27 Nov 2011

Penipuan SPR-BN Didedahkan, Kawasan BN Dikecilkan Untuk Tambah Bilangan MP BN

Pesara: Mengapa Pakatan sukar tawan Putrajaya

Seorang pesara menjadi tumpuan pihak pembangkang sewaktu pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya, apabila beliau meminta mereka supaya melupakan sahaja niat untuk menawan Putrajaya di bawah sistem pilihan raya yang ada sekarang.

Dengan berbekalkan cetakan slaid pembentangannya, Ng Chak Ngoon yang menyifatkan dirinya sebagai seorang pesara, membentangkan kepada anggota panel PSC dengan graf yang menunjukkan 222 garisan, dengan setiap satu lebih tinggi daripada yang lain.

Graf itu, kata Ng di sesi pendengaran di Kota Kinabalu semalam, digariskan mengikut jumlah pengundi kawasan pilihan raya bagi pilihan raya umum 2008.

"Semua di sebelah kiri (biru) dimenangi oleh BN, di sebelah kanan (merah) dimenangi oleh pembangkang. Kawasan pilihan raya BN sangat kecil dan kawasan pembangkang sangat besar. Jadi, apa yang berlaku di sini?"

Beliau mendakwa, ia bukan secara kebetulan yang semua orang di kawasan yang besar suka pembangkang dan semua orang di kawasan pilihan raya kecil suka BN.

Sebaliknya, Ang mendakwa kawasan BN dipecahkan menjadi kawasan yang lebih kecil untuk menambah bilangan ahli parlimen mereka.

Menurutnya, kawasan pilihan raya yang paling kecil - Putrajaya yang diwakili BN - hanya mempunyai 6,008 pengundi - tetapi kerusi Kapar - yang dimenangi pembangkang - mempunyai 112,224 pengundi, iatu 17 kali lebih daripada Putrajaya.

"Jika kita pecahkan Kapar kepada saiz Putrajaya, anda akan mempunyai 17 ahli parlimen dari Kapar dan bukannya seorang sahaja."

Jika semua kerusi sama saiznya, kata Ng, pilihan raya umum lepas akan menyaksikan keputusan di mana BN dan Pakatan Rakyat hanya akan mempunyai perbezaan tujuh kerusi di Parlimen dan bukannya 140 dan 82 seperti dalam keputusan sebenarnya.

Beliau juga menganggarkan jika sesebuah parti bergantung kepada semua kerusi kecil untuk memegang kuasa, maka ia hanya akan memerlukan 15.4 peratus daripada jumlah undi untuk membentuk majoriti di Parlimen.

Oleh itu, katanya, jka pembangkang fikir mereka boleh menawan Putrajaya, mereka boleh lupakan sahaja niat tersebut. -mk

Ulasan GB

Penipuan sedemikian sudah lama dilakukan oleh SPR. Pecahan kawasan pilihanraya disasarkan untuk memberikan kelebihan kepada BN disamping cuba untuk mengurangkan bilangan ahli parlimen pembangkang.

Namun hukum kebenaran menyatakan setiap kemenangan dengan penipuan itu tiada berkatnya. Satu hari penipuan itu tetap terdedah dan BN akan hancur musnah hasil perancangan penipuan mereka sendiri. Yakinlah!

BN Tergugat: MTUC Isytihar Perang Ke Atas BN Jika Akta Kerja Diteruskan

Akta Pekerjaan: MTUC mahu MOU dengan Pakatan

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bercadang untuk membentuk perjanjian persefahaman dengan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan pindaan kontroversi ke atas Akta Pekerjaan.

Setiausaha kewangan MTUC, Alias Awang berkata, pemimpin Pakatan perlu menandatangani perjanjian persefahaman dengan MTUC untuk menyatakan sokongan yang lebih bulat ke atas usaha untuk memansuhkan undang-undang tersebut.

Dalam ucapannya di Kongres Nasional PKR hari ini, Alias berkata, beliau juga akan membawa usul untuk membentuk memorandum persefahaman itu di perhimpunan MTUC Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 2 Disember depan.

"Saya akan bawa usul, kita akan beri cadangan kepada Pakatan, kena buat MOU untuk kita tunjukkan keikhlasan... Awak tolong saya, saya akan tolong awak," katanya lagi.
"Beliau yang mengisytiharkan perang ke atas kerajaan yang meluluskan undang-undang berkenaan juga berkata, MTUC akan membuat keputusan untuk menyokong parti yang usaha menarik balik undang-undang berkenaan.

Tambahnya, MTUC juga akan meneruskan siri perhimpunan untuk membantah pindaan ke atas Akta Pekerjaan yang diluluskan Dewan Rakyat sebelum ini.

Alias berkata, perhimpunan besar itu dijangka diadakan di hadapan bangunan Parlimen apabila undang-undang berkenaan diluluskan Dewan Negara pada 12 Disember, katanya dalam perbahasan di Kongres Nasional PKR hari ini.

