29 Jun 2012

Astagfirrullahal'azim, Foto Norish Karman Lahir Anak Luar Nikah Tersebar

Penyebaran beberapa keping gambar yang memaparkan seorang wanita dipercayai Norish Karman berada di hospital seakan memberi jawapan kepada spekulasi hangat mengenai aktres tersebut sebelum ini.

Menerusi laman Rotikaya, Foto- foto yang dimuatnaik oleh seorang peminat hiburan di forum Cari beberapa hari lalu menyaksikan wanita yang didakwa sebagai Norish bersama seorang bayi lelaki yang dilahirkan pada 24 September 2011 di KPJ Cheras sekitar jam 6.13 petang.

Terdapat gambar yang menunjukkan tag yang tertera maklumat hospital dan butiran peribadi si ibu yang bertulis, 'Nor'asikin Karman' (sama dengan nama sebenar Norish Karman), tarikh lahir pada 11/05/74 (yang juga merupakan tarikh lahir pelakon berusia 38 tahun ini) dan bayi lelaki yang diberi nama Alexander Bin Abdullah.


Jumaat lepas, program hiburan sensasi TV9 ada menyebut mengenai seorang aktres wanita yang sanggup memakai tudung labuh dan purda dipercayai demi menyembunyikan identitinya yang baru lepas bersalin. Laporan tersebut adalah susulan daripada dakwaan seorang pengguna laman Facebook yang menyiarkan foto seorang wanita didakwa Norish, berada di atas kerusi roda (dipercayai baru keluar dari bilik bersalin) sambil mengenakan tudung labuh lengkap purda.

Tahun lepas heboh seketika dunia hiburan Malaysia apabila memperkatakan tentang seorang aktres yang khabarnya menetap di Bali, Indonesia bukan kerana melebarkan sayap karier lakonannya sebaliknya cuba menyembunyikan kandungan luar nikahnya.

Maka ramai pemerhati dunia hiburan mengatakan aktres tersebut adalah Norish Karman lantaran ketiadaan kelibatnya pada masa khabar angin itu hangat diperkatakan.

Walaubagaimanapaun, Norish kemudiannya menafikan dakwaan tersebut sekitar Disember 2011 lalu.

Norish sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Pengerusi Eksekutif syarikat Perspec Prime (M) Sdn Bhd, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Muhammad Haqiem Amany, 13, Muhammad Hady Amieran,9, dan Nur Hanyz Amanda,9 sebelum bercerai pada 15 Julai 2008 selepas Norish didakwa menjalin hubungan sulit dengan Mohd. Luqman Mohd. Amin, abang kepada penyanyi Farahdhiya. -yahoo.news

Ulasan GB

GB siarkan berita di atas sebagai pengajaran kepada kita semua...

Kembalilah kepada kehidupan rumahtangga yang luhur, tinggalkanlah budaya hedonisma yang menjebakkan diri ke lembah kehinaan....

11 ulasan:

  1. kalau dia beranak cara baik pun dah Alhamdulillah...dari dia buang anaknya atau gugurkan kandungannya..adalah hikmah utk dia tu..dan setahu saya kalau anak yg tak berbapa nowadays dah takleh bin/binti Abdullah...just the name stand alone...,contohnya "Alexander" sahaja....jgn lah kita menyebarkan aib norish ni...kita semua ada bahagian aib masing2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekurang2nya kesilapan dan dosa beliau tidak ditambah dan barangkali ada sedikit baki iman yang kuat dan kita doakan agar beliau kembali ke pangkal jalan dan berubah...belum terlewat unyuk berubah. Seperti pesan Rasullullah..jika kita tahu esok akan kiamat dan kita masih ada benih ditangan maka tanamlah benih itu..anak itu tidak berdosa. Yang berdosa ibu bapanya..harap lah ibunya mohon taubat nasuha sebenarnya dan kita yang mengata ini pun belum tentu tahu sturga atau neraka dan norish pun belum sah nerakanya kerana mungkin kesedaran dan keinsafan mendalam akan menjaminkan syurga buatnya hanya ALLAH sahaja yang tau ketentuanNYA.

