4 Jan 2012

Ibu Nur Amalina Sangkal Pendedahan Blog Mengenai Anaknya. - Ulasan GB

Johor Bahru: Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri terus cemerlang dalam pengajian perubatan di Universiti Edinburgh apabila meraih banyak pengiktirafan universitinya selain beberapa kajiannya diterbitkan dalam jurnal institusi pengajian tinggi di United Kingdom (UK).

SABARIAH menunjukkan laman blog yang dipercayai menyiarkan laporan fitnah terhadap anaknya di SMK Taman Johor Jaya 2, semalam. Nur Amalina didakwa masih jadi pelajar cemerlang di universiti.

Malah pelajar yang mendapat 17A SPM itu, kini menjalani latihan amali di sebuah pusat perubatan terkemuka di UK, dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei ini.

Ibunya, Sabariah Hassan berkata, setiap hasil kerja anaknya dipuji pensyarah dan rakan sekelasnya malah Nur Amalina kini sedang bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan.

“Oleh itu, isu kegagalan dalam pengajian tidak timbul seperti dakwaan pihak tertentu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau memanggil sidang media bagi memberi penjelasan berhubung laporan beberapa blog mendakwa Nur Amalina kini menjalani gaya hidup bebas dan liar selain gagal dalam pengajian dan sudah kembali ke tanah air secara senyap.

Sabariah berkata, beliau kesal dengan laporan blog itu yang melemparkan pelbagai tohmahan termasuk menyiarkan gambar peribadi anak tunggalnya berusia 23 tahun itu yang kini sedang menamatkan pengajian tahun akhir.

Beliau yang juga Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 2, berkata gambar yang disiarkan blog terbabit dipercayai dicuri dari laman sosial Facebook Nur Amalina.

“Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009.

“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi.

Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya.

Sabariah berkata, Amalina ada menghubunginya melalui panggilan video ‘Skype’ kelmarin berhubung penyebaran gambarnya yang dituduh seksi itu dalam laman blog.

“Dia ketawa ketika menceritakan perkara itu kerana sudah lali dengan tohmahan sebegini. Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya. -BH

Ulasan GB

Pertama, GB mengucapkan terima kasih kepada ibu Nur Amalina yang telah memberikan respons sekalipun menafikan berita yang tersiar di dalam blog ini semalam mengenai kisah anaknya yang sebelum ini telah tersiar dan tersebar di ruang maya ini tentang "perubahan" yang berlaku kepada anaknya.

Apa yang tersiar di blog GB semalam, seperti yang GB tuliskan semalam dihujung catatan dalam bentuk kredit, ia adalah petikan dari blog wikimalay.

Apa yang tertulis di situ iaitu Nur Amalina mungkin benar atau tidak, maka sebab itu tajuk yang GB gunakan adalah dalam bentuk soal "Benarkah Nur Amalina Che Bakri Pelajar 17A1 Jadi Begini?"

Amalina dikatakan telah gagal di UK dan telah pulang ke Malaysia secara senyap..namun, berita ini masih belum sahih..namun, berita kegagalannya banyak berpuca daripada kejutan budaya dan hidupnya di UK yang SOSIAL...


Tetapi gambar/foto/imej yang tersiar itu tetap benar dan sahih. Tiada penafian malah dibenarkan oleh pengakuan ibunya sendiri bahawa ibunya sendiri yang membelikan pakaian itu .

Kedua, lawatan ke facebook Nur Amalina mendapat facebooknya telah ditutup/deactivated.

Ketiga, Gambar-gambar yang tersiar dan tersebar di internet sememangnya dipetik dari laman facebook Nur Amelina sendiri. GB ingin menyangkal dakwaan menyatakan ia dicuri. Kerana di internet, apabila seseorang itu menyiarkan gambar/foto/imej, maka ia adalah untuk tatapan dan perkongsian kepada umum hatta sebarang gambar peribadi sekalipun. Pengajarannya di sini ialah jika anda tidak mahu gambar/foto/imej diambil orang, maka tidak sewajarnya ianya dipaparkan difacebook.

Di internet tiada siapa yang boleh mendakwa "itu hak aku" kerana jika ia hak anda semata-mata, mengapa ianya didedahkan kepada orangramai?

Di era teknologi internet yang semakin berkembang, apa-apa maklumat yang terdapat di internet adalah DISIFATKAN DAN DIANDAIKAN "PERCUMA" KECUALI ada klausa yang menyatakan maklumat itu dilindungi oleh undang-undang (pattern rights). Itu pun "cap dagangan" itu perlu didaftarkan, bukan sekadar tulis "©hakcipta terpelihara". Itu tak membawa apa-apa makna.

