1 Apr 2012

Dua Petugas BN Maut Terkena Renjatan Elektrik Semasa Pasang Bendera

Tanah Merah - Dua lelaki mati selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba menaikkan bendera menggunakan buluh dalam kejadian di Kampung Tengah, Bukit Panau, dekat sini malam kelmarin.

ANGGOTA polis dan penduduk kampung mengangkat mayat Rosli dan Mohd. Daishan di Kampung Tengah, Bukit Panau, Tanah Merah malam kelmarin untuk dibawa ke Hospital Tanah Merah.

Rosli Hussin, 47, yang merupakan Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan rakannya seorang penoreh, Mohd. Daishan Ibrahim, 37, masing-masing ditemui mati pada kira-kira pukul 12 tengah malam di tempat kejadian dengan kesan lebam di telinga dan kaki akibat terkena arus elektrik bervoltan tinggi.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superitendan Abdul Aziz Mahmud, berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa memegang buluh sepanjang 12 meter yang dipercayai basah dengan niat menaikkan bendera sebuah parti politik.

Tanpa diduga, buluh yang dipasang dengan bendera itu terkena kabel yang berada pada ketinggian sembilan meter sebelum kedua-dua mangsa terkena kejutan elektrik.

Menurut Abdul Aziz, kejadian itu kemudian disedari penduduk kampung sebelum mereka mendapatkan bantuan pihak polis dan hospital berdekatan. -kosmo

Dua rakan maut kena elektrik sebab pasang bendera politik

Gara-gara bersemangat untuk memasang bendera sebuah parti politik, dua rakan maut terkena renjatan elektrik apabila sebatang buluh yang diguna untuk menggantung bendera itu terkena kabel elektrik bervoltan tinggi di Kampung Tengah, Bukit Panau, dekat sini malam Jumaat.

Rosli Hussin, 47, dan rakannya Mohd Daisan Ibarahim, 37, yang terjatuh dan pengsan selepas terkena renjatan elektrik itu, disahkan mati di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Tanah Merah.

Abang ipar seorang daripada mangsa, Che Musa Mamat berkata adik iparnya, Rosli bersama empat rakannya ke kawasan itu untuk mendirikan buluh setingga kira-kira 12 meter untuk menaikkan bendera itu pada pukul 12 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Abdul Aziz Mahmood ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu awal pagi Sabtu.

Beliau menasihatkan orang ramai, khasnya penyokong parti politik supaya jangan terlalu ghairah bertindak memasang bendera politik sehingga mengabaikan keselamatan diri. Bernama

P/S: No komen! Al Fatihah sahaja yang mampu diucapkan. Tempat berlaku ini hanya 500 meter sahaja dari rumah saya. Dah riuh rendah satu bandar Tanah Merah. Malam tadi keluar berita tv3 dua rakan maut sebab pasang sebuah bendera parti politik. Kenapa tak terus terang cakap pasang bendera dacing. Wallahu'alam.
-halimislam.com


Ulasan GB

Betul juga kata Halimislam. Kenapa sembunyi "fakta" bahawa mereka itu petugas BN?

Jikalah yang terkena itu adalah petugas PR, mungkin sudah kecoh seluruh media massa arus perdana dengan segala macam mak nenek ulasan untuk mempersalahkan PR!

Kini, dengan tolak tepi sentimen parti, semua petugas yang memasang bendera, wajar berhati-hati agar tragedi di atas tidak berulang lagi.

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini adalah sebahagian drp BALASAN ALLAH terhadap mereka yg suka buat kacau dn tunjuk samseng....tidak lama
selepas berita Lim guan Eng diserang
oleh samseng UM NO CELAKA dn dibiarkn
oleh polis anjing kerjaaan...TEGAS hnya pd pembangkang''ADIL utk kerjaan
dan BERHEMAH untuk samseng um no dan
B angkai N gara.

Tanpa Nama berkata...

sistem demokrasi ciptaan yahudi dah nk sampai ke garis penamat....tak kira samada pihak bn atau pr.....sama2 akan tersembang menyembah bumi......ALLAH akan gantikan dgn sistemnya melalui pemimpin pilihan NYA......ini janji TUHAN.....percaya atau tidak, setuju atau sebaliknya...janji TUHAN pasti terjadi...

Tanpa Nama berkata...

Tolong beritahu parpugomo tu. Ni petugas BN bukannya Pas. Kalau ikut umur tu, jenis makan upah bukannya budak-budak muda.

Rahmat berkata...

Hmmmm kurang 2 undi...ok larhhh

Abu berkata...

kenapa pasang bendera 'sebuah parti politik' pukul 12 tengah malam ?

Tanpa Nama berkata...

dari Allah dia datang kepada Allah dia kembali... ini sebahagian peringatan kepada Allah.. undi umno berdosa...

Tanpa Nama berkata...

Dapat upah dari BN Pasang bendera tapi nyawa melayang memang tak berbaloi.

Tanpa Nama berkata...

kerana nak menangkan parti, akhirnya mati.

kerana nak rampas kelantan, akhirnya nyawa melayang.

kasihan kepada isteri dan anak-anak mangsa. Orang besar parti bergumbira, kalian berduka nastapa.

dapat derma seribu dua, tapi merana selama-lamanya.

beringatlah, nak menang atau kalah bukan bergantung pada jumlah bendera yang dipasang tetapi bergantung pada keadilan yang dapat diberikan kepada rakyat.

Al-fatihah kepada mangsa, takziah kepada keluarga mangsa.

undilah pas untuk sejahtera.
parti penegak agama dan bangsa.

Tanpa Nama berkata...

najib, rosmah, muhyidin dan yang bersekutu dengannya ada melawat mangsa di waktu pengebumiannya ker?

saja nak bertanya dan tak ada niat pun untuk mengaitkannya dengan perkara politik.

al-fatihah!

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Pakcu nak respon pada komen yang kata undi Umno berdosa..? Jangan terlalu alim dalam menghukum sedangkan majlis fatwa pun tak pernah mengeluar pekeliling. Kalau minat mana-mana parti pangkah sajalah jangan dok "sekeh" kepala orang....nampak benar taksubnya.

Kematian akan datang bila sampai ajalnya. Siapa yang terbaik amal dan imannya maka dia lah yang
yang tinggi darjat disisi Allah. Seorang muslim yang baik sentiasa mendoakan kebaikan kepada muslim yang lain.....walahualam

Tanpa Nama berkata...

Datuk S Subramaniam, Menteri Sumber Manusia selalu mengingatkan tentang keselamatan pekerjaan dan kemalangan di tempat kerja. Tetapi kata-kata beliau sering tidak diindahkan oleh pemimpin UMNO.

Tanpa Nama berkata...

kita harus berdoa supaya mati kelak dalam keadaan yg baik, bukan di dalam keadaan yang hina....wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

kita mesti bersangka baik atas kematiannya. Mgkin mrk ni petugas UBN····(nak cari mkn) tetapi waktu pilihanraya mrk undi PAS.

mann berkata...

Kesihan kepada penyokong Umno itu....bertungkus lumus memasang bendera dimalam hari.....alangkah baiknya mendengar ceramah Pas dimalam hari ada juga pekdahnya..

Tanpa Nama berkata...

Pasang bendera bulan je.. dah tentu terang

Tanpa Nama berkata...

pakcu rantau panjang...dok kat rantau panjang tapi fikiran pendek..kalau umno biar maksiat,tolak hukum allah,hina agama allah..kalau kita sokong dia dapat pahala ke..?mesti dapat dosa...nampak sangat oatak sharizat..otak lembu