21 Jul 2011

Jika Demikian, Tidakkah Juga Tindakan Pegawai SPRM Penyebab Kematian Sarbani? [updated]

Keluarga Teoh tolak laporan suruhanjaya, mahu semakan semula

KUALA LUMPUR, 21 Julai — Keluarga Teoh Beng Hock kemungkinan memohon agar diadakan satu semakan kehakiman ke atas penemuan suruhanjaya diraja yang menyiasat kes kematian setiausaha politik kepada seorang wakil rakyat DAP itu.

“Keputusan bunuh diri tidak dapat diterima oleh keluarga (Teoh),” kata peguam kepada keluarga Teoh, Karpal Singh kepada pemberita di sini hari ini.

“Suruhanjaya diraja adalah tribunal yang rendah dari struktur undang-undang dan apa sahaja keputusan dibuat oleh tribunal yang rendah boleh disemak balik oleh Mahkamah Tinggi,” kata beliau.

Karpal yang juga Pengerusi DAP kebangsaan berkata, beliau sedang meneliti laporan suruhanjaya itu “baris demi baris” untuk menentukan tindakan susulan, yang akan diketahui menjelang awal minggu depan.


Kit Siang: Tekanan ke arah bunuh diri juga mirip tindakan membunuh

KUALA LUMPUR, 21 Julai — Lim Kit Siang mendakwa tindakan membunuh diri Teoh Beng Hock dalam suasana tekanan akibat siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersamaan dengan tindakan membunuh dan mahu mereka bertanggungjawab berhadapan dengan “kesan sewajarnya”.

Ahli Parlimen veteran dari DAP ini berkata, sesiapa sahaja orang biasa akan bersetuju tindakan mengenakan tekanan sehingga menyebabkan membunuh diri di kalangan pegawai SPRM tidak sama dengan perbuatan membunuh diri tetapi “bersamaan dengan tindakan membunuh.”

“Anda tidak boleh ada satu situasi ia bukan (kes) dibunuh tetapi (sebaliknya) (tekanan) paksaan (ke arah) membunuh diri,” kata beliau kepada The Malaysian Insider. -TMI



S'jaya diraja: Teoh Beng Hock bunuh diri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz mengumumkan bahawa Suruhanjaya Diraja Siasatan kematian Teoh Beng Hock mendapati setiausaha politik DAP itu membunuh diri.

Katanya, suruhanjaya tersebut memutuskan tindakan bunuh diri itu akibat soalsiasat yang agresif dan berterusan oleh pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tiga pegawai SPRM didapati telah menggunakan taktik soal siasat yang "agresif, tidak wajar, maka langgar peraturan", kata Nazri dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen petang ini.

Laporan suruhanjaya itu menyebut bahawa tindakan yang dilakukan ketiga-tiga pegawai berkenaan iaitu Hishamuddin Hashim, Mohd Anuar Ismail dan Mohd Ashraf Mohd Yunus, berkemungkinan besar berbentuk soal siasat secara intensif sekali lagi ke atas Teoh untuk memaksanya membuat pernyataan bahawa Yong yang mengarahkannya untuk melakukan tindakan yang menyalahi undang-undang dalam mengendalikan peruntukan tersebut.

Laporan itu menyebut sesi itu pastinya membebankan Teoh dari segi fizikal dan mental memandangkan dia telah dinafikan tidur sepanjang malam dan pagi dan perlu menanggung soal siasat yang berterusan, agresif dan tidak wajar.

Suruhanjaya itu dalam laporannya berpendapat soal siasat keempat telah menjadi faktor pencetus yang membawa kepada kejadian berkenaan
.

Pegawai SPRM telah memberitahu inkues dan siasatan suruhanjaya diraja bahawa soal siasat terhadap Teoh tamat pada jam 3.30 pagi dan setiausaha politik DAP itu dibebaskan. Bagaimanapun, mereka mendakwa Teoh tidak pulang tetapi sebaliknya memutuskan untuk tidur di atas sofa di pejabat SPRM.

Tetapi laporan RCI menyatakan Teoh tidak dibebaskan selepas sesi soal siasat SPRM.

Bagaimanapun, Nazri berkata, pegawai SPRM itu tidak mempunyai niat untuk membunuh Teoh.

"SPRM memulakan siasatan berikutan terdapatnya maklumat yang mengatakan bahawa ADUN Selangor dan Pakatan Rakyat terlibat dalam mengemukakan tuntutan palsu dan menggunakan peruntukan demi kepentingan parti politik mereka dan bukan bagi faedah orang ramai.

"Teoh sepatutnya menjadi saksi utama bagi SPRM yang menyiasat dakwaan penyelewengan tersebut yang melibatkan seorang ahli exco kerajaan Selangor dari DAP.

"Siasatan SPRM telah memberi tekanan kepada Teoh untuk membuat pengakuan sebagai bukti," katanya.

Bagaimanapun, tambah Nazri, suruhanjaya diraja mendapati pegawai-pegawai SPRM tiada niat dan tiada sebab untuk membunuh Teoh.

Menurut Nazri, hasil siasatan suruhanjaya itu mendapati Teoh bukan dibunuh tetapi dia merasa terbeban dan tertekan dengan sesi soalsiasat yang agresif dan berlarutan, disokong dengan perwatakannya yang lemah, telah menyebabkan dia membunuh diri.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil ke atas para pegawai yang terbabit yang melanggar prosedur SPRM berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada.

Laporan prosiding suruhanjaya diraja setebal 124 muka surat itu merupakan keputusan sebulat suara oleh kesemua anggota panelnya yang dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Januari lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner Shah Alam yang mengendalikan inkues membuat keputusan terbuka berhubung kes berkenaan.

Prosiding suruhanjaya itu bersidang selama 50 hari dan membabitkan 70 saksi di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini sejak 14 Februari dan berakhir pada 10 Mei lalu.

Laporan hasil siasatan suruhanjaya itu telahpun diserah kepada Yang
di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada bulan lepas. -mk



Isteri Sarbaini syak ada unsur jenayah

Maziah Manap balu Allahyarham Sarbaini Mohamed yang dijumpai mati di bangunan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kuala Lumpur mengesyaki wujud unsur jenayah serta mahu polis menyiasat.

“Kami sukacita menegaskan bahawa kami tidak menuduh bahawa arwah telah dibunuh, namun kemungkinan terdapat unsur-unsur jenayah atau foul play yang menyebabkan kematian arwah tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.

Maziah berkata rasa curiganya timbul selepas Raja Petra menerusi tulisannya mendedahkan bahawa allahyarham 'didera' sebelum menemui ajal.

Sehingga semalam, Raja Petra telah menulis tujuh entri dan yang terbaru dalam blognya mendakwa seorang penolong penguasa SPRM telah membawa Sarbaini ke pejabat Ketua Unit Siasatan SPRM yang terletak bersebelahan bilik pantri di aras tiga bangunan itu.
Tidak menuduh

"Di sana, Sarbaini telah 'didera' secara lisan (kerana mahu mengubah keterangan). Secara tiba-tiba mereka membawa Sarbaini ke bilik pantri dan telah menghukum Sarbaini dengan mengarahkan dia berdiri di atas kaki lima tingkap (bilik pantri)," tulis Raja Petra.

Beliau juga dalam blognya berkata pegawai SPRM itu dilaporkan berkata 'orang macam kau ni lebih baik mati dari hidup menyusahkan orang lain.'

Kata-kata itu mengejutkan Sarbaini yang bertindak memanjat tingkap apabila terus dihina.

Tulis Raja Petra lagi secara tiba-tiba tali pinggang Sarbaini tersangkut di kaki lima tingkap, dan dia hilang pertimbangan lalu jatuh.

