1 Sep 2012

[EDISI TERDESAK] Bilik Hotel Anwar Pun Cuba Dipecah Masuk

Kota Bharu - Selain bas yang digunakan PKR disimbah cat dan cermin depan dipecahkan awal pagi, bilik hotel penginapan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa cuba 'dicereboh' pihak tertentu.

Ketua Pembangkang itu berada di sini sempena ceramah anjuran parti tersebut.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Mohammad Azihan Che Seman berkata, pihaknya mendapat maklumat itu ketika mengadakan pertemuan dengan Anwar pagi tadi.

"Kita cukup kesal dengan kejadian yang tidak bertanggungjawab ini dan berharap berkuasa mengambil tindakan tegas," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Bagaimanapun belum jelas motif dan bagaimana cubaan ceroboh itu dilakukan.

Sehubungan itu kata Azihan, pihaknya akan membuat laporan polis di sini. -SH

TGNA melawat bas yg digunakan bagi Jelajah Merdeka oleh DSAI yg dilontar dgn batu dan cat awal pagi tadi......TGNA meluahkan rasa kecewanya dgn kejadian ini.......lebih-lebih lagi ianya berlaku di negeri Kelantan...... -fv Rizal Tahir.

DSAI dan Kak Wan, melihat keadaan bas Jelajah Merdeka Rakyat yg disabotaj awal tadi tadi. -fb Jeminghassan


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





9 ulasan:

Ridzuans berkata...

Geng PERKOSA?

Ngah Phg asal Melaka berkata...

kwn2 umno/perkosa tu yg buatkan keja jahiliyah ni..perangai ni yg mereka pandai selain dr buat fitnah dan maksiat

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Maaflah sekali lagi Pakcu mencelah dalam blog tuan. Dan Pakcu tak mahu kata siapa punya kerja baling batu dan cat ini. Tapi ia berlaku di Kelantan negeri Pakcu dan Pakcu juga turut kesal dengan apa yang berlaku. Inilah kata orang kalau marah pun buat apa hentam bas ke orang ke ?Itu kerja budak-budak mentah.

Tunggu saja hari mengundi pangkah saja yang disayangi dan "kick out" calon yang rasa tak dapat beri apa-apa. Habis cerita.....

Orang politik dia makan gaji cara mereka. Kempen sana-kempen sini tinggal. Kalau nasib baik menang 1 penggal dapat pencen "buto". Yang kita sibok sana sini dan bergaduh sama sendiri lagi "dungu"...

Pakcu pemerhati politik kampungan..kalau ada yang terasa Pakcu minta maaflaaaa......

Amuraria berkata...

TAK GUNA REPOT POLIS ! TAK JADI APA PUNYA ! KENA AMIK TINDAKAN SENDIRI !ABU !

UMNO PARTI PENJARA berkata...

.


(( Take Note )) UMNO BODOH - Kenapa BN Tak Buat HUDUD Sejak 50 Thn dulu?



Tak ada apa yg perlu dijelaskan lg. Tak ada apa yg perlu diterangkan lg. Tak ada apa yg perlu diperincikan lg. Pemuda dan Puteri UMNO sememangnya BODOH.

Bila kaum Cina menolak HUDUD, pandai pulak mereka sibuk2 nak bercakap pasal HUDUD. Yg Barisan Nasional yg dah memerintah lebih 50 tahun tak pernah buat HUDUD , 'Ada ko kisah'? Kepala otak pemuda dan puteri UMNO letak kat mana?

Bodoh sangat kalau ada orang kata mengundi UMNO yg dah memerintah 50 tahun tanpa HUDUD lebih baik berbanding kaum cina yg tak faham HUDUD menolak HUDUD.

Jadi, fikirkan sy ada alasan cukup kuat kenapa menolak BN dan menerima PAKATAN RAKYAT. Sememangnya mereka tak pernah buat HUDUD sejak 50 tahun dulu. Dan pemuda dan puteri UMNO memilih utk jadi BODOH.


(Edit, copy & paste dari 'Page FB Kump. Adik2 Keluar UMNO')

Awanama berkata...

saya cadangkan agar buat solat hajat , bermunajat kepada Allah, agar yang merancang dan melakukan nya akan di anugerahkan hidayah agar sedar diatas kesilapan..InsyaAllaah. panggil tok guru pondok dan hafiz hafiz yg bersimpati bersama bermunajat..moga Allah memperkenankanya.

Awanama berkata...

Bulan Ramadhan dah berlalu… maka syaitan2 (yg dikenali) pun berkeliaran menurut perintah ketuanya sang iblis untuk menyerang malaikat2 (yg x dikenali)…

Fyi upah syaitan2 ini hanyalah RM20/ekor shj sedangkan mereka pun tahu hasil rompakan si iblis berbilion2 RM nilainya… tapi nak buat cane dah syaitan2 tu semua pun bebal2 belaka…

Awanama berkata...

kalau kita nak rampas kelantan bukan ini caranya,kalau 20 th dulu mungkin betul,tapi sekarang tidak,org akan benci pada parti kita,simpati org bangsa kita akan memihak pada PR....kita sendiri yg mendesak diatas kebodohan kita dan pemimpin yg tak beretika....maka rugilah kita....lain kali berfikir cara terbaik untuk mendekati pengundi....nak pancing undi.

Awanama berkata...

Setuju ada yang syorkan supaya bas dikhianati jangan diperbaiki sehingga selesai jelajah. Kita tengok apa kesudahan badan bas tersebut bagi membuktikan perangai buruk pihak berkenaan.