15 Sep 2011

Noh Omar Gelabah Mengenai Konspirasi Penjarakan Khir Toyo

Konspirasi tumbangkan Dr Khir: Noh 'tak tahu menahu'

Menteri Pertananian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar "tidak tahu menahu" mengenai dakwaan bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo bahawa tiga menteri persekutuan dalam kabinet sedang berkonspirasi bagi mengenakannya.

"Saya tidak tahu. Saya tidak ada komen. Awak kena tanya dia (Dr Khir)," kata Noh ketika ditemui pemberita sewaktu sambutan Aidilfitri anjuran kementeriannya di Serdang.

Diasak pemberita mengapa Dr Khir menimbulkan perkara ini di dalam blognya, Noh yang juga ahli parlimen Tanjung Karang, sambil tersenyum, berkata:

"Saya tidak tahu, awak pergi tanya dia. Kena pergi tanya dia. Saya tidak tahu".

Dalam blognya 23 Ogos lalu, Dr Khir menulis ada menteri persekutuan yang sedang berkonspirasi agar beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah supaya membolehkan Selangor dapat dirampas semula oleh BN dalam pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun Dr Khir tidak mendedahkan nama menteri-menteri berkenaan walaupun yakin sumbernya sangat boleh dipercayai.

“Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya,” tulisnya.

Noh adalah menteri kabinet mewakili Umno yang tunggal dari Selangor dan beliau juga adalah timbalan ketua badan perhubungan Umno Selangor .

Dakwaan konspirasi oleh Dr Khir timbul apabila bekas menteri besar itu diarah membela dirinya pada perbicaraan kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo, yang dijadualkan bermula pada 26 September depan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Beliau dipersalahkan berikutan kekalahan BN di Selangor pada pilihan raya umum 2008 selepas memerintah negeri itu daripada 2000 hingga 2008.

Berikutan keputusan yang memalukan itu, Khir berundur diri. Jawatannya sebagai pengerusi perhubungan negeri Selangor diambil alih oleh Najib selaku presiden parti Umno.

Najib kemudian melantik Datuk Noh Omar - seteru politik Dr Khir - sebagai timbalannya dan dilihat sebagai calon menteri besar baru jika BN mampu menang pada pilihan raya negeri akan datang.

Pada 8 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan bekas menteri besar itu membela dirinya berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu.

Dr Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya Datin Seri Zahrah Kechik, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di Shah Alam dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta.-mk

Ulasan GB

Sewaktu pendedahan itu dibuat oleh Khir Toyo, GB telah mengulas begini:

Tak tentu arah Khir Toyo sekarang ini apabila ada skrip lain sedang mengatasi skrip untuk membebaskannya.

Maka didedahkanlah skrip dari 3 Menteri Kabinet yang dikatakan sedang berkonspirasi untuk beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah.

Tetapi beliau tak dedahkan pula bahawa sebelumnya ada skrip lain dari kalangan pihak paling berkuasa di dalam sistem kehakiman negara untuk membebaskan beliau dari tuduhan rasuah. Buktinya: apa pihak yang sudah menyuruh beliau duduk diam-diam dan jangan buat kenyataan mengenai kesnya.

Tetapi mungkin Khir berang kerana tak tahan kena bela diri di atas tuduhan rasuah, maka beliau buat juga kenyataan dedahkan apa yang dikatakan konspirasi menteri-menteri berkenaan terhadap dirinya. Sepastinya beliau sudah diberitahu ada kemungkinan skrip asal untuk membebaskannya sudah ditewaskan dengan skrip lain yang lebih bermutu tinggi.

Tak apalah Khir. Tuan pun dah lama "sapu" bersih wang rakyat semasa menjadi MB. Mungkin di dalam penjara tuan boleg "berriadah" memperbanyakkan ibadah menyuci diri dan kemudiannya siapa tahu diterima semula ke dalam masyarakat macam Mokhtar Hashim yang pernah jadi seorang Menteri kabinet kemudian, dihukum gantung sampai mati, kemudian mendapat keampunan dari Yang Di Pertuan Agong dengan cuma dipenjara seumur hidup. Kemudian setelah menjalani 10 tahun dalam penjara, beliau mendapat keampunan daripada Agong untuk dibebaskan.

Gigil tak bila GB kata kena masuk penjara jugak? Relaxler. Lom kena lagi. Doa banyak-banyak.


Baca entri sebelum ini:




Hanya Kerajaan Berjiwa Rakyat Akan Dipilih Rakyat

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyatakan tempoh enam bulan dari sekarang adalah penentuan samada eksperimen politik dan hasil kejayaan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 12 sebelum ini dapat melahirkan kerajaan berjiwa rakyat di negeri itu atau tidak.

Dalam kenyataan media sempena Hari Malaysia, Guan Eng berkata, usaha Pakatan dalam menjadikan Pulau Pinang lebih bersih, hijau dan selamat sepanjang tiga tahun setengah mentadbir negeri itu seharusnya sudah menampakkan perubahan dari segi pemikiran dan keyakinan rakyat.

"Warga Pulau Pinang semakin yakin dan optimis terhadap masa depan kerana mereka boleh bergantung kepada kerajaan berjiwa rakyat yang mendengar kata rakyat, melakukan kerja untuk rakyat dan memberi harapan untuk masa depan yang lebih cerah," katanya.

"Sesungguhnya tiada pengganti bagi prestasi, produktiviti dan kecekapan," kata beliau kenyataan tersebut.

Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang diketuai Guan Eng telah menjadi mangsa serangan bertali arus UMNO di media serta jalanan.

UMNO sebelum ini mendakwa Guan Eng sebagai anti Melayu, anti Islam serta bersubahat dalam perjudian dan menyatakan kerajaan Pakatan sebagai korup sebaliknya tidak satu pun tuduhan tersebut terbukti benar.

Guan Eng yang memperjuangkan dasar ketelusan selari dengan 'buku jingga' Pakatan Rakyat telah berjaya merubah dasar korupsi UMNO BN sebelum ini.


"Perubahan yang paling besar dalam pemikiran telah berlaku ekoran daripada dasar kerajaan berjiwa rakyat Pakatan Rakyat yang menegakkan kedaulatan undang-undang. Di Pulau Pinang, dasar ketelusan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri bermakna bahawa sebarang urus niaga tidak lagi memerlukan orang dalam atau orang tengah. Yang diperlukan hanya peraturan dan undang-undang," kata beliau.