Menurut Maziah, beliau tidak menuduh bahawa suaminya telah dibunuh tetapi mahu tulisan Raja Petra itu disiasat.

Ini kerana jelasnya, dalam pendedahan itu Raja Petra turut mengaitkan dua pegawai SPRM yang bertanggungjawab menyoal-siasat Sarbaini.

“Malangnya setelah membaca pendedahan oleh Raja Petra menerusi blognya, yang mengaku menerima maklumat daripada orang-orang dalam daripada kalangan pegawai SPRM dan pegawai dan anggota polis sendiri, kami percaya bahawa benar atau tidaknya pendedahan Raja Petra mestilah disiasat sehingga ke akar umbi, malah ke lubang cacing, terutama bila beliau menyatakan dengan jelas nama dua orang pegawai SPRM yang terlibat secara langsung dengan kematian arwah,” katanya.

Tempat kejadian

Berikutan pendedahan itu, peguam keluarga Sarbaini, Awtar Singh berkata pihaknya akan membuat satu laporan polis dalam masa terdekat.

Selain itu, jelas Awtar, pada inkues yang akan bersambung 2 Ogos ini, beliau akan meminta agar mahkamah koroner sekali lagi melawat tempat kejadian.

Sarbaini, penolong pengarah Kastam yang disiasat dalam Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 6 April lalu ketika datang secara sukarela untuk menukar pengakuannya.

Sebanyak 27 saksi telah selesai memberi keterangan di hadapan Aizatul Akmal sehingga 15 Julai lalu.

Pada 15 Julai lalu, DSP Sharul Othman Mansur berkata, Sarbani tidak membunuh diri ataupun dibunuh.

Sharul Othman, yang merupakan pegawai forensik berkata penelitiannya di kawasan kejadian menunjukkan Sarbani cuba untuk melompat ke arah gelanggang badminton tetapi terjatuh menyebabkan kematiannya -mk




Ulasan GB

Seperti yang GB ulaskan di SINI, bahawa "membunuh diri" itu hanya satu andaian yang dilakukan secara kolektif oleh pihak Suruhanjaya Diraja. Tiada bukti nyata dan tiada bukti jelas kejadian Teoh membunuh diri. Teoh tidak dapat bangkit semula untuk menjelaskan kenapa beliau mati dan berada di tingkat bawah bangunan Plaza Masalam.

TETAPI Teoh didera dengan soalsiasat yang agresif dan berterusan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berperangai binatang itu adalah kenyataan, penemuan yang diakui sendiri oleh Suruhanjaya Siasatan.

Justeru itu mengapa penderaan oleh pegawai-pegawai SPRM itu tidak boleh dikatakan sebagai penyebab kepada kamtian Teoh?

Malah di dalam soal-siasat terhadap pegawai-pegawai SPRM didapati kebanyakan mereka dan di dalam banyak ketika, berdiam diri, seolah-olah untuk menyembunyikan satu kebenaran!

Menteri di Jabatan Perdana Menteri membela SPRM menyatakan pegawai SPRM itu tidak mempunyai niat untuk membunuh Teoh.

Di dalam kes sebegini, ia bukan soal niat atau tidak berniat. Pokoknya, SOP telah dilanggar dan "pembunuhan" telah terjadi. Justeru tiada kaitan lagi soal niat.

Akal waras tidak dapat menerima hanya kerana siasatan RM2,400 maka Teoh mengambil langkah membunuh diri.

Tetapi akal waras dapat menerima Teoh dibunuh kerana adanya pegawai-pegawai SPRM yang bukan dari kalangan manusia, yang tidak mengikut peraturan undang-undang dan etika kerja.


GB yakin hal yang serupa menimpa Ahmad Sarbani. Bahawa terdapatnya pegawai-pegawai SPRM bertaraf binatang inilah yang melakukan penderaan yang tidak wajar ke atas Ahmad Sarbani sepertimana berlakunya penderaan ke atas Teoh Beng Hock!

Tidak masuk akal, rakaman CCTV Ahmad Sarbani tiba di pejabat SPRM begitu jelas, tiba-tiba rakaman terputus semasa beliau berada di dalam pejabat berkenaan dan sampailah dia ditemui mati. Kemudian rakaman itu ada semula.

Siapa punya kerja memadamkan rakaman CCTV itu? Siasat dulu bab tersebut.

Notis Tak Bagi, Waran Tangkap Nak Dikeluarkan. Undang-undang Siapa Ini?

Waran tangkap: Husam, Hatta tak pernah dihubungi

Naib presiden PAS Datuk Husam Musa hairan mengenai berita yang melaporkan polis akan mendapatkan waran tangkap terhadapnya dan 12 lagi individu kerana gagal hadir membantu siasatan berhubung perhimpunan 9 Julai.

Setakat ini, katanya, beliau tidak pernah dihubungi polis sama ada dari dari Bukit Aman, ibu pejabat polis Dang Wangi atau ibu pejabat polis Kelantan untuk tujuan tersebut.

"Jadi saya hairan mengapa berita ini (bahawa polis akan mendapatkan waran tangkap). (Saya) tidak dihubungi polis.

"Saya rasa polis kena ikut trend semasa dengan lebih canggih seperti menghubungi melalui SMS, Facebook atau melalui emel," katanya kepada Malaysiakini.

Husam yang juga exco kanan kerajaan Kelantan mendakwa tindakan polis itu tidak wajar dan "mensensasikan keadaan".

"Saya bersedia untuk (memberi keterangan) tetapi polis kena tinggalkan pesan ataupun SMS," katanya

Berita Harian hari ini melaporkan, selain Husam dan Anwar, polis akan mendapatkan waran tangkap ke atas 12 individu lain. Manakala seorang lagi, ahli parlimen TItiwangsa Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali meninggalkan dunia Ahad lalu akibat barah.

Yang lainnya termasuk Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, timbalan pengerusi DAP Perak V Sivakumar, aktivis Wong Chin Huat, pengendali blog Haris Ibrahim, peguam Latifah Koya dan aktivis Badrul Hisham Shaharin.

Sementara anggota parlimen Pakatan Rakyat pula termasuk R Sivarasa (Subang), Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) dan Dr Hatta Ramli (Kuala Krai).

Turut tersenarai ialah ketua penerangan Pemuda Umno, Datuk Reezal Merican Naina Merican.

Sementara itu, A Samad - dalam SMS kepada Malaysiakini - berkata: "Kini semuanya di tangan peguam saya".

Manakala Dr Hatta yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat, juga dalam SMSnya - berkata beliau tidak tahu menahu mengenai usaha polis untuk mendapatkan keterangan daripadanya.

"Saya tidak pernah dihubungi sama ada melalui telefon atau surat oleh pihak polis," katanya sambil menyifatkan kenyataan bahawa beliau gagal memberi kerjasama, sebagai berniat jahat. -mk


Anwar Tidak Terima Notis Polis, Kata Peguam

SHAH ALAM 21 JULAI: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa lain tidak pernah menerima sebarang notis daripada pihak polis untuk memberi keterangan bersabit perhimpunan aman Bersih, kata peguam Parti Keadilan Rakyat, N.Surendran.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR, menafikan laporan Berita Harian kononnya polis memohon waran tangkap terhadap Anwar, anaknya Nurul Izzah dan 11 individu lain kerana tidak hadir memberi keterangan kepada polis sejak 11 Julai lalu.

Surendran menyifatkan laporan akhbar kawalan Umno itu sebagai berniat mencalar imej Pakatan Rakyat.

