Aug 15, 2012

Pemuda Itu Halang Saya Berundur Dari Sejadah Kuning Yang Empuk Itu...

Perkongsian hebat dari seorang warga Kelantan, Wan Norhaziki Wan Halim:

Suatu hari ketika saya di tingkatan tiga, saya ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu untuk mendirikan solat Jumaat.

Di dalam masjid, saya berasa hairan kerana para jemaah tidak berani menduduki beberapa helai sejadah kuning yang dihamparkan di belakang sejadah imam. - gambar fail

Tanpa mempedulikan orang lain, saya terus bersolat tahiyyatul masjid di atas sehelai sejadah kuning bersebelahan sehelai sejadah kuning empuk yang paling istimewa.

Ketika beri'tikaf, saya mula menyedari bahawa diri saya sedang diperhatikan oleh orang ramai termasuk tuan imam.

Tidak lama kemudian, beberapa individu berbaju Melayu kuning bersamping datang ke arah saya lalu duduk di atas sejadah-sejadah kuning berkenaan.

Baru saya menyedari bahawa Sultan Kelantan (Sultan Ismail Petra) duduk betul-betul di sebelah kiri saya di atas sejadah empuk tadi.

Ketika itu, saya mula rasa bersalah dan bertekad hendak mundur ke saf belakang kerana menyedari bahawa sejadah yang saya duduki di sebelah baginda sultan itu telah dikhaskan untuk seorang individu.

Ketika saya cuba berundur ke belakang, seorang pemuda yang saya yakini merupakan pemilik sejadah tersebut menghalang saya dari berundur dan beliau duduk bersebelahan saya.

Ketika bersalaman dengannya, beliau menghadiahkan senyuman manisnya kepada saya. Hari ini pemuda tersebut telah bergelar 'Sultan' bagi Negeri Serambi Mekah.

Jika dahulu semasa bergelar 'Raja Muda' baginda pernah membenarkan sejadahnya dipijak oleh saya, hari ini pula setelah bergelar 'Sultan' baginda telah membenarkan mahligainya diinapi oleh ribuan rakyatnya untuk berqiyamullail.

"Allahuakbar"

sumber: FB

31 comments:

  1. subhanallah.... rasa nak mengalir air mata membaca pengalaman tuan ni... sukarnya nk mencari raja seperti itu sekarang.

    ReplyDelete
  2. alangkah makmurnya negara ini jika semua sultan mempunyai peribadi sebegini..

    ReplyDelete
  3. YA ALLAH YA TUHAN KU...TUHAN YANG MAHA AGGUNG DAN MAHA PENCIPTA..TUHAN YANG MENJADIKAN LANGIT DAN BUMI...TUHAN YANG MENGHIDUPKAN DAN MEMATIKAN SEGALA PENGHUNI ALAM INI...

    AKU MEMOHON AGAR KAU MULIAKAN SULTAN KAMI..PANJANGKAN USIA SULTAN KAMI..JAUHI SEGALA MUSIBBAH MU TERHADAP SULTAN KAMI..PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN SULTAN KAMI...MAKMURKANLAH NEGERI KAMI..SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MENDENGAR DAN MAHA MELIHAT..
    MAKBURKANLAH DOA KAMI YA ALLAH...AMIN YA RABBAL ALA AMIN...

    ReplyDelete
  4. islam itu syumul,
    di kelantan, kami mmg di didik oleh pengaruh ulama, maupun d rumah, kini segelintir dikotori fitnah, tp yang dididik kemas, x goyang kasih kami pd ulama, termasuk sultan kami menyayangi ulama

    ReplyDelete
  5. Maaf Wak kerna bukan rakyat Kelanten tapi Wak memang cukup hormat dengan Tuanku Sultan Kelanten nie. Bergenang juge air mata Wak bila bace tulisan nie he he.... Moga Allah terus limpahkan rahmat ke atas Kelanten... dan kat negeri Wak juge.

    ReplyDelete
  6. Inilah seorang Sultan yang sepatutnya diaminkan dalam do'a khutbah hari juma'at, semoga Allah memberi barakah berpanjangan keatas hambaNya yang telah menunjukkan tauladan yang ma'aruff dan menjauhkan akan yang mungkar, syukur dan berbahagialah rakyat Kelantan khususnya dan terqabullah rakyat Malaysia amnya telah lahir seorang Sultan yang akan menerajui pemerentah yang berlandaskan agama selepas empat tahun nanti Insya Allah.

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Masih ada lagi Raja yang sebegini ketika ini ,Baginda tidak memarahi pemuda itu kerana setakat ni lah yang saya tau ,tak de lagi Raja di Negeri- negeri di Malaysia ni yang bertindak keterlaluan di halayak ramai ,tapi yang TERLEBIH POYO NYA ia lah PENGAWAL-PENGAWAL NYA .Pengawal nya lebih sudu dari KUAH .

