16 Apr 2012

Isu Hina Raja Helah Kuburkan Isu Task Force Beri IC Kepada Warga Asing - Hadi

Hadi: Isu hina raja helah 'kubur' isu penting

ALOR SETAR - Pas menyifatkan dakwaan kononnya pemimpin pembangkang menghina Raja-raja Melayu sebagai helah menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi menenggelamkan isu yang lebih penting yang dibangkitkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, isu terbabit sengaja ditimbulkan di saat PRU13 semakin hampir bagi menutup isu sebenar.

“Saya anggap itu berita PRU13. Isu ini sengaja dibangkitkan untuk menutup isu sebenar yang kita bangkitkan, antaranya pendedahan kewujudan 'task force' memberi kerakyatan kepada warga asing dan penipuan dalam proses mengundi,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan Badan Perhubungan Pas Negeri Kedah, di Kompleks Pas Kedah di sini sempena lawatan kerja sehari ke Kedah, semalam.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, pendedahan beliau berhubung wujudnya pasukan khas yang bertanggungjawab memberi kerakyatan kepada warga asing di negara ini adalah isu yang lebih penting untuk diberi perhatian berbanding isu remeh yang dibangkitkan kononnya pemimpin pembangkang mempersenda Raja-Raja Melayu.

“Yang menjadi ancaman lebih besar kepada institusi diraja dan kedaulatan negara adalah kes babitkan warga asing, bukannya isu remeh seperti itu. Kes berkenaan yang sebenarnya akan menghakis institusi Raja-Raja Melayu dalam tempoh tertentu,” katanya.

Menurutnya, sekiranya berlarutan, tidak mustahil ia turut mengancam keselamatan negara.

“Warga asing ini berada di luar budaya perlembagan diraja, negara mereka tidak amalkan sistem beraja. Apabila mereka diberi kerakyatan dan mengundi, kesannya amat besar termasuk boleh menjejaskan kedaulatan institusi diraja,” katanya.

Baru-baru ini, seorang pengamal perubatan, Dr Rahman Kadir dalam blognya mendedahkan beberapa pemimpin pembangkang didakwa bersikap biadap dengan mempersenda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu pada Majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Rabu lalu.

Mahfuz berkata, gerakan Anti Pemalsuan IC (API) dibentuk untuk merangka tindakan bersesuaian bagi membolehkan dakwaan itu disiasat.

“Langkah pertama ialah menghantar memorandum tuntutan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja untuk tubuhkan Suruhanjaya Diraja menyiasat pendedahan itu,” katanya.

Mahfuz yang juga Pengerusi API berkata, semua maklumat yang diperolehnya hanya akan diserahkan kepada suruhanjaya terbabit bagi menjamin keselamatan sumber maklumat.

“Buat masa ini saya tidak dapat dedahkan maklumat. Saya berani katakan, gerakan pasukan khas itu beroperasi dari Pejabat Perdana Menteri,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan laporan interim Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bersetuju dengan cadangan penubuhan suruhanjaya itu untuk menyiasat pemberian kerakyatan warga asing di Sabah.

“Secara tidak langsung, PSC mengakui perkara seperti itu berlaku di Sabah, tetapi saya cadangkan untuk semua negeri kerana difahamkan gerakan itu menyeluruh di setiap negeri,” katanya.

Mahfuz sebelum ini mendedahkan wujudnya pasukan khas ini, diketuai Penasihat Khas Perdana Menteri, Datuk Osman Razak; Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Tajuddin Wahab dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar. -SH

Ulasan GB

Baru pagi tadi GB sudah ulas. Petikan:

GB melihat tindakan Ahmad Zahid Hamidi yang disokong oleh Hishamuddin Tun Hussein berkenaan dengan cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja itu hanyalah helah daripada desakan PAS supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kes pemberian IC kepada warga asing.

