8 Nov 2011

Jangan Henti Hambat Menteri Projek Lembu Sampai Masuk Kandang

Kerajaan Persekutuan digesa menjelaskan dakwaan penyelewengan wang rakyat di dalam Projek Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diusahakan keluarga menteri dan sehingga kini sudah menelan belanja RM250 juta.

Perdana Menteri, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar dan Datuk Seri Shahrizat Jalil juga harus menjelaskan tentang pembohongan yang berlaku mengenai status pinjaman yang diberikan kepada NFC.

Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli dalam kenyataan medianya berkata, tindakan Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berbohong di Dewan Rakyat mengenai status pinjaman yang diberikan kepada NFC adalah perkara serius.

Justeru beliau menggesa Dewan Rakyat untuk mempertimbangkan tindakan tata tertib sewajarnya kepada kedua-dua mereka atas tindakan mereka yang menghina Dewan Rakyat.

Najib pada 1 November lalu memberitahu Parlimen setakat ini hanya RM181.9 juta daripada peruntukan RM250 juta disalurkan kepada NFC, syarikat milik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.

Sementara Noh Omar pada 31 Oktober lalu berkata, RM250 juta kepada NFC belum disalurkan sepenuhnya.

Bagaimanapun menurut Rafizi, rekod kewangan NFC menunjukkan kesemua RM250 juta itu disalurkan sepenuhnya kepada Shahrizat sebelum 31 Mac 2009 lagi.

"Rekod kewangan NFC menunjukkan pinjaman pertama sejumlah RM130 juta telah diambil dalam tahun 2008.

"Pada 31 Mac 2009, NFC membuat drawdown kedua berjumlah RM120 juta yang dimasukkan terus ke akaun Maybank milik NFC," katanya.

NFC sebelum ini mencuri perhatian ramai apabila ia dikendalikan syarikat Agro Science Sdn Bhd yang dimiliki suami Shahrizat, Datuk Mohamad Salleh.

Syarikat itu sepatutnya membekalkan 60 ribu ekor lembu dalam masa lima tahun di bawah RMK 9 namun dalam tiga tahun pertama operasinya, ia hanya mampu membekalkan 8,016 ekor lembu.

Menurut Rafizi, kerajaan BN dijangka melupuskan hutang syarikat Shahrizat dengan kerajaan kerana operasi ternakan lembu syarikat itu rugi besar dan tidak mampu membayar kembali pinjaman yang diberikan Kerajaan Pusat.

"Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008 dan 31 Disember 2009, NFC mengalami kerugian sebanyak RM7 juta (2008) dan RM11 juta (2009)," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

"Jika ini berterusan, kerajaan pusat tidak ada pilihan lain kecuali melupuskan pinjaman RM250 juta yang diberikan kepada NFC seperti amalan sebelum ini yang membabitkan Perwaja dan syarikat-syarikat berkepentingan lain," ujar Rafizi.

Kerugian besar itu juga berpunca tindakan Shahrizat memberikan diskaun besar kepada restoran mewah milik keluarganya sendiri yang membeli daging lembu daripada NFC.

"Tindakan ini bertentangan dengan prinsip tata kelola yang baik apabila NFC yang dibiayai wang rakyat memberi subsidi kepada restoran mewah yang dimiliki oleh keluarga seorang menteri," tegasnya. -tvsnews

Projek Fidlot Kebangsaan: Kepincangan kewangan dan "Conflict of Interest"

Oleh Rafizi Ramli

KERAJAAN BERBOHONG MENGENAI JUMLAH PERUNTUKAN YANG TELAH DISALURKAN KEPADA NATIONAL FEEDLOT CORPORATION SDN BHD

Saya merujuk kepada dua kenyataan di Dewan Rakyat oleh Barisan Nasional berhubung skandal penyelewengan peruntukan projek pertanian melibatkan Projek Fidlot Kebangsaan.

Kenyataan pertama dibuat oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di lobi Dewan Rakyat pada 31 Oktober 2011 bahawa "pinjaman berjumlah RM250 juta kepada NFC belum disalurkan sepenuhnya".

Kenyataan kedua dibuat oleh Perdana Menteri pada 1 November 2011 dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat yang menyebut bahawa setakat 31 Julai 2011, hanya RM181.9 juta daripada geran dan pinjaman berjumlah RM250 juta telah disalurkan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).

Kedua-dua kenyataan ini adalah tidak benar dan menyelewengkan transaksi sebenar yang melibatkan Kerajaan Malaysia (melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani) dan NFC yang dimiliki dan diuruskan oleh keluarga Shahrizat Jalil.

KEADILAN telah menjalankan kajian lanjut ke atas rekod NFC dan syarikat-syarikat berkaitan (associate companies) dan mendapati perkara-perkara berikut:

1) KESELURUHAN RM250 JUTA PINJAMAN TELAH DISALURKAN KEPADA NFC

-Keseluruhan RM250 juta pinjaman yang menggunakan wang rakyat sebenarnya telah disalurkan sepenuhnya ke dalam akaun NFC menjelang 31 Mac 2009.
-Rekod kewangan NFC menunjukkan pinjaman pertama (first loan drawdown) sejumlah RM130 juta telah diambil dalam tahun 2008.
-Pada 31 Mac 2009, NFC membuat drawdown kedua berjumlah RM120 juta yang dimasukkan terus ke akaun Maybank milik NFC.
-Pada 6 Mei 2009, NFC memindahkan wang dari pinjaman ini berjumlah RM116 juta ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad.
-Penyata kewangan NFC yang difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan badan-badan lain menunjukkan NFC mendapat keuntungan faedah dari simpanan deposit tetap berjumlah RM666,952.96 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 (penyata kewangan terkini yang diaudit dan difailkan).
-Jumlah keuntungan faedah dari simpanan deposit sebesar ini hanyalah mungkin sekiranya NFC mempunyai simpanan tetap ratusan juta ringgit.
-Malah, keuntungan faedah dari simpanan deposit berjumlah RM666,952.66 bersamaan 23% daripada perolehan hasil penjualan lembu, seolah-olah NFC adalah sebuat syarikat pelaburan kewangan dan bukannya operator ladang ternakan lembu.
-Status pinjaman RM250 juta yang telah diberikan sepenuhnya kepada NFC ini disahkan oleh carian rasmi di SSM yang menunjukkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, Hutang Jangka Panjang (Non-current liabilities) NFC berjumlah RM256,082,518 yang terdiri dari:

PINJAMAN DARI KERAJAAN RM250,000,000
GERAN KERAJAAN RM6,082,518


-Pendedahan ini membuktikan bahawa Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah berbohong kepada Dewan Rakyat dan seluruh negara dalam usaha mereka melindungi Shahrizat Jalil dan keluarga beliau.

2) KERUGIAN BESAR NFC MENYEBABKAN PINJAMAN RM250 JUTA AKAN DILUPUSKAN OLEH KERAJAAN

-Analisa kepada rekod kewangan NFC bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan bahawa operasi ternakan lembu yang diusahakan mengalami kerugian besar dan tidak mungkin berupaya membayar kembali pinjaman RM250 juta yang diberikan Kerajaan Pusat.
-Bagi tahun 2009, kos purata mengimport, menternak dan menyembelih seekor lembu di NFC berjumlah RM4,481 seekor. Kos ini adalah terlalu mahal dan tidak mampu bersaing di pasaran.
-Malah, NFC turut memberikan diskaun berjumlah RM2,964,555 kepada Real Food Company Sdn Bhd (RFC) yang mengendalikan restoran mewah Meatworks milik keluarga Shahrizat Jalil, atas alasan untuk mengurangkan harga jualan memandangkan kos yang terlalu tinggi.
-Tindakan ini bertentangan dengan prinsip tata kelola yang baik apabila NFC yang dibiayai wang rakyat memberi subsidi kepada restoran mewah yang dimiliki oleh keluarga seorang menteri.
-Bagi tahun-tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008 dan 31 Disember 2009, NFC mengalami kerugian sebanyak RM7 juta (2008) dan RM11 juta (2009).
-Kos operasi yang tinggi bermakna besar kemungkinan NFC akan terus rugi bagi tahun-tahun yang akan datang, apatah lagi apabila sasaran ternakan dan sembelihan tersasar jauh.
-Jika ini berterusan, Kerajaan Pusat tidak ada pilihan lain kecualilah melupuskan pinjaman RM250 juta yang telah diberikan kepada NFC seperti mana amalan sebelum ini yang membabitkan Perwaja dan syarikat-syarikat berkepentingan lain.
-KEADILAN berpendapat jumlah RM250 juta yang telah disalurkan kepada NFC bolehlah dikira hangus memandangkan prestasi kewangan NFC yang buruk.