Tambahnya, cita-cita Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia adalah untuk membanteras rasuah serta ketidakadilan dalam segenap lapisan masyarakat.

Beliau mahu semua bersepakat dalam semangat setiakawan untuk mencapai aspirasi bersama untuk keadilan, kebenaran, kebebasan, demokrasi dan kebajikan sosial demi masa depan Malaysia yang lebih cerah.

"Hanya dengan ekonomi yang bebas daripada rasuah boleh kita memastikan bahawa rakyat akan makmur dan menerima manfaat. Marilah kita mengazamkan masa depan yang bebas daripada ketakutan dan kronisme. Marilah kita mencita-citakan masa depan di mana semua lapisan masyarakat dan kaum, sama ada Melayu, India, Cina, Kadazan atau Iban, akan dianggap sebagai saudara senegara tanpa sebarang diskriminasi." tambahnya. -tvsnews



5 Tahun Penjara Untuk Penembak Aminul-Rasyid. Cukupkah Untuk Menyedarkan Polis?

Kematian Aminul: Kpl Jenain dihukum 5 tahun penjara

Koperal Jenain Subi, 49, hari ini dijatuhi hukuman lima tahun penjara setalah didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian remaja Aminulrasyid Amzah.

Mahkamah Sesyen Shah Alam mendapati Jenain bersalah atas tuduhan tersebut mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.

Hakim Latifah Mohd Tahar turut menetapkan jaminan sebanyak RM10,000.

Katanya, pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa peluru yang menyebabkan kematian pelajar sekolah itu merupakan salah satu daripada 21 butir peluru yang ditembak oleh Jenain menggunakan selaras senapang submesin-gan.

Pendakwaan telah membuktikan demikian dengan melangkaui keraguan munasabah, katanya.

Menurutnya lagi, seorang pegawai polis sepatutnya tahu bahawa tembakan pada tetapan automatik itu adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kematian.

Berdasarkan kenyataan anggota polis yang turut bertugas ketika insiden itu berlaku, mahkamah turut mendapati bahawa Jenain tidak perlu melepaskan tembakan berkenaan memandangkan motokar yang dipandu Aminulrasyid telahpun dipandu dengan perlahan.

Aminulrasyid telahpun hampir tiba di rumahnya di Seksyen 11, Shah Alam dalam kejadian tersebut apabila beliau maut akibat tembakan bertalu-talu oleh anggota polis yang mengejarnya itu.

Pendakwaan dijalankan oleh timbalan pendakwa raya, Mohd Dusuki Mokhtar, Idham Abd Ghani dan Adilla Ahmad, manakala Jenain diwakili peguam M Athimulan, Salim Bashir dan Halim Ashgar Mohd Hilmi.

Turut hadir di mahkamah hari ini ialah peguam kepada keluarga Allahyarham, N Surendran dan juga anggota keluarga mangsa yang dilihat mengalirkan air mata ketika keputusan dibacakan hari ini. -mk

Ulasan GB

Sama dengan beberapa kes kematian yang lain yang disebabkan oleh anggota polis, pada awalnya dahulu, kematian Aminul-Rasyid seperti tidak mendapat pembelaan. Hampir kesemua jari dan tangan menuding mangsa (Aminul-Rasyid) sebagai pesalah sehinggalah keluarga mangsa tetap dengan pendiriannya menuntut keadilan.

Memadaikan 5 tahun untuk seorang yang sudah disahkan "membunuh"?

Aminulrasyid telahpun hampir tiba di rumahnya di Seksyen 11, Shah Alam dalam kejadian tersebut apabila beliau maut akibat tembakan bertalu-talu oleh anggota polis yang mengejarnya itu.


GB sudah ulas sebelum ini di entri setahun lalu. Petikan:

Penggunaan kekerasan dan senjata api secara melulu oleh anggota polis sewajarnya disemaksemula dan perlu ada garis panduan yang lebih ketat mengenainya sekalipun di atas alasan membenteras jenayah.

Kes adik Aminul-Rasyid, kes Suwandi dan Azman di Terengganu jelas menunjukkan polis telah bertindak secara wewenangan dengan menggunakan senjata api dan rakyat telah melahirkan rasa marah serta tidak puashati terhadap apa yang disifatkan penyalahgunaan kuasa oleh anggota polis terutama kepada orang awam.

Modus operandi "menembak mati supaya mudah tidak lagi dibebankan dengan pembuktian di mahkamah" perlu dihentikan segera kerana ia adalah satu tindakan pengecut yang mana polis dilihat tidak mahu bertanggungjawab di atas tindakan mereka sendiri.

PDRM perlu menghormati hak untuk hidup setiap manusia semasa menjalankan tugas. Dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia, Artikel 3 menyatakan bahawa “Setiap orang berhak untuk hidup” dan Artikel 5 menyatakan bahawa “Tiada sesiapa pun boleh dikenakan seksaan atau layanan atau hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan.”

Artikel 4 dalam Prinsip Asas Penggunaan Kekerasan dan Senjata Api oleh Pihak Penguatkuasa 1990 (Basic Principles on the Use of Force and Firearms by Law Enforcement Officials) oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa “Pegawai-pegawai pihak penguatkuasa, dalam menjalankan tugas seboleh mungkin menggunakan cara tidak keras sebelum terpaksa menggunakan kekerasan dan senjata api.”

Mengikut statistik rasmi kerajaan, antara tahun 2007 hingga 2009, terdapat sebanyak 183 nyawa dikorbankan akibat ditembak mati oleh polis.

SUARAM sebelum ini telah menggesa pihak polis untuk menggunakan alternatif lain selain daripada senjata api dalam operasi penangkapan suspek penjenayah. Malah, rakyat risau dan bimbang dengan penggunaan senjata api oleh pihak polis khususnya, kerana sehingga hari ini tiada satu mekanisme dan akauntabiliti dalam kes-kes penggunaan senjata api oleh pihak polis.


Isteri, Suami Orang Dicekup Khalwat Dalam Myvi

Kampung Raja - Akibat tidak dapat mengawal perasaan setelah bertemu kekasih lama, seorang guru lelaki dan pasangannya seorang warden asrama menyambung semula hubungan cinta yang terputus sebelum itu walaupun masing-masing telah berumah tangga. Gambar fail

Guru lelaki berusia 49 tahun itu dan pasangannya berusia 29 tahun dari Kelantan itu dilamun cinta menyebabkan mereka sering keluar bersama.