Seperti yang GB telah nyatakan sebelum ini:

Pertama saya ingin menyatakan bahawa pendedahan berkenaan tidak ada unsur "malafide" atau berniat jahat.

Ia dilakukan sebagai pengajaran kepada semua umat Islam di dalam negara dan di luarnegara, bahawa anda tidak boleh bersikap sedemikian - sikap yang dilarang dalam agama.

Jika kita tidak mahu diaibkan, kita tidak sepatutnya melakukan perkara-perkara yang boleh mengaibkan.

Kita tidak boleh mengumpat, apatah lagi memfitnah, TETAPI bukti bergambar yang tersebar luas seperti di atas, maka yang kita minta ialah KEBENARAN itu dijelaskan.


Bukan saja GB, ramai yang terkilan dengan pendedahan gambar/foto/imej yang dilakukan sendiri oleh Nur Amelina lewat facebooknya. Mengapa Nur Amelina berbuat demikian? Apatah lagi gambar profilnya untuk memperkenalkan diri adalah sekeping foto beliau berpakaian tanpa bertudung berposing berpelukan dengan seorang lelaki Mat Salleh? Apakah penjelasan terhadap hal tersebut? Malah jawapan terakhir Nur Amelina sendiri, beliau lansung tidak menafikan sebaliknya menyatakan: "I don't care what people say about me as I wear my pain everyday."



Didapati bahawa gambar/foto/imej tersebut dan kesemua imej yang tersiar di facebooknya adalah asli, tidak menggunakan photoshop. Dan ibu Nur Amelina membuat pengakuan:

“Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009.

“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi.


Jika betul demikian, maka adalah tidak wajar ianya dipertontonkan di khalayak ramai di facebook.

Jadi tidak perlu menuduh ia sebagai "fitnah" kerana fitnah merujuk kepada mengadakan sesuatu yang tidak ada atau tidak berlaku sedangkan apa yang berlaku ialah gambar/foto/imej itu adalah BENAR.

Perbuatan salah tetap salah walau cuba dibela dengan apa cara sekalipun. Itu hukum kebenaran.

Kepada semua, anggaplah apa yang berlaku sebagai satu pengajaran.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





62 ulasan:

  1. Yang peribadi dan ada nilai sentimental jangan didedahkan kepada sesiapa jika mahu selamat dan mengelak daripada fitnah.

    BalasPadam
  2. seorang jbu mithali yg sanggup membeli pakaian api neraka kpd anknya sndri...

    BalasPadam
  3. set barat boh..



    -black-

    BalasPadam
  4. Inilah hasil tarbiyyah yg dibuat oleh umno dan barisan nasional..pelajar semakin hilang rasa sayang pada Islam..

    BalasPadam
  5. mantap jawapan GB.

    BalasPadam
  6. Parents mestilah ada ilmu agama yg luas tau membezakan ok & tak ok bagi menghadapi krenah anak2 di dunia mencabar skrg.

    Cthnya, sering2 lah baca ttg isu semasa termasuk ulasan2 ttg penyebaran gambar2 dlm fb, & lain2 isu, misalnya hal riba, salah guna kuasa, tak amanah, ponteng kerja dll yg menjurus pada gejala2 ni, yg tak ramai org nampak.

    Kbnyakan remaja, belia (org tua pun ada) belum matang, tengok kawan pamerkan fesen baju, aksesori & rambut terkini, mereka teruja & nak lawan,maka berlumba2 lah pamir kat fb. Mereka bangga.

    Wlu ada ibu bapa yg pantau & nasihat, tak semua anak2 patuh.Tu belum lagi gambar2 & perlakuan lucah di intenet, hp, (tv? ) yg agak susah untuk control.

    Dugaan pada ibu bapa yg semua akan lalui bila tiba masa. Klu anak2 ok, bagaimana menantu pula nanti? cucu?

    Sbb tu melalui kajian, ramai juga remaja yg tak mau add parents dia dlm fb.

    Sama2 lah kita agar tidak putus mohon ampun, bertaubat,muasabah, berdoa & mengharap padaNya.

    yang penting, tak lagi menyokong kepada kemungkaran.

    BalasPadam
  7. betul GB, kalau nak berposing bogel sekalipun, apa perlu letak gambar itu dalam facebook?

    jadi jgn salahkan orang lain jika kesalahan sudah dilakukan sendiri.

    BalasPadam
  8. Alangkan foto private Mark Zukerberg pon orang boleh hack... aku masih nak bersangka baik kat dia....but still, mendedah aurat tak tentu hala macam ni, tetap salah...