3) DANA DARI NFC DIPINDAHKAN KE SYARIKAT-SYARIKAT MILIK KELUARGA SHAHRIZAT JALIL

-Penyata kewangan NFC bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan berlaku pelbagai transaksi kewangan yang membabitkan pemindahan dana kepada syarikat-syarikat milik keluarga Shahrizat Jalil.
-Terdapat dua syarikat bersekutu (associate companies) yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat Jalil dan mendapat manfaat terus daripada dana yang disalurkan kepada NFC, iaitu:

National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd
-Saham-saham dimiliki oleh Dato’ Dr Mohamad Salleh Ismail (249,999 saham), Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh (250,000 saham) dan Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh (1 saham).




-Bertindak sebagai syarikat pemasaran daging-daging sembelihan NFC seperti promosi di laman web www.gemasgold.com.my
-Penyata kewangan terakhir yang difailkan ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia adalah bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2007.

Real Food Company Sdn Bhd
-Saham-saham dimiliki oleh keluarga Shahrizat Jalil sama ada melalui pegangan terus: Mohamad Salleh Ismail (500,000 saham), Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh (500,000 saham) dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh (500,000 saham) atau melalui syarikat yang dikuasai mereka iaitu Asian Bioscience Corporation Sdn Bhd (1,500,000 saham) dan National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd (2,000,000).



-Mengendalikan rangkaian restoran mewah milik keluarga Shahrizat Jalil di bawah jenama Meatworks seperti promosi di laman www.rfc.com.my
-Penyata kewangan terakhir yang difailkan ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia adalah bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2007.
-Penyata kewangan NFC bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan pada akhir tahun kewangan, National Livestock & Meat Corporation Sdn Bhd (NLMC) berhutang dengan NFC sebanyak RM81,222,448.93 walaupun kegiatan NLMC hanyalah untuk tujuan pemasaran daging.
-Jumlah yang besar sebegini (iaitu RM81 juta) sudah tentu datangnya dari pinjaman RM250 juta yang telah diberikan kepada NFC, memandangkan perolehannya hasil aktiviti menternak dan menjual daging lembu hanyalah RM5,928,512.
-Ini menimbulkan persoalan sama ada pinjaman RM250 juta yang khusus untuk pembangunan pusat fidlot telah diselewengkan ke syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat Jalil.
-Malah, NFC turut memberikan diskaun berjumlah RM2,964,555 kepada Real Food Company Sdn Bhd (RFC) yang secara jelas menyalahi prinsip pertanggungjawaban wang awam, apabila syarikat yang diberi amanah menyalahgunakan wang rakyat untuk mengkayakan perniagaan persendirian milik mereka.

4) PERBELANJAAN LAWATAN LUAR NEGARA DAN KERAIAN YANG TERLAMPAU TINGGI

-Rekod kewangan NFC bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan sejumlah RM827,579 wang rakyat digunakan untuk pelbagai lawatan luar negara dan keraian oleh pengarah-pengarah NFC yang terdiri dari suami dan anak-anak Shahrizat Jalil.
-Kalau pun NFC perlu membuat lawatan ke luar negara untuk meninjau lembu dan mengikat perjanjian komersil, jumlah yang dibelanjakan adalah terlalu tinggi dan bersamaan dengan RM511 setiap seekor lembu yang disembelih dalam tahun 2009 oleh NFC.
-Rekod menunjukkan hanya 1,618 ekor lembu yang disembelih dalam tahun 2009. Daripada kos purata penternakan dan penyembelihan sebanyak RM4,481 seekor, 11% (RM511) adalah kos lawatan ke luar negara dan keraian yang dibelanjakan oleh kaum keluarga Shahrizat Jalil.
-Oleh yang demikian, maka tidak hairanlah kos operasi di NFC adalah 22 kali ganda lebih mahal berbanding anggaran kos yang dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar semasa kertas konsep projek fidlot ini dibuat.

Berasaskan fakta-fakta di atas, saya menyeru Perdana Menteri, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Shahrizat Jalil tampil ke hadapan menjelaskan secara terperinci sama ada telah berlaku sebarang penyelewengan wang rakyat sepanjang Projek Fidlot Kebangsaan ini dilaksanakan.

Tindakan Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berbohong di Dewan Rakyat mengenai status pinjaman RM250 juta yang diberikan kepada NFC adalah perkara yang berat.

Saya menyeru kepada Dewan Rakyat untuk mempertimbangkan tindakan tata tertib sewajarnya kepada kedua-dua mereka atas tindakan mereka yang menghina Dewan Rakyat.

Saya juga menyeru supaya Shahrizat Jalil mula tampil ke hadapan meminta maaf kepada rakyat Malaysia memandangkan pendedahan setakat ini benar-benar menimbulkan kemarahan rakyat.





Ulasan GB

Sudahlah menghabiskan wang rakyat beratus juta, kemudian berbohong pula kepada rakyat mengenai status pinjaman yang diberikan kepada NFC yang diboloti oleh keluarga Shahrizat.

Jabatan Audit Negara sendiri mendedahkan adanya penyelewengan dan salahlaku. Jika polis dan SPRM tidak mahu mengambil tindakan, tunggu, masanya akan sampai juga nanti mereka yang terlibat akan menerima bahana dan implikasinya....

Hukum kebenaran tidak boleh dielak. "Lembu-lembu" itu perlu dihambat masuk ke "kandang" penjara.

Masa untuk berdusta, masa untuk berbohong dan menipu ikut suka hati menteri sudah tamat. Ini era Pakatan Rakyat!

Laporan berkaitan
sila klik untuk baca



Iran Pula Dijadikan Sasaran Utama Amerika & Israel

Israel, AS cari sokongan dunia

Gambar: ANGGOTA tentera Iran melaung slogan anti-Amerika selepas solat Aidiladha di Tehran, semalam. - Foto REUTERS

TEHRAN: Iran mendakwa Israel dan Amerika Syarikat cuba mendapatkan sokongan dunia bagi satu serangan tentera terhadap kemudahan nuklear negara itu, ketika Russia semalam memberi amaran bahawa ia akan menjadi 'satu kesilapan yang amat besar.'

Ketegangan berlaku menjelang satu keputusan laporan minggu ini terhadap program nuklear Iran oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di mana diplomat percaya ia akan menumpukan kepada dakwaan terhadap republik Islam itu memasang bahan nuklear dalam kepala peledak dan membangunkan program peluru berpandu.

Presiden Mahmoud Ahmadinejad dalam satu temu bual dengan akhbar Mesir, Al-Akhbar disiarkan semalam memberi amaran terhadap serangan tentera Iran dan sekali lagi menegaskan program nuklear Tehran adalah hanya untuk tujuan keamanan.

“Keupayaan Iran semakin meningkat dan semakin berkembang dan untuk sebab itu ia mampu untuk bersaing dengan dunia. Kini Israel dan Barat terutama Amerika Syarikat, bimbang keupayaan Iran dan peranannya,” kata Ahamdinejad kepada akhbar harian itu.

“Sebab itu, mereka cuba untuk mendapatkan sokongan antarabangsa bagi satu operasi tentera untuk menghentikan peranan (Iran). Mereka perlu tahu bahawa Iran tidak akan membenarkan mereka mengambil sebarang tindakan terhadap kami,” katanya.

Ahmadinejad menambah bahawa Washington mahu menyelamatkan entiti Zionis tetapi ia tidak mampu untuk melakukannya.
“Entiti ini (Israel) boleh dibandingkan dengan satu pemindahan buah pinggang dalam satu tubuh yang menolaknya. Ya, ia akan runtuh dan penamatnya semakin hampir,” katanya.

