11 Dis 2011

Jelaskan Hubungan "Abang-Adik" Zahid Hamidi & Papagomo!

Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi didesak menjelaskan kepada rakyat, apakah keistimewaan penulis blog Papagomo sehingga dibenarkan menaiki kapal selam Scorpene KD Tun Razak, Jumaat lalu.

Dalam kenyataan medianya, setiausaha publisiti DAP, Tony Pua berkata, kehadiran penulis blog pro-Umno dalam kapal selam berkenaan telah membuktikan bahawa Zahid yang juga naib presiden Umno telah berbohong.

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata tidak ada penulis blog yang dibenarkan menaiki kapal selam itu melainkan wartawan Bernama dan TV3 yang turut disertai oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan dua timbalannya.

"Keistimewaan yang dimiliki Papagomo adalah jelas membuktikan salah guna kuasa, dan menteri pertahanan mesti menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang pembohongannya dan hubungan intimnya dengan blogger Umno itu," katanya.

Sejak dua hari lalu, Papagomo telah menulis di blognya bahawa beliau adalah "blogger pertama belayar di atas kapal selam Scorpene KD Tun Razak".

Dalam pos blognya semalam, beliau juga mengakui berada di kapal selam itu selama kira-kira lima jam, dan telah menemubual anak-anak kapal perkara-perkara berhubung kapal selam berkenaan yang dipercayai adalah rahsia negara.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis makan malam amal PKR di Straits Quay Pulau Pinang, malam tadi juga mempersoal tindakan kementerian pertahanan itu.

Menurut Anwar tindakan membawa penulis blog itu mungkin menjejaskan keselamatan negara dan beliau mahu pihak berkuasa menyiasat perkara berkenaan. -mk

Laporan Polis Serentak Seluruh Malaysia Terhadap Papagomo – AMK

KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah terpilih di seluruh negara terhadap penulis blog Pro-Umno, PapaGomo petang ini.

Menurut Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, tindakan itu bagi memberikan tekanan kepada polis agar segera menyiasat penulis blog tersebut yang sering menyebarkan fitnah terutama membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tindakan blogger peringkat melampau, fitnah yang disebar ini seolah menunjukkan beliau tidak boleh disentuh. Hari ini kita memberi isyarat kepada polis dan membangkitkan satu persoalan, apakah polis akan mendiamkan diri walaupun berpuluhan laporan polis dibuat?”
katanya kepada KeadilanDaily.

Katanya jika tiada sebarang tindakan dibuat terhadap blogger tersebut ini jelas menunjukkan segala fitnah yang dilemparkannya mendapat restu dari Umno BN.

Laporan polis akan dibuat serentak jam 2 petang ini i IPD Shah Alam, IPD Ipoh dan IPD Seremban 2, IPD Batu Pahat, beberapa tempat di Sabah dan Sarawak.

Sementara itu Ketua AMK Selangor, Irwan Ismail berkata AMK menolak politik jahat yang dibuat penulis blog pro-Umno dan menyifatkan pemerintah sebagai tidak mempunyai modal untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.

“Mereka tidak ada modal lain, hanya mampu memfitnah, tidak mempunyai fakta yang kukuh dan AMK Selangor menolak sekeras-kerasnya fitnah yang dilemparkan oleh blogger tersebut.”

Terbaru seorang kolumnis media, Amin Iskandar membuat laporan 6 Disember lalu terhadap PapaGomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri bin Wan Deris di Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur.

Dalam laporan polisnya, Amin berkata, PapaGomo dalam blognya menuduh beliau kononnya dicabul Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan kenyataan itu adalah fitnah.

Sebelum ini AMK turut mendesak pihak polis mengambil tindakan segera terhadap individu dan penulis blog pro BN kerana menyebar video seks fitnah, yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim.

Walaupun pelbagai desakan dan bantahan dibuat terhadap mereka, namun Polis tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka terutamanya PapaGomo. —Keadilan Daily


Pengumuman:
Mari hadir beramai-ramai ke Mahkamah Jalan Duta bagi memberi sokongan moral terhadap kes Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 12 Disember 2011 (Isnin) dan 13 Disember 2011 (Selasa) ini (Tarikh baru yang ditunda).

Reformasi!

*Mohon cuti awal-awal untuk keadilan!


Ulasan GB

Hubungan Zahid Hamid dengan papagomo diibaratkan hubungan "abang-adik" di dalam konspirasi mereka menyerang dan memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat.

Yang nyata: Ada konspirasi terrancang diantara Ahmad Zahid Hamidi dengan papagomo.

Laporan polis juga perlu dipertimbangkan jkuga untuk Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi yang menggunakan "perkhidmatan" papagomo.

Permainan belakang diantara Zahid Hamidi & papagomo ini perlu didedahkan.


Gamis Minta Video Sembang Rakyat Yang Hina Hudud Disiasat

Kuala Lumpur: Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) mendesak agar siasatan segera dijalankan terhadap penyebaran video Sembang Rakyat di laman sosial facebook dan youtube.