"Saya boleh sahkan bahawa tidak ada apa-apa notis di bawah Kanun Acara Jenayah mahupun panggilan telefon yang diterima Datuk Seri Anwar meminta beliau agar hadirkan diri ke balai polis seperti yang dinyatakan dalam laporan Berita Harian," kata beliau.

Sehubungan dengan itu Surendren berkata, akan menulis surat kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menuntut penjelasan terhadap laporan Berita Harian itu.

"Kita menganggap laporan ini berniat buruk dan sengaja untuk memburukkan pihak pembangkang. Saya percaya daripada senarai 13 orang itu saya boleh pastikan Sivarasa, Datuk Samad Said, Nurul Izzah dan Lathefah Koya tidak menerima notis," tambah beliau.

Antara nama lain yang turut tersenarai termasuk ahli parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli, bekas speaker Perak V Sivakumar, ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 Wong Chin Huat dan Haris Ibrahim dan pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin.

Antara lain laporan itu menyebut polis Kuala Lumpur telah menghantar laporan ke ibu pejabat polis Bukit Aman menamakan 13 individu yang gagal menghadirkan diri untuk membantu siasatan berkaitan perhimpunan Bersih 2.0.

Malah, polis turut membuat permohonan waran tangkap kepada kesemua individu terbabit.

Perhimpunan Bersih 2.0 yang berlangsung di ibu negara 9 Julai lalu menyaksikan hampir 1,700 orang penyokong ditangkap.

Seorang meninggal dunia manakala Anwar, pegawal peribadinya, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu adalah antara mereka yang tercedera akibat asakan polis. -tvsnews


Ulasan GB

Apa punya bahlul?

Notis tidak pernah dihantar tetapi hendak dikeluarkan waran gangkap. Undang-undang & SOP mana yang digunakan? Ingat semua rakyat bodoh ke?

Tindakan sedemikian hanya menunjukkan bahawa ada unsur mala fide di pihak polis. Untuk mencemarkan seseorang dengan pengeluaran waran tangkap berkenaan. Kononnya biar rakyat semua takut dan tunduk, biar semua rakyat kecut perut.

Memang benar beberapa pendapat menyatakan mereka masih berfikiran kuno dan kolot. TG Nik Aziz menyifatkan ia era zaman pemerintahan purbakala.

Kebenaran tidak dapat ditutup dengan sergahan dan ugutan. Ini bukan zaman batu!

SUHAKAM, cepatlah sikit kerja. Bawa polis-polis ini ke muka pengadilan. Kesian rakyat, setelah dizalimi, diperbodohkan pula sedemkian rupa.



Tindakan Sahol Hamid, VC UiTM Sungguh Memalukan!

Anugerah Ibrahim Ali: VC UiTM berdolak dalik

Naib canselor UiTM Datuk Profesor Sahol Hamid Abu Bakar mengeluarkan pekeliling rasmi berhubung Anugerah Ibrahim Ali yang kontroversial pada 9 Jun lalu, meskipun ia belum diluluskan oleh senat universiti berkenaan.

Sesalinan surat dengan tajuk 'Anugerah Kepimpinan Ibrahim Ali Bersempena Konvokesyen UiTM' yang diperolehi oleh Malaysiakini menunjukkan ia diedarkan kepada semua kampus universiti itu, jabatan dan fakultinya di seluruh negara.


"Adalah dimaklumkan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali telah menawarkan diri untuk menaja sejumlah RM5,000 setahun kepada pelajar untuk dianugerahkan atas komitmen dan sumbangan mereka dalam memertabatkan bangsa.

"Beliau mencadangkan supaya anugerah ini diberikan setiap kali konvokesyen kecuali jika tiada calon yang layak.

Turut dilampirkan bersama dengan pekeliling itu adalah garis panduan Anugerah Ibrahim Ali dan borang pencalonnya.


Sahol Hamid juga meminta maklumat berhubung perkara itu disebarkan kepada para pelajar dan borang pencalonan yang telah diisi dengan lengkap dihantar kepada Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) sebelum 1 Julai.

Mengulas perkembangan itu, Sahol Hamid ketika dihubungi Malaysiakini berkata surat pekeliling itu hanya bertujuan mendapatkan reaksi para pensyarah.

Katanya, ia juga bertujuan melihat sama ada terdapat pencalonan untuk anugerah berkenaan.

Kenyataan naib canselor UiTM itu bercanggah dengan apa yang ditulisnya pada laman sosial Facebook semalam yang berkata pihak universiti belum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan Anugerah Ibrahim Ali itu.

Katanya, anugerah itu perlu dibawa kepada Senat dan Lembaga UiTM sebelum ia boleh diluluskan.


Menurutnya lagi, senat UiTM adalah badan yang kuat dan berkecuali dan mereka yang bakal menentukan sebelum sesuatu anugerah boleh diberikan.

"Senat ada 60 professor, dekan dan rektor kampus. Masing-masing bertindak secara individu. Tidak boleh lobi. (Ia) satu badan yang kuat dan independen di UiTM,” tulisnya di Facebook.

Sahol Hamid kemudian mempersalahkan Impak yang didakwa terlepas pandang dan membuat hebahan mengenainya di laman web mereka.

“UiTM prihatin tentang keadaan semasa dan tidak akan terima Anugerah tersebut tanpa kelulusan Senat dan Lembaga Pengarah. Dengan penjelasan ini, saya berharap isu ini tidak akan dibesarkan lagi,” katanya. -mk

Bodohnya Mereka Nak Keluarkan Juga Waran Tangkap Lagi!

Waran tangkap untuk Anwar, Samad Said, Husam

Polis akan mendapatkan waran tangkap ke atas 13 individu, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan gagal hadir membantu siasatan selepas terbabit dalam perhimpunan 9 Julai lalu.

Sebelum ini, polis menyenaraikan 14 individu bagi melengkapkan kertas siasatan, bagaimanapun anggota parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali meninggal dunia Ahad lalu, lapor Berita Harian.

Selain Anwar, mereka yang lain adalah Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, Timbalan Pengerusi DAP Perak V Sivakumar, aktivis Wong Chin Huat, pengendali blog Haris Ibrahim, peguam Latifah Koya dan aktivis Badrul Hisham Shaharin.

Sementara anggota parlimen Pakatan Rakyat pula yang termasuk dalam senarai itu R Sivarasa (Subang), Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) dan Dr Hatta Ramli (Kuala Krai).
Nama tunggal wakil Umno adalah Exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican.

Tanpa memetik mana-mapa pihak, akhbar itu melaporkan semua individu itu dipanggil ke ibu pejabat polis (IPD) Dang Wangi sejak 11 Julai, namun belum berbuat demikian.

Semalam, polis Kuala Lumpur menghantar kertas siasatan dan laporan berhubung kegagalan individu itu kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk tindakan susulan, termasuk cadangan mengeluarkan waran tangkap.

Sementara itu, beberapa individu terbabit yang dihubungi semalam mendakwa tidak menerima sebarang arahan untuk menghadirkan diri ke IPD Dang Wangi, lapor Berita Harian lagi.

Sebelum ini, polis sudah mengambil keterangan Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Mohamad Sabu serta anak bongsu Anwar, Nurul Iman.

Daripada pihak Umno, ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim juga dilaporkan sudah memberikan keterangan. -mk



Waran tangkap 13 individu

Polis akan mendapatkan waran tangkap ke atas 13 individu yang terbabit dalam perhimpunan haram 9 Julai lalu selepas gagal menghadirkan diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membantu siasatan seperti diminta.

Antara mereka ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said; Exco Pemuda UMNO, Datuk Reezal Merican Naina Merican; Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli; Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar; aktivis Wong Chin Huat; pengendali blog, Haris Ibrahim; peguam Latifah Koya dan Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegu Bard.

