
Dalam kejadian kira-kira 8.15 malam itu, Noor Fathanah Misnawi, pelajar Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas, Batu Caves meninggal dunia di sebuah klinik swasta selepas cedera pada rusuk kanan akibat terkena tikaman senjata tajam suspek yang sedang mengejar seorang lelaki Indonesia lain.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Superitendan Abdul Rahim Abdullah berkata, suspek kemudian dapat menikam Mohammad Hasir, 30, sebelum dia melarikan diri dari tempat kejadian.
"Terdapat lima kesan tikaman pada tubuh Mohamad Hasir termasuk di leher, bahu kiri, dada kiri dan perut menyebabkan kecederaan parah. Dia mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Selayang," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Bernama malam Sabtu.
Abdul Rahim meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya tampilmemberi maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA
satu lg bukti malaysia negara paling selamat,hahaha!!!
ReplyDeletenegara plg selamat?
ReplyDeleteSelamat nya negara ini!
ReplyDeletehai rakyat jelata sekelian,jgn bimbang negara kita ni adalah yg paling selamat seantero dunia.
ReplyDeletenehara yang paling selamat,jgn risau ,polis,rela ,rt,gagasan i malaysia ada .
ReplyDeleteInilah bakal pengundi UMNO/BN yang sudah diberikan Kad Pengenalan dan kerakyatan.
ReplyDeleteNegara Paling Selamat?
ReplyDeleteRata-rata rumah teres di Lembah Kelang dikawal oleh Pihak Security. Dah tu rumah siap berpagar, dah tu segala tingkap dan pintu siap pasang jeriji besi lagi.
Kenapa perlu buat begitu? sebab kita rasa tak selamat.
Menteri memang la rasa selamat sebab 24jam dikawal bodyguard.
-wakleman
al-fatihah untuk yang telah meninggal.. malang tidak berbau....
ReplyDeletepasar malam sudah jadi tempat yang tidak selamat....?????
PASAR MALANG
ReplyDeletesenyap je menteri menteri yg kata mesia ni negara paling selama ye...?
ReplyDelete