    BalasPadam
  9. so, salah mak dia jugak yag seolah-olah menghalalkan apa yang anak dia buat. Back-up setiap kelakuan anaknya walaupun tersasar dari haluan sebenar. Masyarakat tidak menyoal siapa yang membelikan pakaian atau siapa yang pelajar ini peluk, tapi masyarakat bertanyakan 'kenapa sampai jadi kebaratan seperti itu?'...

    BalasPadam
  10. MANTOP laaa statement lu bro GB. mak penolong kanan tapi otak kemetot mcm brahim ali juga....

    -dunga-

    BalasPadam
  11. Sportingnya seorang ibu...

    BalasPadam
  12. tu la org kita ni, tak nak fikir yg baik-baik, sebaliknya fikir yg tak baik saja...tu ciri-ciri org dengki la tu.....cuba la fikir yg baik, eg. tudung yg dia pakai tu fesyen baru yg menyerupai rambut, mat saleh yg dia peluk tu ialah abang kandung dia dgn ibu mat saleh atau mungkin suami dia atau yg memeluk tu sebenarnya memang awek mat saleh sendiri yang mengguna topeng berwajahkan Nur Amalena

    BalasPadam
  13. Kita terlalu mengejar pendidikan untuk berjaya di dunia sehingga amalan & bekalan di akhirat kita ambil mudah, seolah-olah kita sempat bertaubat.

    Persoalannya, Sempatkah kita ?

    BalasPadam
  14. Walaubagaimanapun, bila disebarkan gambar macam 2 kan x elok. Kita sebarkan aurat orang. Kesalahan dia biar dia tanggung di akhirat kelak. Kita bertanggungjawab untuk menasihatinya. Jika ingin dijadikan pengajaran, ambillah ceritanya sahaja jangan dibawa gambarnya.

    BalasPadam
  15. anon 10.02

    siapa yg sebarkan aurat orang kalau bukan tuannya sendiri?

    jika blog2 tak siarkan gambarnya tetapi hanya ceritanya, nanti orang bertanya mana buktinya?

    jgn jadi pembela kemungkaran.

    BalasPadam
  16. Cuba tengik kedudukan tangan Amalina dalam gambar tu. Bukan nak tuduh, tapi jelas tak ada ke tempat lain nak letak tangan, kenapa kat situ.

    BalasPadam
  17. Anonymous 9:51 said...

    tu la org kita ni, tak nak fikir yg baik-baik, sebaliknya fikir yg tak baik saja...tu ciri-ciri org dengki la tu.....cuba la fikir yg baik, eg. tudung yg dia pakai tu fesyen baru yg menyerupai rambut, mat saleh yg dia peluk tu ialah abang kandung dia dgn ibu mat saleh atau mungkin suami dia atau yg memeluk tu sebenarnya memang awek mat saleh sendiri yang mengguna topeng berwajahkan Nur Amalena

    lain kali jika kamu atau kaum keluarga kamu kena rogol, fikirkan sahaja si perogol tu nak tumpang buat zuriat di rahim kamu. ok?

    BalasPadam
  18. Kesalahan Amalina menyebarkan gambar tidak tutp aurat. kesalahan penyebar kisahnya - tolong sebarkan gambarnya dan tokok tambah cerita, kesalahan ibunya membeli pakaian dedah aurat, kesalahan media - jadikan isu ini hanya sekadar bahan sensasi, kesalahan kita tidak cukup kerja kerja dakwah agar kebaikan jauh menyerlah dari kemungkaran.

    BalasPadam
  19. Kontoi...ibu..tak bolih cover lagi.......nampaknya.salah sendiri dedahkan gambar dalam fb.

    BalasPadam
  20. Yang pertama, Nur Amalina public figure, maka soal ceroboh keperibadiannya tak timbul
    Kedua, yang salah tetap salah. Tak guna ibunya coba 'spin' ceritanya konon difitnah dan sebagainya. Sedih tapi dengan penjelasan begini nampaknya ibu Amalina sendiri bersubahat dalam perkara ini. Kalau tak betul dan ditegur terima sajalah. Minta maaf dan cobalah berubah.
    Akhirnya, apakah benar Amalina ini belajar diluar negerini atas biasiswa kerajaan? Kalau benar, itu duit rakyat dan diharus lebih prihatin sedangkan lebi ramai lagi yang tak dapat peluang begini.

