5 Dis 2012

Keluarga Aminulrasyid Tidak Puas Hati Dengan Keputusan Mahkamah Bebaskan Jenain

Keluarga kepada Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati oleh anggota polis dua tahun lalu tidak berpuas jati dengan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang membebaskan tertuduh, Koperal Jenain Subi daripada tuduhan menyebabkan kematian remaja lelaki berumur 15 tahun pada ketika itu.

“Keputusan mahkamah tidak adil.

Saya pun tengah duduk baca berita tentang ini.

“Memang saya tengok keputusan yang diberikan ini, memang sangat tidak adil kepada pihak kami,” kata Azura Amzah, kakak kepada Aminulrasyid apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.

Semasa mahkamah mengumumkan keputusan pagi ini, Azura dan keluarganya tidak pergi sendiri untuk mendengar akan tetapi mengikuti perkembangan melalui internet.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebi memutuskan keputusan tersebut selepas menerima rayuan Jenain, 49, terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen di sini pada September tahun lepas.

Dalam penghakimannya, Abdul Rahman berpuas hati anggota polis itu melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan kereta proton Iswara dipandu Aminulrasyid dan bukan dengan niat untuk membunuh remaja lelaki itu.

Abdul Rahman juga berkata tiada kes prima facie dibuktikan ke atas Jenain dan anggota polis itu tidak sepatutnya dipanggil membela diri.

Pada 13 Sept tahun lepas, Hakim Latifah Mohd Tahar menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mendapati Jenain bersalah melakukan kesalahan itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April 2010.

Jenain didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Apbila ditanya apakah tindakan seterusnya yang akan diambil oleh pihak keluarga Aminulrasyid, sambil menangis dengan teresak-esak, Azura menjawab, “Kami akan bincang balik dengan peguam kami untuk tindakan seterusnya”.

Kes kematian Aminulrasyid, mendapat liputan meluas dan kecaman masyarakat selepas remaja itu mati terkena tembakan di kepalanya ketika dikejar anggota peronda yang sebelum itu mengarahkan beliau memberhentikan kereta Proton Iswara yang dipandunya. -TMI

Keadilan untuk Aminulrashid: Peguam Negara didesak fail rayuan

KUALA LUMPUR 5 Dis: KEADILAN gesa Peguam Negara segera failkan rayuan berhubung kes kematian remaja lelaki 15 tahun, Aminulrashid Amzah yang ditembak polis dua tahun lepas.

Naib Presidennya, N Surendran mahu rayuan itu dibuat berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini yang membebaskan Koperal Jenain Subi dari tuduhan menyebabkan kematian Aminulrashid.

“Keputusan tersebut amat mengecewakan keluarga mangsa dan peguam. Ia adalah keputusan yang tidak betul,” kata Surendran, wakil peguam kes itu.

“Kita menggesa Peguam Negara agar fail rayuan secepat mungkin untuk dapatkan keadilan bagi pihak Aminulrashid. Itu tugas Peguam Negara, kita tak boleh fail rayuan sebab ia adalah kes jenayah,” jelasnya ketika dihubungi.

Aminulrashid mati ditembak polis berhampiran rumahnya di Shah Alam pada awal pagi, 26 April 2010. Sebanyak 21 das tembakan mengenai tubuh remaja itu.

“Kita juga tak puas hati dengan cara polis kendalikan kes tersebut. Dari awal, polis cuba tutup kes. Kemudian buat cerita tak betul tentang mangsa dan sekarang polis yang menembak mati itu pula dilepaskan,” kata Surendran .

Ibu Aminulrashid, Norsiah Ahmad sebelum ini menuntut janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kononnya mahu memastikan siasatan kes itu dijalankan secara telus dan adil.
-KD

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

'And whoever kills a believer intentionally, his punishment is hell; he shall abide in it, and Allah will send His wrath on him and curse him and prepare for him a painful chastisement.' Source: Al-Quran English: Shakir(4:93)

Tanpa Nama berkata...

hakim masuk air ka...macam gampang undang2 di malaysia ni...serupa sampah dan najis khinzir...

Tanpa Nama berkata...