Video tersebut yang berjudul ‘Musim Hudud PAS’ dan ‘Lagi Hudud’ dikhuatiri akan mencetuskan salah faham serta penghinaan terhadap hukum Islam yang juga menjatuhkan kesucian agama Islam.

Sehubungan dengan itu, Gamis telah membuat laporan polis di Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung isu ini, demikian menurut Presidennya Akram Ikrami Taib Azamudden dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau meminta pihak berkuasa terutama polis dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menjalankan siasatan segera dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Gamis juga mendesak agar semua krew penerbitan video ini termasuk pengarah dan pelakon yang terlibat memohon maaf secara terbuka terutama kepada seluruh umat Islam kerana penyiaran dan penyebaran video ini menyentuh sensitiviti umat Islam.

“Apa yang menjadi perhatian Gamis berhubung isu ini adalah pertikaian soal pelaksanaan hukum hudud.

“Bagi peringkat mahasiswa, kami tidak peduli soal pertembungan parti politik dalam video ini, tetapi yang kami rasa tercabar ialah penghinaan terhadap hukum Islam tersebut,” ujar beliau.

Menurut Akram Ikrami, lakonan mereka jelas menunjukkan penyelewengan tentang kefahaman hukum hudud dan yang lebih merisaukan ialah ia akan menimbulkan salah faham dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.”

“Gamis mendesak agar pihak polis menyiasat penerbit, pelakon dan penyebar video ini dan pihak kami juga mendesak Kementerian Penerangan mengambil tindakan serius berhubung isu ini.

Selain itu katanya, Gamis memohon agar pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selaku pihak yang berautoriti memberi penjelasan sebenar berkaitan hukum hudud.

Gamis juga menyatakan kesediaan untuk menjadi koordinator bagi menerangkan isu ini serta merancang tindakan susulan untuk membawa isu ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media, katanya.

Sementara itu, Pengerusi Serikandi Gerakan Muslimat Muda (Sigma), Rohayu Rusli berkata, Gamis dan Sigma menggesa NGO Islam yang serius memperjuangkan isu aqidah untuk turut sama menyatakan pendirian berhubung isu ini. -FMT


'Asal Bukan UMNO' [ABU] Ditubuhkan Untuk Kuburkan UMNO

Ekoran kegagalan Umno memimpin Malaysia selama lebih 50 tahun, satu pergerakan dikenali sebagai Asalkan Bukan Umno (ABU) telah ditubuhkan untuk mengkuburkan Umno dari terus mencengkam Malaysia.

Menurut Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Che Gu Bard kempen Gerakan Rakyat Membebaskan Malaysia Dari Cengkaman Umno/BN diadakan serentak diseluruh Semenanjung tepat jam 3.30 petang ini kecuali di Pulau Pinang dan Terengganu yang diadakan pada waktu yang berbeza hari ini.

"ABU akan melancarkan kempen ke seluruh Negara untuk menyeru rakyat supaya berani menyatakan pendirian jijik dan perasaan meluat mereka terhadap penyelewengan dan rasuah yang Umno/Bn amalkan, lantas dengan tidak teragak-agak menolak Umno/Bn.

"Kesan yang kini dirasai rakyat ialah kenaikan harga barang yang melampau. 80 peratus rakyat Malaysia kini terpaksa menanggung beban kos sara hidup yang semakin tinggi. Sedangkan pemimpin-pemimpin Umno/Bn dan kroninya hidup mewah sekali,"katanya.

Selain itu katanya pelbagai penyelewengan dan salah laku pemimpin umno seperti amalan rasuah, kronisme, pemborosan serta dasar perkauman tegar parti tersebut perlu dilenyapkan dari terus bertapak di negara ini.

Gerakan ini dipelopori gabungan beberapa NGO yang terdiri dari organisasi massa termasuk Parti Rakyat Malaysia, Parti Sosialis Malaysia serta kumpulan mahasiswa KAMI.

Presiden MCLM, Haris Ibrahim dalam kenyataannya menyebut usaha menyedarkan masyarakat telah giat dijalankan dalam setahun ini bagi menyampaikan berita sebenar kepada rakyat.

"Usaha ABU adalah untuk membawa kebenaran supaya rakyat sedar tentang apa yang telah dilakukan Umno untuk rakyat dan juga kroni-kroni mereka sehingga negara ini hampir bangkrup," ujar Haris tegas.

Sementara itu, satu forum besar-besaran akan diadakan di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar, Gombak pada 15 Disember ini.Satu pengumuman penting yang akan merubah situasi politik di negara Malaysia bakal dibuat pada hari tersebut. -tvsnews



Sultan Selangor Dukacita Utusan Politikkan Isu Pemberian Pingat Kepada Hassan Ali

Sultan Selangor dukacita anugerah pingat jadi isu politik

SHAH ALAM, 11 Dis ― Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita kerana mendapati ada pihak cuba mempolitikkan isu pemberian darjah kebesaran sempena hari keputeraan ke-66 baginda.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata Sultan Selangor meneliti 2,068 permohonan yang diterima tahun ini, dengan keutamaan kepada pegawai kerajaan, polis dan tentera.