    BalasPadam
  21. skrg orang semua sudah buka mata.

    hanya yang sentiasa bergelumang dgn maksiat, kesalahan dan dosa yang tak suka pendedahan kisah ini.

    sedang hadith telah menyatakan:

    "jika berlaku sesuatu kemunkaran, hendaklah ubah dengan tangan, jika tak terdaya, dengan mulut, jika tak terdaya dengan hati. Itulah selemah-lemahnya iman".

    Jika dalam hati pun tak menentang, maka tidadalah lagi iman pada umat Mohd.

    sekurang2nya blogger ini telah melakukan sebahagian daripada tugas amar makruf nahi mungkar.

    BalasPadam
  22. “Dia ketawa ketika menceritakan perkara itu kerana sudah lali dengan tohmahan sebegini. Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya.


    saya terkesan utk memberi komen berkenaan isu adik Amalina ni...apatah lagi selepas membaca kenyataan yg dikeluarkan oleh ibunya sendiri dlm BH....

    Kejayaan di dunia jer la aunty...tu pun belum tentu lagi, cos masih study.....SO, aunty boleh ketawa la lagi....

    semoga kita semua terhindar daripada kesesatan yang nyata....

    BalasPadam
  23. tak baik nak judge mak n anak mcm gitu.
    ada yg lebih teruk dr tu, menegur boleh, tp sape kita nak mjatuhkan hukum.
    Yg si pengeluar citer n gambo sensasi nie pon x patut, anda sbenarnya yg bawak gelombang fitnah.
    Maka berlumba2 org mncaci n memaki n anda dpt ape? Nuffnang bagi duit byk kan? aliran trafik wow mningkat..
    Ape yg ada bangga sgt dgn sologan 'tegakkan kebenaran n keadilan'?
    Hingga mgaibkan org?!!

    BalasPadam
  24. pada adik amalina..........jangan marah pada abang dapakcik2 kat msia yg buat teguran.....depa bukan cemburu.....tapi depa rasa sikit keciwa kerana semua depa adalah pelabur pada kejayaan adik amalina.....p

    pada mak amalina plak.......jangan marah jugak.......bangga lah selagi org berani tegor anak dan diri diri makcik yg katanya sorang cikgu tu!

    depa buka cemburu pada makcik....tapi pasai depa tolong tegor kesilapan yg telah makcik buat pada anak kesayangan makcik dan warga mesia kesayangan kami tu!

    mai kita bangga secara yg diredai oleh PENCIPTA kita.....bukan cara yg disukai oleh nafsu kita!

    pada sedara2 yg tegor.......harap2 ikhlas menegor....dan tegoran itu tentunya kerana itu yg dituntut atas kita!


    akir sekali pada kerajaan umno/bn........slow2 lah dabik dada tentang pembangunan bangunan tu.......bangunkan lah pula insan!

    klu dah penat dan tak mampu.....InsyaAllah pr pun hambaAllah yg ada ilmu.....undurlah!




    pada umno yg dibagi kuasa

    BalasPadam
  25. secerdik mana pun seseorang, setinggi manapun pengajian seseorang, kalau tiada didikan agama yg kukuh, rosak binasalah akhirnya. jangan kata berada diperantauan, yg selalu berkepit dgn ibu bapapun blh terjerumus kalau tiada didikan agama. hanya satu yg perlu disematkan dalam diri, pergilah kemana2 ceruk dunia sekalipun, jgn lupa ALLAH itu maha mengetahui, maha melihat dan maha mendengar segala tingkah laku serta perbuatan kita...

    KH

    BalasPadam
  26. walaupun kenyataan dari ibunya mengatakan gambar anaknya adalah koleksi peribadi, tapi kenapa ditontonkan kepada umum. sebagai seorang guru dan org yg berpendidikan, saya rasa ibunya cukup faham hukum agama berkenaan pendedahan aurat. mendedahkan aurat dan memberikan tontonan kepada umum adalah haram hukumnya. tidak kira dia berada di negara mana sekalipun. Allah tidak mengecualikan seseorang yg berakal utk melakukan kemungkaran walaupun dimanapun dia berada. malah hingga mati sekalipun jasad kita masih dipelihara agar tidak terdedah auratnya... selagi masih bernyawa, kembalilah kepada yg satu... Allah itu maha mengetahui segala hal. pintu taubat sentiasa terbuka.

    BalasPadam
  27. Salam

    Mak dia sendiri yang belikan pakaian tersebut. Dah timbul satu masalah lagi. Adakah jawapan ini membolehkan pakaian itu boleh dipakai dikhalayak ramai? Sebab itulah kadang anak2 murid,isteri atau sesiapa sahaja, apabila ditegur@dimarah tentang sesuatu perlakuan salah, maka dijawabnya, "mak bapak saya pun pernah marah saya berbuat begitu". Perlu patuh kepada Allah & Rasul ke atau perlu patuh kepada mak bapak?

