10 Okt 2012

[WASPADA] Tarif Eletrik Melambung Naik Apabila BN Menang PRU13

Peter Chin: Tarif elektrik kekal Sehingga Jun Depan

KUALA LUMPUR - Kadar tarif elektrik kekal pada paras semasa sehingga Jun tahun depan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui, hari ini.

Beliau berkata kerajaan pada awalnya merancang menyemak semula tarif setiap enam bulan, namun Kabinet, yang merupakan pihak berkuasa akhir, menolak pelan itu.

Chin berkata kementerian berkenaan membentangkan kertas mengenai tarif itu baru-baru ini kepada Majlis Ekonomi Negara.

"Kabinet tidak meluluskannya. Oleh itu saya menjangkakan semakan semula tidak akan dibuat dan tarif kekal pada tahap semasa," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Seminar Amalan Terbaik Antarabangsa di sini hari ini.

Kali terakhir kerajaan menyemak tarif itu ialah pada Jun tahun lepas, berikutan peningkatan harga gas asli cecair bagi sektor tenaga.

Chin juga berkata rundingan semula mengenai perjanjian pembelian tenaga (PPA) pengeluar tenaga bebas akan menyumbang kepada kadar yang lebih kompetitif.

"Kita perlu menunggu Suruhanjaya Tenaga membuat pengumuman tidak lama lagi," katanya yang enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, Chin menggesa Tenaga Nasional Bhd (TNB) menyediakan prosedur operasi standard (SOP) dalam melaksanakan meter digital baharu.

Beliau berkata kementerian itu telah berbincang dengan TNB berikutan aduan daripada pengguna yang mereka kini membayar bil elektrik yang lebih tinggi.

Kementerian mengambil perhatian terhadap masalah itu dan menggesa TNB menyediakan SOP yang dapat meyakinkan pengguna.

"Mereka perlu menjelaskan kepada pengguna bahawa meter baharu itu baik dan tidak ada yang salah mengenainya," katanya.

- Bernama

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BN Not Relevent...bukan parti yang sesuai untuk diberi mandat semula berdasarkan prestasi mungkir janji selepas PRU12.minyak naik semua naikkk..kompetitif apa koroknya nak sedapkan ahti org kampung pakai perkataan pelik2..ckp jerlaaa nak naik...soo shut up you!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Sudah tentu selepas pilhan raya nanti tarif letrik akan naik. Oleh itu ABU.

wak jengkoll berkata...

aiii.... tiap tiap tahun tnb untung billion2 lagi naik tarif...
yang mampus rakyat biasa..
peter chin apa ada hal..
semua free..

ni nak jaga kroni ke nak jaga rakyat

PRU13....pegi mampusla BN

mohdF berkata...

kerajaan adalah org suruhan rakyat..so, wajiblah jaga kepentingan rakyat seluruhnya!!..asyik barang naik jer, mcm nie ke pemimpin yg diberi amanah oleh rakyat?!!....papehal, ABUkan (asalkan bukan UMNO-BN) jer nanti....sama2lah kita berdoa utk kemenangan PR...semoga malaysia lebih baik dlm pengurusan PR..INSYAALLAH...

Tanpa Nama berkata...

Nampak BN ingat Barang Naik