Semua 13 individu terbabit dipanggil untuk hadir di IPD Dang Wangi sejak 11 Julai lalu bagi membantu siasatan berhubung pembabitan mereka dalam perhimpunan haram itu, namun sehingga sekarang belum berbuat demikian.

Sebelum ini, polis menyenaraikan 14 individu bagi melengkapkan kertas siasatan mereka, bagaimanapun Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’Lo Ghazali meninggal dunia, Ahad lalu.

Semalam, Polis Kuala Lumpur menghantar kertas siasatan dan laporan berhubung kegagalan 13 individu terbabit kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk tindakan susulan, termasuk cadangan untuk mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka.

Sebelum ini, polis sudah mengambil keterangan Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Mohamad Sabu serta anak bongsu Anwar, Nurul Iman selain dua pemimpin HIMPUNAN PATRIOT iaitu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Sementara itu, beberapa individu terbabit yang dihubungi semalam mendakwa tidak menerima sebarang arahan untuk menghadirkan diri ke IPD Dang Wangi. - BH


Ulasan GB

GB sudah ulas sebelum ini di SINI. Petikan:

GB yakin kesan daripada tindakan polis ini akan mendapat tentangan hebat daripada majoriti rakyat. Ianya akan dimanifestasikan melalui kertas undi di dalam pilihanraya nanti.

Sepertimana yang bekas Tun Dr Mahathir Mahathir yang cuba lepas tangan begitu sahaja tanggungjawab politiknya dalam "Operasi Lalang" pada tahun 1987, dalam satu wawancaranya yang dibukukan dalam Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad, oleh Tom Plate.

Mahathir mendakwa penangkapan pada 26 Oktober 1987 adalah keputusan polis, dan beliau hanya menerima keputusan itu. Malah, TDM mendakwa konon dirinya pernah berjumpa dan menjamin kepada pembangkang sebelum "Operasi Lalang", bahawa mereka tidak akan ditangkap.

Apa yang berlaku selepas Operasi Lalang?

Keputusan pilihanraya umum ke 8 pada tahun 1990 Barisan Nasional kalah teruk dimana undi popular BN adalah yang terrendah selepas PRU 1969
iaitu hanya memperolehi 53.4% dan jumlah kerusi parlimen yang dimenangi BN pada ketika itu merosot dengan teruk buat kali pertama sehingga ke paras hanya 70%.

Hal yang sama berulang dimana tangkapan dilakukan terhadap peserta BERSIH 1.0 pada 2007. Pada 9 Disember 2007, Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu telah ditahan oleh polis Perak diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC II Ismail Yatim.

Kereta Naza Ria Mohamad Sabu ditahan berhampiran Pasar Raya Tesco di Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang. Beliau dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan anak perempuannya di Sunway City, Tambun, Perak. Mohamad Sabu dipercayai terlibat dalam perhimpunan Bersih pada 10 November 2007. Rumah Mohamad Sabu terletak di Guar Petai, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Tian Chua yang merupakan Ketua Penerangan KeADILan turut ditahan di bawah Akta Polis, Seksyen 27(5)(a), di Johor Bahru, jam 5.15 petang pada 9 Disember 2007 kerana menjadi penggerak perhimpunan Bersih.

Apa yang berlaku pada PRU 2008?

Pertama kali di dalam sejarah BN gagal menguasai majoriti 2/3 parlimen sehingga begitu ramai menteri kabinet kecundang dan terkangkang untuk mempertahankan parlimen masing-masing!


Tian Chua diangkat menjadi ahli parlimen Malaysia. Polis tak tahu malukah?

Justeru itu, nampaknya polis ingin melihat BN kalah teruk di dalam PRU13 nanti, terus mengasari, menzalimi dan menangkap rakyat yang SUHAKAM sendiri sudah menyatakan bahawa perhimpunan tersebut adalah SAH di sisi Perlembagaan.

Tindakan polis hari ini adalah petanda kejatuhan dan keruntuhan UMNO BN. Terima kasih PDRM!


GB Betul. Teoh Beng Hock Didera Oleh Soalsiasat Pegawai SPRM Bertaraf Binatang

S'jaya diraja: Teoh Beng Hock bunuh diri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz mengumumkan bahawa Suruhanjaya Diraja Siasatan kematian Teoh Beng Hock mendapati setiausaha politik DAP itu membunuh diri.

Katanya, suruhanjaya tersebut memutuskan tindakan bunuh diri itu akibat soalsiasat yang agresif dan berterusan oleh pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tiga pegawai SPRM didapati telah menggunakan taktik soal siasat yang "agresif, tidak wajar, maka langgar peraturan", kata Nazri dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen petang ini.

Bagaimanapun, Nazri menambah, pegawai SPRM itu tidak mempunyai niat untuk membunuh Teoh.

Laporan prosiding suruhanjaya diraja setebal 124 muka surat itu merupakan keputusan sebulat suara oleh kesemua anggota panelnya yang dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Januari lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner Shah Alam yang mengendalikan inkues membuat keputusan terbuka berhubung kes berkenaan.

Prosiding suruhanjaya itu bersidang selama 50 hari dan membabitkan 70 saksi di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini sejak 14 Februari dan berakhir pada 10 Mei lalu. -mk


Suruhanjaya putuskan Beng Hock bunuh diri

KUALA LUMPUR, 21 Julai — Laporan siasatan suruhanjaya diraja memutuskan Teoh Beng Hock membunuh diri ekoran tekanan daripada kaedah siasatan agresif dan berterusan di pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pegawai-pegawai SPRM telah mengenakan tekanan ke atas Teoh agar menjadi saksi dalam kes terhadap seorang Adun DAP.

Hasil siasatan diumumkan oleh Datuk Nazri Aziz yang turut mengatakan bahawa keputusan suruhanjaya itu adalah sebulat suara.

Suruhanjaya diraja juga memutuskan bahawa pegawai-pegawai SPRM didapati telah melanggar prosedur operasi standard yang telah ditetapkan.

Ia mengesyorkan agar tindakan diambil khususnya ke atas tiga pegawai SPRM.


Nazri berkata kerajaan menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas pegawai-pegawai terbabit.

Kata beliau, polis perlu membuka satu siasatan dan membawa perkara tersebut kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan pendakwaan. -TMI


Ulasan GB

Sekalipun agak sukar diterima kenyataan Teoh Beng Hock membunuh diri seperti yang diutarakan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja, namun faktanya bahawa Teoh Beng Hock telah didera dengan soalsiasat yang agresif dan berterusan oleh pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Bunuh diri" hanyalah andaian. Tetapi penderaan oleh pegawai SPRM bertaraf binatang adalah fakta dan kebenaran.


Tiga pegawai SPRM didapati telah menggunakan taktik soal siasat yang "agresif, tidak wajar, maka langgar peraturan"

Jadi tertolaklah teori Peguam SPRM, Shafee Abdullah yang menyatakan kononnya Teoh Beng Hock bunuh diri secara terhormat bagi melindungi majikan dan partinya daripada tuduhan rasuah. Satu andaian palsu dan rekaan melangkaui tahap "merapu" demi untuk mempertahankan SPRM dan Polis. This lawyer really wants to play the fool with truth and God.

Kebenaran telah terserlah seperti yang kita doakan. Dari awal lagi GB sudah suruh siasat pegawai-pegawai SPRM itu. Tepat apa yang GB katakan sebelum ini di bawah tajuk entri berbunyi Pegawai SPRM Ditegur Suruhanjaya, Siasat Lelaki Ini! dan tajuk entri Pegawai SPRM Berambut Panjang Ini Hanya Mengandaikan Teoh Yang Berbaring Di Sofa.