Serangan mulut Ahmadinejad terhadap Israel, gerbang musuh Iran, dibuat selepas Presiden Israel Shimon Peres memberi amaran dalam satu temubual televisyen pada hari Sabtu bahawa serangan ke atas Iran berkemungkinan besar akan dilakukan. Ia berikutan satu komen yang disiarkan pada hari Ahad oleh itu akhbar harian Israel, Hayom yang menyatakan: “Kemungkinan satu serangan ketenteraan terhadap Iran kini semakin hampir berbanding pilihan diplomatik.”

“Kita perlu terus tenang dan menolak tekanan supaya kita boleh memikirkan setiap alternatif,” kata Peres.

Merujuk kepada komen Peres, Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov memberi amaran di Moscow dan menentang serangan tentera terhadap Iran.

“Campur tangan tentera hanya akan membawa kepada meningkatnya kematian dan kesengsaraan manusia. Jika dilakukan, ia adalah satu kesilapan besar,” kata Lavrov. – AFP

Tiada Lagi Ruang Bersuara Dalam UMNO - Ku Li

Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mengakui 'tiada ruang bersuara' dalam parti menyebabkan beliau dan rakan-rakan menubuhkan NGO Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).

Bercakap pada sidang media mereka hari ini Tengku Razaleigh yang juga presiden NGO itu berkata, beliau tiada ruang untuk menyuarakan pendapat bagi pihak rakyat, berbeza dengan Umno ketika dipimpin oleh tiga presiden terawal dahulu.

"Bagi saya tak ada (ruang) lah," katanya ketika diaju soalan oleh wartawan.

"Sekarang ini nampaknya orang macam saya, Tan Sri (Abdul) Kadir (Sheikh Fadzir) tak ada tempat dah nak bersuara di sana (dalam Umno)," tambahnya lagi.

Turut serta pada sidang media itu dua timbalannya Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan Datuk Seri Ong Tee Keat.

Beliau yang juga ahli parlimen Gua Musang berkata, ruang tersebut ditutup kerana Umno sekarang ini hanya bergantung kepada satu idea sahaja.

Katanya, sama juga dalam perhimpunan agung Umno, di mana sesiapa ahli yang mahu bercakap perlu mendapat kebenaran 'orang atasan' termasuk perkara yang hendak dibangkitkan, perlu diluluskan terlebih dahulu.

Sambil menyokong pendapat itu Abdul Kadir pula berkata, zaman dahulu sampai ketika Tun Hussin Onn pun, semua orang bebas untuk bercakap namun sekarang tidak lagi.

"Nak kutuk ke, semua boleh cakap, tak ada masalah.

"(Sekarang) perhimpunan agung Umno untuk perkara-perkara yang sedap didengar sahaja," katanya kecewa.

Amanah dilancarkan Julai lalu dan sudah dilulus Pendaftar Pertubuhan (RoS) dua minggu lalu.

Tambah Tengku Razaleigh juga, pentadbiran Najib telah melakukan banyak program transformasi namun pelaksanaannya masih tidak menampakkan hasil. -HD




Amanah sokong p'raya selepas tugas PSC selesai


NGO yang baru didaftarkan, Angkatan Amanah Merdeka atau Amanah, hari ini menyokong tuntutan bagi mendesak kerajaan supaya tidak membubarkan Dewan Rakyat selagi cadangan oleh Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen PSC) belum dilaksanakan.

Amanah diterajui oleh pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dan dianggota boleh beberapa beks pemimpin utama BN yang lain.

Pada sidang akhbar hari ini, Tengku Razaleigh, yang mengakui bahawa beliau dan pemimpin Amanah memang dipinggirkan oleh parti-parti masing-masing dan oleh itu perlu terus untuk menyuarakan pendapat mereka di atas platform NGO baru itu.

Beliau mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk membentuk PSC yang bertujuan membuat cadangan berhubung pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini dan berharap pindaan undang-undang yang disyorkan jawatankuasa itu akan dilaksanakan sebelum pilihan raya umum akan datang.

"Kami berpendapat pilihan raya itu harus diadakan selepas jawatankuasa berkenaan selesai menjalankan kerja-kerja dan syor-syornya dilaksanakan. Jika tidak, tidak ada makna dalam penubuhan jawatankuasa ini," kata bekas menteri pelancongan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, yang merupakan seorang daripada enam timbalan presiden Amanah.

"Jika mereka adakan pilihan raya sebelum kerja-kerja PSC selesai, ia nampaknya seperti main-main dan berdrama, ini adalah tidak baik," katanya, sambil menambah perkara itu adalah pendirian dicapai oleh majlis pusat tertinggil Amanah yang bermesyuarat, hari ini. -mk





Mesin ATM Di Taman Midah Dilarikan, RM300,000 Lesap

Kuala Lumpur: Sebuah bank di Taman Midah, Cheras kerugian kira-kira RM316,000 apabila satu daripada lapan mesin juruwang automatik (ATM) dilarikan sekumpulan individu awal pagi ini.

Gambar: KESAN mesin pengeluaran tunai (ATM) yang dilarikan perompak di Maybank Taman Midah, Cheras. Kejadian disedari jam 3.30 pagi oleh dua anggota polis semasa membuat rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan. - Foto Abdullah Yusof

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh, berkata kejadian itu disedari kira-kira jam 3 pagi, apabila kereta peronda polis yang lalu di kawasan tersebut melihat dua bahagian cermin yang menempatkan mesin berkenaan pecah.

Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan mesin ATM itu dilarikan dengan cara mengheretnya menggunakan kenderaan berat.

"Kedudukan mesin yang terletak berhadapan dengan pintu masuk memudahkan suspek melarikan mesin itu. Kemungkinan mesin itu diheret dengan menggunakan lori atau kenderaan jenis pacuan empat roda," katanya kepada pemberita hari ini.

Mohan Singh berkata, siasatan awal menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kegiatan itu dilakukan oleh lima hingga enam lelaki berusia lingkungan 30-an.

"Kita percaya mereka melakukan kegiatan itu dengan hanya mengambil masa lima hingga 10 minit dan kesemua suspek tidak memakai penutup muka (topeng) bagi menyembunyikan identiti mereka.

"Siasatan awal juga mendapati alat penggera tidak berfungsi dan premis ketika itu tidak diawasi oleh pengawal keselamatan. Bagaimanapun, kita sedang meneliti rakaman CCTV di dalam dan luar premis itu," katanya.

Mohan Singh berkata, mesin itu ditemui semula di Hulu Klang, Ampang dekat sini oleh orang awam, kira-kira jam 11 pagi, namun semua wang tunai berjaya dilarikan.

Beliau berkata, satu pasukan khas ditubuhkan bagi menjalankan siasatan secara saintifik, termasuk mengesan semua suspek yang terbabit dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang melihat dan mempunyai maklumat mengenai kejadian itu, boleh hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di talian 03-92840083 atau hubungi terus Inspektor Aniza Murad di talian 012-5413005," katanya. - BERNAMA

Ulasan GB

Nampak macam mudah sangat mesin ATM itu "ditanggalkan" daripada dinding(!)

Apatah lagi polis menyatakan kejadian itu "hanya mengambil masa lima hingga 10 minit".

Mengesan suspek:

1) Ke mana pengawal keselamatan itu pergi waktu tersebut.
2) Ambilkira juga siapa pemasang mesin-mesin ini dulu.

Nicol & Zulfadli Harumkan Nama Negara

Pulau Pinang ucap tahniah pada Nicol

Kerajaan Pulau Pinang mengucapkan tahniah atas pencapaian cemerlang Ratu Skuasy Dunia, Datuk Nicol David (gambar) yang mencipta sejarah dengan memenangi gelaran perseorangan wanita jaguh dunia untuk kali yang keenam di Rotterdam, Belanda.

“Kejayaan bersejarah ini bermakna anak negeri Pulau Pinang merupakan pemain wanita yang memenangi gelaran juara dunia yang paling banyak kali dalam sejarah skuasy,” ujar Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Katanya, kebolehan Nicol memang tidak dipertikaikan tetapi yang menakjubkan adalah kemampuan beliau mengekalkan prestasi cemerlang dalam tempoh masa yang begitu lama.