Beliau berkata daripada jumlah itu, hanya 113 penerima akan dianugerahkan darjah dan bintang kebesaran, yang terdiri daripada sembilan dari istana, 82 penjawat awam, lima dari badan bukan kerajaan dan 17 dari sektor swasta.

“Ketiadaan penerima daripada orang politik disebabkan mereka belum memenuhi syarat untuk dikurniakan darjah dan bintang kebesaran negeri,” katanya dipetik Bernama Online.

Katanya tidak ada calon daripada pakatan pembangkang atau Barisan Nasional yang akan dianugerah darjah dan bintang kebesaran kecuali satu anugerah kepada anggota Exco kerajaan negeri Datuk Dr Hasan Ali dari parti PAS.

“Penganugerahan kepada Hasan disifatkan memberi keadilan kepada parti komponen PR (Pakatan Rakyat) kerana Selangor ditadbir kerajaan Pakatan Rakyat yang mengandungi tiga parti komponen iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS,” katanya.

Pada 2009, Sultan Selangor mengurniakan darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mewakili PKR, dan darjah Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Teng Chang Khim pada 2010.

Tahun ini, Sultan Selangor berkenan menganugerahkan DPMS kepada Hasan. -TMI

Sultan Selangor dukacita anugerah Hasan

KUALA LUMPUR, 11 Dis: Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi menjelaskan penganugerahan darjah kebesaran Selangor kepada exco kerajaan negeri Datuk Hasan Mohamed Ali adalah sebagai memberi keadilan kepada parti komponen Pakatan Rakyat negeri itu.

Beliau yang dipertik Bernama berkata, pemberian anugerah itu bukan atas kapasiti Hasan sebagai ahli politik tetapi atas kapasitinya sebagai seorang penjawat awam.

"Penganugerahan kepada Hasan (tengah) disifatkan memberi keadilan kepada parti komponen Pakatan kerana Selangor ditadbir kerajaan Pakatan Rakyat yang mengandungi tiga parti komponen iaitu PKR, DAP dan PAS," katanya yang dilapor agensi berita itu.

Pada 2009, Sultan Selangor mengurniakan darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (atas, kiri) yang mewakili PKR, dan darjah Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Teng Chang Khim pada 2010 mewakili DAP.

Tahun ini, Sultan Selangor berkenan menganugerahkan DPMS kepada Hasan.

Sehubungan itu kata Khusrin, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita kerana mendapati ada pihak cuba mempolitikkan isu pemberian darjah kebesaran Selangor sempena hari keputeraan ke-66 baginda itu.

Permainan Utusan

Penjelasan itu sekaligus menolak telahan kolumnis tetap akhbar Umno Utusan Malaysia, Zaini Hassan yang membuat andaian anugerah kepada Hasan itu perlu dilihat sebagai satu usaha untuk mengahwinkan PAS dan Umno demi perpaduan umat Islam.

Zaini dalam tulisannya yang disiar di akhbar itu 7 Disember lalu mendakwa Hasan sangat diperlukan untuk memainkan peranan “melakukan perkahwinan” antara PAS-Umno.

Nama Hassan sering dikaitkan oleh Utusan sebagai orang “penting” dalam mewujudkan kerajaan perpaduan antara Umno dan PAS selepas pilihan raya umum 2008.

Dalam kolumnya itu, Zaini berhujah bahawa di Selangor, faktor Dr Hasan masih lagi penting kerana pengikutnya di dalam PAS sangat besar dan pengaruhnya di kalangan penjawat awam Melayu dalam kerajaan Selangor juga amat besar.

Perkembangan itu, menurut Zaini, memberikan kelebihan kepada Dr Hasan bertindak sebagai pemangkin kepada perkahwinan PAS dan Umno. -HD





Ulasan GB

Sultan Selangor tidak sebut "siapa" yang mempolitikkan isu berkenaan.

Yang nyata, titah Sultan Selangor tersebut ditujukan kepada Utusan Malaysia kerana akhbar berkenaanlah yang paling awal mempolitikkan isu pengurniaan pingat tersebut.

Lagi Banyak Wang Diberi Kepada SPRM, Lagi Banyak Rasuah Dirasakan Berlaku…

Kuala Lumpur – Apabila lebih besar peruntukan dan lebih ramai kakitangan diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, nampaknya negara menjadi lebih korup.

Di mana perginya peruntukan berbilion ringgit yang diberikan oleh kerajaan, hasil kutipan wang cukai rakyat dan hasil sumber negara, kepada SPRM, dan sebelum itu Badan Pencegah Rasuah, sejak 1994?

Itulah persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang sempena Hari Anti-Rasuah Antarbangsa pada hari ini.