    Inilah juga satu pengajaran kpd kita segala sijil2 tu hanya sekeping kertas bukan ukuran seseorang berilmu ataupun tidak, apatah lagi beramal.

    Kita dewasa ini terlalu mengejar pengiktirafan akademik sehingga terhakis dalam pembentukan jatidiri sebagai seorang islam dan budaya kemelayuan kita.

    Waallua'lam


    Joe

    BalasPadam
  28. Inilah yg dinamakan pembangunan.
    Inilah yg dinamakan kemajuan
    Melayu berjaya.

    "Mat Saleh jugak yg syok dapat pegang batang tubuh pompuan melayu"

    BalasPadam
  29. ^yg kAmi kisAh sgt wahai si ibu Kanan sbb nya dia org Islam dan Melayu...guna plak duit rakyat....2pernah jadi idola pemuda pemudi IslAM...2

    BalasPadam
  30. Mmg bagusla dia pandai sekolah, bijak otak dia muda2 dah boleh terbitkan buku.

    Tp mak dia sgt typical la. Teringat aku kat parents yg dtg sekolah maki2 cikgu sbb pukul anak dia kata "anak saya baik, xpenah tggl sembayang, angkat telefon jwb salam" bla bla bla pdhal ank dia la raja setan kat sekolah.

    Sayangkan anak tangan2kan, jgn percaya 100%. lgpun dah jauhkan, panjangla langkahnye.

    Case culture shock la ni..

    BalasPadam
  31. nauzubillah..harap kita dijauhkan dari perbuatan2 tersebut....berdoa moga2 dia sedar...

    BalasPadam
  32. Setahu aku, mak & bapa Amalina ni dah saperate. Dia tak dapat belaian kasih sayng drp bapanya kot. Kesian dia & mak dia.
    Jawapan mak dia tu spontan, mungkin lepas ni menyesal.

    Minta le bapa dia komen?

    Amalina, awak publik figure, kalau amik pengajaran, muhasabah & berubah kepada lebih baik, sebenarnya Allah sangat2 sayang padaMu. Anggaplah saranan2 dari mereka2 samada positif & negatif kerana mereka sayang padamu.

    Bukan mereka sebat atau pukul kamu pun.

    Kamu mesti cari/bersahabat dgn seorang pembimbing (naqibah) yg memegang tanganmu, memantau untuk kembali kepada Allah sehingga kamu betul2 kuat menghadapi cabaran hidup ni.

    BalasPadam
  33. keteranagan utk membela ank yg tidak cerdik dr seorang guru penolong kanan...wrong is wrong oke..

    kalau anak aku cenggini, berbirat tubuh aku bedal ngn rotan

    tp,moga dijauhkan...amin..

    BalasPadam
  34. den pandang bnda nie cmni klau salah usah dicover klau btul maka perjuangkan tp den terkilan .... ibu dia ngaku mmbeli baju untuk dia yang mana agak mendedah bntuk tubuh. Ok kat malaysia ni pon mmg la slalu nmpk klau nk kater nk ker sarung nangka pon ada tp yg rasa pelik ibu bli baju gitu untuk anak. den rasa x kan ada parents yg snggup dedahkan anak dorg ker dunia aib melainkan parents tu sendri yang problem contoh parents kaki dadah disko club dan sebagainya. bnda yg den rasa sangsi satu lagi mgkin ada org salahkan parents amalina yang kata kurg bg didikan suma tp den nk betulkan skit wahai rakan2. jgn salahkan org gitu sbb kita kena ingat sbagai muslim iman adalah pemacu diri ertinya jgn kata didikan agama tiada pada amalina tp boleh jadi kerana iman yang x padu membuatkan amalina jadi gitu bkn kater iman amalina lemah just nk nyatakan kekurangan pada iman membawa kerosakan pada akhlak dan diri

    walau bagaimana pon den berdoa sekiranya bnda ni palsu maka mudah kan untuk diselesaikan tp klau benar den doakan supaya hidayah ada untuk kita suma terutamanya untuk amalina. marilah amik iktibar atas sandaran tuhan kepada amalina untuk jd muslim dan muslimah yg lebih baik

    BalasPadam
  35. Iman tidak boleh diwarisi.........