Itulah pentingnya untuk kita berdoa dan mengharap kepadaNya seperti yang pernah GB tuliskan di dalam tulisan-tulisan yang lalu:

1) Allahumma arinal haqqan, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathilan bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqan

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Kebenaran tetap akan menang mengalahkan kebatilan sepertimana janjiNya:


Firman Allah bermaksud,

Katakanlah : Telah datang yang haq (kebenaran) dan telah lenyap yang batil atau yang palsu. Sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap. (Al Israa' 81)

Kes Sarbani: Siapa Merapu, Shafee Atau RPK?

Shafee: Raja Petra merapu, dakwaan tak jejas inkues Sarbaini

KUALA LUMPUR, 21 Julai — Peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan editor portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, sebagai seorang yang “bercakap merapu” sambil menegaskan dakwaan-dakwaan mengenai kematian Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed tidak benar.

Ini kerana menurut Datuk Seri Shafee Abdullah, sepanjang inkues setakat minggu lalu ramai saksi telah dipanggil memberi keterangan dan pakar forensik juga mengatakan Sarbaini, penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia tidak membunuh diri atau dibunuh.

“Raja Petra cakap merapu, dalam inkues kita sudah panggil saksi dan pakar (forensik) juga tidak kata Sarbaini bunuh diri atau dibunuh.

“Saya percaya dakwaan ini tidak akan menjejaskan inkues, Raja Petra sudah jadi (bahan) sejarah dan selalu cakap merapu.

“Raja Petra sudah tidak ada modal (untuk bercakap), dia tiada kredibiliti, suka merepek dan sudah tidak diterima pembangkang,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Tegas beliau, adalah mustahil untuk Sarbaini keluar dan berdiri di atas tingkap bilik pantri seperti mana yang didakwa Raja Petra.

“Tiada sesiapa boleh bertenggek atas tingkap atau berdiri, yang boleh hanya berdiri di luar tingkap dan ia kita dah tunjukkan (dalam lakon semula kejadian).

“Kalau Raja Petra boleh, saya minta dia buat (berdiri atas tingkap),” katanya.

Sehingga semalam, Raja Petra telah menulis tujuh entri dan yang terbaru dalam blognya mendakwa Penolong Penguasa SPRM Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad telah membawa Sarbaini ke pejabat Ketua Unit Siasatan SPRM Kuala Lumpur Mohd Fauzi Husin yang terletak di sebelah bilik pantri di aras tiga bangunan SPRM Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane di sini.

“Di sana, Sarbaini telah ‘didera’ secara lisan (kerana mahu mengubah keterangan). Secara tiba-tiba mereka membawa Sarbaini ke bilik pantri dan telah menghukum Sarbaini dengan mengarahkan dia berdiri di atas kaki lima tingkap (bilik pantri).

“Mohd Fauzi juga mengatakan ‘orang macam kau ni lebih baik mati dari hidup menyusahkan orang lain’, terkejut dengan itu Sarbaini memanjat tingkap dengan terus dihina Mohd Fauzi.

“Sheikh Niza hanya melihat sahaja, dan secara tiba-tiba tali pinggang Sarbini tersangkut di kaki lima tingkap, hilang pertimbangan dan jatuh lalu meninggal dunia,” dakwa beliau.

Ekoran pendedahan itu peguam keluarga Sarbaini, Awtar Singh memberitahu The Malaysian Insider semalam bahawa pihaknya akan membuat satu laporan polis dalam masa terdekat ekoran pendedahan terbaru itu.

Selain itu, jelas Awtar, pada inkues yang akan bersambung 2 Ogos ini, beliau akan meminta agar mahkamah koroner sekali lagi melawat tempat kejadian.

Mahkamah koroner yang diketuai Aizatul Akmal Maharani ada melawat tempat kejadian pada 5 Julai lalu.

Sarbaini, penolong pengarah Kastam yang disiasat dalam Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 6 April lalu ketika datang secara sukarela untuk menukar pengakuannya.

Sebanyak 27 saksi telah selesai memberi keterangan di hadapan Aizatul Akmal sehingga 15 Julai lalu.

Pada 15 Julai lalu, DSP Sharul Othman Mansur berkata, Sarbaini tidak membunuh diri ataupun dibunuh.

Sharul Othman, yang merupakan pegawai forensik berkata penelitiannya di kawasan kejadian menunjukkan Sarbaini cuba untuk melompat ke arah gelanggang badminton tetapi terjatuh menyebabkan kematiannya. -TMI


Kes Sarbaini: Peguam mahu buat laporan polis, dakwa tulisan Raja Petra ada asas

KUALA LUMPUR, 20 Julai – Peguam keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed menegaskan pihaknya akan membuat satu laporan polis dalam masa terdekat ekoran pendedahan baru dibuat editor portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin berhubung kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu 6 April lalu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Awtar Singh berkata, pendedahan yang dibuat Raja Petra itu ada asasnya kerana mustahil untuk Sarbaini (gambar) membunuh diri seperti yang didakwa.

Selain itu, jelas Awtar, pada inkues yang akan bersambung 2 Ogos ini, beliau akan meminta agar mahkamah koroner sekali lagi melawat tempat kejadian di kompleks Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane di sini.

Mahkamah koroner yang diketuai Aizatul Akmal Maharani ada melawat tempat kejadian pada 5 Julai lalu.

“Kita akan buat satu laporan polis yang baru berhubung pendedahan dalam blog Raja Petra Kamaruddin, mana mungkin Ahmad Sarbaini bunuh diri... mungkin dia ditolak dari tingkap.

“Mungkin pada inkues nanti kita akan minta untuk sekali lagi ke bangunan (SPRM) untuk kaji dan lakukan semula tentang apa yang berlaku... kita memang sudah jangka Ahmad Sarbaini tidak mungkin bunuh diri.

“Kita akan buat laporan polis dengan segera, kita mahu polis siasat semula perkara ini sebab mustahil Ahmad Sarbaini boleh jatuh sendiri, saya tidak kata dia dibunuh tapi mungkin berlaku kecuaian,” kata Awtar.

Inkues Sarbaini telah bermula pada 4 Julai lalu dan ramai saksi termasuk ahli keluarga Sarbaini telah dipanggil untuk memberikan keterangan.

Sarbaini, penolong pengarah Kastam yang disiasat dalam Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM Kuala Lumpur di Jalan Cochrane pada 6 April lalu ketika datang secara sukarela bagi menukar pengakuannya.

Sebanyak 27 saksi telah selesai memberi keterangan di hadapan Aizatul Akmal sehingga 15 Julai lalu.

Tegas Awtar, pihaknya telah mengesyaki dua individu yang didakwa beliau terlibat dalam kematian Sarbaini..

“Kita juga sejak dari awal sudah mengesyaki dua suspek yang terlibat dalam perkara ini (kematian Sarbaini).

“Sebab, kalau dari segi kecederaan yang dialami (Sarbaini) seperti ada sesuatu yang berlaku, apa sahaja boleh berlaku,” tambah Awtar.

Raja Petra dalam entri terbaru dalam blognya berkata Penolong Penguasa SPRM Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad telah membawa Sarbaini ke pejabat Ketua Unit Siasatan SPRM Kuala Lumpur Mohd Fauzi Husin yang terletak di sebelah bilik pantri di aras tiga bangunan SPRM itu.

“Di sana, Sarbaini telah ‘didera’ secara lisan (kerana mahu mengubah keterangan). Secara tiba-tiba mereka membawa Sarbaini ke bilik pantri dan telah menghukum Sarbaini dengan mengarahkan dia berdiri di atas kaki lima tingkap (bilik pantri).

