1 Jul 2011

Mohd Sabu: Kalau Pilihan Raya Telus, Pakatan Rakyat Sudah Jadi Kerajaan

Pakatan Rakyat akur hanya saluran pilihan raya boleh menyuburkan amalan demokrasi seterusnya memilih parti politik yang layak untuk membentuk sebuah kerajaan di negara ini.

Namun, gagasan itu tetap memilih untuk menyertai himpunan aman BERSIH 2.0, untuk mendesak agar pilihan raya yang diadakan kelak dilakukan secara bersih dan adil kepada semua parti politik yang bertanding.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, jika pilihan raya di Malaysia diadakan secara bersih dan adil, Pakatan Rakyat bukan sahaja mampu mentadbir lima buah negeri, bahkan memerintah negara.

Justeru, beliau menolak kenyataan pemimpin UMNO BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini bahawa pilihan raya di negara ini bersih yang membolehkan Pakatan Rakyat menguasi Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

"Sebenarnya kalau pilihan raya adil dan saksama, kita telah memerintah Malaysia, Pilihanraya lepas juga menyaksikan BN selamat 25 kerusinya daripada undi pos, 40 kerusi Parlimen daripada FELDA, sekirannya tanpa kongkongan di tempat ini kita telahpun merampas Putrajaya," katanya.

Beliau berkata demikian pada satu majlis pidato baru-baru ini di Stadium Malawati Shah Alam.

Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu berkata kepincangan pilihanraya ini adalah faktor utama Pakatan Rakyat komited untuk terus bersama menyertai himpunan BERSIH 2.0 pada 9 julai depan.

"Pakatan Rakyat sahaja tidak cukup untuk berjuang terus melalui pilihanraya dan demokrasi, oleh sebab itu kita mahukan pilihanraya yang adil dan bersih, dan itulah juga sebab berlakunya tuntutan BERSIH pada 10 November 2007."

BERSIH 2.0 adalah kesinambungan dari usaha menuntut piliharaya bersih dan adil yang pertama kali diadalah pada November 2007.

Sehingga kini rejim Umno-BN masih tidak mempedulikan 4 tuntutan iaitu penggunaan dakwat kekal untuk mengelakkan pengundian berganda, pemansuhan undi pos, membersihkan daftar pemilih dan peluang akses kepada media oleh semua parti politik yang bertanding
.

Manakala dua lagi tuntutan baru ialah mengukuhkan kreadibiliti isnsitusi awam dann melanjutkan tempoh kempen pilihan raya sekurang- kurangnya 21 hari.

Mohamad turut berharap pihak berkuasa dapat menjaga keselamatan rakyat ketika himpunan BERSIH 2.0 dan bukannya bertindak menjadi alat kerajaan pemerintah.

"Kita pergi nak berjalan 'walk for democracy' jadi kenapa muncul persatuan silat nak mandi darah apa semua ni...kenapa pihak sebegini mampu bercakap begitu? Sebab mereka menganggap polis dipihak mereka, sebab apa Umno berani bercakap begitu..sudah pasti mereka menganggap polis dipihak mereka," kata Mat Sabu. -tvsnews



Bukan PSM, Tetapi UMNO BN Yang Komunis

Pihak yang menolak tuntutan pilihan raya bersih dan adil merupakan golongan yang mendokong fahaman komunis menurut ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Ini kerana menurut beliau ideologi komunis bertentangan dengan hasrat rakyat untuk melihat reformasi dalam sistem pilihan raya.

"Kalau betul komunis di Malaysia mahukan pilihan raya maka komunis ini murtad. Dia lebih baik daripada Umno, mahukan pilihan raya bersih. Umno-Barisan Nasional pula yang ikut fahaman komunis mahukan pilihan raya kotor," katanya.

Khalid yang berucap pada sebuah program di Shah Alam baru-baru ini mengulas tuduhan yang dilemparkan oleh polis terhadap Parti Sosialis Malaysia (PSM) kononnya, parti itu cuba menghidupkan fahaman komunis.

Mereka juga didakwa cuba menggunakan fahaman tersebut untuk menggulingkan kerajaan UMNO BN melalui perhimpunan Bersih 2.0 pada minggu hadapan.

Menurut polis, lima pemimpin PSM dikesan mengunjungi perkampungan Khao Nam Khang iaitu kawasan penempatan bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM) di Selatan Thailand untuk bertemu dengan bekas ahli kumpulan itu.

Walhal menurut kepimpinan PSM, pertemuan tersebut hanya bertujuan untuk bertukar- tukar pandangan.

Khalid kemudian mengambil pendirian bahawa kerajaan UMNO BN tanpa disedari telah lama mengamalkan kaedah komunis dalam pemerintahannya.

Perkara itu dapat dilihat melalui cara media dimonopoli sepenuhnya tanpa memberi ruang kepada pihak pembangkang untuk muncul di kaca televisyen selain mengamalkan penyampaian maklumat secara selektif dan berat sebelah.

"Komunis tidak mahu pilihan raya. Mana ada komunis yang amalkan pilihan raya ? Negeri China, Russia tiada. Kalau mahu pilihanraya dia mahu ala Malaysia yang mana TV semua cakap pro kerajaan sahaja," tambah beliau lagi.

Beliau sebelum itu mengulas tentang tuntutan Bersih 2.0 yang dianggap relevan dan tidak mustahil untuk dilaksanakan kerajaan pemerintah. -tvsnews



BN Takkan Menang Jika SPR Berlaku Adil

Pembangkang tak menang jika kami tak adil, kata SPR

BANGKOK, 1 Julai — Pembangkang tidak ada peluang langsung untuk memenangi kerusi pilihan raya sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak adil dan telus dalam mengendalikan pilihan raya di Malaysia.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar) berkata semua pilihan raya umum dan kecil akan dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) sahaja jika SPR bertindak sedemikian.

“Kalau SPR tidak adil dan telus, bagaimana pembangkang boleh memenangi lima negeri pada pilihan raya umum lepas . . . tak kan nak menang semua negeri, baru SPR dianggap adil dan telus,” katanya dipetik Bernama Online.

Beliau berada di sini sebagai pemerhati antarabangsa atas jemputan Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand untuk memantau perjalanan pilihan raya umumnya yang akan diadakan Ahad ini. Malaysia adalah antara 13 negara yang dijemput.

Abdul Aziz berkata kemenangan atau kekalahan sesebuah parti atau calon pilihan raya bergantung kepada keadaan dan bukan kerana SPR memberi pertolongan atau tidak.