Guan Eng menambah, apa yang lebih mengkagumkan ialah kekuatan mental dan kecekalan semangat berjuang Nicol untuk menang.

Tambahnya, itulah perbezaan di antara jaguh dunia dan jaguh kampung.

“Kerajaan negeri akan menunggu kepulangan beliau ke Pulau Pinang untuk meraikan kemenangan beliau dalam satu jamuan rasmi.

“Pulau Pinang memang bangga atas pencapaian Datuk Nicol David,” ujarnya yang juga Setiausaha Agung DAP dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya lagi, kerajaan negeri juga mengucapkan tahniah kepada Zulfadli Zulkifli yang mencipta sejarah Malaysia setelah muncul juara remaja perseorangan dunia badminton daripada Malaysia buat kali pertama dalam pertandingan di Taipei.

Nicol selaku pemain No. 1 dunia, mudah membenam pemain No. 2 dunia, Jenny Duncalf dari England 11-2, 11-5, 11-0 untuk ditabal sebagai juara dunia, semalam.

Sementara, Zulfadli pula melakar sejarah dengan menghadiahkan gelaran sulung Malaysia dalam perseorangan lelaki pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia selepas menumpaskan Viktor Axelsen dari Denmark 21-18, 9-21, 21-19. -HD

Mana Pergi Peruntukan RM426.5 Juta Untuk Parlimen Pembangkang?

Pakatan Rakyat menuntut penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke mana perginya peruntukan untuk ahli parlimen pembangkang di negara ini, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub.

Menurutnya, jawapan bertulis perdana menteri terhadap soal beliau di parlimen hari ini menyatakan setakat 26 September 2011, dana tambahan sebanyak RM426.5 juta diperuntukan kepada semua kawasan parlimen untuk melaksanakan projek melibatkan kepentingan rakyat.

“Malangnya, peruntukan untuk kawasan parlimen pembangkang tiada kerana sehingga kini kami tidak menerima satu sen pun dari dana tambahan itu,” katanya dalam sidang media hari ini.

Menurut Salahuddin, ini bukan kali pertama kerajaan Umno BN menafikan hak kawasan pembangkang mendapat peruntukan dan sudah diamal sejak puluhan tahun lalu.

“Secara matematiknya, setiap satu kawasan Parimen BN, mereka mendapat peruntukan sebanyak RM3.025 juta.

“Malangnya, Ahli Parlimen pembangkang dinafikan hak walaupun kami merupakan ahli parlimen yang sah dipilih oleh rakyat,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan, Pakatan Rakyat memberi jaminan setiap Parlimen akan menerima hak mereka jika gabungan itu diberi mandat sebagai kerajaan selepas Pilihan Raya Umum akan datang.

Ini kerana setiap wang itu merupakan wang pembayar cukai dan mereka berhak mendapatnya melalui peruntukan kepada setiap ahli Parlimen yang mereka pilih dalam mana-mana pilihan raya
. -KD

Ulasan GB

Kerana pengamalan sistem diskriminasi dan pilihkasih ini, ia akan mempercepatkan proses kehancuran Barisan Nasional itu sendiri - itu hukum kebenaran dan keadilan.

Mat Rempit 53 Tahun Mengaku Ahli PAS, Tapi Tak Kenal Pemimpin PAS

Hairan, mat rempit 'ahli PAS' tak kenal pemimpin PAS

PULAU PINANG, 8 Nov: Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man meyakini tindakan sekumpulan mat rempit berdemontrasi berhampiran bangunan Dewan Undangan Negeri (Dun), 31 Oktober lalu didalangi parti politik tertentu.

Beliau yang juga Adun Permatang Pasir berkata, ketika kejadian pada hari itu, beliau sendiri bertemu beberapa orang ahli kumpulan itu yang kononnya mendakwa dirinya ahli PAS seumur hidup dan bertanyakan sama ada mereka kenal atau tidak pemimpin PAS negeri itu.

Namun ujarnya, seorang mat rempit 'ahli seumur hidup PAS' itu yang umurnya mungkin sudah menjangkau 50 tahun, terpinga-pinga untuk menjawab soalan siapakah pesuruhjaya PAS negeri itu.

"Saya tanya jika dia sudah lama jadi ahli PAS, siapa pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, dia jawab tak tahu.

"Tiba-tiba kawan-kawan dia tarik baju dia, mungkin kawan-kawannya tak mahu dia menjelaskan sesuatu yang mungkin boleh memecah rahsia sebenar," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau ditemui pada majlis sambutan hari raya Aidil Adha di Pengkalan Tambang, Permatang Pasir semalam.

Pada tengahari 31 Oktober lalu, kira-kira 200 mat rempit mengadakan tunjuk perasaan di bangunan bersejarah jam besar Pulau Pinang yang berhampiran Dewan Undangan Negeri bagi menuntut ‘litar perlumbaan’ dibina bagi kegunaan mereka.

Kumpulan, yang diketuai oleh Ahmad Shahabuddin - wakil Pertubuhan Islam Gabungan Amal - berbaris di sepanjang kawasan itu dengan motosikal mereka kira-kira jam 1 tengahari dan membunyikan hon selama kira-kira 15 minit sebelum disuraikan oleh polis.

Tindakan mereka dipercayai didalangi politik kerana kebanyakan penunggang berkemeja-T berwarna kuning dengan tertera perkataan ‘LGE rasis’ - merujuk kepada ketua menteri Lim Guan Eng - dan projek 'Selamatkan Pulau Pinang'.

Mereka juga membawa sepanduk yang berbunyi “Kami mahu litar lumba”.

Mengulas lanjut, Saleh Man berkata, beliau tidak menolak kemungkinan Umno negeri itu turut terlibat dalam merancang demonstrasi itu.

"Umno nampak gayanya terus main wayang. Mereka sudah ketandusan ideal dengan menjemput pemuda yang entah datang dari mana buat kacau depan dewan. Lepas tu tunjuk kad keahlian PAS seumur hidup pula," tegasnya.

Menurut beliau, Umno di Pulau Pinang hampir mati perancangan untuk mengembalikan sokongan Melayu di sini ekoran pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat diterima baik masyarakat di sini. -HD


Mat Rempit 53 tahun mengaku ahli PAS terlibat?

Mat Rempit berusia 53 tahun tengah hari tadi tampil mengaku bahawa beliau antara "Ahli PAS Seumur Hidup " yang menyertai demontrasi liar mat rempit baru-baru ini bagi menuntut litar lumba dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Razali bin Ismail atau lebih dikenali sebagai "Ayahanda Zali"(paling kiri, pegang sijil PAS), penternak ikan keli dari Telok Kumbar - Pusat AZ Keli King - bersama-sama dua lelaki misteri lain membuat pengakuan itu di perkarangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang, Georgetwon.

Mereka seakan membela dakwaan Adun Telok Bahang, Datuk Seri Dr Hilmi Haji Yahya (Umno) di Dun semalam, iaitu "ahli PAS seumur hidup" terlibat dalam demontrasi liar dari Komtar ke Dun baru-baru ini.

"Sebenarnya saya tidak aktif dalam PAS, saya aktif dalam Pertiga (Pertubuhan Islam Gabungan Amal). Tetapi, saya ahli penyokong Ku Li (Tengku Razaliegh Hamzah) yang masuk PAS dulu selepas Semangat 46 pecah (dibubarkan)," ujarnya pada satu sidang akhbar bersama Himli kira-kira 12.15 tengah hari tadi.

Bagaimanapun, beliau menafikan pembabitan Pertiga selaku penganjur dalam menyediakan semua baju T bertulis "LGE rasis" (baca: Lim Guan Eng rasis) misteri itu.

"Saya tak pakai baju kuning, saya pakai baju hitam. Saya tak tahu apa makna ("LGE Rasis") di baju kuning itu," tegas beliau.

Hilmi Berdalih

Sebelum pada itu, Hilmi berdalih bahawa Umno terbabit secara langsung dalam perhimpunan liar itu.