“Mohd Fauzi juga mengatakan ‘orang macam kau ni lebih baik mati dari hidup menyusahkan orang lain’, terkejut dengan itu Sarbaini memanjat tingkap dengan terus dihina Mohd Fauzi.

“Sheikh Niza hanya melihat sahaja, dan secara tiba-tiba tali pinggang Sarbini tersangkut di kaki lima tingkap, hilang pertimbangan dan jatuh lalu meninggal dunia,” dakwa beliau.

Sarbaini sebelum ini dilaporkan membuat pengakuan menerima rasuah, namun bertindak mengubah keterangan yang diberikan itu.

Pada 15 Julai lalu, DSP Sharul Othman Mansur berkata, Sarbaini tidak membunuh diri ataupun dibunuh.

Sharul Othman, yang merupakan pegawai forensik berkata penelitiannya di kawasan kejadian, Sarbaini cuba untuk melompat ke arah gelanggang badminton tetapi terjatuh menyebabkan kematiannya. -TMI


Ulasan GB

Sepandai-pandai tupai melompat satu hari akan terhempas ke tanah juga.

Demikian diperingatkan kepada peguam Mohd Shafie.

Di dalam kes Teoh Beng Hock satu ketika dulu, beliaulah yang merapu dengan membuat dakwaan kononnya Teoh Beng Hock bunuh diri secara terhormat bagi lindungi majikan dan partinya daripada tuduhan rasuah. Satu andaian palsu dan rekaan melangkaui tahap "merapu" demi untuk mempertahankan SPRM dan Polis.

Kini di dalam kes Sarbani, beliau kembali merapu setelah ada bahan baru didedahkan oleh Raja Petra. Tersentak dengannya Shafee melakukan serangan peribadi: dia tiada kredibiliti, suka merepek dan sudah tidak diterima pembangkang.

Menunggu masa tupai akan jatuh tersembam ke bumi.

BERS✔H: Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat Kelemahan Pilihanraya

Kuala Lumpur: Kelemahan dan kepincangan dalam perjalanan sistem pilihan raya boleh diatasi dengan penubuhan Suruhanjaya Diraja (Royal Commission of Inquiry – RCI).

“Ini cara terbaik untuk membaiki kelemahan pilihan raya negara kita yang menjadi bualan dan rungutan,” kata Zaid Kamaruddin, seorang pemimpin Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kepada FMT hari ini.

Beliau yang juga Presiden Jemaah Islah Malaysia (Jim), berkata, biar pakar-pakar tempatan mengkaji dan memperbetulkan kepincangan pilihan raya termasuk Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sendiri.

“Kalau perlu parti politik boleh dilibatkan dalam RCI ini tetapi lebih elok diserahkan kepada pakar sahaja,” katanya.

Zaid ialah salah seorang pemimpin Bersih yang menyerahkan memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 5 Mei lalu menuntut pilihan raya bersih dan adil. Dua lagi ialah pengerusinya Datuk S Ambiga dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Zaid memberitahu penubuhan RCI adalah di antara tuntutan yang terkandung dalam memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong dan Seri Paduka akan membawa tuntutan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tuntutan Bersih

Pertemuan itu, menurutnya berlangsung kira-kira 45 minit dan Seri Paduka meminta Bersih menghantar melalui faks semua tuntutan Bersih untuk diperpanjangkan kepada kerajaan.

Zaid juga berharap SPR memainkan peranan yang lebih proaktif dalam membuat pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.

“Jika SPR yang buat, ia lebih berkesan dari didesak oleh pihak lain termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik.

“Bagaimanapun, Bersih akan terus bersuara bagi membuat tuntutan bagi mengadakan pilihan raya yang adil dan bersih,” tambahnya.

Menurutnya, jika perubahan itu memerlukan pindaan undang-undang atau perlembagaan maka ia perlu dilakukan untuk kebaikan semua.

Secara keseluruhannya kata Zaid, beberapa peraturan dalam SPR sendiri perlu ditambah baik seperti ketiadaan kuasa pendakwaan bagi akta pilihan raya.

“Sehingga ini SPR tidak mendakwa seorang pun di bawah akta pilihan raya dengan alasan suruhanjaya itu tiada kuasa mendakwa,” katanya. -FMT

[Video ] Tentera AS Peluk Islam Disiarkan Di LiveLeak

Seorang tentera AS di Afghanistan dilaporkan telah memeluk Islam pada upacara yang dihadiri oleh sejumlah besar orang, menurut sebuah rakaman video yang dikeluarkan pada hari Selasa (19/7/2011).

Video, yang dikeluarkan di Liveleak.com, menunjukkan bahawa tentera nasional Afghanistan juga mengambil bahagian dalam upacara tersebut.

Pada awal video, seorang lelaki Afghan separuh umur mengumumkan nama baru bagi tentera tersebut, yakni Habibullah, yang bererti "sahabat Allah" dan menyambut tentera AS dengan pelukan hangat atas keputusannya untuk memeluk Islam.

"Orang ini telah menjadi sahabat Allah kerana Allah telah memberi rahmat khusus pada dirinya (untuk menunjukkan kepadanya jalan yang benar Islam)," kata lelaki Afghanistan itu dalam video yang sebetulnya dimuat naik di Youtube sejak Jun 2011.

Lalu dia diberikan serban di kepalanya, yang merupakan tanda penghormatan dalam budaya Pakhtun. (diterjemah dari globalmuslim) -HHRS



Professor Pengampu Kelas Pertama

Hairan bin ajaib, bagaimana seorang yang bergelar profesor, tiba-tiba menyuruh kerajaan mengambil tindakan kepada portal berita The Malaysian Insider kononnya pemberitaannya memberi kesan buruk kepada keselamatan dan keamanan negara.

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata cadangan Profesor Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain (gambar) ditertawakan oleh mereka yang belajar di sekolah atap.

“Sebenarnya yang tergugat ialah kerajaan BN, bukannya keamanan negara,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Soalnya, mengapa perlu takut dengan media baru kerana bukankah Umno memiliki media gergasi yang dapat dipancar ke setiap pelosok kampung.

Katanya, memang sahlah parti yang didukung Ahmad Atory sudah hendak menghembus nafas terakhir, sehingga takut keburukan parti Umno diketahui oleh rakyat.

Menurutnya, Atory merupakan pensyarah Universiti Sains Malaysia yang memang terkenal sebagai penyokong Umno tegar telah mencadangkan perkara tersebut, kerana resah dengan maklumat yang diberikan oleh The Malaysian Insider dan media alternatif lain.

Beliau berkata, jika benar laporan media alternatif itu bahaya dan menyalahi etika media, kerajaan boleh bertindak melalui Akta Hasutan bukannya menerima cadangan Atory.

Idris menambah, sepatutnya yang perlu takut kepada media alternatif ialah Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah, bukannya Atory.

Soalnya, tidak cukup lagikah dengan gaji sebagai seorang profesor sehingga sanggup menjadi pengampu kelas pertama.

“Saya tidak dapat bayangkan bagaimana kualiti graduan yang beliau ajar jika beliau yang berfikiran sempit dan tidak memahami bahawa sekarang langit sudah terbuka. Inilah nasib seorang Profesor jika taksub dengan Umno sehingga hilang rasional apabila memberi pandangan,” ujarnya lagi. -HD

Langkah KDN Tapis Majalah The Economist Malukan Negara & Bukti Malaysia Masih Mundur

economistEconomist akan siasat tapisan BERSIH 2.0

Majalah antarabangsa The Economist akan menyiasat tapisan atau suntingan Kementerian Dalam Negeri ke atas keluaran terbarunya berhubung laporan perhimpunan BERSIH 2.0 kata pengurus jenamanya Caroline Marrows.