“Di Malaysia, parti atau calon akan menang jika pengundi suka. Buatlah apa apa pun, tidak akan mengubah keadaan tersebut,” katanya.

Abdul Aziz berkata memang sudah menjadi lumrah di mana-mana negara pun, bukan di Malaysia sahaja, parti yang kalah akan menjadikan badan pengendali pilihan raya sebagai sasaran mereka.

“Tidak bermakna bila (parti atau calon) kalah, SPR tidak adil,” katanya.

Beliau berkata dalam 16 pilihan raya kecil lepas, ada masa BN menang dan ada masa pula pembangkang yang menang — BN memenangi lapan kerusi manakala pembangkang pula lapan kerusi.

“Dalam pilihan raya Sarawak, kerusi BN berkurangan dan adakah ini bermakna SPR tidak adil dan telus?,” tanya beliau.

Abdul Aziz berkata pada penilaian beliau, SPR telah melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya setelah mengendalikan 12 pilihan raya umum dan beratus-ratus pilihan raya kecil.

Dalam mengumpamakan SPR seperti pengadil bola, beliau berkata: “Biasalah . . . pasukan yang kalah akan menyatakan mereka kalah kerana pengadil tidak adil.”

Beliau berkata isyarat yang cuba dihantar oleh cadangan mengadakan perhimpunan haram di Kuala Lumpur pada 9 Julai adalah kononnya SPR tidak adil dan dikongkong oleh parti pemerintah.

“Kalau SPR gitu, tak kan ia dipanggil untuk menjadi pemerhati antarabangsa bagi pilihan raya umum Thailand ini,” katanya.

Beliau berkata para pemerhati antarabangsa dari 12 negara lain yang menyertai misi itu langsung tidak bertanyakan kepadanya perkembangan berhubung cadangan mengadakan perhimpunan haram itu.

“Ini kerana mereka iktiraf dan yakin SPR sebagai badan yang banyak mengendalikan pilihan raya. Mereka yakin pilihan raya Malaysia telus dan bebas,” katanya. -TMI

Ulasan GB

Kata-kata dari Pengerusi SPR yang cuba mempebodohkan rakyat Malaysia. Pembangkang tak menang jika kami tak adil, kata SPR. Kami katakan, BN takkan menang jika SPR berlaku adil.

Hei Tan Sri, perbezaan walaupun 1 undi cukup untuk memenang atau mengalahkan calon. Justeru itu ketelusan, kebersihan dan keadilan pengendalian pilihanraya cukup kritikal dan ia terletak di bahu SPR bagi menjamin pilihanraya yang dilakukan itu telus, bersih dan adil.

Berapa banyak aduan yang dilakukan terhadap SPR sbeelum ini yang mana SPR memekakkan telinga dan membutakan mata terhadap aduan-aduan berkenaan?

Kes dakwat kekal, SPR membelanjakan jutaan ringga wang rakyat yang akhirnya ia dibuang begitu sahaja. Alasan yang diberikan oleh SPR tidak konsisten yang mana kesemuanya adalah lasan-alasan palsu yang direka-reka untuk menipu rakyat.

Kini Tan Sri berada di Bangkok kerana dipanggil untuk menjadi pemerhati antarabangsa bagi pilihan raya umum Thailand. Saya ingin bertanya kepada Tan Sri berapa kali SPR ada memanggil pemerhati antarabangsa untuk perjalanan pilihanraya umum atau kecil di negara kita? Jawap! Ya, kosong kali, kenapa? Sebab SPR tidak pernah mahu berlaku bersih di dalam pilihanraya. Malah pemerhati dalaman pun seperti MAFREL ditakuti SPR sehingga tidak diiktirafkan sebagai pemerhati.

Dengan sebabnya, rakyat berpersepsi bahawa SPR adalah komponen BN dan ternyata apa juga alasan yang diberikan oleh SPR, alasan-alasan berkenaan kesemuanya in favour of the ruling party, BN.

Ingat Tan Sri, tanggungjawab Tan Sri bukan sekadar kepada rakyat di negara ini tetapi kepada Allah. Dan Tan Sri boleh mengeluarkan hujjah-hujjah di depanNya nanti.

Sekatan Ke Atas BERSIH: Tiada Situasi Menang Buat Umno & UMNO Tidak Akan Menang

Di tengah-tengah kegilaan pihak berkuasa menggunakan undang-undang zalim untuk menyekat perhimpunan Bersih yang dijadualkan pada 9 Julai, ramai rakyat Malaysia terpinga-pinga – adakah Malaysia kini ‘tersesat’ dalam hutan rimba yang sudah tidak mengenal undang-undang.

Sebaik sahaja Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein memberi amaran bahawa memakai baju T Bersih berwarna kuning adalah haram di segi undang-undang, Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar memburukkan lagi keadaan.

Beliau (Ismail) mengisytiharkan bahawa malahan “kasut, kereta, bas dan apa sahaja alat yang digunakan untuk mempromosi perhimpunan Bersih adalah haram, kerana ini boleh dianggap sebagai hasutan dan mereka yang terlibat akan ditahan.

Sehingga hari ini, lebih 100 orang telah ditangkap di seluruh negara dalam tempoh empat hari lalu, kebanyakannya kerana memakai baju T Bersih.

Bagi saya, ini seolah-olah seperti seseorang yang bercakap dan bertindak seolah-olah dia adalah seorang raja yang mempunyai kuasa mutlak, boleh menahan sesiapa yang tidak mengikut kehendaknya dan apa yang dicakapkannya menjadi undang-undang.

Namun tidak pula terdapat dalam undang-undang Malaysia yang membenarkan seseorang menteri dan seorang anggota polis boleh mengisytiharkan bahawa item-item ini seperti baju T Bersih adalah haram.

Tidak pula kita terdapat mana-mana bahagian dalam perundangan negara yang menyatakan seseorang itu boleh ditahan sebelum dia melakukan sesuatu jenayah atau disyaki melakukannya.


Perhimpunan Bersih belum pun dianjurkan lagi maka bagaimana jenayah boleh dianggap telah berlaku berhubung dengan perhimpunan Bersih ini?

Makanya, apakah yang menyebabkan Menteri Dalam Negeri dan KPN begitu terdesak untuk bertindak di luar batas undang-undang?