Bagaimanapun tindakan tidak mereka memadu asmara di dalam sebuah kereta di Pantai Bukit Keluang, di sini akhir tahun lalu, membawa padah apabila mereka ditangkap sepasukan anggota penguat kuasa Syariah Besut.

Bukan itu sahaja, malahan pasangan itu telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,900 setiap seorang oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, setelah mereka membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim Syarie Mohd Nazri Yusof.

Mahkamah turut mengarahkan pasangan tu dipenjarakan selama sebulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Mereka dituduh di bawah Seksyen 31 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (takzir) Terengganu 2001 kerana berkhalwat, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.

Pasangan itu didakwa melakukan kesalahan itu di dalam sebuah kereta Myvi di tepi pantai Bukit Keluang pada jam 11.25 pagi, 28 Disember tahun lalu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof.

Menurut fakta kes, sepasukan anggota penguat kuasa yang membuat rondaan telah ternampak sebuah kereta Myvi di satu kawasan sunyi di pantai berkenaan, yang disyaki sedang melakukan perbuatan tidak bermoral.

Ketika penguat kuasa menghampiri kereta itu dengan lebih dekat, kereta itu bergerak tetapi berjaya ditahan 10 meter dari situ.

Apabila pemeriksaan dilakukan, didapati tertuduh lelaki berada di tempat duduk pemandu dengan keadaan kerusi terbaring sedikit dengan memakai baju T berkolar, dan seluar jean dengan keadaan butang seluar terbuka.

Pasangannya berada di kerusi penumpang depan memakai kemeja T dan seluar jean yang terbuka tali pinggangnya.

Hasil pemeriksaan mendapati mereka bukan suami isteri sebaliknya tertuduh wanita adalah isteri orang dan lelaki juga sudah beristeri.

Kedua-dua tertuduh membayar denda yang dikenakan. -SH

Najib Kepada Mahathir: "I Help U, U Help Me"

Apa pula status Mahathir minta Najib lewatkan PRU, sindir Pakatan

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Pakatan Rakyat pula menyindir Tun Dr Mahathir Mohamad agar kembali menyandang jawatan perdana menteri jika pemimpin veteran itu mahu mempertikaikan saranan mereka agar kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang berbincang menentukan tarikh pembubaran Parlimen dan pilihan raya umum.

“Kalau apa yang kami katakan hendak disindir, maka kami cadangkan Dr Mahathir kembali menjadi perdana menteri dan kami persoalkan apa hak Dr Mahathir untuk menasihatkan agar Datuk Seri Najib melewatkan pilihan raya umum ke-13,” kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub kepada The Malaysian Insider.

Salahuddin berkata idea yang dilontarkan oleh mereka sebenarnya bertujuan menjaga kebaikan rakyat dan demi kepentingan negara.

“Malah perkara ini boleh dilakukan dan sedang diamalkan beberapa negara,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian ini dengan merujuk kepada amalan di Amerika Syarikat dan pendirian kerajaan campuran di Britain baru-baru ini.

“Apa salahnya kami beri pandangan ini?” soal beliau lagi.

Salahuddin berkata Pakatan Rakyat merasakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sewajarnya mempertimbangkang perkara ini jika benar-benar mahu membawa pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini.

Itu sebab tegas beliau, pihaknya meminta agar pilihan raya umum tidak dipanggil selagi jawatankuasa pilihan khas Parlimen tidak selesai mengadakan mesyuaratnya untuk mengemukakan laporan.

“Jadi saya berpendirian bahawa itu pandangan Pakatan Rakyat... demi kebaikan negara dan rakyat.

“Jika pandangan ini tidak boleh diberikan apa status Dr Mahathir apabila beliau sendiri meminta agar Najib tangguh panggil pilihan raya?” katanya.

Terdahulu, Dr Mahathir berkata penentuan tarikh pilihan raya umum di negara ini adalah “hak keistimewaan” kerajaan dan tiada pihak boleh mempertikaikannya.

Kata beliau, sebagai kerajaan yang memerintah, mereka juga mempunyai “keistimewaan” untuk membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya berkenaan.

“Dalam dunia ini tidak ada perbincangan berkenaan dengan tarikh pilihan raya. Itu adalah hak mutlak kerajaan... di mana negara-negara pun macam itu.

“Kalau dia (pembangkang) nak tentukan (tarikh pilihan raya), biar dia jadi kerajaan dulu ... tetapi lepas dia jadi kerajaan dia tidak akan bagi kita pun ...,” katanya selepas majlis penyerahan tiga unit model Saga “Electric Vehicle” (EV) dan lima unit “Range Extender Electric Vehicle” (REEV) oleh syarikat itu kepada kerajaan untuk dipandu uji di pejabat Perdana Menteri hari ini. -TMI


Dr M: Tarikh p'raya 'hak istimewa' k'jaan

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penentuan tarikh pilihan raya umum di negara ini adalah "hak keistimewaan" kerajaan dan
tiada pihak boleh mempertikaikannya.

Mantan perdana menteri itu berkata sebagai kerajaan yang memerintah, mereka juga mempunyai "keistimewaan" untuk membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada
pilihan raya berkenaan.

"Dalam dunia ini tidak ada perbincangan berkenaan dengan tarikh pilihan raya. Itu adalah hak mutlak kerajaan...di mana negara-negara pun macam itu.

"Kalau dia (pembangkang) nak tentukan (tarikh pilihan raya), biar dia jadi kerajaan dulu...tetapi lepas dia jadi kerajaan dia tidak akan bagi kita pun...," katanya.

Dr Mahathir yang juga penasihat Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton) ditemui pemberita selepas majlis penyerahan tiga unit model Saga "Electric Vehicle" (EV) dan lima unit "Range Extender Electric Vehicle" (REEV) oleh syarikat itu kepada kerajaan untuk dipandu uji di pejabat Perdana Menteri d Putrajaya hari ini.

Dr Mahathir diminta mengulas mengenai desakan pembangkang yang didakwa mahu berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung tarikh pilihan raya umum akan datang.

Mengenai tindakan pembangkang yang meletakkan beberapa syarat berhubung penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen, Dr Mahathir percaya kerajaan akan menerima cadangan mereka jika ia "waras" dan sesuai.

"Tetapi kerajaan mungkin ada pendapat yang berbeza," katanya.

Sebelum ini, Kabinet bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen untuk membincangkan reformasi pilihan raya yang perlu dilakukan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan dianggotai sembilan anggota Parlimen.