Peruntukan kewangan tahunan untuk BPR/SPRM (RM)












































































TahunPeruntukan
199428.6 juta
199529.9 juta
199629.5 juta
199732.4 juta
199832.2 juta
199928.2 juta
200041.8 juta
200263.8 juta
200367.7 juta
200470.4 juta
200576.4 juta
200699.1 juta
2007148.1 juta
2008146.7 juta
2009162.1 juta
2010156.8 juta
2011211.2 juta


Menurut Kit Siang, apabila Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri pada April 2009, beliau mengumumkan Pelan Transformasi 1Malaysia, termasuk Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang mahu memberi keutamaan kepada usaha membasmi rasuah sebagai satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Beliau menjelaskan bahawa ‘kejayaan besar’ pentadbiran Najib amat mengecewakan rakyat kerana:

Menduduki tangga paling buruk dalam sejarah kedudukan Indeks Persepsi Korupsi (CPI) yang dianjurkan oleh Transparency International (TI) dalam tempoh 17 tahun, iaitu di tangga ke-60 daripada 183 negara dengan markah 4.3 daripada 10 mata penuh;

Kegagalan teruk SPRM, yang menggantikan BPA pada 2009, dalam usaha membasmi rasuah walau pun telah diberi peruntukan tahunan yang besar;

Terhakisnya imej wibawa SPRM dengan dua kematian misteri di premis SPRM – Teoh Beng Hock pada Julai 2009 dan Ahmad Sarbaini Mohamed pada April 2011;

Hanya empat ahli politik ditahan atas tuduhan rasuah pada 2010 berbanding 23 orang pada 2009.

“Apa yang telah terjadi kepada Pelan Integriti Nasional yang dilancarkan pada 2004 yang bermatlamat mahu meletakkan Malaysia menduduki sekurang-kurangnya di tangga ke-30 dalam CPI T dengan markah 6.5 menjelang 2008?

“Parlimen telah meluluskan peruntukan RM202.2 juta kepada SPRM pada 2011 dan apa yang mampu ditunjukkannya? Kedudukan negara paling teruk dalam CPI TI,” kata Kit Siang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur mahu Najib menjelaskan kepada rakyat tentang fenomena ganjil ini yang menyebabkan kerajaan beliau dilihat sebagai yang paling korup dalam sejarah Malaysia berbanding zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga mempersoalkan mengapa Najib masih berdiam diri dengan pendedahan CPI TI itu kerana sudah diketahui umum jika kedudukan Malaysia lebih baik, tentu Perdana Menteri akan berkokok berderai-derai melalui media massa yang dikuasai kerajaan Barisan Nasional.

Katanya Najib dan kabinetnya serta SPRM perlu menjelaskan kepada rakyat, mengapa selepas mendapat peruntukan yang begitu besar termasuk untuk tahun 2021 dengan RM211.2 juta, tidak ada hasil yang boleh dibanggakan sama sekali.

Malah, menurutnya, kedudukan Malaysia dalam menangani rasuah kini sedang disaingi oleh negara-negara yang sebelum ini turut bermasalah dalam korupsi seperti negara-negara Asia yang lain, negara-negara Persidangan Pertubuhan Islam (OIC) dan negara-negara benua Afrika.

Semua ini menunjukkan usaha membanteras rasuah melalui NKRA Najib sejak 32 bulan lalu telah gagal dan rakyat perlu membuat perubahan untuk mengatasi masalah itu, tambahnya. – Roketkini

[Video] 13 Terbunuh Pesawat Jatuh Atas Sekolah

Manila: Sekurang-kurangnya 13 maut, termasuk dua kanak-kanak apabila sebuah pesawat ringan terhempas ke atas bangunan sebuah sekolah berhampiran ibu negara Filipina semalam selepas juruterbangnya memohon melakukan pendaratan kecemasan sejurus berlepas.

Gambar: ANGGOTA Bomba dan Penyelamat menjalankan tugas di tempat nahas pesawat ringan terhempas di Manila, semalam. - Foto AFP

“Pesawat malang itu terbakar selepas terhempas”, kata Datuk Bandar Paranaque, Florencio Bernabe.

Tiada kelas diadakan ketika kejadian tetapi pegawai masih menentukan berapa ramai mangsa di darat yang cedera atau terbunuh.

Barnabe berkata pasukan bomba melaporkan pihaknya menemui mayat rentung maut termasuk juruterbang dan pembantunya. Bagaimanapun, kedua-dua mereka berada dalam pesawat.

Inspektor Kanan Polis, Dennis Sirilan, berkata api merebak dengan cepat ke rumah setinggan berhampiran sekolah selepas pesawat dua enjin itu terhempas.

Sirilan berkata, beliau melihat pesawat itu berlegar di udara sebelum terjunam ke atas Sekolah Rendah F Serrano, yang rosak teruk akibat kebakaran.

Pasukan bomba lambat tiba di tempat kejadian berikutan keadaan jalan sempit. Kesan kebakaran masih dapat dilihat di kawasan itu selepas api berjaya dikawal tiga jam kemudian.

Setiausaha Agung Pertubuhan Palang Merah Filipina, Gwen Pang, berkata seorang bayi dan seorang kanak-kanak antara yang terkorban.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya 10 mangsa dibawa ke hospital, termasuk lima yang mengalami kebakaran teruk.

Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam, Ramon Gutierrez, berkata pesawat Beechcraft Queen Air yang mempunyai enam hingga lapan tempat duduk itu melakukan panggilan kecemasan sejurus berlepas dari Manila ke Pulau Mindoro. Ia terhempas sebelum sempat pulang ke lapangan terbang. – AP/BH



Guan Eng Bidas Zahid Putarbelit Hal Sebenar Mengenai Scorpene

Kapal selam: Jangan percaya putar belit media BN

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Menyelam dalam Kapal Selam KD Tun Razak 21 buan selepas cabaran dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa kapal selam itu tidak dapat menyelam semasa penyerahan dan juga sama ada ia berbaloi berdasarkan harga pembeliannya RM3.68 bilion untuk dua kapal selam.

“Bagaimanapun, dua fakta penantian 21 bulan dan keperluan pembelian dengan harga yang tinggi tidak diketengahkan oleh media utama dari Utusan Malaysia hingga ke Bernama, sebaliknya, pihak tersebut tidak malu memfokuskan kenyataan saya yang ingin mengesahkan pembelian dua kapal selam yang mahal,” kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Katanya, rakyat Malaysia tidak seharusnya percaya laporan media BN yang mana diputarbelit dan dirosakkan untuk membetulkan fakta penipuan bagi membantu BN berhadapan dengan pilihan raya akan datang.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang juga ingin mengulangi soalan sebelum ini berhubung pemberian kontrak perkhidmatan atau “komisyen” kepada Perimekar Sdn Bhd.

“Zahid telah mencabar saya di Parlimen pada 17 Mac 2010 untuk menyelam di dalam kapal selam tersebut bagi membuktikan bahawa ia (kapal selam) dapat menyelam apabila beliau tidak dapat memberikan jawapan terhadap desakan saya bahawa Kerajaan telah memulangkan kapal selam tersebut kepada pengeluar untuk digantikan dengan yang baru,” katanya.

Hakikatnya, kata beliau apabila seseorang membeli kereta baru dan mendapati ia terdapat kecacatan, anda akan bawa kereta tersebut ke pusat pembelian dan pohon yang baru.

Bagaimanapun, jelasnya Zahid enggan menerima cadangannya dan mencabar untuk menyelam bersama kapal selam berkenaan.

Katanya, beliau dengan segera menerima jemputan tersebut tetapi tanpa disedari ia perlu mengambil masa 21 bulan untuk Zahid memenuhi cabarannya.

Menurutnya, sama ada kelewatan 21 bulan tersebut adalah disebabkan oleh kecacatan teknikal yang tidak dimaklumkan.

Tambahnya, tiada pertikaian profesionalisme, kepakaran dan pengorbanan pasukan tentera laut kita di sini, termasuk pasukan kapal selam Malaysia.

“Semua ketidakgembiraan kami adalah mengenai harga, PR dan rakyat Malaysia inginkan yang terbaik untuk pasukan tentera laut kita dan tidak pernah mempersoalkan perkhidmatan cemerlang pasukan terbabit kepada negara,” katanya.

Beliau berkata, Zahid tidak menyelam bersamanya sebagaimana dijanjikan ekoran beliau menyatakan bahawa terdapat tugas rasmi lain bersama Sultan Johor.

Guan Eng dimaklumkan bahawa tiada blogger lain yang dibawa bersama.

Pada awalnya, kata beliau blogger Papagomo sepatutnya dibawa bersama, tetapi beliau membantah.

Ini, katanya kerana beliau tidak ingin berada di dalam kapal selam sama bersama seorang penipu yang membuli anak-anak muda, yang mana membuat kenyataan palsu seksual terhadap anak lelakinya berusia 15 tahun mencabuli rakan sekelasnya.


“Saya tidak pernah berjumpa papagomo dan Zahid telah berjanji bahawa Papagomo akan dikeluarkan. Semasa menyelam, saya ternampak dua krew TV3 dan seorang wartawan Bernama," ujarnya.

Tambahnya lagi, Zahid sepatutnya menjelaskan bahawa tidak menipunya dan juga pihak media.

Bagaimanapun, katanya ekoran penglibatan wang awam sebanyak RM4.23 bilion di dalam pembelian dan penyelenggaraan 2 kapal selam tersebut, persoalan terus kekal berhubung kos pembelian tinggi dan pemberian kontrak perkhidmatan kepada syarikat yang tidak mempunyai rekod ataupun pengalaman di dalam membaiki dan menyelenggara kapal selam.

Katanya, kerajaan BN perlu sedar bahawa ia bukan hanya membabitkan wang awam yang banyak berjumlah RM4.23 bilion, sebaliknya, keselamatan kelasi adalah amat penting bagi memastikan standard tertinggi atau keselamatan dan kawalan adalah diselenggara oleh pakar syarikat perpengalaman dengan trek rekod terbukti. -HD

Guan Eng slams Zahid: Don't try to cover up Scorpenes high cost and commission

Diving with the Scorpene submarine KD Tun Abdul Razak 21 months after challenge was issued by Defence Minister Datuk Seri Zahid Hamidi does not dispute the fact that the submarine could not dive upon delivery nor whether it was value for money for the purchase price tag of RM3.68 billion for two submarines.