Adakah Bersih sebuah pertubuhan pengganas yang merancang untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara kekerasan? Adakah Bersih menghasut orang ramai supaya melanggar undang-undang dan mencetuskan kekacauan?

Apakah bencana buruk yang telah dilakukan oleh Bersih hingga menyebabkan pihak berkuasa bertindak sedemikian rupa, berlaku kejam pada setiap langkah, apa sahaja ‘berbau’ Bersih?

Bersih adalah sebuah badan awam disertai oleh 62 badan bukan kerajaan (NGO) yang berkempen untuk reformasi pilihan raya.

Kedegilan pihak berkuasa

Dan Himpunan Bersih pada 9 Julai nanti dirancang untuk menuntut bagi menangani masalah ini ekoran kedegilan pihak berkuasa untuk melakukan perubahan ke arah sistem pilihan raya yang bersih dan adil.

Meskipun desakan ini telah dibuat berulang kali sejak bertahun-tahun lamanya, namun Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mahu berganjak walau satu inci ke arah melakukan formasi terhadap sistem pilihan raya; yang penuh dengan penipuan seperti membeli undi, salah guna kuasa dan pencemaran senarai nama pemilih.

Dengan mempunyai niat yang murni, berjuang untuk memulihkan demokrasi dan mengembalikan kuasa politik kepada rakyat, adalah tidak adil untuk melabel Bersih sebagai sebuah pertubuhan yang mahu mengkhianati negara ini.

Adalah jelas sekarang ini bahawa tanpa pilihan raya yang adil dan saksama, kuasa politik hanya berkisar kepada beberapa pemimpin sahaja, bukannya kepada rakyat.

Dan apabila sesebuah pertubuhan (Bersih) yang disegani ini ingin menyeru untuk berhimpun bagi mengetengahkan isu ini kepada para pemimpin negara, bagaimana mungkin perhimpunan ini dianggap sebagai taboo dan apa-apa yang berkaitan dengannya diwartakan sebagai haram?

Sehingga sekarang, hegemoni Umno dan polis masih tidak dapat memberi alasan yang kukuh kenapa perhimpunan Bersih ini dianggap haram sedangkan perhimpunan Bersih mahu diadakan secara aman sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Adalah sesuatu yang menyedihkan apabila kita dapati pihak polis bertindak hanya mengikut arahan tuannya (Umno) bagi memenuhi kepentingan politik mereka yang sekaligus bertentangan dengan kehendak rakyat
.

Alasan yang diberi oleh pihak berkuasa setakat ini untuk menghalalkan tindakan mereka terhadap tangkapan-tangkapan yang dilakukan dan untuk melabel perhimpunan itu haram adalah sesuatu yang melucukan dan tidak mempunyai kredibiliti langsung.

Tuduhan-tuduhan palsu seperti plot komunis untuk melancarkan perang terhadap Yang DiPertuan Agong, sebuah pergerakan yang dibantu oleh badan-badan Kristian asing untuk mengkhianati negara, satu acara yang boleh menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara dan boleh menyebabkan kerosakan ekonomi.

Kisah-kisah ugutan dan bala bencana yang bakal menimpa yang direka-reka ini, sukar dipercayai oleh rakyat Malaysia tetapi inilah pembikinan rasional mereka yang bertujuan untuk menyekat perhimpunan ini.

Alasan-alasan yang diberi untuk bertindak terhadap perhimpunan Bersih adalah tidak munasabah.

Sesebuah negara demokrasi itu lebih mementingkan kepada pencapaian kesejahteraan ekonomi dan politik di mana perhimpunan seumpama ini merupakan sebahagian dari cara hidup dalam sistem demokrasi.

Lihat kepada jiran kita Hong Kong. Perhimpunan-perhimpunan yang melibatkan ratusan ribu rakyatnya terhadap kerajaan China sentiasa diadakan dari semasa ke semasa.

Namun tidak nampak sekilas pun tanda-tanda bahawa ketenteraman awam tergugat atau perniagaan mereka terjejas. Sebaliknya Hong Kong terus stabil, maju dan makmur.

Maka apa yang sebenarnya dibimbangi Umno?

Pada hakikatnya, Umno tidak yakin dapat terus bernyawa sekiranya pilihan raya di adakan dengan adil dan saksama.

Sebab itu, Umno tidak berganjak walau satu inci pun ke arah pilihan raya yang lebih adil dan ia tidak mempunyai niat untuk melaksanakan keadilan dalam masa yang terdekat.

Umno juga menyedari bahawa ia telah banyak melakukan kesalahan dengan mengkhianati kepentingan rakyat dan semakin ramai yang sedar tentang perkara ini melalui media alternatif yang cepat berkembang.

Ini ditambah lagi dengan peningkatan keyakinan terhadap Pakatan Rakyat dan perhimpunan ini akan menjelma sebagai satu bentuk demokrasi yang bertenaga untuk menuntut kembali kekuasaan melalui reformasi pilihan raya.

Oleh itu, kita boleh meramalkan bahawa Umno akan terus menggunakan tekanan terhadap Bersih dengan menyalahgunakan institusi- institusi kerajaan seperti polis dan kehakiman, tanpa memperduli kepada undang-undang dan Perlembagaan, untuk menyekat pergerakan Bersih
.

Bagaimanapun Umno tidak berada dalam situasi menang. Untuk taat kepada Perlembagaan, Umno mesti membenarkan perhimpunan ini diteruskan di mana tidak mungkin Umno akan berbuat demikian apabila melihat perhimpunan ribuan manusia itu boleh melemah semangat mereka yang semakin pudar dan melihat sokongan terhadap mereka semakin mengecut.

Sebaliknya, penindasan yang dilakukan Umno dengan melanggar semua undang-undang boleh menyemarakkan lagi semangat rakyat untuk bangkit hingga membuat kita sukar untuk meramalkan apa yang bakal terjadi nanti.

Walaupun pihak pemerintah berjaya menyekat perhimpunan ini, perasaan lega Umno hanya bersifat sementara. Kejadian buruk, kezaliman yang menjangkaui batas-batas undang-undang, pencabulan hak asasi manusia semuanya dengan mudah dapat ditonton oleh rakyat.

Melalui teknologi maklumat moden, rakyat dapat melihat dengan jelas apa yang berlaku di Dataran Tahrir, Mesir dan api yang menyemarakan semangat revolusi yang merebak di seluruh dunia Arab.