Dalam ucapannya, Alias turut meminta para perwakilan supaya memberi sokongan penuh untuk hadir ke perhimpunan berkenaan, disambut dengan laungan "sokong pekerja" oleh para perwakilan berkenaan.

Tambahnya, parti dalam Pakatan perlu menyokong bantahan berkenaan memandangkan golongan pekerja membentuk sejumlah lima juta daripada keseluruhan jumlah pengundi.

"Kalau biarkan (pekerja) berjuang tanpa sokongan saya takut mereka beralih sokongan," kata ahli PKR itu lagi ketika membahaskan usul memartabatkan kaum pekerja.

Dewan Rakyat sebelum ini meluluskan Rang Undang-undang Pekerjaan (Pindaan), yang mengandungi 22 pindaan dan 17 peruntukan baru dengan dua seksyen dimansuhkan.

Rang Undang-undang itu dijadual dibentangkan di Dewan Negara pada persidangan Disember ini. -mk

MTUC isytihar ‘perang’ jika BN enggan batal pindaan Akta Kerja

Sebahagian daripada perwakilan yang mengikuti sidang Kongres Nasional PKR. – Foto oleh Choo Choy May

JOHOR BARU, 27 Nov — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menegaskan badan induk pekerja itu akan mengisytihrkan perang ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN) jika Rang Undang-undang Kerja 1955 dipinda di Dewan Negara 12 Disember ini.

MTUC sebelum ini membantah pindaan terbaru yang menyediakan peruntukan kontroversial sistem kontraktor bagi tenaga kerja.

Ia telah mengadakan piket pada 3 Oktober lalu di pekarangan Parlimen dan peringkat nasional pada 3 November. Seterusnya, satu perhimpunan di Shah Alam pada 2 Disember ini.

Setiausaha Kewangannya Alias Awang Ibrahim berkata, badan induk itu yang dianggotai 390 kesatuan akan menyokong mana-mana parti politik yang berjanji akan meminda pindaan-pindaan yang dibawa ke atas Akta Kerja sekarang.

“Jika ia diluluskan di Dewan Negara pada 12 Disember, maka MTUC akan mengisytiharkan perang ke atas mereka (kerajaan). Tiada ruang untuk berkompromi,” kata beliau pada Kongres Nasional PKR di sini hari ini.

Pindaan itu sudah pun diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 6 Oktober lalu dan kini tunggu giliran Dewan Negara.

MTUC sudah pun memberi amaran kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa 5.7 juta pekerja akan membuat keputusan dalam pilihan raya umum ke-13 jika pentadbirannya enggan mendengar suara mereka.

Kongres itu telah menulis surat kepada Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi belum ada perkembangan positif setakat ini.

Minggu lalu, Pengerusi MTUC Bahagian Selangor dan Wilayah Persekutuan N. Gopal Kishnam memberitahu The Malaysian Insider bahawa pihaknya akan mengadakan perhimpunan di Shah Alam pada 2 Disember ini, tindakan susulan bagi menggesa Putrajaya agar menarik balik pindaan kontroversial Akta Kerja.

Perhimpunan dua jam itu akan merumuskan pendirian seterusnya dan deklarasi bagi menggesa kerajaan membatalkan peruntukan berkaitan dengan sistem kontraktor bagi tenaga kerja. -TMI


Laporan Audit Buktikan Pentadbiran Pakatan Rakyat Lebih Baik Dari BN

Pentadbiran kewangan yang baik di empat negeri Pakatan Rakyat (PR) di akui oleh jentera kerajaan pusat sendiri menerusi laporan Ketua Audit Negara.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, berdasarkan laporan Ketua Audit Negara, Pulau Pinang dan Selangor mengungguli dari segi pengurusan kewangan dengan menduduki dua kedudukan teratas.

Ini secara tidak langsung, katanya, memberi pengiktirafan kepada PR yang mentadbir negeri dengan jayanya di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan berbanding negeri-negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

"Jangan dengar ucapan pemimpin PAS memuji pemerintahan Kelantan dan Kedah, jangan dengar ucapan pemimpin DAP memuji Pulau Pinang, sudah tentu pemimpin parti Keadilan memuji Selangor di sudut jaga kewangan jaga duit tetapi laporan orang tengah iaitu Audit Negara memberitahu bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat jauh lebih baik menjaga wang rakyat daripada Barisan Nasional.

"Laporan Audit Negara meletakkan di antara negeri yang terbaik jaga kewangan nombor satu Pulau Pinang dan nombor dua Selangor," katanya dalam Majlis Makan Malam DAP ke-45 yangg memnghimpunkan lebih 10,000 orang di Kompleks Sukan Pandamaran di sini malam tadi.

Selama ini katanya, PAS yang mentadbir Kelantan lebih 20 tahun telah melakukan pelbagai perubahan yang sering dikritik BN. Tetapi akhirnya, kerajaan pusat yang ditadbir BN mengikut apa yang dilakukan PAS.