"PAS ada (terlibat), PKR pun ada (terlibat), Umno ada sedikit (terlibat).

Beliau turut mempertahankan bahawa kenyataanya semalam adalah kenyataan yang benar.

"Saya tak bohong di dewan (Dun). Orang yang bohong dalam dewan sahaja akan kata saya bohong," ujarnya.

Beliau turut menasihatkan Adun Permatang Pasir, Datuk Salleh Man dan Adun Seri Delima R.S.N Rayer supaya melawat sendiri Pusat AZ Keli King yang menjadi tempat berhimpun mat rempit Pertiga.

Rasa pelik

Saleh Man yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri pada satu kenyataan media lain berkata pihaknya berasa pelik dengan sandiwara Hilmi dan tiga lelaki misteri berkenaan.

"Berusia 53 tahun, masih menjadi 'mat rempit'. Selalunya kita dengar, mat rempit digelar pada remaja belasan tahun sahaja.

"Mereka tidak tahu, daripada mana pakaian kuning (bertulis "LGE rasis") ini datang, takkan pakaian ini datang dari langit," beliau berseloroh. -penangdaily


Ulasan GB

Yang kita ingin tahu daripada Adun Telok Bahang, Datuk Seri Dr Hilmi Haji Yahya ialah mat-mat rempit yang berbaju kuning, bukan baju hitam. Sebab mat-mat rempit berbaju kuning yang mendominasi demonstrasi di Pulau Pinang tempohari. Tak kelihatan yang berbaju hitam. Yang berbaju hitam ini entah mana dicekup untuk buat pengakuan - itu pun dia dah mengaku tidak aktif dalam PAS, cuma aktif dalam Pertiga.



Penuntut Malaysia Mati Ditetak Di Surabaya

Seorang penuntut Malaysia maut selepas ditetak di lehernya oleh seorang penjenayah yang cuba melarikan motosikal miliknya di rumah sewa di Malang, Jawa Timur, Indonesia, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam waktu Jawa Timur (8 malam Malaysia), mangsa yang dikenali sebagai Adrian Jay Pereira, 22, penuntut tahun ketiga jurusan perubatan di Universiti Brawijaya, Malang, dekat Surabaya, dipercayai parah akibat tetakan terbabit.

Setiausaha Pertama (Pendidikan) Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Ludinata Misnun ketika dihubungi, berkata mangsa sedang berehat di kediamannya sebelum terdengar bunyi bising di luar.

“Mangsa kemudian meninjau ke luar rumahnya menerusi jendela sebelum melihat seorang lelaki tidak dikenali cuba melarikan motosikalnya.

“Dia menyergah lelaki berkenaan menyebabkan lelaki terbabit melarikan diri sebelum mangsa bertindak mengejarnya,” katanya.

Bagaimanapun, suspek berkenaan gagal dijejaki menyebabkan mangsa berpatah balik ke kediamannya dan ketika sedang membuka topi keledar, tiba-tiba lehernya ditetak.

Seorang rakan serumahnya yang menyedari kejadian terbabit kemudian menghubungi pihak berkuasa bagi melaporkan kes berkenaan.

Menurut Ludinata, polis masih menunggu laporan bedah siasat. -hm

Daerah Rawan Pencurian Motor

Pembunuhan Mahasiswa Malaysia

LOWOKWARU– Meski belum terungkap siapa pelaku pembunuhan terhadap Adrian Jay Pereira, mahasiswa Fakultas Kedokteran Universitas Brawijaya, namun polisi menyimpulkan bahwa kasus pembunuhan itu dilatar belakangi aksi pencurian.

Pelaku nekat membunuh korban karena merasa usaha pencuriannya di rumah kontrakan itu kepergok oleh korban.

“Ada dua kemungkinan pelaku membunuh korban. Pertama karena pelaku kepergok saat mencuri. Dan kedua adalah usaha percobaan perampokan,” kata salah satu petugas kepada Malang Post. Terkait pencurian itu sendiri, Samsul, warga sekitar mengatakan bahwa di wilayah Jalan Kembang Kertas Malang, tidak hanya sekali terjadi. Dia mengatakan bahwa di wilayahnya itu rawan terjadi pencurian. Bahkan, dalam sepekan kemarin ada dua sepeda motor yang dicuri dari dalam kos-kosan. Semuanya adalah sepeda motor Yamaha Vixion.

“TKP pencurian sepeda motor itu sama, di rumah kos yang ada di belakang rumah yang menjadi TKP pembunuhan itu. Hanya waktunya saja yang tidak sama. Pertama pencurian terjadi sekitar pukul 20.30 dan kedua sekitar pukul 03.00.

Sepeda yang dicuri semuanya berada di dalam garasi,” terang Samsul.

Maraknya kasus pencurian itu sendiri, menurut Samsul dan beberapa warga lainnya karena tak lepas dari kondisi jalan yang sepi. Selain itu, penerangan lampu jalan kampung juga masih minim.

“Petugas security di tempat ini juga tidak ada. Bahkan, portal untuk menutup jalan ketika malam juga tidak ada. Kami sebagai warga sendiri, juga tidak mengetahui mana yang pencuri dan mana yang tidak. Sebab di lokasi ini banyak tempat kos sehingga banyak anak kos yang mondar-mandir,” jelasnya.

Disisi lain, aksi pembunuhan yang menewaskan Adrian Jay Pereira cukup menggemparkan warga sekitar. Meski korban merupakan pendatang di tempat itu, namun warga meminta polisi untuk segera mengungkap pelakunya. “Kasus pembunuhan ini adalah yang kali pertama di tempat ini. Kami minta polisi untuk bisa segera menangkap pelakunya,” kata Hari Harsono, warga setempat yang dibenarkan warga lainnya.

Menurut keterangan dari beberapa warga sekitar, rumah yang menjadi lokasi pembunuhan itu dulunya adalah milik Muria Murni yang kemudian dibeli oleh Lilik, warga Lawang. Sebelum dikontrakan kepada mahasiswa asal Malaysia keturunan India, rumah itu sempat akan dijual tetapi batal. Dan lucunya, meski sudah setahun dikontrak oleh mahasiswa asal Malaysia itu, namun warga sekitar mengaku sama sekali tidak mengenal satupun dari mereka. Termasuk Jay, korban pembunuhan. Pasalnya, sejak awal kontrak sampai terjadi pembunuhan itu tidak ada satupun mahasiswa yang kontrak di rumah itu yang izin atau lapor kepada Ketua RT.

“Setahu saya sampai saat ini, tidak ada yang lapor kepada RT kalau kontrak di tempat itu. Korban yang merupakan orang baru karena baru dua pekan tinggal pun, juga belum laporan RT,” ujar Hari. Selain belum lapor RT, warga sekitar sendiri sebetulnya juga mempertanyakan status para mahasiswa yang kontrak di rumah itu.

Sebab selama ini diketahui bahwa yang tinggal di rumah itu tiga orang laki-laki dan tiga perempuan. (agp/mar) -malang-post.com




Bayi Dijumpai Dalam Tong Sampah

Ibu berniat bunuh bayi

NILAI: Apa dosa bayi ini apabila dimasukkan dalam beg plastik yang kemudian diikat kuat dengan baju sebelum dibuang dalam tong sampah di Pangsapuri Taman Desa Jati, di sini.

Namun, umurnya panjang apabila tangisannya didengari seorang wanita berusia 40-an yang lalu di kawasan terbabit dan menyelamatkan bayi yang baru dilahirkan itu.

Susulan penemuan jam 7.30 malam kelmarin yang diketuai Inspektor Floral Godrey Bedimus Johniu itu, seorang wanita warga asing yang bekerja di sebuah kilang berhampiran ditahan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, berkata bayi seberat 2.5 kilogram itu dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) dan dilaporkan dalam keadaan baik.

“Hasil siasatan awal kami percaya suspek mahu bayi berkenaan mati berdasarkan caranya mengikat plastik dengan pakaian seperti mahu bayi itu lemas.

