Khalid : Najib Perlu Dapat Fakta Sebelum Memfitnah
SHAH ALAM 6 JAN : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membidas tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menuduh kerajaan negeri Pakatan Rakyat enggan meluluskan projek-projek perumahan di di beberapa kawasan felda di Hulu Selangor.
"Tiada sebarang permohonan kebenaran merancang projek perumahan di Felda Gedangsa di Hulu Selangor dari Kerajaan Persekutuan atau Felda." kata Khalid.
Khalid berkata, Kerajaan Negeri tidak pernah menerima cadangan untuk bangunkan projek perumahan kepada generasi kedua di felda itu seperti yang didakwa Perdana Menteri
"Jika ada pun permohonan yang diterima, ia hanya melibatkan permohonan dari Felda untuk melupuskan pemilikan tanah seluas 14.65 hektar di Felda Soeharto bagi tujuan kediaman.
"Kerajaan Negeri bagaimanapun mendapati tanah itu masih terletak di bawah Seksyen 44 Akta Penempatan Berkelompok 1960 yang bermaksud tanah itu masih di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan. Adalah salah untuk Perdana Menteri mendakwa Kerajaan Negeri enggan membantu," kata Menteri Besar.
Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri yang menyalahkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat kerana didakwa enggan meluluskan projek-projek perumahan di felda-felda di Hulu Selangor.
Menteri Besar juga berkata, semakan dengan Jabatan Tanah dan Galian Negeri Selangor juga mendapati terdapat satu cadangan pada awal tahun 1990-an itu dari Felda untuk projek pembangunan di Felda Gedangsa tetapi ditolak oleh Kerajaan Negeri Barisan Nasional ketika itu kerana kegagalan projek pembangunan semula di Felda Sungai Buaya
Menteri Besar kecewa kerana Perdana Menteri menyalahkan pihak lain ekoran kegagalan UMNO-BN menunaikan janji-janji yang dibuat pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
"Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk kebaikan rakyat. Kami telah buktikan dengan Projek The Greater Klang Valley dan projek River of Life. Tiada alasan untuk Kerajaan negeri mendiskriminasikan peneroka Felda.
"Malah, lebih 2,000 ekar tanah milik Kerajaan Negeri di Hulu Bernam telah dibangunkan oleh Felda tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri tidak menerima bayaran satu sen pun," katanya.
Perdana Menteri perlu mengkaji fakta sebelum membuat tuduhan tidak berasas kerana Kerajaan Negeri mengadakan reformasi pengurusan dan pentadbiran tanah secara berterusan bagi mengalakkan rakyat Selangor memiliki kediaman sendiri. -KD

Janji tak ditunaikan: PM persalahkan k'jaan S'gor
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempersalahkan kerajaan negeri Selangor berhubung janji-janji pilihan raya yang dibuat BN tetapi belum ditunaikan semasa pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor tahun lalu.
Ketika perjumpaan dengan peneroka Felda Gedangsa di Kuala Kubu Baru, Najib berkata kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat enggan meluluskan projek-projek perumahan yang dirancang oleh kerajaan persekutuan.
"Kita mahu bina rumah-rumah untuk generasi kedua peneroka Felda tetapi ini ditolak oleh kerajaan negeri ... semata-mata atas sebab-sebab politik.
"Saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana pembangunan tanah adalah di bawah kuasa kerajaan negeri," kata Najib.
Najib hari ini melawat Hulu Selangor hari ini untuk memeriksa kemajuan projek-projek yang diluluskan pada pilihan raya kecil itu selepas calon BN P Kamalanathan mengalahkan calon PKR, Zaid Ibrahim dengan majoriti 1725 undi pada April 2010.
Katanya, beliau kecewa kerana projek-projek yang dijanjikan tidak dapat ditunaikan dan terpaksa menjelaskan kepada rakyat berhubung isu berkenaan.
"Jika anda mahukan perubahan, maka lakukannya apabila tiba masanya," katanya sambil mengingatkan rakyat supaya mengundi dengan bijak pada pilihan raya akan datang.
