26 Mac 2012

Negara Paling Selamat: Rumah ADUN UMNO Kena Samun, Pisau Di Leher

Keluarga wakil rakyat trauma

TANJUNG MALIM – Seorang wakil rakyat, isteri dan empat anak mereka terpaksa melalui detik menakutkan lebih setengah jam apabila kediaman mereka di Taman Wangsa Setia di sini dipecah masuk tiga perompak bertopeng awal pagi semalam.

GAMBAR: Inilah kediaman Mohd. Khusairi (gambar kecil) di Taman Wangsa Setia, Tanjung Malim, Perak yang dirompak awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Slim, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib (gambar) berkata, beliau telah diacukan sebilah pisau sebelum tangannya, isteri serta seorang anak lelakinya yang berusia 18 tahun diikat.

Menceritakan peristiwa itu, beliau berkata, perompak terbabit kemudiannya memaksanya menunjukkan lokasi barangan berharga seperti barang kemas dan wang tunai disimpan.

“Saya yang sedang nyenyak tidur terperanjat apabila tiga lelaki mengejutkan saya sambil mengacukan sebilah pisau di leher.

“Seorang lagi bersenjatakan pemotong besi menggertak saya dan isteri serta mengikat kami sebelum menggeledah di seluruh rumah," katanya kepada Kosmo! di sini semalam. -kosmo


YB panik pisau di leher

TANJUNG MALIM: “Saya panik apabila seorang suspek mengacukan pisau ke leher saya dan memberi amaran supaya tidak bising,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim River, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, yang berdepan saat mencemaskan selepas kediamannya disamun sekumpulan penyamun bertopeng bersenjatakan pisau, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 2 pagi di Taman Wang Setia itu, rumah teres dua tingkat didiami Mohd Khusairi bersama isteri dan empat anaknya dimasuki tiga lelaki bertopeng yang mengikat mereka.

Kejadian menyebabkan Mohd Khusairi sekeluarga kerugian kira-kira RM40,000 apabila beberapa barangan berharga termasuk barang kemas, wang tunai, telefon bimbit, komputer riba, iPad dan pasport antarabangsa miliknya dilarikan.

Mohd Khusairi yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Perak dan Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim berkata, ketika kejadian dia sekeluarga tidur apabila dikejutkan dengan bunyi bising sebelum keluar memeriksa dan mendapati tiga lelaki berada dalam biliknya.

“Seorang suspek mengacukan pisau pada leher saya sebelum mengikat saya dan isteri. Seorang lagi ke bilik anak lelaki saya di sebelah dan mengikatnya pada tiang katil.
-hm

Ulasan GB

Semalam GB sudah mengulas di dalam isu jenayah ragut yang melibatkan dua ahli puteri UMNO. Petikan:

Inilah akibat apabila "jenayah ragut" berleluasa kerana apabila kerajaan UMNO BN tidak mengindahkan persoalan jenayah yang berlaku di dalam negara di sebaliknya mendabik dada dengan retorik palsu mendakwa negara kita paling selamat di Asia Tenggara.

Justeru itu, usah lagi bersikap demikian, sebaliknya benteras jenayah habis-habisan, bukan berselindung di sebalik angka-angka yang mendakwa kadar jenayah telah turun. Nanti terkena batang hidung sendiri. Itu peringatan/nasihat kita. Nak dengar, dengarlah, tak mahu dengar apakan daya... tunggu saja nanti, tentu ada berita lagi mengenainya. Semuga Allah swt selamatkan kita semua.


Kini lebih mengerikan. Bukan jenayah ragut, tetapi jenayah samun dan rompak. Terkena kepada ADUN UMNO/BN sendiri.

Masihkah kita beranggapan negara kita paling selamat?

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ha ha ha negara
paling selamat buat penyamun,perompak, peragut,perogol kerana pas buat keje depe leh balik negara masing2 bawa duit samun.....

opisboi berkata...

pasti cerita kat kampuchea sebab kat malaysia paling selamat..kah3x..isham lidah kontot

Tanpa Nama berkata...

lakonan??? yang tak selamat rakyat dah lama jadi mangsa

Tanpa Nama berkata...

Perompak tu sekadar nak balas dendam.Kamu rompak duit rakyat,kami rompak kamu balik.Fair and square.Baru sepenggal jadi ADUN tengok rumah - tersergam!Rompak rakyat biasa buat apa? Dapar RM500 pun dah selesai.

paktehku berkata...

... Minta simpatai dari rakyat lah tu konon... tau je le nak PRU ni kononnya kena rompaklah, pengaroh dah hilang, macam2 temberang di reka...