May 29, 2012

Maksiat Bermaharajalela Di Putrajaya Di Hari Belia, Negara Menunggu Bala!

Pemuda PAS: K'jaan anjur 'maksiat' di Hari Belia

Kehadiran artis seksi dari Korea di program Hari Belia menunjukkan kerajaan kini ketandusan idea untuk menarik sokongan golongan muda sehingga sanggup menganjurkan "program maksiat," menurut Dewan Pemuda PAS.

Ketua penerangan sayap parti itu, Riduan Mohd Nor berkata, persembahan oleh kumpulan artis "seksi" itu "tidak lebih daripada usaha untuk menyuburkan kemungkaran di kalangan generasi muda," katanya dalam satu kenyataan.

"Dengan menampilkan artis seksi sebagai hidangan masyarakat, kerajaan menganggap itu sebagai suatu perkara yang biasa dan tidak ada salahnya.

"Mungkin inilah nilai wassatiyyah yang hendak diterapkan oleh perdana menteri," katanya sinis.

Program Hari Belia di Putrajaya yang diadakan sepanjang hujung minggu lalu antara lainnya menampilkan kumpulan Korea, U-Kiss, Dal Shabet dan Teen Top.

Penganjur mendakwa lebih dua juta menyertai program tersebut.

Sambutan itu turut dicemari tragedi apabila salah sebuah kereta terlibat dalam kemalangan ketika acara perlumbaan kereta dalam sambutan tersebut.

Dalam kejadian itu, seramai 17 orang penonton cedera akibat dirempuh oleh kenderaan tersebut.

Tiga daripadanya cedera parah. -mk




Ulasan GB

Hadith Rasulullah saw:

"Apabila maksiat sudah merajalela di kalangan umatku, Allah akan menurunkan bala dari sisi-Nya kepada mereka secara merata…” -HR. Ahmad dll

Kemalangan acara Drag Race itu sepatutnya pembuka mata, itu baru mukaddimah kepada bala yang lebih besar yang bakal menimpa.

Apabila Allah s.w.t. dicabar, maka tunggu sahaja habuan daripadaNya.

Dan ia juga adalah permulaan kepada satu sistem pemerintahan yang baru. Kelak, Allah s.w.t. akan menggantikan mereka itu dengan satu kepimpinan yang lebih baik.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




19 comments:

Abu said...

Apa kata Agong ? Agong ialah Ketua Agama Islam bagi Putrajaya.

Apa kata Mufti seramai 14 orang itu ? Majlis fatwa senyap saja ?

Diam bermakna setuju dengan maksiat tersebut.

JAKA said...

mana hassan akidah? taknak nangis ke tgk semua itu?

bukan anwar yang anjurkan semau itu.

hahaha padan muka..senyap tk terkata apa.

itulah munafik namanya...

Anonymous said...

Mufti2 umno bersembunyi di dalam lubang tikus.Takut disekeh oleh Chua So Lek.

Anonymous said...

jaga-jaga artis k pop nanti anda di altantuyakan,ari ini diumumkan banyak projek projek NKEA LAGI SEMUA AUTA

BeEnd said...

Suka betul Najib tengok awek korea tu pakai seluat kontot..

Anonymous said...

Mane Noh Gadut & Harussani? Kalau bab menuntut pilihanraya yang bersih, bukan main berdegar2 suara dalam tv kata haram. Haramjadah!!!

Anonymous said...

Program umno mana ada yg senonoh. Senaman punggung, pakaian macam sarung buah nangka bagi para wanitanya, tarian2 dedah memanglah digalakkan unt. menarik pelancong katanya dan sampai kanak2 yg tak ada dosa pun mula dididik dng unsur2 hiburan.

Anonymous said...

Mufti2 di malaysia ibarat tikus2 yg berkeliaran apabila lapar. Bila dah kenyang menyorok dalam sarang.

Anonymous said...

Ketika pemimpin BN sibuk dng program yg melalaikan gol. belia,PAS pula berusaha memberi penawar rohani dan jasmani melalui programnya.Macamana pula pmimpinnya dituduh "Bapa Kafir"? Jnglah bersubahat dng umno lagi.

Anonymous said...

ramai yang datang kemungkinannya orang indon,bangla,kampuchia kot..?sebab tu ramai....

Anonymous said...

celaka umno

Anonymous said...

Jika undi BN ertinya bersubahat buat dosa.Orang Islam dilarang melantik pemimpin yang positif dengan maksiat.

Anonymous said...

Haramjadah najib n puak2nya

Ngah Phg asal Melaka said...

kecewanya kami perangai mufti/imam muda dan yb2 hasan..zul kulim dan ramai lg seumpamanya..ibrahim ali..ezam..hafilda..dan seumpamanya langsung nak diharapkan nak tegur perangai teruk umno ni

Anonymous said...

tak apelah dah dapat BRIM RM 500 syukurlah,boleh menampung selesa seumur hidup gaye pujinya,itulah tandanya PM merasa denyut nadi rakyat,denyut nadi artis K pop tu lagi kuat denyut nya ye tak,tolonglah rakyat Malaysia yang waras alih kerajaan lepas ni jangan caye lagi ngan jaji tipu daya gerombolan ni,kalau mahu perubahan total yang murni

XUMNO said...

Bala paling besar yang kita doakan kepada Allah swt ialah biar Allah lingkupkap UMNO dan BN dalam pilihanraya ke 13 ini supaya barisan jahiliah ni dilupuskan langsung dari bumi Malaysia selama2nya. Amin.

Anonymous said...

diaorang ni tak patut betol.sampainya hati. jemputla pak mufti-mufti tu sama hadir. dah merajuk! taknak kluar fatwa. padan muka!

Anonymous said...

tolonglah jemput mufti potong stim aku je,dirumah aku tak dapat macam ni,tengok artis K pop teringat aku pada altantuyaku

Anonymous said...

Kalau jutaan macam ni, bolehlah percaya ...

[url]http://files.buktidansaksi.com/tawaf.jpg[/url]