Apabila sokongan terhadap Umno dan BN semakin terhakis, pada ketika itu nanti, malahan institusi-institusi yang menjadi alat mereka tidak mampu lagi menyelamatkan mereka apabila mereka tewas dalam pilihan raya yang akan datang.

Saya yakin majoriti rakyat Malaysia sudah mencapai tahap kesedaran politik yang tinggi dan kesungguhan rakyat akan terserlah nanti pada 9 Julai. Detik ini menjadi satu titik tolak yang penting dalam perjuangan kita untuk menuntut kembali kuasa rakyat dan demokrasi. FMT

Tangkapan Terhadap Penyokong Bersih Pra Kejatuhan UMNO

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tangkapan yang dilakukan polis terhadap penyokong-penyokong perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah pra kejatuhan UMNO dan Barisan Nasional.

Nik Abdul Aziz yang kini berada di Uzbekistan berkata, beliau berpendapat Kerajaan Pusat masih belum belajar dari kejatuhan kerajaan-kerajaan di Timur Tengah sebelum ini.

“Sempat saya membaca berita-berita online tanah air di sini, semakin ramai penyokong Bersih ditahan, saya mengira Kerajaan Pusat masih belum belajar dari kejatuhan kerajaan-kerajaan di Timur Tengah,” katanya dipetik dalam laman Facebooknya, kelmarin.

Pihak berkuasa menahan beberapa penyokong perhimpunan itu di beberapa lokasi seluruh negara termasuk pemimpin Bersih dan mereka yang terbabit menyebarkan risalah mengenainya.

Menurutnya, tindakan yang dilakukan kerajaan terhadap aktivis Bersih dan kekerasan yang dilakukan terhadap penyokong perhimpunan berkenaan tidak akan menakutkan rakyat.

“Tangkapan dan kekerasan tidak akan menakutkan rakyat. Tangkapan-tangkapan ini hanyalah pra kejatuhan UMNO dan Barisan Nasional,” katanya.

Pada 24 Jun lalu, Mursyidul Am Pas itu menyokong penganjuran perhimpunan berkenaan pada 9 Julai ini.

Beliau dilaporkan berkata, langkah mengadakan perhimpunan terpaksa diambil rakyat negara ini sebagai tanda mereka amat membenci ketidakadilan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diamanahkan untuk mengendalikan pilihan raya negara secara telus.

Beliau berkata lagi, perhimpunan besar-besaran Bersih yang akan diadakan nanti wajar diikuti oleh seluruh rakyat negara ini bagi memberi isyarat supaya SPR bertindak seadil yang boleh. -SH


Cubaan rampas baju BERSIH: Ceramah kecoh

Cubaan merampas baju BERSIH oleh beberapa oleh pihak yang disyaki sebagai polis mencetuskan kekecohan dalam ceramah PAS di Shah Alam malam ini.

Pada kejadian di sebuah pintu masuk di Stadium Melawati sebentar tadi, beberapa orang dipercayai polis berpakaian biasa bertindak merampas baju BERSIH yang dijual.

Tindakan itu menyebabkan kira-kira 100 penyokong Pakatan naik angin dan mengerumuni sambil menolak lelaki yang dipercayai polis itu sedikit demi sedikit ke jalan raya.

"Jangan bagi mereka masuk," kedengaran beberapa orang menjerit sesama mereka.

Kelihatan sebuah dua van peronda polis diletakkan sekitar kawasan kejadian sambil menyalakan lampunya.

Kekecohan hampir sepuluh minit itu kemudiannya mula reda dengan sebahagian besar orang ramai tadi kembali masuk mendengar ceramah.

Bagaimanapun, semakin ramai anggota Unit Amal PAS - kira-kira 25 orang - mengetatkan kawalan dan mententeramkan penyokong daripada bertindak liar.

Manakala di pihak polis pula, kira-kira 10 anggota masih berlegar di kawasan berkenaan.

Kekecohan tadi menyebabkan beberapa peniaga lain yang menjual lencana dan pengikat kepala BERSIH beralih ke dalam stadium dan menjual sembunyi-sembunyi secara 'jualan langsung'.

Sementara di dalam stadium, anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad meneruskan ucapannya seperti biasa.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dijadual menyampaikan pidato khas di hadapan kira-kira 3,000 penyokong Pakatan Rakyat selepas ini. -mk


Ulasan GB

GB sudah memberikan pandangan GB sebelum ini. Petikan:

Saya yakin kesan daripada tindakan polis ini akan mendapat tentangan hebat daripada majoriti rakyat. Ianya akan dimanifestasikan melalui kertas undi di dalam pilihanraya nanti.

Sepertimana yang bekas Tun Dr Mahathir Mahathir yang cuba lepas tangan begitu sahaja tanggungjawab politiknya dalam "Operasi Lalang" pada tahun 1987, dalam satu wawancaranya yang dibukukan dalam Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad, oleh Tom Plate.

Mahathir mendakwa penangkapan pada 26 Oktober 1987 adalah keputusan polis, dan beliau hanya menerima keputusan itu. Malah, TDM mendakwa konon dirinya pernah berjumpa dan menjamin kepada pembangkang sebelum "Operasi Lalang", bahawa mereka tidak akan ditangkap.

Apa yang berlaku selepas Operasi Lalang?

Keputusan pilihanraya umum ke 8 pada tahun 1990 Barisan Nasional kalah teruk dimana undi popular BN adalah yang terrendah selepas PRU 1969 iaitu hanya memperolehi 53.4% dan jumlah kerusi parlimen yang dimenangi BN pada ketika itu merosot dengan teruk buat kali pertama sehingga ke paras hanya 70%.


Hal yang sama berulang dimana tangkapan dilakukan terhadap pserta BERSIH 1.0 pada 2007. Pada 9 Disember 2007, Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu telah ditahan oleh polis Perak diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC II Ismail Yatim.

Kereta Naza Ria Mohamad Sabu ditahan berhampiran Pasar Raya Tesco di Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang. Beliau dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan anak perempuannya di Sunway City, Tambun, Perak. Mohamad Sabu dipercayai terlibat dalam perhimpunan Bersih pada 10 November 2007. Rumah Mohamad Sabu terletak di Guar Petai, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Tian Chua yang merupakan Ketua Penerangan KeADILan turut ditahan di bawah Akta Polis, Seksyen 27(5)(a), di Johor Bahru, jam 5.15 petang pada 9 Disember 2007 kerana menjadi penggerak perhimpunan Bersih.

Apa yang berlaku pada PRU 2008?