    ReplyDelete
  8. Rasanya ditempat lain kena penampar agaknya.

    ReplyDelete
  9. bertuahlah negeri serambi mekah kerana dianugerahkan sultan yg berjiwa murni.

    saya tumpang merafat sembah kpd sultan kelantan dan berdoa baginda kekal berjiwa rakyat sampai ke akhir hayat.

    sultan adil sultan disebah....DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU

    saya, rakyat perak

    ReplyDelete
  10. tERUS TERANG SAYA KATAKAN, MENGALIR AIR MATA SAYA BILA MEMBACA TULISAN TUAN MENGENAI PERIBADI SULATAN KELANTAN YANG ADA HARI INI. SEMOGA ALLAH PANJANGKAN UMUR TUANKU MENGEPALAI NEGARA INI KELAK.

    AMIN

    ReplyDelete
  11. wowwww syahdu gila
    cerita pendek tapi penuh makna

    Sultan macam inilah yang sewajarnya kita DAULATKAN

    DAULAT TUANKU!

    ReplyDelete
  12. Sdr Rakyat Perak, nak perbetul sikit - Sultan Kelantan tak guna 'daulat tuanku' dah, baginda tukat sebutan itu kepada 'Allahu Akhbar' supaya rakyat mendapat pahala apabila melaungkan kalimat tersebut. Allahu Akhbar!!

    ReplyDelete
  13. kalu kek joho, dah kono penampo

    ReplyDelete
  14. Nasib baik kat kelantan. Kalau kat johor aku tak tau apa akan kadi kat budak tu.

    Silap-silap... DUSYUMMM!!!!

    ReplyDelete
  15. As Salam.-allah hu akbar..terasa iri dan dengki kpd rakyat Kelantan..semoga berbahagia dan bangga lah rakyat Kelantan..agar menjadi role model kpd negeri2 lain..

    ReplyDelete
  16. Megalur air mata sy membacanya.. dari muda lagi Sultan Kelantan menujuk kan peribadi yg mulia.. orang yg mulia disukai oleh semua org.. beruntung Kelantan..Sy berdoa agar beliau sentiasa dipimpin dan dipelihara Allah hingga akhir hayat..amin...Allah hu Akbar...

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum. Ya, mengalir air mata saya membaca tulisan tuan. Berdoalah kita agar Tuanku sentiasa beroleh redha dan rahmat Allah.

    Allahu akbar!!!

    ReplyDelete
  18. Kawe bangga & bsyukur dgn ketinggian peribadi Sultan Muhammad V. Allahhuakbar!

    ReplyDelete
  19. Rendah diri pada maha esa ALLAHUAKBAR

    ReplyDelete
  20. ALLAHUAKBAR, Banyak cerita yg menarik saya dengar tentang Sultan Muhammad V
    Baginda kalau ada kelampangan akan pergi bertahlil ke rumah org kg bila ada kematian.

    ReplyDelete
  21. aku org perak, tapi sangat bergembira dgn tingkah laku dan amalan terpuji sultan kelantan yg seorang ni,yg patut di puji dan di sanjung , yg lain dan sememang ganjil bila di bandingkan dgn raja2 atau sultan negeri aku sendiri dan yg lain2.. moga baginda panjang umur utk memerintah kelantan . Allahu akbar. rasanya klau kat johor perkara ni berlaku, dah makan penampar jepun dah mamat ni.

    ReplyDelete
  22. semoga sultan ambo diberikan kesihatan yg baik

    ReplyDelete
  23. di kampung sy bru2 ni jemaah trmasuk sy terkejut beruk bila sultan kelantan dtg untuk solat terawih kat surau pasar malam je yg luasnya kira2 sebuah bilik tidur...

    ReplyDelete
  24. Semoga baginda dipanjangkan usia.

    ReplyDelete
  25. kalau kat johor, xtahu lah wak apa jadi pada kau,

    faham2 lah...

    ReplyDelete
  26. Allah huakbar! Semoga tuanku dirahmati Allah selalu. Saya amat berbangga jika mendapat seorang Raja sepertinya..lebih bangga lagi jika KESEMUA RAJA menjadi umat Islam yang sepatutnya.

    ReplyDelete
  27. satu dalam seribu,mungkin sejuta.... yang lain2 semuanya berperangai lanun!!!!

    ReplyDelete
  28. Allah hu Akbar...

    ReplyDelete
  29. subhanallah... menitik air mata.
    Ya Allah Kau rahmatilah Sultan ini dan berikanlah kemenangan kepada perjuangan murni kami di bumi bertuah ini. Amin.

    ReplyDelete
  30. Subhanallah... Alhamdulillah... Allahu Akbar!!!

    InsyaAllah, realisasinya negara Islam sebenar akan bermula di Malaysia ini tidak lama lagi...

    InsyaAllah...

    ReplyDelete

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.