Jawatankuasa berkenaan akan dianggotai lima anggota Parlimen daripada BN manakala wakil pembangkang terdiri tiga orang manakala seorang wakil rakyat Bebas.

Mengenai desas-desus bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan pada Februari tahun depan, Dr Mahathir secara berseloroh berkata: "Saya kenal (perdana menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) tetapi saya tak boleh baca hati dia." - Bernama


Ulasan GB

Tindakan Mahathir menyatakan penentuan tarikh pilihanraya itu hak prerogatif kerajaan menjelaskan kepada kita tentang dua perkara.

Pertama beliau masih menyangkakan beliau PM. Semasa beliau PM beliau mengambil pendekatan autokratik, mejadi penentu segala-galanya di dalam sistem pemerintahan sehinggakan kuasa para sultan pun dilucutkan untuk disandang oleh PM.

Kedua, beliau mengambil pendirian untuk menyokong kepimpinan Najib setelah beliau kini mendapat tempat untuk aktif semua. TDM dilantik secara rasmi sebagai Canselor pertama Program Pengajian Perubatan Universiti Perdana (PUGSOM) yang baru dilancarkan. Kita tidak tahu berapa puluh ribu habuan sebulan diberikan kepada TDM, sesuatu yang tidak diperolehi semasa Pak Lah menjadi PM.

TDM terkilan dan amat marah dengan Pak Lah yang telah menyisihkannya, malah TDM sampai bertindak keluar UMNO lantarannya. TDM berharap dahulu untuk terpilih Penasihat kerajaan semacam Lee Kuan Yew, atau setidak-tidaknya dapat bertanding sebagai ahli parlimen smeula setelah meletakkan jawatannya sebagai PM, tetapi kerana Pak Lah seorang politikus yang bebal dan tak dapat membaca minda TDM, tak memilih TDM sebaliknya memilih Bekas Setpol TDM, Johari Baharum untuk kerusi Kubang Pasu.

Akhirnya setpol lawan tuan semula di dalam pertanding Ketua Bahagian Kubang Pasu.

Kini, TDM persis telah diberikan ruang untuk aktif semula di bawah rejim Najib. Masa depan politik dan perniagaan anak-anaknya kembali pulih dan lebih terjamin di bawah Najib.

Jadi apa hairan jika Mahathir kini membodek Najib? Lagipun ia amat diperlukan oleh Najib di saat kritikal untuk mengumpulkan sokongan setelah dirinya diramalkan tersungkur lebih-lebih lagi dengan karenah isterinya, Rosmah itu? Ia bertepatan dengan kaedah yang lazim Najib gunakan: I HELP U, U HELP ME!

Itulah kisah yang sebenarnya.

Tunku Bukan Pejuang, Tetapi "Penyambut" Kemerdekaan - A. Samad Said

Saya tidak fikir Tunku Abdul Rahman ini pejuang, sebab sebelum itu kita dengar Mat Kilau, Mat Indera, (Ahmad) Boestamam, Ishak Haji Muhammad dan sebagainya. Ini memang orang-orang yang berjuang. Dan inilah orang-orangnya yang kita namakan pejuang. Sedang bagi saya, Tunku Abdul Rahman bukan orang berjuang. Dia menyambut. Dia adalah orang yang disetujui oleh Inggeris untuk menyambut kemerdekaan."

"...Dan penyambut kemerdekaannya, orang yang dirasakan oleh British, orang yang boleh jaga kepentingan yang ditinggalkannya."

Demikianlah kata-kata Sasterawan Negara, A.Samad Said dalam satu forum berjudul "Milik siapakah kemerdekaan ini?" di bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, semalam. Beliau yang pernah bekerja dengan Ahmad Boestamam, mengisahkan pengalamannya kepada kira-kira 50 orang hadirin, bagaimana Ahmad Boestamam dipanggil untuk berunding dengan Burhanuddin Al-Helmy dan Tunku Abdul Rahman, berhubung "bagaimana kemerdekaan itu harus disambut".

A.Samad Said, atau lebih dikenali sebagai Pak Samad, pernah bekerja di akhbar Fikiran Rakyat, di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. Beliau pernah mengikut Ahmad Boestamam ke bangunan di mana perbincangan tersebut berlangsung, dan beliau dimaklumkan bahawa "British bersedia menyerahkan kemerdekaan ini, tapi perlulah diberikan kepada orang yang munasabah."

"Waktu itu, tentulah, orang yang munasabah, Tunku Abdul Rahman," katanya, yang mendakwa bahawa Tunku bekerja dengan British. Menurut beliau, British tidak berunding dengan "kelompok Boestamam, Ishak Hj Muhammad, Burhanuddin" kerana dirasakan tidak akan menjaga kepentingan British, meskipun badan yang dipimpini tokoh-tokoh tersebut ditubuhkan lebih awal daripada UMNO.

"Kita bermula dengan orang-orang yang berjuang menentang British, yang mendapat hasilnya ialah orang-orang yang bekerja dengan British," simpulnya di akhir ucapan beliau. Malah, ketika wartawan cuba mengesahkan kenyataannya itu selepas forum berlangsung, beliau mengulangi bahawa "Tunku bukan pejuang, tetapi penyambut kemerdekaan"; bahkan beliau sempat berseloroh dengan wartawan, bahawa istilah "kemerdekaan" pada gelaran "Bapa Kemerdekaan" yang diberikan kepada Tunku mungkin perlu digugurkan, kerana menurut Dr.Zainal Kling, negara kita tidak pernah dijajah.

Kuasa diwarisi oleh golongan bangsawan

"Dan sejak itu, berterus-terusan kita sebenarnya dijajah, atau (guna istilah) diperintahlah, agar lebih manis (didengar), diperintah oleh kelompok yang menyambut kemerdekaan. Dan kelompok ini datangnya daripada golongan bangsawan, selama 54 tahun."

Pak Samad menganggap kesemua Perdana Menteri Malaysia adalah daripada golongan bangsawan, termasuk Mahathir Mohamad yang mendapat gelaran "Tun" kemudiannya.

"Negara ini tidak pernah diperintah oleh orang yang berjuang untuk kemerdekaan," tegasnya. Untuk beliau, golongan bangsawan tidak dapat merasakan apa yang dirasakan oleh rakyat biasa, kerana "orang-orang ini mendapat kemewahan daripada awal, mendapat pendidikan percuma daripada awal, mendapat kedudukan daripada awal, mendapat keistimewaan daripada awal..."