Pertama kali di dalam sejarah BN gagal menguasai majoriti 2/3 parlimen sehingga begitu ramai menteri kabinet kecundang dan terkangkang untuk mempertahankan parlimen masing-masing!


Justeru itu, jika polis ingin melihan BN kalah teruk di dalam PRU13 ini, kamu boleh terus ugut dan tangkap rakyat yang telah menyuarakan hati nurani mereka bahawa BERSIH TETAP DITERUSKAN.

KSU KDN perlu panggil Ketua dan Timbalan Ketua Polis Negara menghadapnya untuk diberikan kaunseling sebelum nasi menjadi bubur!




[Bergambar] FRU Wujudkan Ketegangan Di Ceramah PAS Di Markaz Sendiri

Ceramah PAS yang diadakan di Kepala Batas, Pulau Pinang, malam semalam tegang apabila kira-kira 100 anggota polis tiba-tiba muncul di tapak ceramah itu.

Sebahagian daripada 600 hadirin kemudiannya bertindak membuat benteng bagi menghalang polis memasuki pusat operasi parti itu di Pongsu Seribu.

Pasukan polis yang tiba itu juga termasuk kira-kira 50 anggota Pasukan Gerak Am yang tiba pada jam 10.15 malam. Mereka disambut dengan teriakan “mereka dah datang, tutup pintu pagar!”

Akibatnya, berlaku sedikit kekocohan dan kesesakan lalu lintas apabila anggota polis bertindak mengawal di jalan berkenaan.

Sekumpulan pasukan keselamatan PAS yang berjaket kuning kemudiannya mententeramkan hadirin dan menghalang mereka mendekati anggota polis berkenaan.

pas ceramah, kepala batasJuruacara majlis kemudiannya meminta orang ramai supaya tidak 'panik' kerana ceramah yang dianjurkan itu dibuat dalam lingkungan kawasan PAS sambil berkata “mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana ini tanah kita sendiri”. -mk

Kredit foto - malaysiakini & sharpshooter










Menggamit "Kehilangan" Tanjung Pagar Kepada Singapura.

Kuala Lumpur: Rakyat Malaysia khususnya di Johor perlu menentukan sikap dalam memilih pemimpin pada masa akan datang, dengan menjadikan isu kehilangan Tanah Keretapi Tanah Melayu (KTMB) di Singapura sebagai pengajaran.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata, tanah tersebut merupakan warisan terakhir milik Malaysia yang gagal dipertahankan di bawah era pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita tak tahu apa apakah kita akan kehilangan lagi perkara-perkara berkaitan pertindihan yang masih tidak selesai. Ia tak boleh dipertahan,” katanya kepada Keadilandaily.

Beliau memberikan reaksi kepada kehilangan tanah seluas 200 hektar atau 494 ekar termasuk laluan keretapi dan stesen di Tanjung Pagar mulai 1 Julai 2011.

Stesen KTMB akan dipindahkan dari Tanjong Pagar ke tempat pemeriksaan kereta api Woodlands (WTCP).


Menurut Salahuddin, tanah KTMB tidak sepatutnya hilang kerana ia melambangkan kedaulatan negara ini, yang sebelum ini terlepas Pulau Batu Puteh kepada republik negara itu.

“Sekarang, kita tak punya lagi warisan yang memberi erti yang besar dalam konsteks warisan negara
.

“Seharusnya jika rundingan dibuat, pertimbangan tidak boleh merugikan negara, atau sekurang-kurang dalam keadaan ‘win-win situation‘,” jelasnya lagi.

Menurutnya lagi, masih banyak isu dan pertikaian yang tidak dapat diselesaikan kerajaan seperti isu air, pencerobohan ruang udara Malaysia, Tabung Perkerja Malaysia di Singapura (CPF) dan sebagainya.

“Kini kita kehilangan satu tanah warisan dan hak kedaulatan. Saya kesal dengan kehilangan itu. Dah sampai masanya rakyat untuk melihat sikap Barisan Nasional,” kata Salahuddin yang merupakan anak jati Johor.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kayat melalui paparan di laman sosial Facebook memaklumkan satu acara ‘Tangisan Tanjung Pagar’ dilakukan di stesen keretapi Johor Bahru jam 6 petang tadi.

Mereka memakai baju putih dan seluar gelap sebagai tanda simbolik kehilangan tanah milik KTMB.-Kd

Lynas - UMNO BN Jadikan Negara Tong Sampah Bagi Australia

NY Times dakwa kilang Lynas bahaya alam sekitar

Laporan New York Times baru-baru ini yang memetik memo dalaman oleh jurutera sekarang mahupun yang telah meninggalkan syarikat itu bahawa pembinaan kilang Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng, Pahang adalah 'bahaya' dan mempunyai masalah rekabentuk.

Artikel itu mendakwa memo berkenaan memaparkan beberapa kecacatan dengan jurutera menghuraikan rekahan struktur, poket udara dan kebocoran di kebanyakan 70 tangki konkritnya.

Tangki itu dijadualkan untuk menyimpan bahan radioaktif selepas nadir bumi berkenaan yang dibawa dari Australia Barat dicampur dengan asid untuk merawatnya.

Ia juga mendakwa sistem paip keluli yang dibina untuk kilang tersebut adalah menggunakan keluli standard dan tidak sesuai bagi memindahkan bahan berkenaan. Tangki simpanan pula dibina daripada konkrit konvensional yang sepatutnya didirikan dengan gentian polimer yang kurang kemungkinannya akan retak.


Engineers Fear Rare Earth Refinery in Malaysia Is Dangerous

KUANTAN, Malaysia - A $230 million refinery being built here in an effort to break China's global chokehold on rare earth metals is plagued by environmentally hazardous construction and design problems, according to internal memos and current and former engineers on the project.

The plant, which would be the world's biggest refinery for rare earths - metals crucial to the manufacture of a wide range of technologies including smartphones, smart bombs and hybrid cars - has also become the target of protesters who fear that the plant will leak radioactive and toxic materials into the water table.

Weekly demonstrations have drawn crowds since March, and someone recently threw gasoline fire bombs at the gated home of a senior project manager.

Some risks had been expected from the plant, which would refine rare earth ores into manufacturing-grade materials. Although rare earths are not radioactive, in nature they are usually found mixed with thorium - which is.