Jika di dalam kes dakwaan kononnya pemimpin pembangkang mempersenda raja lansung tiada bukti, tetapi didalam kes pemberian IC kepada warga asing amat jelas bukti yang diberikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dengan menderetkan nama-nama mereka yang terlibat termasuk pegawai kanan Najib dan Timbalan pengerusi SPR Malah Mahfuz berkata lebih banyak bukti akan diserahkan kepada Suruhanjaya Diraja tentang isu berkenaan. Mengapa takut untuk memberi respons terhadap tuntutan ditubuhkan Suruhanjaya Diraja menyiasat dakwaan itu?


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




6 ulasan:

  1. Asas yang membawa kepada isu ini sangat kecil kalaupun ia boleh dilihat. Tapi aku rasa berdasarkan Si Anak Kadiag ni, tak boleh pakai. Ada isu yang lebih besar lagi. Orang yang rasional akan gelak kah kah kah !

    BalasPadam
  2. Isu Taatsetia kepada Raja-Raja Melayu ni,UMNO tak payahlah nak jadi champion.Sejarah membuktikan UMNOlah yang kerap mengenepikan Raja-Raja Melayu,dan ada kalanya kurang ajar kepada Raja-Raja.UMNOlah yang menghilangkan kuasa Raja-Raja Melayu sehingga hari ini Agong sekadar ikut nasihat Perdana Menteri.

    BalasPadam
  3. isu warganegara nih... kalau takdir tumbang menatang bn nih...

    siasat secara menyeluruh kes ni siapa yang terlibat, dari tukang angkut najisnya, sampai ke tukang berak nya...

    dakwa sebagai PENGKHIANAT NEGARA...

    hukuman mati je yang sesuai untuk pengkhianat negara pesen ni...

    BalasPadam
  4. Ye! betul, UMNO tidak boleh mendabit dada menyatakan bahawa sanya mereka lah pejuang dan menjadi benteng bagi mempertahankan kedaulatan Raja2. Umum mengetahui, Mahathir dan UMNO telah berlaku biadap dan telah merampas hak dan kuasa Raja dalam tahun 1990. Semua tindakan mereka ( UMNO ) boleh dibaca dalam Utusan Malaysia dan semua kahbar tempatan pro UMNO, TV3. Kalau nak diadakan RCI, maka ia hendaklah dibuat keatas perlakukan UMNO terhadap Raja. Kedua, tindakan kumpulan Idris JUsoh mempamirkan kain rentang yang berbunyi,'kami mahu Idris Jusoh....Natang'. Maka dicadangkan RCI DITUBUHKAN bagi menyiasat segala tindakan tanduk UMNO dan pemimpinnya yang menghina Raja2.

    BalasPadam
  5. Pandai sungguh UMNO/BN main silat politik untuk mengabui banyak pihak. Dalam kes "pendedahan kewujudan 'task force' memberi kerakyatan kepada warga asing dan penipuan dalam proses mengundi, UMNO tidak kata apa, apatah lagi untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyiasat kes yang dibawa pembangkang ini. Tapi bila timbul isu yang kononnya pemimpin pembangkang menghina Raja-raja Melayu cepat-cepat Hishamuddin mahu tubuh Suruhan Siasatan Di Raja bagi menyiasat kes ini.

    Kita sebagai rakyat nampak sangat taktik UMNO ni. iaitu supaya Raja-Raja Melayu tidak akan layan isu tersebut di atas yang dibawa pembangkang.

    BalasPadam
  6. kenapa komen dr rahman ni hanya di sokong oleh yb kamalanathan dan kak jat saja,apabila melihat wajah dr rahman ini sudah pasti rakyat dapat mengagak mereka adalah dari spesis yang sama....maaf cakap iaitu "keling" kita jangan lupa akan kehancuran kesultanan melaka dulu adalah di sebabkan juga oleh puak2 ini yang menyalahgunakan kuasa...ingat jangan di patuk oleh ular dari lubang yang sama....

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.