    BalasPadam
  36. loeh..ape kene mngena dngan umno?ini msalah kesilapan diri atau pun pilihan diri sndir..diri sendri yg tak ckup ilmu agama..tak kan la die nie buat salah kite nk menunding jari pada umno plak kan...itu la..klo org da benci sampai memfitnah pun sanggup..hurmm,..hope amalina kembali ke pangkal jalan n jadi anak melayu tulen..jd seorang gdis yg soleha..org barat pun xde nk ikut cara pekaian kite..ini kite sebuk2 nk ikut cara depe..ingat jgn pkai pkaian yg seksi2,ketat..nnty nmpak sume bentuk..buat kaum lelaki gairah..nnty kaum hawa kene rogol jgn salah kan kaum lelaki..salah sendri ok..

    BalasPadam
  37. seorang ibu yg pangkat penolong kanan sebuah sekolah ingin menCOVER anaknya konon nya dia yg belikan pakaian itu kpd anaknya. woi...statement yg bodo dari seorang penolong kanan sekolah. kalau nk cover anak pun agak2 laa.

    BalasPadam
  38. teringat nur amalina ni bagi motivasi kat bebudak kecik,sampai ramai jadikan die idola, skrg jangan kan amalina jer, mak die pun x layak jadik penolong kanan... habis lah student die nanti... boleh seksi2 wooo... boleh pelok2.... mesti sonok dapat penolong kanan macam tu... pelajar buat salah, die back-up habis...

    BalasPadam
  39. apa pun keadaannya, diharap adik Amalina tidak berkelakuan seperti yg ditunjukkan dalam gambar itu, diharap adik Amalina masih kuat iman......insyallah.

    BalasPadam
  40. kenapa la sanggup seorang ibu back up anaknya yang terang2 membuat kemungkaran. TAk de ke statement lain yang lebih beragama sikit...Siap cakap semua kawan kawannya dia kenal...Adussss...kalau Amalina duk KL pun belum tentu mak dia akan kenal semua kawan kawannya inikan pula di UK...

    Sayangkan anak tangan tangankan...mungkin Amalina hanyut kerana berjauhan dengan keluarga dan tiada siapa menegah atau melarang. itu biasa la manusia, sebijak manapun manusia jika tiada teguran dia akan terbiasa membuat perkara perkara yang melalaikan.. jangan la seorang ibu hanya tahu back up je. lepas tu tuduh orang buat fitnah.. apa la motif blogger nak buat fitnah kat Amalina tu..

    Sepatutnya seorang ibu harus memberi nasihat dan didikan agama. jika berdegil dengan cara hidup begitu panggil saja balik malaysia!! biar tegas!!itu baru seorang ibu...
    Bukan melihat kemungkaran dan redha pula... dah tu lagi parah tuduh orang lain buat fitnah... Adussdunia memang sudah mahu kiamat...!!

    BalasPadam
  41. Biarkanlahhh...Mak dia kan ada syerr diakhiratt nantiii....x payahh la kecoh2...BiaR dia tanggung apa yang dia buatt....

    BalasPadam
  42. Stuju dgn Anonymous,kite x fitnah, die yg tayang, kite ni mendoakan amalina, tapi mak die terbalik plak, g cover ank die, malah, baju yg berlubang2 itu, mak die yg belikan... haih, pose cm gitu cm gini, mak die yg amik, bersifat peribadi, tp upload dgn fb... kite semua rase tempiasnyer sbb kite ni saudara seIslam... tapi apekan daya, kite doa dr jauh jer... xde istilah fitnah... sendiri yg tempah,kenelah terima pendapat org ramai.....

    xtahulah, ni lah umat akhir zaman, mana yg pelajar lelaki kahwin lelaki di dublin, sufiah, yg bangga mengeluarkan formula ketika berasmaradana dgn lelaki... malangnyer,amalina dpt pecah rekod A bnyk,mak die pula bangga dgn fesyen ank yg x sama spt die motivasikan org,malangnyer semua perbuatan itu di lakukan org Islam yg terkenal dgn kebijaksanaan nyer dan popular... ish2... semoga Allah melindungi kite dan mengampunkan dosa2 semua umat Islam yg x lari dr melakukan kesilapan... amin

    BalasPadam
  43. Aku geram sungguh.... Mak mengaku beli pakaian macam ni kat anak ? Pakaian apa ni ? Belubang2 merata ? Koleksi peribadi konon, tu apa yang tangkap gambag dengan jantan, dah tu tangan kiri dok mana ?
    Tapi aku nak tanya mak dia ni Penolong Kanan apa, kalau penolong kanan HEM, elok la letak jawatan. Anak sendiri tak boleh jaga , ada hati nak jaga anak orang.... cuih !

    BalasPadam
  44. melampau lah kau nie..ape kena mengena dengan umno!bodoh tak bertempat...kalau org pas ditakdirkan masuk neraka...nak salahkan siapa?