That is why the Lynas Corporation, an Australian company, promised three years ago to take special precautions when it secured the Malaysian government's permission to build the sprawling complex here on 250 acres of reclaimed tropical swampland. It would be the first rare earth processing plant in nearly three decades to be finished outside China, where barely regulated factories have left vast toxic and radioactive waste sites.

Lynas has an incentive to finish the refinery quickly. Export restrictions by China in the last year have caused global shortages of rare earths and soaring prices. But other companies are scrambling to open new refineries in the United States, Mongolia, Vietnam and India by the end of 2013, which could cause rare earth prices to tumble.

Lynas officials contend that the refinery being built here is safe and up to industry standards, and say that they are working with its contractors to resolve their concerns.

"All parties are in agreement that it is normal course of business in any construction project for technical construction queries to be raised and then resolved to relevant international standards during the course of project construction," wrote Matthew James, an executive vice president of Lynas, in an e-mail on Wednesday night.

The International Atomic Energy Agency issued a report Thursday that said the Lynas project's overall design and planned operations procedures met international standards. The report did not examine construction details or engineering decisions involved in turning the design into a building; a program for the report's authors showed that they were shown around the big site in an hour.

Nicholas Curtis, the executive chairman of Lynas, strongly denied at a press conference in Kuala Lumpur on Thursday that the refinery had any construction problems. He said that there were no more than routine discussions among engineers about technical questions.

But the construction and design may have serious flaws, according to the engineers, who also provided memos, e-mail messages and photos from Lynas and its contractors. The engineers said they felt a professional duty to voice their safety concerns, but insisted on anonymity to avoid the risk of becoming industry outcasts.

The problems they detail include structural cracks, air pockets and leaks in many of the concrete shells for 70 containment tanks, some of which are larger than double-decker buses. Ore mined deep in the Australian desert and shipped to Malaysia would be mixed with powerful acids to make a slightly radioactive slurry that would be pumped through the tanks, with operating temperatures of about 200 degrees Fahrenheit.

The engineers also say that almost all of the steel piping ordered for the plant is made from standard steel, which they describe as not suited for the corrosive, abrasive slurry. Rare earth refineries in other countries make heavy use of costlier stainless steel or steel piping with ceramic or rubber liners.

The engineers also say that the concrete tanks were built using conventional concrete, not the much costlier polymer concrete mixed with plastic that is widely used in refineries in the West to reduce the chance of cracks.

Documents show that Lynas and its construction management contractor, UGL Ltd. of Australia, have argued with their contractors that the cracks and moisture in the concrete containment walls are not a critical problem.

Memos also show that Lynas and UGL have pressed a Malaysian contractor, Cradotex, to proceed with the installation of watertight fiberglass liners designed for the containment tanks without fixing the moisture problem and with limited fixes to the walls. But Cradotex has resisted.

"These issues have the potential to cause the plants critical failure in operation," Peter Wan, the general manager of Cradotex, said in a June 20 memo. "More critically the toxic, corrosive and radioactive nature of the materials being leached in these tanks, should they leak, will most definitely create a contamination issue."

Mr. Wan said in a telephone interview Tuesday that he believed Lynas and UGL would be able to fix the moisture problem but that he did not know what method the companies might choose to accomplish this.

The fiberglass liners are made by AkzoNobel of Amsterdam, one of the world's largest chemical companies. AkzoNobel says it, too, worries about the rising moisture.

"We will not certify or even consider the use of our coatings if this problem can't be fixed,"
Tim van der Zanden, AkzoNobel's top spokesman in Amsterdam, wrote on Monday night in an e-mail reply to questions.

Memos show that the refinery's concrete foundations were built without a thin layer of plastic that might prevent the concrete pilings from drawing moisture from the reclaimed swampland underneath. The site is located just inland from a coastal mangrove forest, and several miles up a river that flows out to the sea past an impoverished fishing village.

An engineer involved in the project said that the blueprints called for the plastic waterproofing but that he was ordered to omit it, to save money. The plastic costs $1.60 a square foot
, he said.

Lynas disputes that the design ever called for using the plastic.

Nicholas Curtis, the executive chairman of Lynas, said in a telephone interview from Sydney on Monday that the project here met local environmental standards and that he believed those were consistent with international standards. "I have complete confidence in the Malaysian environmental standards and our ability to meet the requirements," he said.

Mr. James, the Lynas executive vice president, said in a separate telephone interview from Sydney on Monday that the steel piping used in the plant was carefully engineered and would not pose problems. On the record, he declined to discuss issues with the concrete except to deny that rising moisture was a problem and to say that the tanks had been engineered to meet all safety standards.

In a second interview, on Tuesday, Mr. James said the company had not cut corners. "Lynas is well funded," he said. "We would never compromise our standards for a cost savings."

UGL declined to comment, citing a corporate policy of not discussing its customers' construction projects.

Lynas started the project here three years ago, but had barely begun when it ran short of money during the global financial crisis. The company resumed the project last year after Chinese export restrictions on rare earths prompted banks and multinational users of the materials to offer generous financing.

Malaysia had reason to be cautious in allowing Lynas to build the plant. Its last rare earth refinery, operated by the Japanese company Mitsubishi Chemical, is now one of Asia's largest radioactive waste cleanup sites. That plant, on the other side of the Malay peninsula, closed in 1992 after years of sometimes violent demonstrations by citizens.

Despite the potential hazards, the Malaysian government was eager for investment by Lynas, even offering a 12-year tax holiday. The project is Australia's largest investment in Malaysia, intended to produce $1.7 billion a year in rare earths, or nearly 1 percent of Malaysia's entire economic output. Lynas agreed to pay 0.05 percent of the plant's revenue each year to the Malaysian Atomic Energy Licensing Board for radiation research.

Protests against the plant started in Malaysia after an article on Lynas's project was published in The New York Times in early March.

Although Lynas has forecast repeatedly in recent months that it will start feeding ore into kilns by the end of September, engineers here said that it would take nine more months to install electrical wiring. They also said that pipe shipments were far behind schedule because of a six-month delay in ordering.

Mr. James insisted on Monday that the project remained on schedule, but he cautioned that Lynas was waiting to see whether the I.A.E.A. panel recommended any changes. -NYT


Ulasan GB

70 tangki konkrit didapati bocor?

Itu standard Malaysia. Itu yang dibanggakan oleh pihak berkepentingan kononnya logi Lynas mencapai tahap kegagalan-sifar!