'And whoever kills a believer intentionally, his punishment is hell; he shall abide in it, and Allah will send His wrath on him and curse him and prepare for him a painful chastisement.' Source: Al-Quran English: Shakir(4:93)

Osama berkata...

Walu aku bkan krabat arwah Aminulrashid namun amat2 dukacita & sunguh terkesan skali dgn kputusan mhkmah tingi membebaskn koperal Jenain. Tak masuk akal lngsung 21 das tembakan bertujuan ntk memberhentikn proton iswara yg dipandu sorg remaja 15 thun!
Seorng yg brjwatn koperall dh tentu sorg angota yg terlatih! takan lah tkde pertimbngn lain sbg altrnatif utk membrhentikan kreta tu selain gunakn snjata api? Pasti ada kelengkapan komunikasi dlm knderaan polis yg boleh digunapakai utk mengerakn rngkaian pertahanan polis bgi mengekang kenderaan simangsa! Mcm2 kemuskilan yg mgkin telah trjwab di mhkamah namun 21 das tembakan hnga membunoh suspek adlh perlakuan yg ridak boleh diangap tidak sengaja!!
Seorg k/tngan polis terlatih berjwtan koperal yg dibebaskn telah melakukan 21 das tmbakan... 21 das tembakn tanpa niat membunoh namun telah membunoh sorg remaja yg belum dipastikan kesalahanya kemudian dibebaskan (maknaya tak bersalah) oleh mahkah merupakan keputusan yg tak logik sama sekali.
Alfatehah utk roh Aminulrashid...

Tanpa Nama berkata...

Walaupun polis ini didapati tidak bersalah olih mahkamah dan dibebaskan, dipercayai beliau tidak akan mendapat ketenangan jiwa sepanjang hayatnya. Insiden ini akan menghantuinya sampai bila bila selagi keluarga simati tidak memaafkannya.

Sniper berkata...

Aku br paham yg kat malaysia ni kalau polis nak memberhentikan kereta yg xnak berhenti blh tembak terus. aku x belajar law, tp aku tengok cite2 & movie2 mat salih yg keja keta org jahat diaorg x tembak pun kecuali penjahat tembak dulu. tp munkin diaorg x bodoh cam polis malaysia. polis & undang2 malaysia kan hebat... lg hebat dr undang2 ALLAH dengarnya... Harrrkkk thuiieee!!!!
KAT DUNIA BOLEH LA BESA KEPALA...
SIKSA KAT SANA NANTI WAJIB DIINGAT WAHAI SAUDARA SEISLAMKU... KALAU API LIGHTER PUN X LEH TAHAN KAT DUNIA NIH, KAT SANA SENDIRI MAU INGAT... (PESANAN UNTUK DIRI SENDIRI JUGA...)

Tanpa Nama berkata...

Kebenaran akan dtg juga sabar la.

Gen-Y berkata...

aku kalo jadi polis pun aku tembak.What the hell budk2 belasan tahun pkl 2,3 pagi curi bwk kereta.mak bapak mana??

Masa tgh kereta tgh gerak,mana tau dlm tu budak ke sapa.zaman skrg budak tak habis sekolah pun pecah rumah org.

Kecuali budak tu ditembak mati dlm rumah sendiri,boleh salahkan polis.itu polis tgh buat kerja dia.dah org suruh berenti apsal x berenti.budak tu aku ingat kalo x matai kena tembak,mungkin mati eksiden sbb lari dr polis.

Tanpa Nama berkata...

Woi GEN-Y,
Salah tetap salah tp salah bunuh org dgn salah curik selipar kat masjid xkan nak bg hukuman yg sama... bangang!!

Hj Din berkata...

Anon 1036 :
Cakap Gen Y tu ada betulnya. Awak ingat polis tu nak tembak ke kalau dia tahu yang pandu kereta tu budak 15 tahun ?

Tanpa Nama berkata...

Kalo itu mcm..

1) tukang sebat dlm jail (kerja dia sebat saja)..tgh2 sebat pesalah mati.. itu kira bunuh ke apa?