"Kami akan siasat dakwaan itu,” katanya kepada Malaysiakini menerusi email.

"Saya boleh sahkan sebarang bentuk tapisan dalam The Economist di Malaysia minggu lalu bukan kerja kami sendiri. Namun buat masa ini, kami tidak mahu mengulas lanjut.”

Marrows juga berkata majalah mingguan itu juga tidak akan membuat sebarang spekulasi berhubung motif kerajaan Malaysia membuat tapisan itu.

Kementerian Dalam Negeri telah menghitamkan beberapa bahagian dalam laporan majalah antrabangsa yang berpangkalan di London itu pada edisi 16 Julai berhubung perhimpunan BERSIH 2.0.

Laporan, 'Political affray in Malaysia: Taken to the cleaners', menunjukkan beberapa ayat dihitamkan dengan pen penanda berdakwat kekal.

Dalam emel berasingan kepada Malaysiakini, timbalan editor The Economist edisi Asia John Parker berkata kerajaan Malaysia membuat tapisan tanpa memaklumkan kepada majalah itu terlebih dahulu.

Sementara itu, setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN Abd Aziz Md Nor mendakwa tindakan kerajaan menapis sebahagian daripada artikel itu adalah kerana laporan itu tidak tepat dan menggelirukan.

Ayat-ayat yang dipadamkan itu adalah berkaitan dengan dakwaan salah laku polis dan kerajaan ketika menghalang perhimpunan Julai 9 yang menyaksikan hampir 1,700 peserta ditangkap.

Laporan akhbar The Star, memetik Abd Aziz berkata keputusan dibuat setelah berunding dengan pihak polis dan kementeriannya telah memaklumkan perkara berkenaan kepada penerbit majalah tersebut.

Antara ayat-ayat yang dihitamkan itu adalah:

'seorang lelaki mati akibat sakit jantung' (and one man died of a heart attack), pada perenggan pertama.

'Perarakan itu kemudiannya diharamkan, meskipun pihak berkuasa menawarkan sebuah stadium untuk berhimpun - tetapi menarik balik tawaran itu' (The march itself was then banned, although the authorities offered Bersih a stadium to meet in - and then withdrew the offer') pada perenggan kedua.

'Taktik polis mencetuskan kemarahan; kerajaan akur menjalankan siasatan rasmi berhubung dakwaan keganasan polis. Dalam satu kejadian (sempat dirakamkan dalam filem) polis seolah-olah dilihat menembak gas pemedih mata dan memancutkan meriam air ke arah peserta himpunan yang berlindung daripada serangan belantan' (The heavy-handed police tactics have provoked a lot of anger; the government has conceded an official investigation into claims of police brutality. In one instance (caught on film), police seemed to fire tear gas and water cannon into a hospital where protesters were sheltering from a baton charge), pada perenggan keempat. -mk


Saring Maklumat Bukti Malaysia Masih Mundur, Terkebelakang-IDEAS

SHAH ALAM 20 JULAI : Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Urusan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan membidas tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang melakukan tapisan ke atas artikel dari majalah antarabangsa The Enonomist berhubung himpunan Bersih, 9 Julai lalu.

Menyifatkan ia sebagai tindakan terkebelakang dalam dunia moden pada hari ini, Wan Saiful berkata adalah tidak masuk akal sama sekali untuk KDN menghitamkan beberapa ayat dalam laporan itu meskipun KDN meminta kebenaran dari majalah itu sekali pun.

"Saya rasa sama ada The Economist setuju atau tidak bagi saya itu tak relevan. Saya rasa amat malang dalam keadaan dunia yang makin maju sekarang ini, kita masih lagi guna cara untuk sunting pandangan atau laporan yang disiarkan, lebih-lebih lagi dalam dunia internet sekarang,"kata beliau kepada Tv Selangor.

The Enonomist hari ini memberitahu pihaknya akan menyiasat tapisan yang dilakukan oleh KDN.

Kementerian itu telah menghitamkan beberapa bahagian dalam laporan majalah antarabangsa yang berpangkalan di London itu pada edisi 16 Julai berhubung perhimpunan Bersih 2.0.

Laporan, 'Political affray in Malaysia: Taken to the cleaners', menunjukkan beberapa ayat dihitamkan dengan pen penanda berdakwat kekal, namun keratan itu masih boleh didapati di internet.

Antara maklumat yang dipadamkan ialah mengenai kematian seorang peserta himpunan Bersih, Baharuddin Ahmad akibat sakit jantung.

Melihat kepada senario itu, Wan Saiful berkata, akta penapisan sudah tidak munasabah dan terpakai lagi memandangkan artikel berkenaan tidak mengandungi unsur yang memudaratkan ketenteraman awam, mengancam keselamatan negara dan menggugat kesejahteraan rakyat.

"Perbuatan penapisan, awal-awal lagi saya rasa memang satu perkara yang tak patut berlaku. Akta penapisan seperti ini perlu dihentikan.

"Dari segi moral dengan dunia sudah maju sekarang ini, walaupun undang-undang membolehkan perkara tersebut tetapi perkara itu (penapisan) tidak patut dipertahankan lagi dalam situasi ini,"tambah beliau lagi.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN Abd Aziz Md Nor sebelum ini mendakwa tindakan kerajaan menapis sebahagian daripada artikel itu adalah kerana laporan itu tidak tepat dan mengelirukan.

Namun ayat-ayat yang dihitamkan lebih menjurus ke arah salah laku dan keganasan polis pada hari kejadian.

Antara ayat-ayat yang dihitamkan itu adalah:

* 'seorang lelaki mati akibat sakit jantung' (and one man died of a heart attack), pada perenggan pertama.

* 'Perarakan itu kemudiannya diharamkan, meskipun pihak berkuasa menawarkan sebuah stadium untuk berhimpun - tetapi menarik balik tawaran itu' (The march itself was then banned, although the authorities offered Bersih a stadium to meet in - and then withdrew the offer') pada perenggan kedua.

* 'Taktik polis mencetuskan kemarahan; kerajaan akur menjalankan siasatan rasmi berhubung dakwaan keganasan polis. Dalam satu kejadian (sempat dirakamkan dalam filem) polis seolah-olah dilihat menembak gas pemedih mata dan memancutkan meriam air ke arah peserta himpunan yang berlindung daripada serangan belantan' (The heavy-handed police tactics have provoked a lot of anger; the government has conceded an official investigation into claims of police brutality. In one instance (caught on film), police seemed to fire tear gas and water cannon into a hospital where protesters were sheltering from a baton charge), pada perenggan keempat. -tvsnews






BERS✔H 2.0: Lagi Pemuda Dedah Jadi Mangsa Keganasan Polis

Bandar Jengka, 20 Julai: Seorang lagi peserta himpunan Bersih 2.0 tampil mendakwa dikasari tidak kurang 20 orang anggota polis walaupun selepas bersurai. Gambar fail.

Badrul Hisham Abdul Halim, 26, dari Felda Jengka 19 dekat sini, berkata beliau dibelasah ketika melalui tangga OCBC Bank dalam perjalanan ke stesen LRT untuk pulang.

“Saya menyertai perhimpunan Bersih di Pasar Seni bersama kira-kira 5,000 yang lain. Kira-kira pukul 4.30 petang perhimpunan bersurai setelah diarahkan polis dan saya berjalan mencari stesen LRT yang beroperasi untuk pulang ke Pahang,” katanya ketika bercerita kepada Harakahdaily.

