ialah S$450 (RM1,126) dan HK$3,740 (RM1,500) di Hong Kong.

Mereka juga mendapat cuti mandatori di Singapura dan Hong Kong dimana cuti mandatori untuk mereka di sini masih lagi diperdebatkan. -TMI

Ulasan GB

Kita nak dengar apa ulasan dari Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Rais Yatim mengenai berita di atas.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ulasan Rais...kita xde masalah dgn pembantu warga Indon..kalau mereka x sudi...Malaysia pun x hingin..dan kita akan bakar jambatan dgn mereka spt sy bakar semasa dgn semangat 46 dulu...huhuhuu

Tanpa Nama berkata...

Di malasie kalau rogol bisa lepas sbb ada uang.

Tanpa Nama berkata...

Aku tak tahu nak letak muka aku dimana apabila melawat Indonesia kelak. Terima Kasih kepada UMNO kerana rakyat M'sia dicap sebagai penjahat di negara Indonesia. Habis Maruah kita sebagai rakyat M'sia hilang. Rais Yatim sila jawap isu ini kerana maruah kita sudah hilang dah.

Tanpa Nama berkata...

Pak Menteri pun rogol pembantu rumah Indon,yang lain ikut aje.

Tanpa Nama berkata...

Kalau bayar ribu2 untuk tutup mulut selepas dirogol mcm yg dibuat menteri kita sorang tu, amacam?

Tanpa Nama berkata...

Kalau bayar ribu2 untuk tutup mulut selepas dirogol mcm yg dibuat menteri kita sorang tu, amacam?

Osama berkata...

Anak Yatim.....sila jawab!
ada bran??

Osama berkata...

UMNO berserta spesis2 Umat Melayu Naif Otak nya tu memang sdang menantikan ajalnya, ko umno ko Be End umno ko!!
Korang dulu dok kutok2, caci & persenda2kn bai'ah PAS kan? Nah skrng korang jilat & hirup lah balik hijau berlendir kahak korang dulu tu!
Aku terkesima bila difatwakan UMNO tu parti auci yg diterima Allah hingakan sangup ahli2nya berbai'ah pda mantan presiden nya Mahdey Al Kutty yg terang2 menolak hukum Allah & sunnah RasulAllah! nawaitu korang demi UMNO krrna kuasa...buldoz je ikut mana suks!
Bagai langit dgn bumi bai'ah korang jka dibandingkn bai'ah PAS dgn mentaati pemimpin2 yg patuh akn perintah Allah & mlaksanakn ajaran RasulAllah!
Nawaitu korang utk menang demi mempertahankn kuasa! Nawaitu kami memenangkan islam demi memartsbatkn hukum2 iALLAH dgn berjuang atas landasan amal makruf nahi mungkar lilahitAllah.
Macai2 Umat Melayu Naif Otak nya, korang fikir2kn lah ko Be End! ko UMNO! UMNO ko ko Be End!

gen-Y berkata...

polis kena siasat semua TOKEY agensi pekerja asing,takut VIP/VVIP terlibat.

Tanpa Nama berkata...

kerajaan indo pun mengada2. nak ambil pembantu rumah indo kena bayar RM12 ribu. setakat kena rogol tu risiko biasa la bila bekerja dalam rumah begitu. pembantu filipina pun kena rogol juga, tapi tak ada lah nak buat bising sampai kecoh satu dunia.

sebaiknya sekarang, di promo kan supaya ambil pembantu rumah dalaman dari malaysia sendiri. naik kan gaji ke RM800. orang malaysia tak perlu nak sedia pembayaran dahuluan sampai RM12 ribu, jadi boleh lah dibayar lebih gaji mereka.

kalau orang malaysia sendiri kena rogol, memang sedara mara akan datang belasah majikan dia!

Tanpa Nama berkata...

geliga hikmat gak otak anon 12.03pm

nak tambah sikit tentang risiko tu..
maid filipino tak bising kena r****? ye la kalau maid indon dgn maid filipino pakai baju pun mcm org tak hingat dunia...mmg sengaja minta dir**** la tu...ni suami2 ni kaki sapu mcm prebet sapu...yg haram tu gak dimaunya...ada taste sikit la weh...

aku setuju gaji jd maid utk org local rm 1000... cuba lah r****...mampus si suami duk jel...isteri kawen lain...padan muka