12 Ogo 2012

GAMBAR BERBICARA: Inkuiri Suhakam - Penggunaan Gas Pemedih Mata Secara Membabi Buta


Siasatan awam pihak Suhakam ke atas dakwaan pencabulan hak asasi manusia yang berlaku sebelum, semasa dan selepas perhimpunan aman Bersih 3.0 telah bermula sejak 5 Julai yang lalu.

Terdapat beberapa anggota polis dan FRU yang melepaskan tembakan gas pemedih mata secara terus terhadap orang awam walhal mereka sepatutnya melepaskan tembakan dari jarak yang selamat bagi membolehkan peserta bersurai.

Seorang saksi terpaksa menderita hilang penglihatan mata sebelah kiri akibat terkena kelongsong gas pemedih mata yang ditembak dari jarak dekat. Dia baru sahaja bergraduasi dan telah kehilangan pekerjaan pertama akibat kecederaan yang dialami.

Beberapa saksi lain menyatakan terlalu banyak gas pemedih mata dilepaskan di kawasan sempit yang dipenuhi orang awam menyebabkan mereka tidak mempunyai ruang untuk menyelamatkan diri. Diawal inkuiri, seorang saksi memberitahu panel siasatan bahawa dia telah terkena kelonsong gas pemedih mata di leher menyebabkan dia pengsan semasa kejadian.




5 ulasan:

  1. Anggota PDRM semasa Op Bersih semunay HARAMJADAH lagi bodoh.

    Sekolah darjah 5 sahaja.

    Standard lagi ATM.

    BalasPadam
  2. BN dah jadi raja di Malaysia, patut kena ganti kerajaan PRU13

    BalasPadam
  3. polis oh polis...kl hang nak belasah sgt g lah belasah perkosa dan pemuda umno yg buat demo

    BalasPadam
  4. Kena ada kor agama dlm pdrm. Kor agama yg strong mcm atm.

    BalasPadam
  5. polis dah byk yg makan rasuah..hati hitam dah x kenal kemanusiaan..apa lagi sesama bangsa dan seagama...hasil didikan umno jahililah

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.