Sedangkan Hentian Puduraya pun bocor sebelum dimulakan, bumbung parlimen bocor, stadium runtuh..... dan kini nyawa rakyat terancam dengan kebocoran awal tangki. Boleh diperbaiki tetapi apa jaminan ia tidak bocor lagi apatah lagi apabila tangki-tangki itu nanti berisi?

Sekalipun panel IAEA memberikan lampu hijau namun dari awal lagi, ramai sudah menjangkakan panel tersebut tidak bebas kerana Belum Lawat Kilang, Panel IAEA Dah Kata Logi Lynas Ikut Standard!

Dan UMNO BN perlu dipertanggungjawabkan nanti kerana menjadikan negara Malaysia "tong sampah" terbesar dunia untuk Australia. Kita dijajah semula kerana UMNO BN!


BAZAR TOK GURU: Kejayaan Gemilang K'jaan Kelantan Melepasi Segala Fitnah & Cabaran

Biar pun masih ada usaha cuba menghalang peniaga Pasar Lama MPKB berpindah ke Bazar Tok Guru, namun berlainan pula bagi peniaga, mereka seperti tidak sabar lagi mahu berniaga di premis baru.

Ramai peniaga ketika ditemui semasa mengambil kunci di pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) hari ini meluah rasa gembira.

Mereka seperti tidak sabar lagi mahu memulakan perniagaan di Bazar Tok Guru.

Seorang peniaga Siti Mastura Ismail, 33, meluah rasa gembira ketika datang mengambil kunci lot kedainya di Bazar Tok Guru.

Beliau berniaga di Pasar Lama MPKB sejak 10 tahun lalu berharap perniagaannya di tempat baru lebih maju kerana kedudukannya begitu strategik.

“Tidak ada apa yang kami harapkan semoga perniagaan kami bertambah maju di tempat baru ini, InsyaAllah,” ujarnya.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan seorang peguam Nor Azli Ahamed menasihatkan peniaga menangguhkan menandatangani perjanjian jual beli lot Bazar Tok Guru kerana mendakwa terdapat sedikit kekeliruan.

Manakala Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Salim Ahmad pula dilapor mahu kerajaan negeri sekali lagi menangguh perpindahan peniaga.

Difahamkan sebelum ini Umno menyediakan peguam bagi membantu peniaga dalam isu Bazar Tok Guru.

Bagaimanapun apa yang berlaku pagi tadi peniaga tidak menghiraukan nasihat peguam dan Salim. Ramai peniaga menyerbu pejabat PMBK sebaik sahaja dibuka jam 8.00 pagi.

Peniaga menandatangani dokumen tertentu sebelum diberi kunci lot kedai masing-masing. Peniaga juga diminta membayar kos maintenance termasuk elektrik dan air bagi tempoh setahun sebanyak RM838.

Seorang lagi peniaga, Zaharah Mohd Salleh dan anaknya Rafeah Yusoff juga tidak sabar untuk memulakan perniagaan di tempat baru.

Katanya, mereka akan berpindah segera ke Bazar Tok Guru untuk meneruskan perniagaan di tempat baru.

Peniaga diberi peluang berniaga percuma dalam tempoh setahun di tingkat bawah dan dua tahun di tingkat satu sebagai usaha kerajaan negeri meringankan bebenan mereka. -HD

BERITA SEBELUM INI


Impian Umno punah, peniaga dapat kunci Bazar esok

Usaha Umno menjadikan isu Bazar Tok Guru sebagai modal besar menjelang pilihan raya umum ke-13 kini punah apabila hampir kesemua peniaga menandatangani perjanjian memiliki lot niaga di situ.

Hampir kesemua 336 peniaga dari Pasar Lama MPKB dan Arked Uda telah menandatangani perjanjian pembelian lot kedai dan dokumen berkaitan urusan peguam.

Program menandatangani perjanjian itu diadakan mulai 27 Jun lalu dan dijangka berakhir esok.

Pengurus Pemasaran Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Khalili Abdul Kadir berkata, esok peniaga terbabit akan diserah kunci lot kedai bagi membolehkan mereka memindahkan barang.

“Sehingga hari ini sebahagian besar daripada 336 peniaga sudah menandatangani perjanjian dengan PMBK untuk memiliki lot kedai di Bazar Tok Guru.

“Dijangka pada Jumaat ini mereka boleh membawa masuk barangan jualan masing-masing,” katanya di sini.

Sebelum ini Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB melemparkan pelbagai tuduhan kepada kerajaan negeri berkaitan isu Bazar Tok Guru.

Malah berdasar kepada laporan media persatuan itu juga mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno Kelantan termasuk pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Ahli persatuan juga dilapor membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan penjualan Pasar Lama MPKB, namun tiada sebarang penyelewengan ditemui.

Isu perpindahan peniaga Pasar Lama MPKB dan peniaga Arked Uda juga dimuatkan dalam akhbar Umno, Khabar yang disebar secara percuma di kaki lima masjid April lepas.

Biar pun dikecam hebat persatuan, kerajaan negeri tetap berusaha menyelesaikan bagi kebajikan peniaga termasuk menawar lot di Bazar Tok Guru secara percuma selama setahun di tingkat bawah dan dua tahun di tingkat satu.

Selain itu mengurangkan harga setiap lot sebanyak RM25,000 menjadikan harga ditawarkan RM63,000 jauh lebih rendah berbanding harga asal RM88,000.

Tawaran memiliki lot di tingkat bawah dan tingkat satu dengan harga RM63,000 hanya sah sehingga 31 Mei lalu.

Dan selepas 31 Mei sehingga akhir Jun harga setiap lot ditawarkan sebanyak RM70,000 dan setiap peniaga perlu mengurus sendiri pinjaman bank.

Daftar awal boleh pilih

PMBK juga memberi peluang mana-mana peniaga yang mendaftar awal boleh memilih lot dan pendaftaran lewat akan diberi lot secara pengundian.

Selain itu PMBK memperluaskan lorong di bahagian belakang di mana 29 lot kedai diroboh.

Khalili berkata, 29 lot diroboh bagi memberi keselesaan kepada peniaga biar pun PMBK kehilangan pendapatan lebih RM2 juta, di mana setiap lot bernilai RM88,000 pada harga semasa.

“Jumlah RM2 juta yang dimaksudkan hanya kehilangan pendapatan ekoran 29 lot kedai diroboh,” katanya.

Beliau juga berkata, 96 peniaga yang mendaftar awal diberi peluang memilih sendiri lot tanpa perlu mengundi berdasarkan kepada polisi ditetapkan daftar dahulu dapat awal.