Najib juga menyumbangkan RM200,000 bagi pembinaan taman permainan kanak-kanak di empat penempatan Felda Gedangsa, Sungai Tengi, Suharto dan Sungai Tengi Selatan.
Beliau juga meluluskan RM300,000 lagi untuk menaik taraf kedai-kedai perniagaan di Gedangsa dan Soeharto. -mk
piem mcm ni jgn diharapkan menjadikan Malaysia yg elok..sedangkan dia berckp sesuka hati kpd org ramai tanpa fakta...tumbangkan beliau diPRU13 ini bersama ijat lembu..km melaka membazir..mb phg..mb ganu..nazri..jamil ambik zakat..rais amah..khairy tingkat 4..dan ramai lg.
BalasPadambrahim katak..zul kulum dan kwn2 lompat tu akan tenggelam dan lemas sendiri..
hassan songkok..hafilda `masihdara` tenggelam makin bawah. mader tua bangka..musa hassan..rafidah dan kwn2 kroninya leh ditimbulkan kat mahkamah yg ditarik oleh ketua2 baru yg jujur sprm dan polis
Aku kasihan tengok Najib, punya lah pulun nak dapatkan balik 4 Negeri yg di kuasai pembangkang. Tetapi negeri yg dok ada pun terjaga....2012 Johor akan jatuh kpd pembangkang.
BalasPadamNajib baru sedar BN bukannya power sangat punn...Dia ingat rakyat sekarang macam 20tahun dulu...asyik duk tengok tv2 suku saja...hellooo....skrg rakyat dah banyak saluran la wei...Lu orang nak kencing rakyat pakai TV3 suku lagi ka...Lu tunggu la PRU13 nanti....Silap aribulan LU lingkuppp....
BalasPadamApa nak hairan. Inilah bahananya bila dilantik orang bodoh jadi perdana menteri. Dapat laluan mudah jadi perdana menteri semata-mata dia anak bekas perdana menteri. Lepas ni kalau umno masih memerintah bakal ada sorang lagi perdana menteri yg lebih bodoh lagi iaitu anak kepada bekas perdana menteri yg sorang lagi.
BalasPadamHarap PR kalau memerinrah tak tersilap untuk lantik perdana menteri yg bodoh mcm umno. Takut-takut terlantik hasan ali pulak. Haru biru....
SALUT PKR......lu PM nak cakap tanpa fakta...baik takyah la.....prestasi AP amno menunjukkan tiada pemimpin yg bagus berhujah dan bijak berfikir berbanding PKR......khalid bagi bukti......terkulum lidah sendiri la najib.......
BalasPadamorang melayu yang masih lagi sokong najib sebagai PM sebahagiab besar mereka tidak mendapat yang betul mengenai najib dan kebanyakan mereka yang tinggal di kampong. kalau lah mereka dapat maklumat yang betul pasal najib...memang tak ada orang yang hingin najib jadi PM.....

BalasPadamMmg bodoh la PM kita ni. Kami di Pahang ni, contohnya di salah satu Felda di Jerantut ni, entah berapa kali dah mohon tanah2 yang terbiar di rancangan Felda utk dibangunkan perumahan generasi kedua & ketiga. Apabila dipohon kpd pejabat tanah, pejabat tanah kata, ini bukan dibawahkuasa kerajaan negeri kerana tanah2 rancangan Felda terikat dgn akta GSA. Kami bawa kepada Adun Pulau Tawar, Dato' Shukri Ismail, bermacam2 alasan yang diberi. Kerajaan Pahang ni dr PR ke BN? Aku sokong Tan Sri Khalid kata Felda meneroka tanah secara haram. Kalau kat Pahang ni, brp ribu hektar tanah dibuat Felda Plantation? Adakah tanah plantation ini berbayar cukai tanah? TIDAK sama sekali. Kalau rakyat yang ambik beberapa ekar buat mcm tu, habis dihalau atau didenda. Walaupun PM orang senegeri dgn aku, tp kalau bodoh takkan aku nak kata cerdik?
BalasPadamDia tahu selangor dah banyak simpan duit sampai juta2...dia nak korek lah suruh buat itu ini....muka pun dah macam penyapu....bangsat
BalasPadam