      Padam
  2. komen anon di atas tak betul.

    benda salah tetap salah.

    lain kali jika adik awak kena rogol awak cakaplah mujur kena rogol, tak kena bunuh.

    tentang perkara aib, ulamak menyatakan ada masanya aib "harus" didedahkan sebagai pengajaran kepada yang lain.

    wallahu 'alam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tp dengan cara yang betul dan hikmah dan bukan menambah aib pelaku. Fahami islam sepenuhnya. Islam itu indah dan mulia. Dengan tindakan hanya mengikut dan mengambil sebahagian nas tanpa kaji dan fahami akan menyebabkan islam itu di pandang rendah dan memalukan. Wallahualam

      Padam
  3. Dah elok elok berkahwin dok asyik mintak cerai.
    Ramai pompuan tak tahu bersyukur. Tamak dan sombong. Sedangkan kalau dia tengok wanita keliling dia ramai yang naik turun bas mencari rezeki tapi dia tak perlu lalui semua itu.
    Sebab itulah bekas suami sepatutnya dapat hak ambil dan jaga semua anak anak.
    Kalau dibiarkan dibela oleh seorang emak yang mencampur aduk benda haram dalam rumah macam mana anak anak ni nak membesar dalam jiwa Islam?

    BalasPadam
  4. Kalau dia tak berubah, bertambah seksaan dia di dunia dgn 'gosip' ini. Berhentilah jadi artis kerana kamu akan dihambat oleh wartawan hiburan dan balik ke pangkal jalan. Minta tolong kepada yg boleh bantu. Hilangkan diri dari. Hanya Islam akan menyelamatkan kamu. Insya'Allah

    BalasPadam
  5. Adalah benar janganlah kita sekali=kali mendedah kan keaiban orang lain kerana mungkin ada hikmah disebalik setiap kejadian kerana sebagai seorang manusia biasa kita tak sunyi daripada melakukan kesilapan,dan apabila kita sedar maka bertaubatlah hendaknya...

    BalasPadam
  6. Bukan buka aib orang, tapi kalau umur dah 38 tahun masih melakukun zina, ini dah tak betul. Di mana letak agama dan keimanan nye. Lagi pun dia tu public figure, adakah kita nak anak anak muda kita jadi ikutan. Seharus nya orang begini tidak patut berada di dalam dunia seni hiburan Malaysia, kalau di Singapore rasa-rasa nya ada tempat ke untuk dia?

    BalasPadam
  7. NK pernah mempunyai affair dengan my husband sampai we all cerai 2008. NK juga pernah cakap dalam MELODI TV3 tentang hubungan dengan my ex-hubby. My ex-hubby selalu puji NK itu dan ini seperti she better than me... Now, Allah dah tunjukkan apa jenis perempuan or betina is NORISH KARMAN yang sebenar...:) Tahniah NK!... Bagaimanapun, sebagai orang Islam; I bersyukur kerana Allah dah tunujukkan siapa you yang sebenarnya...Tak payah le nak buat PC to show that you are good prson..Nilai lah diri sendiri as Insan berugama Islam bukan berbangsa Melayu aje...I hope you understand maksud tersebut....

    BalasPadam
  8. Kalau diikutkan hukum syariah ni ni...mesti dalam proses untuk dikenakan hukuman hudud.Sampai dah beranak....

    BalasPadam
  9. in response to komen anon di atas tak betul. benda salah tetap salah. lain kali jika adik awak kena rogol awak cakaplah mujur kena rogol, tak kena bunuh. tentang perkara aib, ulamak menyatakan ada masanya aib "harus" didedahkan sebagai pengajaran kepada yang lain. wallahu 'alam., by Anonymous.

    Salah pandangan tu.. klu hukum Allah kata penzina wajib direjam di khalayak ramai, adakah itu utk menambah Aib.Pendapat Anon 12:00 june 30 betul. Yg salah ttp slh. Kdg2 perlu ditontonkn utk pengajaran ramai.. wallahualam..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.