19 Jun 2012

Anwar Ibrahim Menang Kes Saman Nallakaruppan

Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Nallakaruppan a/l Solaimalai berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.

Satu kenyataan dikeluarkan hari ini menyebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan memihak kepada Anwar petang ini.

Pada 26 Mac lalu, Anwar Ibrahim telah memfailkan saman RM100 juta terhadap bekas pembantunya yang juga Presiden Parti Kebangsaan India Malaysia (MUIP), S Nallakaruppan dan akhbar Utusan Meloya.

Saman tersebut dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta oleh ahli parlimen Subang yang juga peguam Anwar, Sivarasa Rasiah.

Saman itu difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui syarikat guaman Tetuan Daim & Gamany.

Selain menamakan Nallakaruppan sebagai defendan pertama, Anwar juga menamakan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd sebagai defendan kedua dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Meloya Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan ketiga.

Dalam saman pemulanya, beliau mendakwa perkataaan-perkataan fitnah seperti yang dinyatakan di dalam laporan itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat untuk memburukkan dan mencemarkan reputasinya sebagai ketua pembangkang serta sebagai seorang ahli politik.

Anwar menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Beliau memohon satu injunksi bagi menghalang semua defendan dan ejen mereka daripada terus menyatakan atau menerbitkan perkataan-perkataan berunsurkan fitnah.

Selepas tempoh 48 jam yang diberikan untuk menarik balik artikel yang diterbitkan oleh akhbar itu pada 20 Mac tamat, Anwar mengarahkan para peguamnya supaya meneruskan saman terhadap kedua-dua defendan.


Nallakaruppan dalam kenyataannya mencabar Anwar supaya mengheretnya ke mahkamah kununnya untuk membuktikan bahawa Anwar seorang pengamal biseksual (dua jenis) dan disiarkan di Utusan pada keesokannya.

Utusan pula yang berdepan dengan pelbagai tuntutan saman tidak dapat memberikan ulasan setelah dimaklumkan sebentar tadi.

Nallakaruppan mendakwa pernah melihat Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur tetapi tidak dapat memberikan bukti kukuh serta hanya berdasarkan keterangan mulut dan percakapan yang dibuat oleh seorang lagi bekas pembantu Anwar, Ezam Mohd Noor dan Ummi Hafilda.

Ini sekaligus mematikan fitnah ahli parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim yang menuduh Anwar tidak akan berani menyaman Nalla kerana takut rahsia terbongkar.

Ini kenyataan Zahrain yang dipetik Utusan:

Nallakaruppan tidak akan disaman

KUALA LUMPUR 25 Mac - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim hari ini mempertikaikan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini tidak menyaman Karpal Singh walaupun Pengerusi DAP itu pernah mendakwa beliau sebagai peliwat.

Katanya, sewaktu tuduhan tersebut dibuat, Anwar masih lagi bersama kerajaan dan beliau langsung tidak mengambil tindakan undang-undang untuk mempertahankan dirinya.

Sehubungan itu, Zahrain menuntut penjelasan Ketua Pembangkang itu mengenai tindakannya menghantar notis kepada Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan berhubung dakwaan beliau seorang biseksual.

"Semasa Anwar bersama kerajaan dulu, Karpal pernah membuat dakwaan bahawa beliau seorang peliwat dan mempunyai bukti kukuh, tetapi Anwar tidak pula mengambil sebarang tindakan undang-undang sehinggalah hari ini.


Tetapi yang membuatkan isu ini lebih kelakar adalah kenyataan Zahrain sendiri yang menuduh saman Anwar hanyalah saman politik dan bukannya sama untuk membersihkan namanya.

Apakah selepas ini Nalla akan menyaman Zahrain kerana Zahrain tidak mahu Nalla menyaman Anwar?

Kita akan saksikan sendiri beranikah Nalla tampil ke mahkamah dan "menunjukkan bukti kukuh" yang sebenarnya hanya direka-reka umpama video Datuk T yang kini muncul semula setelah hampir 65 peratus rakyat Malaysia tidak langsung percaya!
-jalanpulang

9 ulasan:

  1. Barisan peguam Pakatan Rakyat patut beri khidmat pro bono kepada semua pihak yang ada kes terhadap Utusan Meloya, saman sehingga syarikat yang meloyakan itu gulung tikar. Minta DSAI terus saman barua umnongok sehingga tinggal seluar dalam saja.

    BalasPadam
  2. hidop anwar!!!!

    BalasPadam
  3. Padan muka.

    BalasPadam
  4. Kes-kes seperti ini (saman) hendaklah dijadikan iktibar oleh semua pihak terutama akhbar-akhbar arus perdana.

    Jangan jadikan surat khabar sebagai tempat mahkamah/perbicaraan terbuka supaya orang mempercayai terhadap tohmahan-tohmahan.

    Hanya beberapa kerat pembaca sahaja yang mempercayai tohmahan tersebut, yang selebihnya majoriti tidak mempercayai sehingga dibuktikan di mahkamah sebenar.

    Akibatnya rakyat menyampah dengan UMNO yang menimbulkan kemarahan pengundi. Ini akan mengurangkan penyokong UMNO/BN dalam pilihan raya. Manakala jualan surat khabar pula terus merosot kerana tohmahan tersebut tidak ada nilai berita sebab berita bohong

    BalasPadam
  5. meluat sebenarnya...pemikiran penyokong kerajaan sangat WINDOW 95...

    BalasPadam
  6. Zahrain M Nor tu bukan ada paa dah, orang dah tak mau dah dia tu. Kalau Najib dok simpan lagi umpama menggalas biawak hidup je la. Tiga ketuloi tu kata Nampak DSAI k…..k; mana mungkin sorang dok k…..k yang lain dok tengok, kalau depa pun buat sama, ada la logik. Akai ada ka ?

    BalasPadam
  7. pelik pula rupanya ada istilah saman politik oleh zahrain buaya tu.

    lepas ni adalah pulak saman lembu, saman hiburan, saman sukan.

    begitula dungunya ungka2 yg umno upah dan berselindung dibelakangnya.

    utusan merapu akan tinggal sejarah mcm utusan melayu.

    habis duti bayar saman. suratkhabar tk laku.

    alat media fitnah memang wajib dikuburkan. lepas ni utusan merapu sdn bhd akan jadi syarikat jual kertas tisu dan kotak.

    amiinnn

    BalasPadam
  8. Inilah akibatnya buat kerja bodoh, nak cari publisiti murah tak pasal2 kena keluar wang saku untuk bayar kos mahkamah, peguam dan brother Anwar. Anwar tak sampai hati nak saman bekas2 regunya dulu, klau mereka kalah, nak lompat kat mana lagi cari duit juta2 untuk bayar saman.

    BalasPadam
  9. tak habis -habis bodoh lah puak ni.
    dulu bodoh,, kini bodoh..dan selama-lamanya bodoh. di bodohkan olih UMnooo lambang parti keris yang tak pernah bertanding dalam pilihanraya seumor hidup

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.