    BalasPadam
  45. ibu sbg guru.....tp,malangnya bangang yang amat bangat...kesian yang amat sangat......nauzubillah..

    BalasPadam
  46. Temuramah bersama hamba Allah tersebut.. Pada saya dulu 'tutup tutup in' tapi skrang 'buka bukaan'...

    BalasPadam
  47. ....bila nafsu mengatasi iman.....
    renungan buat jejaka melayu, "mat hitam dan mat putih terkenal dengan ayat2 power sedangkan mat layu terkenal dengan eh eh ....terkenal apa aaa, lupa"

    renungan buat diri ku sendiri sebagai muslim....islam mementingkan kebersihan dan kesucian (dari najis) tapi tandas orang mat layu (islam) contohnya rumah ku sendiri (malah banyak masjid/surau) tandasnya jauh lebih kotor dan berbau najis berbanding tandas mat putih. Duit kutipan tabong masjid jarang yg guna utk upah cleaner cuci tandas, contohnya surau dekat rumahku sendiri, duit tabong sampai puluhan ribu ringit w/pun aku sendiri cuma kadang2 bagi RM1 sekali sekala saja masa jumaat.

    mat layu terkenal dengan sopan santun konon tapi cakap/berhujah memaki hamun sana sini, tengok saja la mat layu tak kira la UMNO ka PKR ka 2X5...... berjabat tangan tak tengok muka adalah budaya mat layu...

    BalasPadam
  48. Mcm mana anak cikgu pun begitu rupa
    KPI tak cukup

    BalasPadam
  49. Akal & Fikiran yang BIJAK jika tidak berpandukan IMAN akan mudah Hanyut...
    Musuh kita sentiasa berusaha menghanyutkan dan menjahanam akidah dan maruah kita orang muslim.. berhati-hati dalam mengejar ilmu, pilih tempat yang sesuai supaya akidah dan maruah kita terjaga !

    BalasPadam
  50. Dulu, Kini & Selamanya....
    Kita suruh boss putera umno pergi rikki aktiviti amelina kat UK...
    Mat scotish tak boleh caya sangat.....
    AMACAM...dtk azeez

    BalasPadam
  51. Aku baru sahaja menonton AWANI 1200 baruuu kejap. Amalina muncul dancuba beri penjelasan.
    Beliau kata masih meneruskan pelajaran dengan, tidak gagal, sedang siapkan buku mengenai barah... TETAPI dia mengaku yang dia ada bersosial, katanya takkan nak belajar sahaja. YA sosial macam mana, macam tu la pegang2 mat saleh.. Mohon Allah jauhkan keturunanku dengan akhlak yang buruk @ yang boleh memberikan ruang fitnah, amin.
    Kepada cikgu pulak ( mak amalina ) bila lagi nak letak jawatan, jadi guru biasa dah la. KPI dah gagal dah....

    BalasPadam
  52. kata solat 5 waktu.. kuku tu warna hitam.. sah ke wudhuknya..

    BalasPadam
  53. Anon 1240, jangan la kata lagu tu. Kuku tu dia cuci la sebelum ambik ayag sembahyang. Takkan tu pun mak dia tak ajag ! Sayang la kepandaian ada tetapi tak seimbang dengan akhlak. Aku tau la Amalina bukan lawa pun tapi dengan ilmu yang sedang dia cari, sebenarnya dia boleh dapat lelaki yang baik.... sayang. Walau apapun aku doakan agar Amalina segera diberi hidayah.

    BalasPadam
  54. Assalamualaikum cikgu.
    Ada nampak anak cikgu muncul malam tadi buat pembelaan....lawak...lawak.
    Eh cikgu dah turun jadi guru biasa ke, belum ?

    BalasPadam
  55. Salam..
    Saya terpanggil untuk komen.
    Saya masih ingat ketika media satu Malaysia interview adik Nur Amalina ni ttg kejayaannya, lalu dia memetik satu madah pujangga yang diucapkan oleh Mahatma Ghandi.
    Saya pelik, kenapa dia mengagungkan kata2 pujangga dari seorang yang beragama Hindu (bukan isu perkauman), sedangkan kata-kata itu sebenarnya adalah datang dari Hadist Nabi SAW. Jadi secara x langsung, dia berdakwah satu Malaysia ttg kehebatan yg bukan seagama dgnnya (bukan isu perkauman), sedangkan dia boleh mengagungkan Junjungan besar nabi SAW di mata masyarakat di atas kejayaannya. `Saya terkilan betul ketika membaca petikan akhabar ketika itu`.