"Saya dapat faham kalau orang Cina merasakan, dan saya juga dapat faham kalau orang India merasakan... Tapi akhirnya saya juga merasakan, bahawasanya betul orang Melayu mempunyai keistimewaan, tetapi keistimewaan kelompok atas saja. Rakyat lain...hampir sama saja," katanya.

Pak Samad berkata, keadaan sedemikian menimbulkan rasa ketidaksenangan, maka adalah mudah untuk mereka yang berada di atas untuk memainkan perasaan perkauman, agar tempat mereka dikekalkan. Beliau pernah diajukan soalan sama ada dirinya berasa terancam sebagai Melayu di negara ini, dan jawapannya tidak, kerana sejak merdeka, jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, kebanyakan jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri disandang oleh Melayu. Seandainya Melayu merasakan dirinya terancam, maka ia bererti pemimpin kita gagal, jelasnya.

Lee Ban Chen: UMNO mewarisi penjajahan

Sementara itu, penganalisa politik Lee Ban Chen menyifatkan kemerdekaan yang dicapai pada tahun 1957 sebagai "kemerdekaan tiga suku", dan bukan "kemerdekaan yang tulen". Ini kerana British telah menolak perlembagaan rakyat ketika itu, sebaliknya memilih UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 untuk kerjasama.

Bagaimanapun, UMNO dalam Perikatan ataupun Barisan Nasional kemudiannya tidak mengisi nama dan bentuk kemerdekaan, sebaliknya mewarisi penggunaan akta-akta zalim dalam zaman penjajahan, misalnya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang merintangi proses reformasi dan pendemokrasian negara kita, kata Lee Ban Chen.

Pak Samad turut bersetuju bahawa "kita sebenarnya masih dalam pemerintahan penjajahan", kerana undang-undang zalim yang digubal ketika zaman British masih kekal sehingga kini. Malah, Menteri Dalam Negeri siang-siang mengingatkan tentang ISA ketika menangani isu BERSIH 2.0.

Dengan nada menyindir, Pak Samad berkata "yang menjadi wira sentiasanya UMNO", sementara "orang awal yang berjuang semuanya tenggelam". "Dan paling mudah untuk mengatakan bahawasanya mereka semua ini kelompok komunis yang jahat, dan komunis yang ingin mencengkam...",dan pada waktu yang sama pula kita berbaik-baik dengan komunis (China) yang ada - antara beberapa "keanehan" yang sedang berlaku di negara dewasa ini, katanya.

Seorang lagi panelis dalam forum ini adalah Arumugam, selaku Penasihat Tamil Foudation dan Pengerusi SUARAM. John Brian, iaitu Pengerusi Majlis Penasihat Dayak dan blogger Dayak baru yang dibariskan sebagai panelis sebelum ini, gagal menghadirkan diri kerana masalah tertentu. Forum ini dipengerusikan oleh Adam Adli Bin Abd Halim, iaitu Pengerusi Legasi Mahasiswa Progresif UPSI. -mr

*Lim Hong Siang ialah editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

**Forum "Milik siapakah kemerdekaan ini?" ini dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Masyarakat Madani Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Free Public Forum, Solidarity Mahasiswa Malaysia, Bahagian Pemuda Dewan Perhimpunan Cina KL& Selangor dan Seniman Paksi Rakyat Malaysia (PAKSI).


WASPADA: Ada Lipas Dalam Biskut Coklat

Klang: Terkejut, jijik dan meloyakan. Itu perasaan seorang pekerja swasta apabila mendapati biskut coklat yang dimakan selepas membelinya di sebuah kedai runcit, di sini, mengandungi telur lipas.

Malah, lebih menjijikkan, Mohd Syahmi Saad, 36, berkata apabila diperiksa di dalam tin biskut itu turut menemui bangkai seekor lipas.

Menceritakan kembali, Mohd Syahmi menyatakan dia bersama beberapa rakan sekerja mengisi masa rehat dengan berbual kosong sambil makan biskut itu.

“Ketika bersembang, saya tertarik melihat bijian coklat yang terdapat pada biskut berkenaan kerana agak pelik dan mengambil pen untuk memecahkan bijian coklat itu.

“Saya dan rakan hampir termuntah apabila melihat beberapa anak lipas yang masih putih keluar dari bijian coklat itu dan terdapat beberapa ulat yang bergerak-gerak,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Lebih memeranjatkan, apabila Syahmi dan rakan yang memeriksa kandungan di dalam tin biskut berkenaan menjumpai seekor lipas yang sudah mati.

“Syarikat biskut terbabit sepatutnya memeriksa tahap kebersihan lebih-lebih lagi syarikat mereka mempunyai nama besar sepatutnya tidak mempunyai masalah dari segi kebersihan.

“Apapun, mana-mana syarikat perlu menjaga kebersihan kerana ia memberi kesan kepada kesihatan pengguna dan pembeli,” katanya.

Menurutnya, dia sudah menghabiskan hampir 70 peratus daripada tin biskut coklat bertarikh luput pada 2013 itu sebelum menyedari kejadian itu kerana biskut yang mempunyai telur lipas itu berada di lapisan bawah.

Sementara itu, wakil syarikat pengeluaran biskut terbabit, ketika dihubungi, berkata cara penutupan yang tidak rapat boleh menjadi punca lipas memasuki tin biskut itu.

“Bagi telur lipas yang menyerupai bijian coklat itu, saya menolak sekiranya ada yang menganggap kami menggunakan telur lipas bagi mengurangkan modal.

“Kebersihan syarikat kami tidak perlu dipertikaikan kerana berada pada tahap amat memuaskan dan pemeriksaan kebersihan dilakukan dengan kerap,” katanya. -hm

Fitnah Video Fon Seks - Langkah Jijik Pencacai UMNO Yang Desperado

Perbualan 'intim': Tak tahu, kata Mat Sabu

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau tidak tahu menahu berhubung rakaman perbualan intim yang dimuat di internet dan diperkatakan di blog dan laman web pro-Umno yang mendakwa melibatkannya dan seorang wanita.

"Saya tidak tahu. Saya tidak pernah dengar," katanya ringkas sambil tersenyum ketika diminta mengulas dakwaan terdapat rakaman antaranya dan wanita yang dikatakan Normah Abdul Halim.

Ditanya sama ada beliau mengenali wanita tersebut, Mohamad hanya menjawab beliau tidak beminat melihat rakaman sebegitu.

"Video (seks presiden MCA) Soi Lek pun saya tidak tengok.

"Saya video-video macam ini memang tidak pernah suka," katanya, sekali gus mengundang ketawa kecil pemberita.