However these 2 points of waiting 21 months and the necessity for such a high price tag were not highlighted by the BN mainstream media from Utusan Malaysia to Bernama which instead shamelessly focused on my so-called admission justifying the purchase of the two expensive submarines. Malaysians should not trust such BN media reports which are distorted, twisted and corrupted into outright lies to help BN face the coming general elections.

Commission to Perimekar

I would also like to reiterate my previous questioning of awarding a RM534 million service contract or “commission” given to Perimekar Sdn Bhd. Zahid had challenged me in Parliament on 17 March 2010 to go for a submarine ride to prove that the submarine could dive when he could not answer my insistance that the Government return the vessel to the manufacturer to be replaced with a new one.

After all if one buys a new car, and there is a defect, you take it back to the showroom and ask for a new one. However Zahid refused my suggestion and challenged me to take a dive with the submarine. I had accepted immediately but did not realise that it would take 21 months for Zahid to fulfil his challenge. Whether this long 21 months delay was due to some technical defect was not made known?

There is no disputing the professionalism, expertise and sacrifice of our navy boys, including Malaysia’s submariners. Whatever our unhappiness with the price tag, PR and Malaysians want what is best for our navy boys and has never questioned their excellent service to the nation.

Stop telling lies

Zahid did not dive with me as promised as he said he had other official duties with the Johor Sultan. I was informed that no other blogger was on board. Initially blogger Papagomo was supposed to be on board but I had objected as I refused to be in the same submarine with a liar bullying young kids, who made false allegations against my 15 year old son of sexually molesting his classmate. I have never met Papagomo and Zahid had promised that Papagomo would be removed. During the dive, I saw two TV3 crew members and one Bernama reporter. Zahid should clarify that he had not lied to me and the press.

However as huge public funds of RM4.23 billion is involved in the purchase and servicing of the 2 submarines, questions remain about the controversy of the high cost of purchasing the submarine and awarding the service contract to a company that had no previous track record or experience in servicing and maintaining submarines.

The BN government must realise that not only huge sums of public funds amounting to RM4.23 billion are involved but the safety of sailors are at stake to ensure that the highest standards or safety and security are maintained by experienced and expert service companies with a proven track record. -Malaysia-Chronicle


Ulasan GB

Sepertimana kata Lim Guan Eng, Zahid tidak dapat lagi menyembunyikan hakikat bahawa kapal selam itu memang tidak dapat menyelam semasa penyerahannya kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak lama dulu.

“Pada masa sama, rakyat Malaysia masih lagi menunggu jawapan kepada soalan-soalan tentang kos pembelian yang tinggi dan penganugerahan kontrak perkhidmatan yang kini juga terlibat dalam kes saman di negara asing.

“Zahid juga tidak menjawab soalan-soalan mengenai kos pembelian sebanyak RM3.68 bilion dan kontrak perkhidmatan atau “komisyen” sebanyak RM534 juta.

“Adakah pembetulan kecacatan teknikal itu mengambil masa begitu lama?”

Kemudian, isu Papagomo.

Yang nyata Zahid memang berniat jahat apabila menjemput papagomo ikut-serta di dalam penyelaman tersebut kerana semua orang tahu papagomo adalah diantara blogger UMNO yang memfitnah Lim Guan Eng dengan isu "pelajar raba buah dada".

Mengapa menjemput papagomo? Untuk terus menyebarkan fitnah terhadap KM Pulau Pinang itu?

Anehnya pihak polis sendiri sehingga hari ini membiarkan papagomo memfitnah secara bermaharajalela tanpa sebarang tindakan. Malah ada pihak mendakwa pihak polis sendiri menggunakan "perkhidmatan" papagomo di dalam beberapa isu seperti isu viodeo seks dan seumpamanya.

Ada konspirasi terlindung diantara mereka.

Satu hari kebenaran akan trerdedah jua. Konspirasi mereka akan binasa - itu hukum kebenaran dan keadilan. Depan Tuhan ke mana anda semua mahu lari?

Tradisi Bebalkan Mahasiswa Lahirkan Pemimpin Bebal Diteruskan Oleh HEP UM Yang Bebal

Siswa kecewa program debat diganggu atas arahan HEP

Program debat Mahasiswa di Universiti Malaya yang diadakan pada 9 Disember yang berkisar tentang AUKU dan Autonomi Mahasiswa berjalan lancar pada awalnya sehingga beberapa pengawal keselamatan dan "Special Branch" di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar menyerbu masuk kedewan tempat berlangsungnya debat.

Debat anjuran bersama Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) ini mendapat respon yang baik daripada Mahasiswa sekitar Lembah Klang. Diberitakan 300 orang Mahasiswa/i turun padang bagi menyokong debat tersebut.