"Kelantan dihentam begitu dahsyat oleh BN terutama bila memulakan pembaharuan misalnya cuti bersalin 60 hari waktu itu bekerja pegawai kerajaan cuti dua hari.

"Di dalam parlimen kami dihentam, mereka kata PAS mengajar rakyat menjadi malas bekerja tetapi sekarang kerajaan pusat sendri kerajaan BN sendiri mengikut apa yang dibuat di Kelantan," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Selangor akan terus menjalakan pentadbiran yang mengutamakan kepentingan rakyat bersesuaian dengan program "Merakyatkan Ekonomi Selangor".

Katanya, tanggungjawab dan amanah itu perlu dipraktikkan setelah rakyat memberi mandat kepada PR dalam mengetuai Kerajaan Negeri.

"Kita di Selangor mahu tunjukkan bahawa kita boleh buat kerja kerana rakyat pilih kita bukan kerana hanya cakap sahaja tetapi rakyat pilh kita untuk kita buat kerja tunjukkan hasil kepada rakyat. Inilah yang kita laksanakan.

"Bajet kita untuk rakyat di Selangor. Hasil negeri untuk rakyat. 54 tahun kita tak ada slogan hasil negeri untuk rakyat, (yang ada) hasil negeri untuk Umno, hasil negeri untuk MCA dan hasil negeri untuk MIC," katanya. -tvsnews



Blog GB Akan Kembali Ke Alam Siber

Alhamdulillah. Segalanya akan kembali seperti biasa.

Terima kasih kepada "semua" yang membantu. Sokongan, bantuan, dorongan dan doa semua pihak telah "menghidupkan kembali" blog KELAB GREENBOC yang tersangkut beberapa hari. InsyaAllah, blog ini akan dikemaskinikan bermula esok setelah mengharungi segala macam kepayahan da n kesusahan sebelum ini.

Sudah menjadi kebiasaan, bertahun-tahun, bahawa GB akan sering dengan laptop/komputer dalam banyak ketika. Sebelum ini, belum pernah berlaku di dalam kehidupan GB, sehari tanpa komputer.

Dan pada 23 November, GB diuji apabila kedua-dua sekali, komputer dan laptop GB tidak boleh berfungsi.

Perlu menangis? Perlu marah? Perlu berontak? Itu kerja tak siuman. GB perlu bersabar menumpuhnya. Kisah dibawah jauh lebih dasyat daripada GB:


Ketika Peperangan Uhud, Mus’ab bin Umair adalah salah seorang jeneral. Dia pembawa panji.

Peperangan itu, menyaksikan Mus’ab bin Umair bertempur ibarat singa. Namun, kerana dia memegang panji, tentera musyrikin berusaha untuk menjatuhkannya. Tangan kirinya yang memegang panji diserang hingga terpotong. Pantas dia memegang panji dengan tangan kanan. Dia terus bertempur. Akhirnya tangan kanan turut terpotong.

Mus’ab bin Umair, untuk mempertahankan panji yang mewakili maruah Islam, terus memegang panji dengan kedua puntung tangannya.
Akhirnya tubuhnya itu dihujani anak panah, menyebabkan dia tumbang syahid.


Kedua-dua tangannya dah hilang, pun masih terus memeluk erat bendera Islam dengan memegang bendera itu menggunakan kedua-dua tangan yang telah kudung!

Jauh sangat kecilnya ujian yang GB lalui berbanding dengan Mus'ab itu.

Apa-apa pun, GB cukup merasa terharu kerana ramai yang tampil ingin membantu.

GB tak tahu apa nak ucapkan selain menyerahkan kepada Allah untuk membalas segala budi baik tuan-puan semua.

Nantilah bila senang-senang GB akan menulis semula bab ini. Sekarang tengah berserabut, utamakan dan kedepankan dulu misi perjuangan.

Sementara itu, semua sumbangan tuan/puan tidak akan GB persiakan. Untuk mempastikan kelansungan blog ini, jika tuan/puan ingin menghulurkan sumbangan silalah email kepada GB di alamat greenboc@gmail.com untuk mendapatkan nombor akaun pemegang amanah blog ini.

Mari sama-sama kita teruskan perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan. Sumbangan tuan/puan itulah yang menjadi saham untuk memenangkan perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan. Semuga Allah melipatgandakan rahmatNya ke atas semua para penyumbang.

Laporan sebelum ini:

PENGUMUMAN 1

BLOG GB TIDAK DAPAT DIUPDATE KERANA LAPTOP GB MENGALAMI KEROSAKAN PARAH SETELAH DISERANG BERTUBI-TUBI SEKIAN LAMA DAN MENGAMBIL MASA LAMA & KOS YG DILUAR KEMAMPUAN UTK MEMPERBAIKINYA.

JIKA ADA YG SUDI MEMBANTU SILA EMAIL GB DI greenboc@gmail.com

DOAKAN GB


- Sent using nokia