Portal pro-BN Agendadaily pada 10 September melaporkan, bekas naib ketua Pemuda PKR Zahid Md Arip mengaku 'begitu teruja' mendengar dengan teliti detik-detik perbualan itu dan mendakwa ia "amat seiras dengan suara Mat Sabu".

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak berani kata suara wanita itu Normah kerana tidak mengenalinya.

Laporan itu menggambarkan "syahdunya" dan boleh menaikkan syahwat suara yang 'bercengkarama' dalam rakaman tersebut - yang didakwa dirakam semasa mereka jalin hubungan pada tahun 1994.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak berani kata suara wanita itu Normah kerana tidak mengenalinya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad yang hadir sama dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara itu menyampuk dengan berkata, isteri Mohamad juga bernama Normah.

“Apabila tak boleh lawan dasar (Pakatan Rakyat), ditimbulkan pula isu-isu sebegini,” katanya yang juga anggota parlimen Shah Alam. -mk

Isu Burukan Mat Sabu Tidak Banyak Untungkan UBN

SEMALAM seorang rakan yang akhir-akhir ini begitu permis terhadap Pas memberi tahu dan bertaya saya, apakah saya sudah dengar atau tidak rakaman perbualan Mohamad Sabu dengan Norma Abdul Rahman yang pernah dihadapkan ke mahkamah syariah Kota Bharu kerana dituduh berkahlwat?

Saya sedikit terpinga mendengar pertanyaan dan pemberitahuan kawan itu. Tetapi sedikit pun tidak merasa pelik kerana saya sudah menduga bahawa kisah di hotel perdana itu akan muncul juga.

Saya tidak bertanya panjang dengan persoalan itu sebaliknya kawan itu cuba memperpanjangkan cerita berkenaan. "Berat kali ini Pas?" katanya menanti sambutan daripada saya terhadap isu itu.

"Nak jadi timbalan presiden Pas macam mana kalau lagu tu. Mampus Pas," katanya lagi mahu menarik perhatian saya. Saya tetap juga tidak peduli. Kawan ini nampaknya sudah juak benar dengan Pas gara-gara Mat Sabu yang diperbesar-besarkan untuk tujuan politik itu.

"Iya ke?" Itulah reaksi saya sengaja mahu mengambil hatinya kerana beriya sangat menceritakan hal itu.

"Ana dah kata musuh Pas akan terus mainkan isu mengenai Mat Sabu. Mat Sabu adalah modal untuk mereka damagekan Pas. Bukan baru niat jahat musuh Pas ini lama dulu," kata saya.

"Jadi macam mana kalau lagu tu?" soal kawan itu. "Pas kena tanggunglah..masa sekarang bukan masa untuk membelasah Mat Sabu. Buruk ke baik ke, suka tidak suka dia adalah timbalan presiden Pas," balas saya.

Dalam posting sebelum ini saya sudah senaraikan apa-apa yang akan dibangkitkan tentang Mat Sabu. Isu Mat Indera hero bukan komunis ini adalah permulaan pertama menjelang gelanggang sebenar pilihan raya dibuka. Saya yakin selepas ini banyak lagi kisah buruk Mat Sabu akan didedahkan. Tidak mustahil juga gambar Mat Sabu akan dilukis di atas langit untuk tonton 28 juta rakyat Malaysia.

Tengoklah hari ini semua orang bercakap mengenai Mat Sabu dan cuba membawa imej buruk. Bukan saja orang politik tetapi bekas ketua polis yang diserang angin ahmar juga cuba berlatih memburukkan Mat Sabu. Yang belum komen hanya sembilan raja-raja Melayu saja lagi. Apakah raja-raja juga akan turut sama memberi komen? Tidak mustahil di dalam politik semua orang akan jadi lalat dan langau bila ada sesuatu isu yang dibangkitkan oleh parti UBN.

Antara isu yang disenaraikan untuk memburukkan Mat Sabu dan mengheretkan Pas antaranya isu tangkapan kahlwat Mat Sabu dengan Norma di hotel perdana. Media penjilat butut akan sebar isu ini semula peristiwa berkenaan. Musuh tidak akan peduli apakah ia sudah menjadi bahan sejarah atau tidak. Politik demokrasi memang bersifat macam biawak memakan apa saja bangkai.

Rakaman perbualan di antara Mat Sabu dengan Norma yang diberita tahu kawan itu adalah segmen dalam isu berkenaan.

Saya tidak dengar rakaman perbualan sex itu. Bukan ianya tidak benar, tetapi alasan saya mudah kerana saya tidak berminat dengan perkara-perkara jorok begitu. Usahkan rakaman perbualan sex (oral) video lucah melibatkan Anwar Ibrahim yang kecur seluruh dunia baru-baru ini pun saya tak tonton. Pada saya haram menontonnnya. Mereka yang menontonnya video lucah dan mendengar hal-hal yang diharamkan Allah, mereka bukan orang beriman dan bertakwa.

Selepas isu dengan Norma, musuh Pas akan mainkan pula isu Mat Sabu kononnya penganut syiah. Saya dah kata, musuh akan cari apa-apa saka buktikan, dan kalau tidak ada mereka akan buat untuk didedahkan kepada umum. Jangan kisah hari ini bukti boleh dibuat dengan mudah, dan mahkamah pula boleh menerima kenyataan dan bukti palsu!

Tidak pelik lepas ini Mat Sabu akan diheret pula dengan isu mutaah. Akan dilakar cerita Mat Sabu mengamalkan mutaah. Akan didedahkan kononnya dia kahwin satu sampai sembilan orang setiap kali mengujungi ke negeri-negeri syiah di Iran, Syaria, Lebnon dan mana-mana. Gambar perempuan Arab banyak dalam internet dan boleh dipadankan dengan Mat Sabu. Tidak mustahil juga kalau tiba-tiba keluar dalam tv1,2,3,4,,5 dan 100 pengakuan seorang gadis sunti berbangsa Arab bahawa Mat Sabu ialah abuyanya. Jangan pelik.

Selepas isu mutaah, akhirnya Mat Sabu akan dihadapkan dengan tuduhan paling besar selepas ini. Dia akan dituduh sebagai hendak melakukan revolusi berdarah ke atas kerajaan Yang di-Pertuan Agong. Mat Sabu akan dituduh menolak demokrasi. Mat Sabu akan dilakukan seperti mana Mohamad Amin (al Mauna), Ashaari Muhammad, (Arqam) Ibrahim Libya (Memali) atau pun penjenyah-penjenayah lain lakukan. Jadi semua itu jangan dirasakan pelik dan terkejut.