“Kami turut menjumpai pakaian seragam sebuah kilang bersama beberapa pakaian wanita dan pakaian itu membawa kepada penemuan wanita warga asing terbabit,” katanya. -hm

Bayi ditemui dalam tong sampah




SEREMBAN - Polis menahan seorang wanita Vietnam selepas dipercayai membuang bayi lelaki yang baru dilahirkan ke dalam sebuah tong sampah di tepi jalan di Apartmen Desa Jati dekat Nilai di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, bayi malang yang dibungkus dengan uniform sebuah kilang dan dimasukkan ke dalam beg plastik ditemui seorang wanita pada pukul 7.30 malam selepas terdengar bunyi seperti anak kucing di sebuah kedai tempat dia bekerja.

"Pekerja wanita itu pada mulanya menyangka bunyi anak kucing tetapi apabila dia menghampiri bunyi itu dia terkejut menjumpai bayi lelaki di dalam sebuah tong sampah di tepi jalan di taman itu," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam. -kosmo



[Video] Keajaiban Ilahi: Jutaan Burung Perling Buat Pertunjukan Akrobatik Di Udara

Gretna, Scotland - Sekawan burung perling membuat pelbagai bentuk semasa ia terbang pada waktu senja di sini kelmarin.

Burung-burung itu menunjukkan beberapa pergerakan akrobatik yang amat cantik semasa ia terbang bersama-sama bagi mengelirukan burung helang.

Jutaan burung melakukan pertunjukan tersebut di waktu senja sebelum mendapatkan tempat hinggapnya di sebelah malam dan menurut penduduk tempatan ia dapat dilihat setiap tahun yang mana ia menunjukkan tentang bermulanya musim sejuk.

Kumpulan burung ini terbang bersama-sama untuk tujuan keselamatan, dan boleh mencapai kelajuan 20 batu sejam.

Burung-burung ini terbang dengan jumlah yang besar dari Russia dan Scandinavia sebelum bermulanya musim sejuk.

Para saintis hingga kini belum menemui kepastian bagaimana mereka melakukan terbangan sedemikian. Malah algorithma kompleks belum dapat menerangkan aksi akroboatik burung-burung perling ini, sehingga mereka berjaya terbang di dlam satu alunan yang tidak menyebabkan beburung itu berlanggar sesama sendiri.

Namun jumlah burung perling ini dikatakan telah berkurangan dengan begitu besar mutakhir ini, berkemungkinan kekurangan sarang sebagai tempat untuk mereka tinggal.







Ulasan GB

Firmanullah s.w.t.:


Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di langit? Tiada yang menahan mereka dari jatuh melainkan Allah; sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang beriman. Surah An-Nahl:79



Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah sentiasa bertasbih kepada-Nya sekalian makhluk yang ada di langit dan bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Semuanya mengetahui cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memuji-Nya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.. Surah An-Nur:41

Selepas Lembu & Kambing, Rakyat Pula Disembelih - Tarif Elektrik Bakal Naik Lagi?

TNB hadapi masalah aliran tunai, tarif naik lagi?

Tenaga Nasional Bhd (TNB) dilaporkan menghadapi masalah aliran tunai yang gawat dan bergelut untuk membayar kos tinggi bahan api alternatif.

Menurut laporan akhbar the Star hari ini, keadaan itu disebabkan kekurangan bekalan gas yang berlaku kali ini pada skala yang lebih besar.

Terdapat cadangan bagi kos berkenaan dikongsi bersama berdasarkan pengalaman sebelum ini pada tahun 2002, iaitu pada nisbah 40:30:30, yang akan ditanggung oleh pembekal gas Petroliam Nasional Bhd (Petronas), TNB sendiri dan pengeluar tenaga bebas (IPP). Namun pihak-pihak tertentu memilih mengabaikannya.

Menurut the Star, TNB mendakwa firma utiliti gergasi itu tidak lagi mampu untuk membayar manakala IPP pula berpendirian bukan tanggungjawab mereka untuk membayar.

Sementara itu, Petronas berkata bahawa sehingga Ogos tahun ini, ia telah membayar RM143.4bil bagi perbezaan harga. Daripada jumlah itu, RM103.2bil dibayar bagi membekalkan gas kepada sektor kuasa itu.

Bagaimanapun, laporan itu tidak menyebut sama ada kenaikkan kos itu akan mengakibatkan kenaikkan harga tarif elektrik.

Kali terakhir, krajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik ialah pada 1 Jun lalu dengan purata 7.12 peratus. Tindakan itu sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.

Bayar RM400 juta sebulan

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin juga pada Mei tahun ini pernah berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan.

Ini bermakna tarif elektrik di negara ini akan dinaikkan setiap enam bulan bagi tahun-tahun berikut supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual Petronas kepada pengeluar tenaga.

The Star juga melaporkan agensi penyelidikan seperti Maybank Investment Bank (IB) Research menjangkakan aliran tunai TNB akan kehabisan pada suku ketiga atau keempat tahun kewangannya.

TNB dikatakan membayar RM400 juta sebulan bagi perbezaan harga antara menggunakan sulingan petroleum dan gas sebagai bahan api.

Pada Oktober lalu, TNB mengumumkan syarikat itu mencatat kerugian bersih RM453.9 juta pada suku keempat berakhir 31 Ogos 2011 berbanding kerugian bersih RM440.2 juta pada suku sebelumnya.

Bagi setahun penuh, syarikat tenaga nasional itu mencatat RM499.5 juta keuntungan bersih berbanding RM3.2 bilion pada tahun kewangan sebelumnya, sebahagian besarnya hasil daripada kos bahan api yang tinggi. -mk



[Kuliah] Oral Seks - Boleh Atau Tidak Dalam Islam

Assamualaikum Wr. Wb.

Pak Ustaz, saya telah menikah selama 4 tahun dan belum dikurnia anak. Yang ingin saya tanyakan adalah, bolehkah sepasang suami-isteri melakukan oral sek?

Sewaktu bercinta dulu, saya dengan suami sering melakukan zina, bagaimana saya bertaubat memohon ampun kepada Allah SWT atas dosa saya tersebut dan adakah ini laknat dari Allah atas dosa zina saya sehingga sampai sekarang saya belum dikurniai anak.

Dan adakah doa khusus yang dapat saya panjatkan agar saya dapat diberi keturunan secepatnya. -Republik

Assalamualaikum...Pak Ustadz yang selalu dirahmati Allah. Sebelumnya saya mohon maaf bila pertanyaan ini sangat "vulgar", tapi memang ini masalah sering membuat aku bimbang.

Begini Pak Ustadz, saya adalah pengantin baru yang gairah seksnya lagi menggebu-gebu. Kemudian lagi asyik-asyiknya bulan madu, isteri saya kedapatan "tamu" bulanan. Bagaimana jika untuk memenuhi keperluan seks saya minta isteri saya melakukan oral seks, kerana untuk bersetubuh sangat tidak mungkin. Terus, apa hukum oral seks menurut Islam. Sekian Pak Ustadz atas jawabannya kami ucapkan terima kasih, wassalam.. -RH

Hamba Allah

Jawaban

Wa’alaikumussalam Wr Wb

Hukum Oral Seks

Ada beberapa pertanyaan yang masuk ke ruangan kita ini tentang permasalahan yang sama yaitu Hukum Oral Seks Menurut Islam dan untuk mewakilinya saya cuba mengambil dua contoh pertanyaan diatas. Semoga Allah swt memberikan kemudahan kepada saya untuk membahasnya dan senantiasa mencurahkan ilmu-Nya kepada kita semua.

Hubungan seksual antara pasangan suami isteri bukanlah hal yang terlarang untuk dibicarakan didalam Islam namun bukan pula hal yang dibebaskan sedemikian rupa bak layaknya seekor haiwan yang berhubungan dengan sesamanya.

Islam adalah agama fitrah yang sangat memperhatikan masalah seksualiti kerana ini adalah keperluan setiap manusia, sebagaimana firman Allah swt,"Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercocok tanam, Maka datangilah tanah tempat bercocok-tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki. dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa kamu kelak akan menemui-Nya. dan berilah kabar gembira orang-orang yang beriman." (QS. Al Baqarah : 223)

Ayat diatas menunjukkan betapa Islam memandang seks sebagai sesuatu yang moderat sebagaimana karakteristik dari Islam itu sendiri. Ia tidaklah dilepas begitu saja sehingga manusia boleh berbuat sebebas-bebasnya dan juga tidak diperketat sedemikian rupa sehingga menjadi suatu pekerjaan yang membosankan.