Tambahnya, semasa perjalanan pulang itu beliau memang memegang baju kuning Bersih di tangan dan sedar terpaksa melalui deretan polis di tepi jalan.

“Polis yang berada di tepi jalan telah memanggil saya lalu meminta baju berkenaan. Saya enggan menyerahkannya lalu mereka rentap dan rampas kemudian mereka mengkasari saya.

“Seingat saya polis bernama Azrin dan seorang lagi bernama Hafizul mengheret saya sambil mencengkam kolar baju. Kemudian mereka gari saya dan heret sejauh kira-kira 200 meter ke Dataran DBKL. Saya ingat betul pada masa itu tak kurang daripada 20 orang polis berseragam membelasah sambil memaki hamun saya sebagai samseng.

“Mereka pukul saya dengan berselindung di sebalik trak polis. Saya langsung tak melawan kerana digari dan mereka hanya berhenti apabila tiba di Dataran DBKL. Selepas berada di situ selama setengah jam, saya dinaikkan ke dalam trak dan dihantar ke Pulapol. Di situ baru gari dibuka dan dibebaskan sejam kemudian,”
ujarnya.

Badrul yang mengusahakan ladang bapanya sendiri, berkata pada ketika itulah baru dia sedar di sebelah mata kanannya lebam dan berdarah, kepala bengkak serta tulang betisnya amat sakit akibat disepak.

“Dari Pulapol saya kemudiannya polis hantar ke stesen LRT Dang Wangi untuk meneruskan perjalanan pulang ke Pahang,” katanya.

Bagi Badrul, ini merupakan pengalaman pertama menyertai himpunan seperti itu dan tidak sangka sudah menjadi belasahan polis.

Katanya, beliau pergi kerana gambaran awalnya perhimpunan aman dan merasa tidak takut kerana selama ini mengganggap polis adalah sebagai pelindung dan pemelihara undang-undang.

“Tapi dengan layanan sebegitu saya terperanjat. Saya sanggup tampil jika ada yang mahu menyiasat. Saya juga akan berbincang dengan peguam untuk tindakan selanjutnya,” katanya. -HD

BERS✔H 2.0: Ada Cubaan Untuk Membunuh Anwar

Peguam: Serangan ke atas pengawal cubaan bunuh

Pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan saman sivil ke atas polis berhubung kecederaan yang dialaminya ketika mengawal keselamatan ketua pembangkang itu.

Tulang pipi Fayyahd Afiq Albakqry, 25 dikatakan retak dan hancur semasa peserta perhimpunan BERSIH 2.0 itu melarikan diri daripada asakan dan serangan polis di terowong KL Sentral pada 9 Julai lalu.

Beliau terpaksa menjalani pembedahan pembinaan semula tulang pipinya menggunakan titanium, baru-baru ini.

"Bagaimanapun, saman sivil itu adalah berasingan daripada prosiding jenayah yang akan dimulakan ke atas polis,” kata peguam N Surendren yang bertindak bagi pihak Fayyahd.

Masih trauma

Surendren yang juga naib presiden PKR mengiringi Fayyadh membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi berhubung dakwaan kejadian itu sehingga menyebabkan kecederaannya.

Menurut Surendren, pengawal peribadi itu masih dalam trauma dan enggan melayan soalan wartawan.

Katanya, tindakan keterlaluan polis cuba menyuraikan peserta BERSIH 2.0 tempoh hari boleh diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh.

"Kes ini harus disiasat ke atas siapa yang melakukan tugas dan siapa yang memberi arahan. Ini adalah satu perkara dan kes salah guna kuasa yang serius sehingga mencederakan orang awam," katanya.

Oleh itu, beliau menggesa polis menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

"Polis langgar prosedur ketika melepas tembakan. Gas pemedih mata dilepaskan pada kawasan tertutup (terowong), menembak tepat kepada orang awam dan tembak tanpa memberi amaran.

“Kami ada video sebagai bukti, polis melepas lebih kurang 12 das dalam kawasan tertutup dan jelas arahan pada kelongsong, tidak boleh tembak tepat ke arah orang awam," katanya.

Pada kejadian itu, Anwar juga dilaporkan cedera akibat terjatuh semasa melarikan diri akibat terkena tembakan gas pemedih mata dan terpaksa dikejarkan ke hospital bagi rawatan lanjut.

Turut hadir pada hari ini adalah peguam dari Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri, Pengarah Biro Guaman PKR, Latheefa Koya dan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah. -mk


Keganasan Polis : Pengawal Peribadi Anwar Buat Laporan

KUALA LUMPUR 20 JULAI : Tindakan polis menghalakan tembakan gas pemedih mata tepat menuju ke arah Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah cubaan terbaru untuk membunuh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Naib Presiden PKR, N Surendran berkata, ia merujuk kepada tindakan polis menyerang menggunakan tembakan gas pemedih mata secara terus ke terowong dekat KL Sentral 9 Julai lalu.

Menurut beliau, insiden itu sudah dirancang lebih awal oleh pasukan polis untuk mencederakan Anwar, termasuk mendatangkan kematian.

“Tembakan kanister itu memang sengaja dihalakan ke arah Anwar dan tindakan pantas Fayyadh (Afiq Al Bakqry) menarik tangan Anwar di terowong itu berjaya menyelamatkan ketua umum itu. Namun malangnya, Fayyadh pula yang cedera,” katanya.

Surendran menjelaskan hal itu pada sidang media selepas bersama-sama pengawal peribadi Anwar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berikutan kecederaan serius yang dialami beliau dalam cubaan polis menyuraikan orang awam pada himpunan Bersih 9 Julai lalu.

Menurut peguam hak asasi manusia itu, cubaan membunuh itu susulan dari beberapa insiden seperti sabotaj kereta yang dinaiki isteri pemimpin pembangkang itu, ancaman terhadap cucu beliau dan kes cubaan membunuh membabitkan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Rahim Noor pada 1998.

“Apa sudah jadi dengan semua laporan polis yang kita buat? Sebab itu kita percaya insiden ini satu lagi cubaan membunuh Anwar dan kita menuntut siasatan segera,” tegasnya.

Turut hadir ketika laporan polis dibuat peguam dari Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri, Pengarah Biro Guaman Keadilan, Latheefa koya dan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.

Mengulas lanjut, Surendran berkata, polis harus menjalankan siasatan menyeluruh dalam kes ini memandangkan ia adalah bentuk salah guna kuasa yang serius.

" Kes ini harus disiasat ke atas siapa yang melakukan tugas dan siapa yang memberi arahan. Ini adalah satu perkara dan kes salah guna kuasa yang serius sehingga mencederakan orang awam,"kata beliau.

Pada hari kejadian, Fayyadh cedera teruk di muka apabila hampir keseluruhan tulang pipi kirinya retak akibat tembakan kanister yang dilepaskan menghala ke arah Ketua Pembangkang.

Beliau yang bertindak mahu menyelamatkan ahli parlimen Permatang Pauh itu bagaimanapun terkena kanister itu.

Akibat dari itu, lima plat titanium dimasukkan ke dalam tulang pipi beliau.

Oleh itu, pihaknya menggesa polis menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

" Polis langgar prosuder ketika melepas tembakan. Gas pemedih mata dilepaskan pada kawasan tertutup (terowong), menembak tepat kepada orang awam,dan tembak
tanpa memberi arahan,"kata beliau.

" Kami ada video sebagai bukti, polis melepas lebih kurang 12 das dalam kawasan tertutup dan jelas arahan pada kelongsong, tidak boleh tembak tepat ke arah orang awam,"tambah beliau lagi. -tvsnews