Kalau Mat Sabu masih dilihat bahaya besar dan segala isu yang didedahkan ini tetap tidak memberi laba kepada UBN tidak mustahil Mat Sabu akan ditangkap. Jangan pelik. Berbagai tuduhan jenazah boleh dibuat, polis negara ini atas nasihat orang politik pakar dalam membuat tuduhan palsu. Saya ingatkan kalau ini timbul nanti jangan sesekali rasa pelik.

Dan sesuatu yang musuh Pas ingin dengar ialah adanya mana-mana orang dalam Pas ataupun pihak meminta agar Mat Sabu melepas jawatan kononnya Mat Sabu sudah menjadi liabiliti kepada Pas. Inilah kemuncaknya. Kalau ada cadangan ini cukup dari bekas ketua cawangan Pas, ia akan dijadikan isu besar akan diheret dan disiarkan berhari-hari dalam media. Kalau tidak ada bekas ketua cawangan Pas meminta cadangan ini mungkin juak kaki lompat dan perut buncit boleh dijadikan jurucakap untuk membuat cadangan berkenaan. Orang tidak aada muka sanggup menghidu pantak kerbau.

Tunggulah apa yang saya katakan sejauh mana benar dan tidaknya! [wm.kl.8:03 pm 13/08/11]
Mohd Sayuti Omar


Ulasan GB

FITNAH. Ia adalah asam garam golongan UMNO apabila sudah tidak mempunyai method lain untuk menyerang lawan.

Dan paling selekeh ialah 'SEKS". Itu saja yang mereka tahu dan yang boleh mereka lakukan. Sebab di dalam minda golongan ini memang SEKS merupakan perkara utama di dalam kehidupan.

Maka tidak hairan sehingga gambar TG Nik Aziz pun boleh di tampalkan di gambar lucah.

Dengan melakukan demikian mereka berharap untuk mencemarkan imej pemimpin-pemimpin PAS. Mereka berfikir ahli-ahli PAS semua seperti mereka. SUka menuntun dan mendengar hal-hal lucah.

Sebagai seorang muslim dan mukmin bukan sahaja menonton sesuatu yang lucah secara sengaja itu berdosa, apatah lagi menghasilkannya atau menimpan lebih-lebih lagi menyebarkannya adalah sesuatu yang amat berdosa.

Tetapi bagi pencacai UMNO yang jahil agama sendiri lantaran jauhnya diri mereka dari panduan Al-Quran dan Hadith di dalam kehidupan, fitnah sedemikian adalah perkara biasa.

Mengenai video phone seks Mat Sabu ini, sekalipun GB tak menonton dan mendengarnya) namun dari laporan di atas, banyak hal yang boleh dipersoalkan.

Pertama, ia dikatakan dirakam sekitar tahun 1994. Masa itu penggunaan handfon belum ada di negara kita. Jadi rakaman tentulah dari talian tetap. Siapa dan bagaimana rakaman dilakukan? Gunakan pemain kaset di kedua-dua belah pihak? Pemfitnah kena buktikan pula nombor talian tetap yang digunakan.

Kedua, mengenai suara Mat Sabu. Jika wajah Anwar pun boleh direplika dengan make-up di Thailand, inikan suara Mat Sabu. Ramai yang mempunyai suara yang seiras.

Suara penyanyi-penyanyi terkenal seperti P.Pramli, Saloma, Elvis dan lain-lain pun orang boleh ikut, inikan pula suara Mat Sabu. Ramai juga orang boleh tiru suara Samy Vellu dan Chua Soi Lek.

Ventriloquism adalah seni dimana seseorang boleh mengubah suaranya menjadi suara orang lain dan yang melakukannya dipanggil ventriloquist.

Wiki mentakrifkan ventriloquism begini

Ventriloquism, or ventriloquy, is an act of stagecraft in which a person (a ventriloquist) manipulates his or her voice so that it appears that the voice is coming from elsewhere, usually a puppeteered "dummy". The act of ventriloquism is ventriloquizing, and the ability to do so is commonly called in English the ability to "throw" one's voice. However, the term "throwing one's voice" is misleading, because it implies that a sound's physical origin has changed, when really the change has been perceptual and not physical.


Dan ada persolan mengenai peniruan suara ini dijawab oleh Wikiannswer.com:

Some people can imitate the voices of others with great accuracy. Others lack the ability to hear themselves well enough to handle it.

Tape and digital recorders have made it possible for more people, because they can listen to the results of their efforts. Some professionals use electronically-delayed feedback so that they can say a phrase and instantly hear it repeated. This greatly facilitates learning to do voice imitations, because we normally do not hear our own voices accurately.


Jadi apa ada heran dengan kisah suara Mat Sabu yang seiras itu?

Agaknya budak-budak UMNO ni tak pernah baca Al-Quran?

Surah Al-Buruj. Petikan

Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10

Hadith Rasulullah:

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan tiba masanya di kemudian hari nanti, setelah aku tiada, beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia tidak termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.


Milik Mahligai: Jamil Khir Bakal Terima Nasib Khir Toyo

Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menggesa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir menjelaskan rumah mewahnya yang dianggar menelan jutaan ringgit.

Keraguan timbul apabila menteri yang baru dilantik 3 tahun oleh Perdana Menteri dan hanya memiliki gaji tidak menjangkau RM15,000 itu, mampu memiliki kediaman mewah dalam masa yang singkat.

“Kalau dia (Jamil Khir) rasa seorang yang berpegang teguh terhadap agama dan ada kebertanggungjawaban terhadap negara, dia perlu jujur menjelaskan kekayaan sebelum dan selepas (menjadi menteri),” katanya mengulas isu yang didedah oleh akhbar Suara Keadilan semalam.

Khairul berkata ia bukan perkara memeranjatkan kerana menjadi kebiasaan menteri yang ditadbir Kerajaan Barisan Nasional (BN) hidup mewah.

Beliau merujuk kes bekas Menteri Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mencetus kontroversi kerana kos kediamannya dikatakan melebihi kemampuan sebagai menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun.

“Rakyat pun tidak terperanjat dengan isu yang sudah dianggap biasa ini. Oleh itu, jika beliau (Jamil) ada sedikit rasa tanggungjawab dengan imej dan kedudukannya, beliau perlu tampil memberi penjelasan.