    BalasPadam
  56. Anon 1152 jangan sedih la. Dah mak dia didik macam tu nak buat macam mana. Sesapa yang ada di sekolah yang emak Amalina jadi penolong kanan ni fikir la dua kali, tukarkan anak anda daripada sekolah berkenaan.
    PPD dok buat apa lagi ?

    BalasPadam
  57. Aduhai Dunia akhir zaman.. Mokcik emak Amalina, free hair tu bukan isunye,, mmg sah2 haram ikut hukum syarak.. Masalahnye legging anak mokcik pakai tu dah mcm lady gaga..bila mokcik backup anak mokcik yg dah mmg sah2 sudah kebaratan, masyarakat akan ilang rase hormat.. Mokcik plak pendidik..fikir2kanlah.. Sbb tu ada peribahasa sayang bini tinggal2kan.. sayang anak tangan2kan.. sedih sbb kejayaan duniawi diangkat mengatasi akhirat yang pasti.. Wallahualam..

    BalasPadam
  58. masya-Allah..Astaqfirullah....kenapa sampai mcm ni?....sebenarnya walau dimana kita berada sekali pun x kiralah kt msia atau luar msia ....yg penting kt dunia ni...IMAN tu penting..sbb tanpa iman kita akan sesat..syaitan pun dah bersumpahkn nak sesatkan anak adam sampai hari kiamat.....so sama2 lah kita kjaga n pelihara iman kita walau dimana sekali pun....utk amalina....moga Allah akan diberi hidayah padanya jua utk kita semua agar kuat menghadapi ujian darinya....jgn sangka sbb kita berjauhan dr keluarga ..dpt buat je apa2 tanpa diketahui tp jgn lupa Allah sentiasa melihat perlakuan kita....moga kita semua sentiasa dlm limpahan rahmat n hidayah dariNYA..... ingatlah..bukankah malu itu juga separuh dari iman....hilang iman hilanglah agama...

    BalasPadam
  59. Wahai cikgu, kalau cikgu ada maruah maka berundurlah, jadi guru biasa dah la. Tapi kalau cikgu pentingkan jawatan maka teruskanlah...........

    BalasPadam
  60. Assalamualaikum, ini pandangan saya.

    Mungkin Amalina keterlaluan dengan perubahan dirinya.

    Jika berita ini tidak benar, maka ia adalah fitnah.

    Tapi jika berita ini benar sekalipun, ianya dikira mengumpat.

    Kerap kali, dalam perbalahan kedua-dua pihak adalah bersalah.

    Diharap Amalina dapat kembali semula ke jalan yang benar. Ilmu kedoktoran (fardhu kifayah) itu memang penting jika diniatkan untuk agama Islam, negara Islam.
    Namun, pegangan akidah dan akhlak adalah jauh lebih penting, yang menentukan kedudukan kita di akhirat kelak.
    Si ibu juga diharap dapat berfikir dengan jelas, sokonglah dan doakanlah si anak dalam bidang pengajian yang diminatinya, tapi jangan lupa tegur, kemudian baharulah marah jika anak itu tersilap memilih jalannya. Kadang-kadang manusia itu tersilap, terlupa dan keliru maka tegurlah jangan menghukum, melainkan hukum yang ditetapkan oleh Islam.

    Blog-blog sebigini pula gunalah bahasa yang lebih lunak, tanda mengambil berat juga bertanggungjawab. Ketika kejayaan individu terbabit, mahu tumpang bersorak gembira, tapi bila jatuh, mahu turut serta mencaci dan memijaknya.
    Janganlah menghukum Amalina kerana kepandaiannya, tapi kerana kesalahan yang dilakukannya. Orang pandai juga manusia, tersilap dan keliru dengan gelodak zaman remaja. Maka tegurlah dengan nasihat yang baik dan ikhlas.

    Ini cuma pandangan saya yang sebenarnya. Maaf jika mengguris hati mana-mana pihak.

    BalasPadam
  61. Salam.
    Teman ni cikgu juge tapi guru biase je le. Teman rase patut memang patut PK ni letak jawatan sebagai PK. Bakti masih boleh diteruskan dengan jadi guru biase.
    Guru-guru kat sekolah tu mesti ada yang sokong teman, tapi yang mengipas PK pun ramai juge kan ?
    Harap2 PPD takde la lena pulak !

    BalasPadam
  62. Ibunya seorang penolong kanan di sebuah sekolah. Guru mestilah mendidik anak muridnya ke jalan yg benar. tp anak sendiri pon tak ke jalan benar. Sanggup seorang ibu beli baju neraka?? Or ni saje je nk cover amalina ?

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.