2) Tuan rumah kena rompak,dlm kelam kabut..tuan rumah tertikam perompak & mati. waris perompak buat report (perompak bodoh rompak kg sendiri)..yg pasti tuan rumah boleh didakwa membunuh. kes rompak jd tenggelam tp dah jadi kes bunuh. Jadi nasihat kpd semua org,jgn bunuh perompak jika anda dirompak.

4) Umum-Kebanyakkan ibubapa skrg BUTA sbb dikencing oleh anak2..terlalu percaya anak2.

5) Kerol bin cikgu nor.bapak mati2 nafi anak tokey/kaki pil kuda walau 4,5 kali masuk pusat..cikgu nor nafi sbb anak dia x hisap/jual dpn dia.siap disalahkan polis tangkap anak dia..

6) Aku cabar korang semua main paintball tembak target yg bergerak sambil korang berlari.lps tu tembak objek yg statik.cuba bandingkan. hanya kebetulan saja yg terkena celah kangkang kwn target tu..bkn sbb ko terer tembak.


Gen-Y berkata...

Apa yg aku tulis berdasar kehidupan aku zaman remaja. Mak bapak aku percaya aku bdk baik sbb dkt rumah aku x buat kerja2 nakal.

Apa yg berlaku hari ni dah byk bagi cth.mak bapak kata anak pompuan budak baik..tapi last2 anak pompuan tu sendiri yg rela lari ikut jantan.. bersalin luar nikah etc.

Mana2 parent kalo anak kena tangkap polis apa2 sbb,cari kawan anak2 tu tanya perangai sbnr.anak malas gi sekolah ponteng pastu tuduh cikgu pukul..korang percaya terus pergi serang cikgu. jgn terlalu percayakan anak2 terutama hal2 berkaitan sosial.

Mak aku,adik aku minta duit bayar yuran..mak aku bagi tapi dlm masa sama call kolej btl ke mintak yuran.budak skrg rosak sbb mak bapak x ambil tau dgn sapa anak2 berkawan & rosak sbb diawal usia remaja lagi dibagi motor/kereta.. yg bermakna memberi kebebasan utk kemana saja tempat yg disukai.

Gen-Y berkata...

dan sampai hari ni mak bapak aku x pnh tau aku hampir2 dibuang sekolah.. cikgu nak jumpa mak bapak.

Tapi aku bawak drebar bas sekolah aku mengaku sbg datuk aku..kes setel.tengok la bagaimana mak bapak aku x tau benda2 buruk yg aku buat..apa yg berlaku diluar rumah etc.

Tanpa Nama berkata...

Timbul juga pertanyaan kenapa tembak sampai 21 das. Ada niat atau tidak untuk bunuh?

Tanpa Nama berkata...

Cuba gi main paintball..ko tembak kwn yg tgh berlari sambil ko sendiri berlari...100biji ko tembak kwn tu..check balik brp biji yg btl2 kena dia???

Fizik beb..graviti etc.

andre irwan berkata...

Betulke? Tak betulke? Perlukah POLIS menembak kereta yang dah berhenti? Bagi Gen-Y, senang mulut berbicara bila yang kena tu bukan saudara kita. Bagi yang sokong polis itu dibebaskan, tahniah.
Yang aku musykil ialah perlukah 21 das tembakan dilakukan sedangkan yang simati tak lawan langsung? Simati bukan langgar polis pun? Simati tak serang polis pun? Perlukah 21 das?
Satu lagi kemusykilan aku ialah adalkh pistol koperal dapat isi sampai 21 biji peluru? Entah-entah bukan dia seorang saja yang tembak kot? Ada lagi kot polis yang terlibat? Tak kan koperal tu tembak dengam M16?
Yang mati dah mati. Yang hidup tu muhasabah diri le. Yang aku tahu ialah aku tak mungkin akan bunuh sebab nak sembelih ayam pun aku rasa susah. Ini bunuh orang. Sudahkah sikoperal tu menjalankan sesi kaunseling atas bunuh orang atau sikoperal tu memang dah banyak kali menembak orang? Tahukah tuan-tuan bahawa menembak orang ni boleh jadi ketagih? Tanya pakar psikologi.