Namun begitu, mahasiswa begitu terkilan dan kecewa apabila program debat yang sebenarnya bersifat akademik dan mendidik ini diganggu oleh pengawal keselamatan dan "special branch" ketika debat di antara Ahmad Shukri Che’ Ab. Razab (Mantan Aktivis Pro-M) serta Syamsul Salleh (Mantan YDP MPP UPM) sedang rancak berjalan pada pusingan kedua. Beberapa Pengawal Keselamatan dan "special branch" telah menjerit meminta penganjur program keluar dewan dan meminta supaya perdebatan dihentikan dengan segera. Ketika itu juga, lampu telah ditutup beberapa kali namun pengajur masih meneruskan debat sehingga memaksa YDP MPMUM Mohd Syahid untuk keluar berunding. Setelah rundingan dilakukan beberapa minit, akhirnya pihak keselamatan memberitahu arahan tersebut datang daripada Timbalan Naib Canselor HEP UM, Rohana Yusof.

KAMI di pihak Mahasiswa ingin mempersoalkan apakah rasionalisasi bagi gangguan tersebut? Pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) UM bertindak seolah-olah Mahasiswa sedang melakukan sesuatu yang mengacam keselamatan kampus sedangkan perdebatan sihat ini bersifat ilmiah. Tindakan ini kami kira sesuatu yang tidak relevan malah bakal melahirkan lebih ramai graduan yang lemah serta menyemarakkan api "bebalisme" dalam kalangan Mahasiswa. Mahasiswa lihat bahawa kebebasan akademik dalam negara ini masih berada di tahap paling corot. Apa yang mereka takutkan sebenarnya?

Mahasiswa sudah mulai bosan dengan karenah birokrasi pihak HEP yang mengekang program ilmiah yang diadakan oleh Mahasiswa. Mahasiswa bukan pelajar sekolah, lagi disekat lagi memberontak. Jadi, kami kira HEP sudah tidak relevan dan harus dimansuh. Apakah maknanya memegang gelaran Mahasiswa tetapi masih perlu mengikut telunjuk dan menjadi "yes man" sahaja ?

Dalam debat sebentar tadi, AhmadShukri Che Ab. Razab dalam hujahnya membuat kesimpulan bahawa Pro Mahasiswa berpegang pada prinsip bahawa AUKU perlu dimansuhkan secara holistik dan autonomi kebebasaan di universiti diberikan di samping menuntut supaya Minggu Haluan Siswa dikembalikan nafasnya seperti zaman sebelum terciptanya AUKU iaitu melibatkan politik kampus dan kebebasan autonomi universiti. Sementara itu, Syamsul Salleh di perwakilan aspirasi tidak bersetuju dengan pemansuhan AUKU disebabkan politik yang dianggapnya kotor ketika ini akan menular dalam kalangan Mahasiswa. Namun begitu, beliau menyokong penuh dengan pindaan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Razak.

Bagi KAMI pindaan sahaja tidak mencukupi untuk mengembalikan zaman kegemilangan universiti. KAMI rasa pihak HEP UM perlu selak semula Sejarah UM itu sendiri di mana program-program yang bersifat Mahasiswa bebas dijalankan di dalam kampus suatu ketika dahulu itulah menjadi punca kejayaan universiti Malaya.

Selain itu, mahasiswa juga menuntut supaya dikembalikan kesatuan pelajar (Student Union) bagi memimpin Mahasiswa dan bukannya di bawah telunjuk HEP. Oleh itu, Mahasiswa berpegang teguh dengan prinsip bagi memansuhkan AUKU secepat mungkin bagi membebaskan cengkaman dan mengembalikan "roh" universiti itu sendiri.

*Kenyataan media oleh Khairul Naim selaku Setiausaha Agung Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).

Menteri kecewa HEP UM halang debat mahasiswa

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah (gambar) kesal dengan tindakan pentadbiran Universiti Malaya (UM) yang memberhentikan debat pelajar yang berlangsung di Fakuliti Undang-undang kampus itu malam tadi.

Menzahirkan rasa kecewa itu melalui laman twitternya, Saifuddin berkata, beliau sedang mendapatkan maklumat untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

"Saya dukacita debat AUKU di UM malam tadi terbatal ketika ia sedang diadakan. Saya sedang menyiasatnya," tulisnya ringkas.

Dalam kejadian malam tadi, debat anjuran Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) itu diganggu oleh pengurusan UM dan terpaksa dibatalkan ketika sedang memasuki pusingan kedua.

Menurut Setiausaha Agung Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) Khairul Naim berkata, pihaknya begitu terkilan dan kecewa apabila program debat yang sebenarnya bersifat akademik dan mendidik ini diganggu oleh pengawal keselamatan dan “special branch”.

Debat malam tadi mempertemukan Ahmad Shukri Che’ Ab. Razab yang merupakan bekas aktivis Pro-Mahasiswa dan Syamsul Salleh iaitu bekas Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia.

Debat itu berkisar tentang Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan Autonomi Mahasiswa.

Menurut Khairul, beberapa pengawal keselamatan dan “special branch” telah menjerit meminta penganjur program keluar dewan dan meminta supaya perdebatan dihentikan dengan segera.

“Ketika itu juga lampu telah ditutup beberapa kali, namun pengajur masih meneruskan debat sehingga memaksa Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa UM Mohd Syahid untuk keluar berunding.