Hubungan seks yang baik dan benar, yang tidak melanggar syariat selain merupakan puncak keharmonisan suami isteri serta penguat perasaan cinta dan kasih sayang diantara mereka berdua maka ia juga termasuk suatu ibadah disisi Allah swt, sebagaimana sabda Rasulullah saw,"..dan bersetubuh dengan isteri juga sedekah. Mereka bertanya,'Wahai Rasulullah, apakah jika diantara kami menyalurkan hasrat biologisnya (bersetubuh) juga mendapat pahala?' Beliau menjawab,'Bukankah jika ia menyalurkan pada yang haram itu berdosa?, maka demikian pula apabila ia menyalurkan pada yang halal, maka ia juga akan mendapatkan pahala." (HR. Muslim)

Diantara variasi seksual yang sering dibicarakan para seksologi adalah oral seks, iaitu adanya kontak seksual antara kemaluan dan mulut (lidah) pasangannya. Tentunya ada bermacam-macam oral seks ini, dari mulai menyentuh, mencium hingga menelan kemaluan pasangannya kedalam mulutnya.

Hal yang tidak boleh dihindari ketika seorang ingin melakukan oral seks terhadap pasangannya adalah melihat dan menyentuh kemaluan pasangannya. Dalam hal ini para ulama dari madzhab yang empat bersepakat diperbolehkan bagi suami untuk melihat seluruh tubuh isterinya hingga kemaluannya kerana kemaluan adalah pusat kenikmatan. Akan tetapi setiap dari mereka berdua dimakruhkan melihat kemaluan pasangannya terlebih lagi bahagian dalamnya tanpa suatu keperluan, sebagaimana diriwayatkan dari Aisyah yang mengatakan,"Aku tidak pernah melihat kemaluannya saw dan beliau saw tidak pernah memperlihatkannya kepadaku." (al Fiqhul Islami wa Adillatuhu juz IV hal 2650)

Seorang suami berhak menikmati isterinya, khususnya bagaimana dia menikmati berjimak dengannya dan seluruh bahagian tubuh isterinya dengan suatu kenikmatan atau menguasai tubuh dan jiwanya yang menjadi haknya untuk dinikmati maka telah terjadi perbezaan pendapat diantara para ulama kami, kerana tujuan dari berjima’ tidaklah sampai kecuali dengan hal yang demikian. (Bada’iush Sona’i juz VI hal 157 - 159, Maktabah Syamilah)

Setiap pasangan suami isteri yang diikat dengan pernikahan yang sah didalam berjima’ diperbolehkan untuk saling melihat setiap bahagian dari tubuh pasangannya hingga kemaluannya. Adapun hadith yang menyebutkan bahwa siapa yang melihat kemaluan (isterinya) akan menjadi buta adalah hadith munkar tidak ada landasannya. (asy Syarhul Kabir Lisy Syeikh ad Durdir juz II hal 215, Maktabah Syamilah)

Dibolehkan bagi setiap pasangan suami isteri untuk saling melihat seluruh tubuh dari pasangannya serta menyentuhnya hingga kemaluannya sebagaimana diriwayatkan dari Bahz bin Hakim dari ayahnya dari abangnya berkata," Aku bertanya,'Wahai Rasulullah aurat-aurat kami mana yang tutup dan mana yang kami biarkan? Beliau bersabda,’Jagalah aurat kamu kecuali terhadap isterimu dan budak perempuanmu." (HR. tirmidzi, dia berkata,"Ini hadith Hasan Shohih.") kerana kemaluan boleh untuk dinikmati maka ia boleh pula dilihat dan disentuhnya seperti bahagian tubuh yang lainnya.

Dan dimakruhkan untuk melihat kemaluannya sebagaimana hadith yang diriwayatkan Aisyah yang berkata,"Aku tidak pernah melihat kemaluan Rasulullah saw." (HR. Ibnu Majah) dalam lafazh yang lain, Aisyah menyebutkan : Aku tidak melihat kemaluan Rasulullah saw dan beliau saw tidak memperlihatkannya kepadaku."

Didalam riwayat Ja’far bin Muhammad tentang perempuan yang duduk dihadapan suaminya, di dalam rumahnya dengan menampakkan auratnya yang hanya mengenakan pakaian tipis, Imam Ahmad mengatakan,"Tidak mengapa." (al Mughni juz XV hal 79, maktabah Syamilah)

Oral seks yang merupakan bahagian dari suatu aktiviti seksual ini, menurut Prof DR Ali Al Jumu’ah dan Dr Sabri Abdur Rauf (Ahli Fiqih Univ Al Azhar) boleh dilakukan oleh pasangan suami isteri selama hal itu memang diperlukan untuk menghadirkan kepuasan mereka berdua dalam berhubungan. Terlebih lagi jika hanya dengan itu ia merasakan kepuasan jika bimbang ia terjatuh didalam perzinaan.

Meskipun banyak seksologi yang menempatkan oral seks ini kedalam kategori permainan seks yang aman berbeza dengan anal seks selama betul-betul dijamin kebersihan dan kesihatannya, baik mulut ataupun kemaluannya. Akan tetapi kemungkinan untuk terjangkitnya berbagai penyakit manakala kurang hati-hati didalam menjaga kebersihannya sangatlah besar.

Hal itu dikeranakan yang keluar dari kemaluan adalah madzi dan mani. Madzi adalah cairan berwarna putih dan halus yang keluar dari kemaluan ketika adanya ketegangan syahwat, hukumnya najis. Sedangkan mani adalah cairan kental memancar yang keluar dari kemaluan ketika syahwatnya memuncak, hukumnya menurut para ulama madzhab Hanafi dan Maliki adalah najis sedangkan menurut para ulama Syafi’i dan Hambali adalah suci.

Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al`Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi berpenapat bahwa isapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral seks) adalah haram dikeranakan kemaluannya itu boleh memancarkan cairan (madzi). Para ulama telah bersepakat bahwa madzi adalah najis. Jika ia masuk kedalam mulutnya dan tertelan sampai ke perut maka akan dapat menyebabkan penyakit.

Adapun Syeikh Yusuf al Qaradhawi memberikan fatwa bahwa oral seks selama tidak menelan madzi yang keluar dari kemaluan pasangannya maka ia adalah makruh dikeranakan hal yang demikian adalah salah satu bentuk kedhaliman (diluar kewajaran dalam berhubungan).

Berhubungan disaat Haidh

Allah swt berfirman,"Mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah: "Haidh itu adalah suatu kotoran". oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. apabila mereka telah Suci, Maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (QS. Al Baqarah : 222)

Ayat diatas telah menyebutkan bahwa haidh adalah kotoran yang keluar dari kemaluan perempuan dan diminta kepada para suami yang mendapati isterinya sedang dalam keadaan haidh untuk tidak menyetubuhinya hingga ia suci dari haidhnya.

Jumhur ulama berpendapat bahwa diharamkan bagi suami menyetubuhi (memasukkan penis kedalam vagina) isterinya yang sedang dalam keadaan haidh dan bersenang-senang dengan bahagian tubuh yang ada diantara pusar dan lutut, sebagaimana firman Allah swt," Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita diwaktu haidh."

Dibolehkan bagi suami yang mendapati isterinya sedang dalam keadaan haidh untuk menikmati bahagian tubuh yang ada diatas pusar. Dikeranakan jika ia bersenang-senang dengan bahagian yang dibawah pusar maka hal itu sangat mungkin mendorong kepada terjadinya wath’u (masuknya penis kedalam vagina) dan ini diharamkan sebagaiman sabda Rasulullah saw,"Maka barangsiapa yang mengitari daerah larangan maka dikhawatirkan ia akan jatuh kedalamnya." (HR. Bukhari Muslim)

Adapun tentang kafarat jika terjadi wath’u yang dilakukan suami terhadap isterinya maka terdapat perzedaan pendapat dikalangan para ulama :

1. Para ulama madzhab Maliki, Hanafi dan Syafi’i dalam pendapatnya yang baru adalah tidak ada kafarat namun diwajibkan baginya untuk istighfar dan bertaubat.