“Walaupun (dia) Jamil Khir merupakan Menteri Agama namun ia bukanlah jaminan beliau berperangai seperti Menteri-menteri lain” katanya kepada Keadilandaily.

Sebelum ini KEADILAN pernah mempersoalkan kehilangan RM32,000 wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) didakwa membiayai yuran guaman Jamil Khir dan Pengarah Jabatan Islam (JAWI), Datuk Che Mat Ali.

Ia terbongkar melalui kenyataan media Timbalan Menteri di Jabatan Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim, beberapa bulan lalu.

Wang zakat tersebut didakwa digunakan bagi menghalang permohonan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari Azlan, sedangkan Jamil dan Che Mat tidak tergolong dalam kategori yang layak menerima zakat.

Ulasan GB

Sekadar makluman, ini adalah salah satu contoh siasatan sampai ke lubang cacing akan dilakukan apabila PR mengambil alih pemerintahan negara nanti.

Jika terbukti bersalah, samalah nanti nasib Jamil Khir dengan nasib Khir Toyo juga. Tak dapat duduk di mahligai yang dibina tetapi terpaksa menghabiskan hidup di penjara.

Namun, mungkin itu lebih baik daripada disiksa api neraka....

Tiba-tiba 10,000 Nama Terkait Dgn K/P Palsu Dikeluarkan Oleh SPR Dari Daftar Pemilih...

Kehilangan 'pengundi klon' menghairankan PAS

Pemuda PAS mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh dua bulan telah mengeluarkan nama lebih 10,000 pengundi yang dikaitkan dengan kes 'kad pengenalan palsu'.

Pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi dewan itu Suhaizan Kaiat berkata, perkara itu dikesan setelah pihaknya rancak mengenalpasti keraguan dalam daftar pemilih.

"Bukan mudah untuk sesuatu jabatan kerajaan menjejaki lebih 10,000 kes kad pengenalan palsu dalam waktu dua bulan.

"Persoalannya apakah JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) sememangnya sudah memiliki senarai kad pengenalan palsu yang akan dimasukkan dalam daftar pemilih SPR untuk tujuan manipulasi pilihan raya?" soalnya.

Pada sidang media di pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Suhaizan turut mengedarkan senarai sepuluh nama bagi membuktikan dakwannya.

Ia melibatkan kes di Selangor, Perak dan Johor yang telah didedahkan sebelum ini.

Shubungan itu, katanya, bukti yang dibangkitkan melambangkang kecelaruan kerja dalam JPN yang memerlukan siasatan segera yang menyebabkan pilihan raya tidak dapat dilakukan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Suhaizan juga mendakwa, tiga daripada enam pengundi 'kembar' - mempunyai nama sama dan nombor kad pengenalan hampir sama - kini tidak lagi mempunyai rekod dalam sistem semakan daftar pemilih.

Pemuda PAS mendakwa, semakan mereka semalam mendapati dua pengundi Perlis dan seorang pengundi Kedah yang didedahkan media 17 Ogos lalu kini tiada lagi dalam rekod dalam talian SPR.

Sehubungan itu, Suhaizan berkata, kehilangan data Azhar Ahmad, Besah Mat Dan dan Mansor Abdullah menimbulkan persoalan besar apakah data itu juga termasuk dalam kes kad pengenalan palsu dalam pilihan raya.

Sehari selepas Malaysiakini melaporkan dakwaan enam pengundi 'kembar' itu, Sinar Harian melaporkan bahawa kesemua mereka memang wujud dan ditemui, sekali gus menafikan keraguan PAS bahawa kemungkinan terdapat pengundi tidak sah. -mk


Pemuda PAS dakwa kesan lebih 10,000 IC palsu

KUALA LUMPUR, 14 Sept: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendakwa mengenal pasti terdapat lebih 10,000 kes kad pengenalan (IC) palsu.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi DPPM, Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, buktinya, pertama yang paling jelas adalah melalui kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang disiarkan The Star pada 24 Julai lalu.

Katanya, Wan Ahmad mengakui bahawa terdapat kad pengenalan klon dalam daftar pemilih SPR.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Johor menambah, bukti kedua adalah melalui data yang telah dikeluarkan SPR daripada Daftar Pemilih Induk (DPI).

“SPR telah mengeluarkan dua jenis data yang telah dibongkar oleh Dewan Pemuda PAS iaitu, pertamanya isu dua nama yang sama memiliki nombor kad pengenalan yang hampir sama, dan keduanya isu satu kad pengenalan lama dimiliki dua individu,” ujarnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini, tengah hari ini.

Katanya, antara perkara yang menjadi persoalan pihaknya kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ialah SPR mengenal pasti kad pengenalan palsu berdasarkan kepada maklumat JPN.

Menurutnya, apabila SPR telah membuat pengesahan maklumat daripada JPN, maka langkah seterusnya adalah mengeluarkan maklumat pemilih palsu tersebut daripada DPI.

"Persoalannya, bagaimanakah dalam masa singkat, dua bulan sahaja JPN begitu mudah mengenal pasti data palsu dalam pangkalan datanya?

"Bagaimana JPN bolah mengesahkan salah satu data tersebut tidak sah?" soalnya.

Katanya lagi, bukan mudah untuk sesuatu jabatan kerajaan menjejaki lebih 10,000 kes kad pengenalan palsu dalam waktu dua bulan.

"Persoalannya, apakah JPN sememangnya sudah memilik senarai kad pengenalan palsu yang akan dimasukkan dalam daftar pemilih SPR untuk tujuan manipulasi pilihan raya?

"Apakah JPN terlibat dalam penyelewengan kad pengenalan palsu," tanya beliau lagi.

Kalau Pemuda PAS yang tidak boleh masuk ke dalam bilik kebal JPN pun boleh membuktikan lebih 10,000 kad pengenalan palsu, beliau bertanya berapa jumlah sebenar kad pengenalan palsu yang telah dikeluarkan JPN.

Beliau berkata, bukti-bukti yang Permuda PAS bangkitkan adalah melambangkan kecelaruan kerja yang terdapat dalam JPN dan mendesak agar siasatan segera perlu dilakukan ke atas jabatan itu.

Tegasnya, pilihan raya tidak boleh diadakan dalam waktu terdekat jika kecelaruan maklumat di peringkat JPN dan akan menjejaskan SPR.

"Pemuda PAS bertekad akan terus membongkarkan manipulasi pilihan raya ini sehingga SPR dan JPN benar-benar bersih dan adil," tegasnya lagi. -HD