“Setelah rundingan dilakukan beberapa minit, akhirnya pihak keselamatan memberitahu arahan tersebut datang daripada Timbalan Naib Canselor HEP UM, Datuk Rohana Yusof,” kata beliau lagi. -HD

Isa Samad Tunjuk Hero Depan Warga FELDA, Arah Datuk Dzulkifli Cuti 8 Bulan

Pengarah Besar Felda Dzulkifli diarah cuti lapan bulan

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Felda yang menjadi perhatian sejak beberapa bulan lalu disebabkan isu kepimpinan dan penyenaraian, dijangka berhadapan dengan kontroversi baru ekoran arahan agar Pengarah Besarnya Datuk Dzulkifli Abd Wahab (gambar) bercuti selama lapan bulan.

Dzulkifli menerima surat berkenaan keputusan itu petang semalam.

The Malaysian Insider difahamkan arahan itu dikeluarkan di sebalik dakwaan bahawa Dzulkifli, yang dilantik ke jawatan itu dua tahun lalu, tidak sehaluan dengan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dalam banyak perkara kontroversi, yang mendapat protes peneroka.

Antara perkara itu termasuklah proses penyenaraian Felda Global Ventures yang akan dilaksanakan tahun depan, isu perjanjian pajakan tanah dan kepimpinan Isa sebagai pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) sendiri.

Beberapa sumber rapat dengan Felda mengesahkan perkara tersebut sambil mendakwa ia memang mengejutkan banyak pihak.

Kata mereka, perkembangan itu akan merumitkan lagi dilema yang menyelubungi para peneroka.

“Saya dimaklumkan malam tadi bahawa Datuk Dzulkifli telah diarah bercuti selama lapan bulan, Datuk Dzulkifli terima surat petang semalam,” kata sumber itu.

“Saya juga ada bercakap dengan Datuk Dzulkifli, saya pun dapat maklumat yang sama,” kata satu lagi sumber yang percaya ia satu langkah awal mahu menyingkirkan beliau dari Felda selain menyisihkan peranannya dalam proses penyenaraian Felda Global Ventures Holdings.

Penyenaraian itu akan menyebabkan 360,000 hektar tanah milik Felda Plantations dipajakkan. Proses itu juga akan melibatkan peranan KPF.

Bagaimanapun Dzulkifli yang dihubungi pagi ini enggan mengulas mengenai perkara itu.

“Tiada komen,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Beliau memberi jawapan yang sama apabila ditanya mengenai tindakan susulannya ekoran perkembangan tersebut.

“Saya tidak mahu komen,” katanya lagi.

Dzulkifli yang telah 30 tahun berkhidmat di Felda sebelum ini merupakan Timbalan Pengarah Besar (Perusahaan Perladangan dan Pembangunan Kebun) agensi pusat itu.

Sumber juga memberitahu, Isa yang mengetuai Felda sejak awal tahun ini telah meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar campur tangan dalam ‘kontroversi’ semasa agensi berkenaan dan permintaan itu telah diluluskan.

“Maklumat yang saya terima menunjukkan surat mengenai arahan bercuti dikeluarkan menerusi setiausaha sulit kanan perdana menteri, sebab Felda terletak di bawah penyeliaan Jabatan Perdana Menteri,” kata sumber itu dan menambah bahawa surat arahan itu walaupun dikeluarkan semalam tetapi bertarikh 21 November lalu.

“Bermakna tarikh kuat kuasa surat telah dipercepatkan, proses penyenaraian akan dijalankan semasa beliau bercuti” katanya lagi.

Proses penyenaraian di Bursa Saham dijadual akan dilaksanakan pertengahan tahun depan.

Isu terbaru ini muncul kira-kira dua minggu selepas Ketua Peneroka Felda Kebangsaan Shamsuddin Othman meminta Isa memohon maaf atas alasan telah menghina beliau pada satu majlis terbuka.

Isa menegaskan beliau tidak akan meminta maaf.

Shamsudin, 59, yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Perunding Peneroka Wilayah Johor Bahru, merupakan satu-satunya wakil peneroka yang berada dalam Ahli Lembaga Pengarah Felda.

Konfrontasi antara peneroka dengan Pengerusi Felda bermula apabila Isa didakwa dilantik secara ‘kontroversi’ menjadi pengerusi KPF dengan mengetepikan Zulkifli dan perkembangan itu menyebabkan kepimpinan Felda terpecah dua kepada dua kelompok.

Sebelum ini, Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) melancarkan kempen mendakwa Isa sebenarnya tidak layak menjadi ahli KPF dan keahliannya dalam koperasi adalah bertentangan dengan undang-undang disebabkan jawatan beliau sebagai pengerusi koperasi hanya bertaraf kontrak.

Undang-Undang Kecil KPF mensyaratkan bahawa mereka yang layak menjadi ahli KPF ialah peneroka Felda, isteri dan anak-anak dan juga kakitangan Felda yang berstatus tetap.

Anak telah membawa kes berkenaan ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia. -TMI