2. Para ulama Hambali, riwayat yang paling benar dari mereka, berpendapat wajib baginya membayar kafarat dia boleh memilih dengan membayar 1 dinar (seharga 3,25 gr emas, pen) atau ½ dinar. Kafarat ini tidak diwajibkan bagi yang memang tidak mempunyai sesuatu untuk membayarnya.

3. Para ulama madzhab Syafi’i berpendapat barangsiapa menggaulinya diawal keluarnya darah maka ia perlu bersedekah dengan 1 dinar sedangkan barangsiapa yang menggaulinya diakhir keluarnya darah maka ia bersedekah dengan ½ dinar.

(al Fiqhul Islami wa Adillatuhu juz I hal 627 – 630)

Bertaubat dari Zina

Perzinaan merupakan perbuatan yang sangat buruk dan pelakunya diancam dosa besar oleh Allah swt, firman-Nya,"Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk." (QS. Al Israa : 32) Hal itu dikeranakan terlalu banyaknya kesan yang ditimbulkan dari perzinahan, baik efek psikologi, sosial maupun moral.

Untuk itu Islam menetapkan suatu hukuman yang berat bagi seorang pezina dengan rotan seratus kali dan diasingkan bagi mereka yang belum menikah serta direjam bagi mereka yang telah menikah, sebagaimana beberapa dalil berikut ini :

1. "Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, Maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman." (QS. An Nuur : 2)

2. Dari Abu Hurairah ra bahwasanya Rasulullah saw pernah memberikan hukuman kepada orang yang berzina (belum menikah) dengan "hukuman dibuang (diasingkan) satu tahun dan pukulan seratus kali." (HR. Bukhari)

3. Rasulullah saw menanyakan kepada seorang laki-laki yang mengaku berzina,"Apakah engkau seorang muhson (sudah menikah)? Orang itu menjawab,'Ya'. Kemudian Nabi bersabda lagi,'Bawalah orang ini dan rajamlah." (HR Bukhari Muslim)

Namun Allah swt adalah Maha Penerima taubat dari setiap hamba-Nya yang mau bertaubat dari segala perbuatan maksiatnya. Untuk itu yang harus dilakukan oleh mereka yang telah jatuh kedalam perbuatan zina ini dan menginginkan kembali ke jalan Allah swt, adalah :

1. Taubat Nashuha

Tidak ada hal terbaik yang harus dilakukan bagi seorang yang melakukan dosa kepada Allah swt kecuali taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang dibarengi dengan penyesalan dan tekad kuat untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Firman Allah swt,"Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatn nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai." (QS. At Tahrim : 8)

Disebutkan didalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim bahwa ada seorang wanita hamil dari Juhainah mengaku telah berzina dihadapan Rasulullah saw maka ia dirajam setelah melahirkan bayinya itu. Pada saat itu Umar ra mengatakan,"Apakah engkau mensolati jenazahnya ya Rasulullah saw padahal ia telah berzina?' beliau saw menjawab,'Dia telah bertaubat dengan suatu taubat yang andaikan taubatnya dibagi-bagikan kepada tujuh puluh penduduk Madinah, tentu akan mencukupi mereka semua. Apakah engkau mendapatkan sesuatu yang lebih baik dari kerelaannya untuk menyerahkan dirinya kepada Allah."

Jadi tidak ada kata terlambat dan putus asa bagi seorang yang masih mengimani Allah swt sebagai Tuhannya untuk kembali kejalan-Nya, memperbaiki segala kesalahannya dan menggantinya dengan berbagai perbuatan yang baik.

2. Tidak membuka aibnya kepada orang lain

Dengan tidak memungkin bagi setiap pelaku zina untuk dirotan atau direjam pada saat ini dikeranakan tidak diterapkannya hukum Islam maka sudah seharusnya semua menutupi aibnya itu dan tidak menceritakannya kepada siapa pun. Dengan ini mudah-mudahan Allah swt juga menutupi aib dan kesalahannya ini.

Bahwasanya Nabi saw bersabda,"Setiap umatku mendapat pemaafan kecuali orang yang menceritakan (aibnya sendiri). Sesungguhnya diantara perbuatan menceritakan aib sendiri adalah seorang yang melakukan suatu perbuatan (dosa) di malam hari dan sudah ditutupi oleh Allah swt kemudian dipagi harinya dia sendiri membuka apa yang ditutupi Allah itu." (HR. Bukhori dan Muslim)

3. Beribadah dan beramal dengan sungguh-sungguh

Firman Allah swt,"Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan yang demikian itu, niscaya Dia mendapat (pembalasan) dosa(nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan Dia akan kekal dalam azab itu, dalam Keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; Maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Al Furqan : 68 – 70)

Amal soleh yang dilakukan haruslah sungguh-sunguh dan tidak asal-asalan agar boleh menutupi dosa besar yang telah dilakukannya. Amal soleh tersebut juga sebagai bukti masih adanya iman didalam dirinya. Keimanan yang menggerakkannya untuk beramal soleh ini yang kemudian menjadikan Allah swt menutupi dosa dan keburukannya. Bahkan tidak hanya itu, Allah swt menutup ayat itu dengan menyebutkan ‘dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang’

Tips Mendapatkan Keturunan

Permasalahan seseorang mempunyai keturunan atau tidak maka itu semua adalah hak Allah swt dengan segala hikmah dan keadilan-Nya serta jauh dari berbuat zhalim terhadap hamba-hamba-Nya kecuali manusia lah yang menzalimi diri mereka sendiri Firman Allah swt,"Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada siapa) yang dikehendaki-Nya, dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha mengetahui lagi Maha Kuasa." (QS. Asy Syuro : 50)

Allah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu yang terjadi di alam ini, jika Dia berkehendak atas segala sesuatu maka itu akan terjadi dan jika Dia tidak berkehendak atas segala sesuatu maka itu tidak akan terjadi. Dia memberikan kepada siapa yang Dia kehendaki dan menahan pemberian kepada siapa yang Dia kehendaki. Ketika Dia memberikan sesuatu maka tidak ada yang boleh menahannya dan jika Dia menahan sesuatu maka tidak ada yang boleh memberikannya.

Tidak disangsikan lagi adanya anak-anak adalah sebuah rezeki dan karunia Allah swt yang menjadi dambaan setiap pasangan suami isteri untuk meneruskan nasab dan keturunannya. Tapi sayang, tidak jarang dari para orang tua yang menyia-nyiakan rezeki yang berharga ini sehingga justru membawa petakan bagi mereka, tidak cuma di dunia namun juga diakherat. Firman Allah swt,"Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezki dari yang baik-baik. Maka Mengapakah mereka beriman kepada yang bathil dan mengingkari nikmat Allah ?" (QS. An Nahl : 72)

Namun demikian bagi mereka yang belum mendapatkan keturunan tidak boleh berputus asa dan berprasangka buruk terhadap Allah swt. Mereka tetap dianjurkan untuk selalu berikhtiar, baik melalui usaha-usaha perubatan atau dengan semakin mendekatkan dirinya kepada Allah swt melalui banyak berdoa dan beristighfar serta menyedikitkan kemaksiatan terhadap-Nya, sebagaimana firman-Nya,"Maka aku katakan kepada mereka: 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, -sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun-, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan Mengadakan untukmu kebun-kebun dan Mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." (QS. Nuh : 12)

Ayat ini memberikan petunjuk kepada setiap orang yang ingin mendapatkan banyak rezeki—termasuk anak-anak—dari Allah swt adalah dengan memperbanyak istighfar dan bertaubat dari segala kemaksiatan dan dosa. Dikeranakan dosa dan maksiat yang dilakukan akan boleh menghambat rezeki yang akan diturunkan Allah kepadanya, sebagaimana sabda Rasulullah saw,"Sesungguhnya seorang hamba ditahan dari mendapatkan rezeki dikeranakan dosa yang dibuatnya." (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

Wallahu A’lam -eramuslim