Bazar Tok Guru yang terletak di Jalan Sultan Ibrahim setinggi tiga tingkat mempunyai 860 lot. Lot di tingkat satu dan dua ditawar kepada orang ramai yang berminat berharga antara RM84,000 hingga RM92,000.

Lebih separuh lagi lot di tingkat satu dan dua dibuka tawaran kepada orang ramai yang berminat.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Bahagian Jualan PMBK di talian 747 4545 atau 013 907 3209 (Norin) atau 014 507 9001 (Izziani). -hd


Enggan Guna Dakwat Kekal, SPR Tukar Alasan Baru Untuk Tipu Rakyat

Hampir mustahil'

Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, prasangka ke atas suruhanjaya itu sengaja ditimbulkan bagi mewujudkan persepsi bahawa pilihan raya boleh ditipu.

"Ramai yang percaya, termasuk kakak-kakak saya sendiri," katanya lagi yang menambah, persepsi itu kemudiannya akan menyebabkan ramai pengundi memilih pembangkang seperti yang berlaku pada Mac 2008.

Antara prasangka itu melibatkan dakwaan wujudnya 'pengundi hantu', seperti yang ditimbulkan oleh ahli parlimen Gombak, Azmin Ali sebelum ini.

Wan Ahmad memetik kes 'pengundi hantu' di Kampung Klang Gate Baru itu, termasuk di rumah ibu wakil rakyat itu sendiri yang didakwa terdapat sejumlah pengundi yang tidak dikenali.

Jelasnya, perkara itu mungkin berlaku sebelum SPR menguatkuasa peraturan baru pada 2002 yang mewajibkan pengundi didaftarkan mengikut alamat di kad pengenalan masing-masing.

"Maka pendaftaran sebelum 2002 banyak tak ikut alamat dalam MyKad.

"Sebelum itu boleh daftar siapa saja, di bawah pokok, kedai kopi, di mana saja," katanya lagi dalam satu program dialog berhubung lapan tuntutan yang dikemukakan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur hari ini.

Sebagai langkah penyelesaian, Wan Ahmad berkata SPR akan memperkenalkan satu sistem baru bagi membolehkan setiap individu memeriksa senarai pengundi yang didaftarkan di alamat mereka.

Tegasnya, "hampir mustahil" terdapat pengundi yang mengundi dua kali kerana SPR menggunakan sistem nombor pengenalan 12 digit di MyKad, melainkan pengundi berkenaan menggunakan kad pengenalan palsu.

"Lagipun kita sendiri tak pernah tengok orang mengundi dua kali... Kalau dibawa ke mahkamah pun tak pernah menang.

"Adakah kita hendak pinda undang-undang sebab perkara yang tidak dibuktikan di mahkamah?," soalnya.

Jelasnya, SPR juga akan memperkenalkan sistem biometrik kerana "kita tidak mahu pusing balik sejarah untuk calit dakwat," kata Wan Ahmad lagi.

Tambahnya, penggunaan dakwat kekal yang mencetus kontroversi menjelang pilihan raya umum ke-12 itu perlu perlu melibatkan pindaan ke atas Fasal (1) Perkara 119 dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung kelayakan seseorang pemilih.

Penggunaan dakwat kekal itu akan menafikan hak seseorang untuk mengundi, sedangkan undang-undang berkenaan menjamin hak pengundi untuk berbuat demikian,
katanya.

Selain itu, Wan Ahmad antara lainnya turut mengulas mengenai tuntutan bagi pendaftaran automatik pengundi yang juga memerlukan pindaan dalam Perkara 119.

Jelasnya, undang-undang berkenaan pada masa ini tidak mewajibkan pendaftaran sebagai pemilih seperti di negara lain.

Katanya lagi, jumlah pengundi yang didaftarkan oleh parti politik juga merupakan saluran dengan jumlah pengundi paling tinggi buat masa ini. -mk

Ulasan GB

Sebelum pilihanraya 2008, SPR ini telah mengimport 30,000 botol dakwat kekal dari India dengan kos RM1 juta untuk digunakan setelah parti politik mendesak SPR melaksanakan suatu kaedah bagi menyekat perbuatan yang dianggap sebagai penipuan dalam proses pengundian.

Tiba-tiba beberapa hari sebelum pilihan, mungkin menyedari bahawa sudah tidak dapat melakukan penipuan, SPR membuat sidang akhbar membatalkan penggunaan dakwat kekal dengan alasan kononnya ada dakwat kekal yang diseludup masuk ke negara ini.

Hadir sama pada sidang akhbar itu ialah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd. Noor.

Kalau ada pun yang diseludup masuk, siapa yang nak gunakannya? pengundi mana pula yang bodoh nak calitkan sendiri jarinya dengan dakwat kekal itu?

Tiada sebarang penemuan terhadap penyiasatan bahawa ada dakwat kekal yang diseludup masuk ke negara ini seperti didakwa tiga tokoh serangkai itu. Rakyat Malaysia diperbodohkan begitu sahaja oleh SPR, tanpa alasan kukuh, semata-mata untuk menyelamatkan BN daripada terjunam teruk dalam pilihan raya itu.

Terlokop duit rakyat beli dakwat kekal tetapi kemudian dibuang begitu saja. Sepatutnya Pengerusi dan Setiausaha SPR dibuang seperti mereka membuang dakwat kekal itu.

Ok, itu alasan dulu.

Kini alasan baru pula diberikan, kononnya penggunaan dakwat kekal ketinggalan zaman, tak standard, orang kini dah pakai biometrik. Hilang alasan dakwat diseludup masuk.

Mafrel telah menyatakan penggunaan sistem biometrik atau imbasan ibu jari pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang tidak praktikal dan ia perlu diperincikan lagi.

Pengerusi Badan Pemantau Pilihan Raya Malaysia (MAFREL), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, SPR perlu memperjelaskan setiap cadangan pembaharuan yang ingin dilaksanakan sebagai jaminan bahawa ia benar-benar berfungsi dengan penuh efektif dan holistik.

Kaedah biometrik memerlukan masa untuk diselenggara memandangkan sistem tersebut masih baru diguna di Malaysia dan mempunyai banyak kelemahan.

Malah menuurutnya, penggunaan dakwat kekal adalah lebih praktikal berbanding kaedah biometrik yang melibatkan kos tinggi.

Dan lebih ramai meragui kaedah biometrik yang tiba-tiba dijadikan saranan utama SPR kini: