20 Apr 2011

Ali Rustam Salahkan Pihak Lain Apabila LTAM Tiada Sambutan

KM akui lapangan terbang Melaka kurang sambutan

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengakui operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) tidak mendapat sambutan.

Beliau yang mempersalahkan Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) berkata kesan kini LTAM yang terletak di Batu Berendam kelihatan sunyi sepi berikutan kekurangan aktiviti penerbangan dijalankan di situ.

"Saya rasa kesal dan kecewa terhadap agensi pelancongan terbabit kerana tidak menjalankan promosi terhadap LTAM sehingga lapangan terbang ini tidak mendapat sambutan.

"Kita tidak boleh tunggu kerajaan negeri sahaja berusaha menjalankan promosi dan kegiatan lain bagi menarik pengguna untuk gunakankemudahan di LTAM," katanya.

Menurut Mohd Ali, biarpun ketika ini terdapat syarikat penerbangan Indonesia iaitu Riau Airlines dan Wings Air beroperasi di LTAM namun kelemahan dari segi promosi perkhidmatan tersebut telah menyebabkan ia gagal beroperasi menurut apa yang diharapkan.

Beliau meluahkan perkara itu dalam sidang media majlis perasmian Seminar Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) peringkat negeri Melaka.

LTAM mula beroperasi semula pada akhir tahun 2009 setelah kerja-kerja kerja-kerja penambahan panjang landasan daripada 1,300 meter kepada 2,135 meter dengan kos keseluruhan berjumlah RM131.5 juta dijalankan.

Tiada wakil Riau

Mohd Ali berkata, setakat ini Wings Air yang dimiliki Lion Air Indonesia di LTAM adalah syarikat penerbangan yang terbaru menyediakan penerbangan bagi laluan Pekan Baru-Melaka selepas Riau Air yang memulakan operasinya sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, program Seminar IMT-GT yang berlangsung juga tidak disertai wakil daripada Riau atau Pekan Baru termasuk dari syarikat penerbangan Riau Airlines serta Wings Air bagi membincangkan kegiatan promosi yang sesuai digerakkan pada masa depan.

"Kehadiran mereka penting bagi membincangkan strategik kegiatan dan kerjasama pada masa depan bersesuaian dengan penubuhan IMT-GT yang menekankan penglibatan ketiga-tiga negara dalam aspek ekonomi seperti perdagangan, pengangkutan dan pembangunan pelancongan.

"Kerajaan negeri sedia membantu menyelaraskan program kerjasama yang sesuai diadakan bersama Riau agar kemudahan LTAM dapat digunakan sepenuhnya.

"Melaka telah mendapat undangan daripada Riau untuk menyertai acara larian antarabangsa diadakan di wilayah itu dan kita akan menghantar peserta pelari Melaka ke sana untuk bertanding melalui kemudahan penerbangan di LTAM.

"Pada masa yang sama, kita juga mengharapkan agar agensi kerajaan yang berkaitan dapat bergerak lebih aktif bagi memastikan operasi di lapangan terbang lebih aktif pada masa depan," -mk


PAS: LTAM tiada nilai komersial

PAS mengingatkan ketua menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam supaya tidak menyalahkan Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) susulan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam kurang mendapat sambutan kerana kurangnya aktiviti promosi.

Timbalan ketua penerangan PAS Melaka, Yusof Wahab berkata agensi tersebut juga tidak berfungsi untuk menarik syarikat penerbangan beroperasi di lapangan tersebut sebaliknya perkhidmatan asasnya ialah menarik pelancong datang ke Melaka.

"Janganlah salahkan orang lain kalau kegagalan itu adalah kegagalan Ali dan kerajaan negeri yang tersilap percaturan membangunkan LTAM yang sememangnya dari awal tidak mempunyai nilai komersil untuk dinaiktaraf kerana lokasinya yang berdekatan dengan Kuala Lumpur dan Singapura.

"Pelancong lebih suka menggunakan jalan darat untuk ke Melaka berbanding dengan menaiki kapalterbang yang kosnya mungkin lebih mahal," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Yusof kesal dengan kenyataan Mohd Ali didakwanya tidak mahu bertanggungjawab di atas kelemahan dan kegagalan kerajaan negeri menarik syarikat penerbangan beroperasi di LTAM sebaliknya menyalahkan agensi tersebut.

Yusof mengulas kenyataan Mohd Ali yang dilapor mengakui operasi di lapangan terbang ini tidak mendapat sambutan.

Katanya, beliau kesal dan kecewa terhadap agensi pelancongan tersebut kerana tidak menjalankan promosi terhadap LTAM sehingga terbang ini tidak mendapat sambutan.

Mohd Ali berkata BPP tidak boleh menunggu kerajaan negeri sahaja berusaha menjalankan promosi dan kegiatan lain bagi menarik pengguna untuk menggunakan kemudahan di lapangan terbang tersebut.

Mengulas lanjut, Yusof berkata Pakatan Rakyat sebelum ini pernah membangkitkan isu kegagalan LTAM menarik syarikat penerbangan beroperasi di situ.

"Malah ia dibangkitkan sebelum LTAM dinaiktaraf lagi. Pakatan sememangnya tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri untuk menaiktarafkan Lapangan Terbang Batu Berendam menjadi LTAM yang kononnya mencapai spesifikasi sebagai sebuah lapangan terbang bertaraf antarabangsa," katanya.

Yusof juga mendakwa kerajaan negeri Melaka tidak melaksanakan kajian terperinci dan tepat sebelum melaksanakan projek pembesaran lapangan terbang ini dengan sejumlah wang yang mencecah jutaan ringgit.

Sebaliknya dengan jumlah wang tersebut banyak lagi projek yang memberi manfaat kepada rakyat antaranya projek mengatasi masalah banjir, menaiktaraf Hospital Melaka yang tidak cukup kelengkapan dan katil. -mk


Ulasan GB

Sekarang baru Ali Rustam mengaku Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) tidak mendapat sambutan sedangkan sewaktu PRK Merlimau yang baru lalu, PAS telah menyuarakan hal ini berkali-kali tetapi dinafikan oleh Ketua Menteri berkenaan.

Terlalu banyak pembaziran yang berlaku di Melaka dengan projek-projek bernilai jutaan ringgit tetapi tidak bermenafaat seperti LRT Sungai Melaka, Eye Of Malaysia dan seumpamanya.

Pengauditan yang terperinci perlukan terhadap projek-projek ini kerana ia melibatkan wang cukai rakyat dan kerajaan negeri Melaka di bawah pimpinan Ali Rustam begitu mudah menghabiskan wang rakyat tanpa pulangan yang menasabah.


Speaker Perak Yang Selalu Bikin Ribut Di Dewan, Kini Rumahnya Dihentam Ribut

Ribut tengah hari

HUTAN MELINTANG - Rumah milik Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R Ganesan antara 33 rumah yang terjejas dalam satu kejadian ribut di kawasan Hutan Melintang, petang kelmarin.

Kejadian ribut yang diikuti hujan lebat petang kelmarin merosakkan bahagian bumbung rumah berkenaan di Lorong Arun, di sini, yang dibina sejak 1984.

Ganesan ketika ditemui berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu setelah abangnya memaklumkan bumbung rumahnya rosak sebelum bergegas pulang untuk melihat sendiri.

“Kerosakan yang berlaku tidak teruk hanya melibatkan beberapa keping zink sahaja, saya akan membaikinya sendiri dengan segera,” katanya.

Beliau berkata, insiden ribut di kawasan itu telah dimaklumkan kepada Pegawai Daerah untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, dia juga sempat meninjau beberapa rumah lain yang turut terjejas dalam kejadian ribut menyebabkan kerosakan­ sama terutama di bumbung.

Bunyi bising

Seorang penduduk Rancangan Perumahan Awam 3, Mat Tulus Sarbon, 58, berkata, ketika kejadian dia bersama keluarga sedang berehat di rumah berkenaan.

Menurutnya, kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mereka sekeluarga terkejut apabila mendengar bunyi bising di bahagian dapur.

“Bimbang dengan keadaan itu, kami terus melarikan diri, apabila hujan dan angin reda, saya memeriksa sendiri dapur dan mendapati hampir semua zink bahagian itu diterbangkan angin,” katanya.

Mat Tulus berkata, ia adalah kejadian pertama berlaku membabitkan kerosakan rumahnya sejak hampir 20 tahun lalu.


Mangsa trauma

Seorang warga emas nyaris cedera ditimpa serpihan zink rumahnya sendiri yang tercabut akibat angin kencang.

M Subama, 64, berkata, ketika kejadian dia sedang berehat di ruang tamu menonton televisyen tanpa menyedari keadaan bumbung rumahnya di Lorong Iswara, di sini diterbangkan angin.

“Serpihan yang jatuh hampir terkena kepala tetapi saya sempat mengelak, saya terus melarikan diri masuk ke dalam bilik untuk menyelamatkan diri,” katanya.

Menurutnya, kejadian yang berlaku kira-kira 1.30 petang itu menyebabkan hampir 30 peratus zink rumahnya hilang diterbangkan angin.

Dia yang ketika itu tinggal seorang diri mengakui masih trauma dengan kejadian itu.

Perasaan sama dikongsi seorang suri rumah, R Paravathy, 48, yang bimbang dengan keselamatan ahli keluarganya apabila bumbung rumahnya turut rosak.

“Apa yang penting adalah keselamatan saya dan anak-anak, takut juga sekiranya perkara tidak diingini berlaku, mujurlah semuanya selamat,” katanya.

Kerugian RM50,000

Sementara itu, Pembantu Khas Ahli Parlimen Bagan Datoh, Khairuddin Tarmizi berkata, setakat semalam, sebanyak 33 rumah dilaporkan terjejas dalam kejadian ribut yang berlaku antara 12.30 hingga 130 petang kelmarin.

Menurutnya, antara kawasan yang terlibat adalah Rancangan Perumahan Awam 1 dan 3 membabitkan enam rumah, Taman Seri Melintang (2), Lorong Iswara (12), Lorong Murgan (2), Lorong Naidu (8), Lorong Maniam (2) dan Lorong Arun (1).

“Kita anggarkan kerugian keseluruhan rumah yang terbabit kali ini hampir RM50,000, termasuklah kerosakan rumah Speaker DUN di Lorong Arun.

“Bantuan sewajarnya akan diatur termasuk bantuan daripada Tabung Bencana,” katanya.
Dalam perkembangan sama, ADUN Hutan Melintang, S Kesavan turut melawat beberapa rumah yang dilanda ribut. -SH

Terima Kontroversi Menjelang Muktamar PAS Sesuatu Yang Positif

Kontroversi menjelang muktamar tanda positif

SHAH ALAM – Mesyuarat Pas kawasan diyakini lebih hangat dengan idea dan cadangan baru ahli akar umbi demi survival parti itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Dr Shafie Abu Bakar berkata, berdasarkan suasana dan berita yang disiarkan menjelang muktamar parti itu Jun ini memperlihatkan kehangatan pelbagai isu bakl diketengahkan.

Katanya, cadangan Yang Dipertua Pas Bintang, Mohd Radzi Hashim mencalonkan Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa merebut jawatan presiden sebagai provokasi untuk menghangatkan suasana.

Malah, beliau juga menyifatkan kenyataan penganalisis politik, Prof Dr Abdul Azizi Bari bahawa kepimpinan Pas perlu berubah terutamanya Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agak mendahului dan mengejutkan.

“Tetapi bagus juga kita mengocakkan suasana yang tenang menjadi sesuatu yang tidak dinamik kepada dinamik. Tidaklah mendatar sahaja, kalau ia lesu, sejuk, tiada tarikan orang tidak akan pergi, kalau ada isu yang dieksploitasi hangat bukan sahaja ahli Pas, mungkin orang lian pun berminat untuk mengetahuinya.

“Sekurang-kuranya orang berkenaan prihatin. Barang kali ambil tindakan ataupun menyedari kehendak semasa orang di bawah, bagi saya ini perkara biasa bila hendak pemilihan kepimpinan mesyuarat Muktamar,”
katanya.

Sementara itu, ADUN Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz berkata, mesyuarat Pas sentiasa membuka ruang yang luas untuk dijadikan medan perbincangan dengan saluran yang betul.

“Kita tidak hairan di muktamar terbesar pun perwakilan yang hadir akan menyentuh pimpinan yang tidak betul sebab kita terbuka.

“Kita akan membuka ruang seluas-luasnya pada perwakilan yang terdiri daripada ketua cawangan, maknanya di peringkat akar umbi juga akan memberikan pandangan. Beginilah cara Pas yang terbuka kepada semua pihak memberikan pandangan,” katanya. -SH


Abdul Hadi Ganti Nik Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Keputusan Pas Bukit Bintang mencalonkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Timbalan Mursyidul Am kerana beranggapan akan dapat menggantikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila tiba masanya kelak.

Yang Dipertuanya, Mohd Radzi Hashim berkata, perubahan yang dikemukakan akan memperkukuhkan jentera dan Majlis Syura secara keseluruhannya.

“Jika Nik Abdul Aziz mengundurkan diri kelak sekali gus Abdul Hadi dapat dinaikkan sebagai pengganti kepada jawatan tersebut,” katanya.

Radzi berkata, perubahan kepimpinan perlu dilaksanakan dari peringkat Presiden sehingga ke Ahli Jawatankuasa Kerja supaya rakyat dapat menerima parti dengan lebih terbuka.

“Ini bagi memastikan supaya Pas dilihat sebagai parti yang bergerak dalam kehendak semasa yang mana tidak timbul isu penyingkiran kepada pimpinan sedia ada.

“Pas mengamalkan keterbukaan yang bersedia menerima pandangan tanpa melanggar perlembagaan parti,” katanya.

Ditanya mengenai penjelasan pengasingan kuasa antara kuasa eksekutif dan Majlis Syura, Radzi berkata, pengasingan itu bagi memastikan tiada kuasa eksekutif yang terlibat dalam menganggotai Majlis Syura.

“Majlis Syura perlu bebas tanpa campur tangan kuasa eksekutif dengan bertindak mengawasi perjalanan kuasa parti.

“Ini bagi memastikan setiap keputusan yang dibuat Majlis Syura konkrit tanpa pengaruh mana-mana pihak,” katanya.

Kepada satu soalan lain, adakah pihaknya menerima tekanan daripada mana-mana pihak ekoran kejutan pencalonan Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa bertanding sebagai Presiden yang dikemukakan, Radzi berkata setakat ini tiada mana-mana pihak memberi maklum balas mengenai isu tersebut.

“Parti menerima cadangan kami kerana setiap kawasan ada pilihan masing-masing

“Pencalonan kami bukan mahu cipta sejarah kerana ia adalah perkara biasa apabila tibanya pemilihan parti,” katanya.

Pada 8 April lalu, Pas Bukit Bintang mencetuskan kejutan dengan mencalonkan Exco Kerajaan Kelantan untuk bertanding sebagai Presiden dengan alasan perubahan kepimpinan. -SH


Payudara Wanita Cedera Digigit Anjing Sheperd

Anjing gigit payudara

BUKIT MERTAJAM: Seorang suri rumah yang cedera payudara kirinya digigit seekor anjing jenis German Shepherd pada Jumaat lalu, kini dalam pertimbangan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik anjing berkenaan.

Mangsa, Lee Boon Chen, 44, berkata, walaupun pemilik anjing itu sudah memohon maaf selepas insiden itu, dia tidak akan berdiam diri dan mahu melakukan sesuatu untuk memberi pengajaran kepada pemilik anjing lain yang tidak mengutamakan keselamatan orang awam.

Katanya, dia mahu pemilik anjing lebih bertanggungjawab termasuk menjaga dan mengawal haiwan peliharaan masing-masing bagi mengelak orang lain menjadi mangsa.

“Selepas kejadian ini, saya trauma, malah kerap bermimpi diserang anjing dan jika saya melihat atau terserempak dengan anjing jenis itu, saya takut dan badan menggigil,” katanya ketika ditemui menerima rawatan susulan di sebuah hospital swasta di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi Jumaat lalu, Lee nyaris kehilangan payudara kirinya selepas cedera diserang anjing berkenaan ketika dia membawa anjing peliharaannya jenis Shih Tzu bersiar-siar di kawasan perumahan di Taman Tambun Indah, Simpang Ampat dekat sini. -hm

Bongkar: Tricubes Dimiliki Secara Tidak lansung Oleh Adik Najib

1Malaysia email: Tricubes Berhad dimiliki secara tidak langsung adik Najib

Syarikat Tricubes Berhad yang diberikan kontrak 1Malaysia email bernilai RM50 juta kini berdepan dengan masalah kewangan, dan disenaraikan Bursa Malaysia sebagai status GN3. Seandainya syarikat ini gagal mengetengahkan program menstruktur semula kewangannya pada hujung Oktober 2011, maka ia mungkin berdepan dengan nasib untuk ditarik dari penyenaraian (delist).

Apa yang menarik, pemegang saham kedua terbesar Tricubes Berhad adalah Commerce Technology Ventures Sdn Bhd, iaitu Private Equity Fund yang ditubuhkan Bank Negara bersama Commerce Group (atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group).

Commerce Group atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group kini telah dinamakan sebagai CIMB Group, diterajui oleh adik Perdana Menteri Najib Razak, iaitu Nazir Razak (gambar kanan). Nazir Razak adalah Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan telah memberikan satu projek baru bernilai RM50 juta kepada Tricubes Bhd untuk mendirikan satu laman internet, dan setiap warga negara berumur 18 tahun ke atas akan dibuka satu akaun email - "1Malaysia email" untuk kegunaan rasmi; sementara mendirikan pusat perkhidmatan e-kerajaan, termasuk laman sosial, pembayaran hutang melalui internet dan sebagainya.

Namun demikian, menurut maklumat Bursa Malaysia, Tricubes telah disenaraikan sebagai status BN3 dan perlu mengetengahkan program penstrukturan kewangan, atau berdepan dengan nasib "delist".


Dalam satu kenyataan Tricubes pada 29 Oktober 2010, lantaran daripada kebimbangan oleh juruaudit terhadap laporan kewangan Tricubes sehingga 31 Mac 2010, ditambah pula shareholders' equity yang lebih rendah daripada 50% modal sehingga Jun 2010, maka ia telah melanggar peraturan penyenaraian, lantas dimasukkan ke adalam status GN3.

Selain itu, menurut laporan kewangan 2010 Tricubes, syarikat ini telah mengalami kerugian bersih sebanyak RM3.35 juta (RM3,346,752). Meskipun Tricubes memohon agar Bursa Malaysia mengecualikan dirinya daripada peraturan GN3, namun Bursa Malaysia enggan meluluskan permintaannya.

Menurut peraturan GN3 di Bursa Malaysia, Tricubes perlu mengemukakan satu rancangan penstrukturan semula kewangannya dalam tempoh 12 bulan, bermula 29 Oktober 2010 (tarikh dimasukkan ke status GN3). Malah, rancangan tersebut perlu diluluskan Bursa, malah dilantik penajanya dalam masa tiga bulan, dan menghabiskan program penstrukturan semula dalam masa enam bulan selepas diluluskan Bursa.

Jikalau Tricubes gagal mematuhi mana-mana peraturan, maka Bursa Malaysia boleh menghentikan sementara jual-beli saham syarikatnya, dan kemudian menarik penyenaraiannya (delist).

Menurut kenyataan terbaru Tricubes pada 1 April 2011, tiada perkembangan yang besar dalam rancangan penstrukturan semula kewangan syarikat tersebut. Menurut had tempoh, Tricubes harus menghantar laporan penstrukturan kewangannya sebelum 29 Oktober 2011, dan mendapat kelulusan daripada Bursa Malaysia - untuk mengelakkan dirinya daripada ditarik penyenaraiannya (delist).

Sebagaimana yang diketahui, Tricubes cuba membida 32.2% saham Pos Malaysia daripada Khazanah Nasional Berhad, tetapi gagal.


Pada saat-saat yang genting ini, Najib membawa cahaya harapan kepada penstrukturan semula kewangan Tricubes apabila mengumumkan pemberian projek 1Malaysia email bernilai RM50 juta kepadanya. Berikutan kontrak ini, Tricubes mungkin sempat untuk mengemukakan rancangan penstrukturan kewangannya sebelum hujung Oktober.

Apa yang dipertikaikan, PEMANDU yang mendakwa diri mengutamakan meritokrasi dan ketelusan itu, melantik sebuah syarikat yang berdepan dengan masalah kewangan untuk melaksanakan projek kerajaan ini.

Menurut maklumat rasmi, pemegang saham kedua terbesar Tricubes adalah Commerce Technology Ventures, ditubuhkan pada Julai 2000, dengan fungsi utamanya membekalkan modal untuk pembangunan teknologi. Sehingga hari ini, syarikat ini telah melabur di 22 buah syarikat, termasuk 10 buah syarikat telekomunikasi, enam syarikat advanced manufacturing, lima syarikat life science dan satu lain-lain.

Modal Commerce Technology Ventures dikendalikan CAV Private Equity Management Sdn Bhd, syarikat ini adalah salah satu syarikat di bawah CIMB Group. Menurut laporan kewangan Tricubes 2010, Commerce Technology Ventures merupakan pemegang saham kedua terbesar yang memegang 15.63% saham. Pemegang saham terbesar Tricubes adalah Khairun bin Zainal Mokhtar - selain memiliki 15.72% saham secara langsung, juga memiliki 14.17% saham melalui Ambank.


*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview. Disedut, diterjemah dan disunting dari teks asal.

Video Seks: Kenapa Tiba-tiba Shuib Melenting Setinggi Siling?

Shuib cabar Anwar, dua pemimpin kanan PAS sumpah laknat

KUALA LUMPUR, 20 April — Bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bersumpah laknat bagi membuktikan kebenaran dakwaan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Ketua Umum PKR itu.

Selain itu, Shuib, salah seorang “Datuk T” turut mencabar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya melakukan perkara sama kerana bertindak menafikan kebenaran rakaman video itu tanpa pernah menontonnya.

Selain Shuib, dua lagi Datuk T adalah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang menggemparkan negara apabila mempertontokan rakaman video seks itu kepada wakil media terpilih 21 Mac lalu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Shuib menegaskan rakaman video seks itu perlu dijadikan bukti di mahkamah bagi menuntut keadilan.

“Mana nak cari empat saksi yang boleh dipercayai zaman sekarang ni, macam mana nak cari? Kalau Abdul Hadi dan Nik Aziz jadi saksi sudah tentu mereka tidak akan menyebelahi kami.

“Abdul Hadi dan Nik Aziz nak jadi saksi macam mana, belum tengok sudah kata fitnah... fitnah... fitnah... ustaz macam mana ni? Belum tengok sudah buat keputusan dan kata fitnah.

“Mereka tak tengok filem sudah kata fitnah... fitnah... fitnah... saya cabar Abdul Hadi, Nik Aziz termasuk Anwar Ibrahim sumpah laknat sebab kata video itu fitnah,” katanya.

Tambah Shuib, pihaknya juga mempersoalkan tindakan individu tertentu termasuk pemimpin Pakatan Rakyat yang bertindak menafikan kebenaran rakaman video seks itu tanpa menontonnya.

“Belum tengok sudah kata fitnah, saya juga cabar konco-konco mereka sumpah laknat juga... tengok dulu baru kata ini belum tengok sudah kata fitnah dan demi keadilan kena tengok dulu baru boleh cakap,” katanya.

Sehari selepas pendedahan video seks itu, Anwar membuat laporan polis dan menafikan beliau adalah pelaku aksi seks yang didakwa “Datuk T”.

Dalam perbualan ringkas itu, Shuib berkata pihaknya tidak berniat untuk menyebarkan rakaman video seks yang didakwa melibatkan pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Oleh itu, Shuib menyifatkan sebarang tindakan yang mungkin dikenakan ke atas mereka sebagai “tidak adil” kerana mereka tidak sepatutnya didakwa atas tuduhan berkenaan.

“Kita bukan tunjuk kepada awam tapi hanya kepada pemberita sebagai saksi jadi kenapa mesti kami dipersalahkan.

“Kita tahu salah tunjuk... jadi tak adil kalau nak dakwa kita sahaja sebab itu saya marah, kalau boleh kita dah sebarkan kepada ramai orang,” katanya.

Justeru kata beliau, selain memberikan keterangan di mahkamah, ketiga-tiga mereka sanggup menerima apa sahaja hukuman yang akan dikenakan nanti.

“Kalau salah tangkap sahaja kami tapi apa yang kita buat demi masa depan negara, agama dan bangsa... Anwar nak jadi perdana menteri tapi bolehkah orang yang berperangai macam syaitan dan tidak bermoral itu jadi perdana menteri?

“Bolehkah orang yang macam ini jadi perdana menteri, sebab itu kami buat pendedahan dan kami sanggup ke mahkamah, kami bukan cari salah tapi nak cari kebenaran,” katanya sambil menegaskan tidak bimbang sekiranya dikenakan kemungkinan di penjarakan.

Laporan media sebelum ini memetik Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata siasatan rakaman video aksi seks itu mengikut Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah telah siap.

Acryl berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.

“Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah),” kata beliau. -TMI


Johari: 'Datuk Shuib pun tak percaya'

Ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mendakwa bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim yang juga bapa saudaranya, juga tidak percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditunjukkan kepadanya.

"Masa kami turun dalam lif. Dia (Shuib) kata, Pak Njang juga tidak percaya," dakwa Johari.

Menurut Johari, Shuib hanya membawa beliau menonton video itu bagi membuat pengesahan sama ada lelaki dalam video itu benar-benar Anwar.

Malah, Johari mendakwa, Datuk Trio itu bukanlah tiga, sebaliknya hanya melibatkan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, Johari menjangkakan beliau menjadi pilihan Datuk T kerana hubungannya yang rapat dengan beberapa pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tum Razak sendiri.

Selain itu, tambahnya, latar belakangnya sebagai "orang sembahyang" mungkin menyebabkan isu moral berkesan digunakan padanya.

"Saya memanglah stylish, tapi kami sembahyang. Memanglah macho, tetapi saya sembahyang," katanya berseloroh.

Sambil mendakwa apa berlaku sebagai konspirasi, Johari menafikan beliau meminta wang "pelincir" sebanyak RM100,000 untuk membawa lebih ramai wakil rakyat Pakatan menonton video seks.

"Takkanlah RM100,000. Kita ahli parlimen ni bukanlah lekeh sangat. Baik saya minta RM3 juta atau RM4 juta," katanya.

Ditanya sama ada beliau mahu menyaman Eskay dan Rahim, Johari enggan melukannya.

"Tak perlulah. Mereka pun old man," katanya lagi. -mk


Ulasan GB

Seorang lagi pendusta setelah Eskay berdusta sebelum ini.



Mengapa tiba-tiba Datuk Shuib Lazim komain melenting?

Bukankah sebelum ini, anak buahnya, Datuk Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani sendiri mendedahkan bahawa Shuib yang juga bapa saudaranya, juga tidak percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditunjukkan kepadanya?

Jika apa yang dikatakan oleh anak saudaranya itu tidak benar, sudah pasti beliau telah membuat penafian sejak awal lagi.

Apa yang rakyat lihat kini, Eskay dan Shuib seperti "ditekan" oleh seorang lagi Datuk T supaya membuat kenyataan akhbar mengenai isu ini.

Orang itu cuba hendak mempastikan dia terselamat dan tidak ditahan serta didakwa di mahkamah. Kerana ia melibatkan kedudukannya yang masih memegang Pengerusi sebuah agensi kerajaan.



Solat Berjamaah Di Perancis Akan Dilarang

Pemerintah Perancis mulakan semula fahaman anti-Islam setelah sebelumnya, undang-undang kontroversial melarang pemakaian jilbab, mendapat protes hebat dari umat Islam.

Dengan alasan kerana warga Muslim menunaikan solat di pinggir jalan, pemerintah Perancis berniat menghalang kebebasan warga Muslim menunaikan kewajiban agama mereka.

Menteri Dalam Negeri Perancis, Claude Guéant, yang dikenali sebagai salah seorang think-tank politik anti-Islam di negara ini, menetapkan peraturan baru melarang pelaksanaan solat jamaah di pinggir jalan.

IRNA melaporkan, akhbar Le Parisien dalam hal ini menulis, Guéant mengatakan, "Kami sedang mencari jalan untuk melarang penunaian solat berjamaah di pinggir jalan."

Menteri Dalam Negeri Perancis mengemukakan pernyataan itu ketika penunaian solat berjamaah di pinggir jalan, yang sangat jarang terjadi, dan biasanya hanya dilakukan di wilayah-wilayah yang memiliki kemudahan sangat terhad atau sekatan yang dilakukan pemerintah. Selain itu, warga Muslim Perancis juga menunaikan solat berjamaah itu tanpa mengganggu orang lain.

Menjawab pertanyaan mengenai sedikitnya jumlah masjid di Perancis, Guéant mengatakan, di Perancis boleh dibangunkan masjid yang lebih banyak. Namun Guéant tidak memberikan keterangan lebih lanjut bagaimana masjid-masjid tersebut dapat dibangunkan.

Di kota Nice misalnya, hanya terdapat dua masjid, dan warga Muslim di kota itu harus menempuh jalan jauh untuk pergi ke masjid. Namun masalah yang paling penting adalah bahwa kedua masjid itu tidak mampu menampung seluruh warga Muslim yang hendak menunaikan solat berjamaah.

Berkait dengan perlaksanaan larangan solat berjamaah di tepi jalan itu, Guéant menjelaskan, "Harus ada cara untuk menghentikan solat berjamaah di tepi jalan, dan saya secara peribadi menggalakan penggunaan "kekuasaan" dalam menjalankan ketentuan tersebut.

Guéant hingga kini telah berulangkali meletakkan umat Islam sebagai sasaran, termasuk penilaiannya terhadap peningkatan jumlah warga Perancis yang memeluk agama Islam. Keadaan ini menurut Guéant sangat diberi perhatian dan akan menjadi halangan serius bagi Perancis.

Sejumlah politik anti-Islam dalam pemerintahan Perancis yang beberapa waktu lalu melarang penggunaan burka, telah memasuki tahap baru yang lebih serius. Langkah itu mendapat riaksi negatif oleh pendapat umum Barat.

Laurent Booth, saudara perempuan isteri mantan perdana menteri Inggris, Tony Blair, dalam wawancaranya dengan IRNA, menepis dakwaan para pejabat Perancis bahwa kaum perempuan yang mengenakan burka merupakan ancaman pengganas dan keselamatan.

Dikatakannya, "Kaum perempuan berjilbab sebetulnya memang merupakan ancaman bagi negara-negara Barat. Namun ancamannya tidak dalam bentuk kekerasan seperti yang didakwa oleh para ahli politik Barat, melainkan kerana busana Muslimah pada hakikatnya telah menyoal kebebasan kaum perempuan di Eropah dan Amerika." -republika

Email 1Malaysia Untuk Selamatkan Syarikat Bermasalah?

SSyarikat Tricubes Bhd yang diberikan kontrak RM50 juta untuk melancarkan perkhidmatan emel 1Malaysia merupakan sebuah syarikat bermasalah.

Syarikat yang tidak berapa dikenali itu merupakan antara 12 buah syarikat yang disenaraikan Bursa Malaysia sebagai syarikat GN3 kerana keadaan kewangannya dalam keadaan "lemah" atau "buruk."

Menurut garis panduan yang ditetapkan Bursa Malaysia, pengkelasan status GN3 itu akan membolehkan syarikat berkenaan mendapatkan bantuan daripada satu jawatankuasa untuk menstruktur semula hutangnya.

Penyenaraian Tricubes di Bursa Saham mungkin ditarik balik sekiranya syarikat itu gagal meyakinkan bursa berhubung pelan untuk melunaskan kesemua hutangnya.

Kontrak bernilai RM50 juta itu pasti akan memberi nafas baru kepada Tricubes.


Najib beri kontrak 50juta kepada syarikat bermasaalah kendali e-mail 1malaysia

Tricubes Berhad, syarikat yang meraih kontrak perkhidmatan emel 1 Malaysia bernilai RM50 juta dilaporkan menghadapi masalah kewangan dan berkemungkinan dilucutkan dari Bursa Malaysia.

Meskipun menghadapi permasalahan sebegitu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan firma berkenaan diberi kontrak lumayan untuk menyediakan khidmat emel rasmi antara rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan kerajaan, lapor Malaysian Insider.

Ramai pihak menyifatkan langkah itu sebagai membazir kerana sebilangan besar masyarakat yang celik komputer sudah pun memiliki e-mail peribadi.

Mereka juga mempersoalkan keselamatan maklumat peribadi dalam sebarang transaksi menerusi e-mail 1Malaysia itu.

Justeru mereka menolak projek e-mail 1Malaysia dan mempertikaikan kenapa ia diberi kepada sebuah syarikat yang dipantau oleh Bursa Kuala Lumpur.

Tricubes sebelum ini diberi amaran dan diletakkan di bawah status Nota Bimbingan Keselamatan 3 oleh Bursa Malaysia (GN3) tahun lalu.

Sebagai Syarikat GN3, Tricubes perlu memberikan laporan kewangan kepada Bursa setiap bulan serta melantik penaja sehingga ia bukan lagi berstatus GN3.

Menurut laporan itu jika syarikat (Tricubes) gagal berbuat demikian, mereka boleh digantung dan disingkirkan dari papan oleh Bursa Malaysia.

Sumber Bursa juga menyatakan, sehingga 1 April lalu, Tricubes masih dalam proses meguruskan aliran kewangannya dan 'tiada sebarang perkembangan besar' yang memungkinkan status GN3 syarikat itu ditarik balik. -tvsnews


Pelajar Dicabul Dalam Kelas

Arau: Empat pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini, ditahan polis kerana berkelakuan liar termasuk mencabul seorang pelajar perempuan dalam kelas sama tanpa menghiraukan pelajar lain melihat perbuatan terkutuk mereka. Gambar fail

Tiga pelajar lelaki terbabit yang berusia 15 tahun yang juga rakan sekelas mangsa bersama seorang pelajar berusia 16 tahun melakukan perbuatan itu ketika waktu persekolahan, kelmarin. Pelajar perempuan berkenaan yang tidak tahan dijadikan objek seks sejak tiga minggu lalu oleh keempat-empat pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Arau, malam kelmarin, sebelum polis memberkas semua suspek, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Arau, Deputi Superintendan Lee Swee Meng ketika mengesahkan kejadian berkenaan berkata, empat pelajar terbabit didakwa memegang buah dada dan paha mangsa di dalam kelas ketika ketiadaan guru.

Menurutnya, semua pelajar lelaki tingkatan tiga dan empat itu ditahan di bandar ini tengah hari semalam.

“Semua suspek didakwa tidak menghiraukan rakan sekelas lain yang melihat perbuatan mereka mencabul mangsa. Mangsa sebelum ini mendakwa sering diganggu empat suspek dan paling ketara apabila mereka memegang buah dada dan pahanya,” katanya di sini, semalam.

Lee berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul kehormatan dan pihaknya dalam proses mendapatkan perintah reman terhadap semua suspek bagi membantu siasatan lanjut.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 25 tahun yang kemaruk seks ditahan kerana disyaki mencabul kehormatan seorang gadis berusia 17 tahun yang juga rakan sekerjanya, kira-kira jam 11 pagi kelmarin.

Lee berkata, lelaki terbabit yang bekerja di sebuah pasar raya di Pauh, dekat sini, gagal mengawal nafsunya lalu memegang paha mangsa ketika mereka bekerja.

“Siasatan polis mendapati suspek turut melakukan perbuatan sama terhadap seorang pekerja wanita lain di pasar raya sama sebelum ini. “Polis sudah mendapatkan perintah reman lima hari sehingga 24 April ini untuk siasatan lanjut. Dia memegang paha mangsa yang bekerja di pasar raya berkenaan,” katanya. -hm

UUM & Mukhriz Memfitnah Kerajaan Kedah

MB Kedah nafi cukai tanah UUM dinaikkan

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini menafikan kerajaan pimpinannya menaikkan kadar cukai tanah 10 kali ganda terhadap Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sebaliknya kata beliau, kenyataan yang dibuat Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Naib Canselor UUM Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak itu tidak berlandaskan fakta sebenar.

"Apa yang berlaku ialah bagi tempoh Januari 2006 hingga Disember 2008, UUM telah diberi rebat oleh kerajaan negeri ketika itu menyebabkan cukai tanahnya dikurangkan dari RM1.7 juta setahun kepada RM100,000.

"Tetapi selepas tempoh rebat dua tahun itu berakhir, mereka diminta membayar pada kadar penuh semula iaitu RM1.7 juta,"
katanya pada sidang media, di Alor Star.

Azizan juga berkata akibat pemberian rebat kepada UUM itu kerajaan negeri pimpinanya kerugian RM1.6 juta.

UUM juga katanya, pernah memohon kepada beliau agar pemberian rebat itu disambung namun permohonan mereka ditolak.

"Mereka (UUM) boleh terus membuat rayuan dan kita akan pertimbangkan, tetapi tidak semestinya kita akan luluskan permohonan mereka itu," katanya.

Mengulas lanjut, Azizan berkata UUM juga telah diberi beberapa pilihan dalam membuat pembayaran cukai tesebut.

"Kita juga setuju mereka (UUM) berunding dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) mengenai bayaran ansuran. Pada tahun 2009 dan 2010 mereka bayar dengan kadar penuh," kata Azizan.

Beliau juga menegaskan kerajaan negeri yang diteraju pakatan pembangkang itu tidak pernah mengeluarkan arahan menaikkan cukai sejak mentadbir Kedah selepas pilihan raya umum 2008.

"...tetapi apa yang kita buat ialah pada 2008, kita menurunkan cukai tanah antara 35 peratus sehingga 75 peratus termasuk tanah-tanah milik kerajaan persekutuan.

"Disebabkan penurunan cukai itu kerajaan negeri telah kehilangan hasil tanah sebanyak RM50 juta setahun," katanya.

Mengenai isu air di UUM, beliau menasihatkan universiti itu dan Kementerian Pengajian Tinggi meningkatkan kemudahan sistem perairan seperti tangki dan paip air kerana kerajaan negeri telah menyiapkan paip besar di luar kampus tersebut yang boleh menampung sehingga ke Bukit Kayu Hitam.

"Setiap hari pihak Syarikat Air Darul Aman (Sada) menyalurkan bekalan air ke UUM sebanyak 15 juta liter sedangkan kawasan lain kita hanya bagi lima dan 10 juta liter sahaja. Jadi mereka perlu meningkatkan kemudahan loji dalam kampus supaya air itu dapat disalurkan kepada warga kampus," katanya. - Bernama


Serah UUM pada Kedah

ALOR SETAR, 19 April: "Serahkan Universiti Utara Malaysia (UUM) kepada kerajaan negeri kalau dah tak mampu nak tadbir kewangannya," kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai respons kepada isu yang ditimbulkan timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

Semalam, Menteri Pedidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin juga dilaporkan mengecam kerajaan negeri Kedah yang kononnya menaikkan cukai tanah UUM sehingga 10 kali ganda sejak mengambil alih pemerintahan negeri sehingga pihak universiti terpaksa membayar RM1.8 juta setahun berbanding RM150,000 sebelum ini.

Azizan bagaimanapun menafikan dakwaan kenaikan cukai tanah tersebut, sebaliknya menjelaskan bahawa apa yang berlaku adalah tempoh pemberian rebat kerajaan negeri kepada universiti itu yang telah berakhir.

"Mengikut perjanjian asal, jumlah perlu dibayar oleh universiti adalah sebanyak RM1.2 juta tetapi pihak universiti hanya perlu bayar RM100 ribu setahun bagi tempoh 2006 hingga 2008 setelah permohonan mereka mendapatkan rebat diluluskan oleh kerajaan.

"Saya harap penjelasan ini membuktikan kerajaan negeri bukan naikkan cukai tanah, cukai asal lebih RM1 juta dan setelah diberi rebat UUM cuma bayar RM100,000 sahaja dan kini perjanjian telah berakhir, UUM kenalah bayar penuh.

"Sepatutnya mereka kena bayar RM1.2 juta tapi kalau UUM menghadapi masalah kewangan, mereka boleh memohon untuk mendapatkan rebat semula," jelasnya kepada media selepas berucap di himpunan bulanan kakitangan kerajaan di Wisma Darul Aman.

Menurutnya lagi, kerajaan negeri tidak pernah bercadang hendak menaikkan cukai tanah yang diturunkan selepas mengambil alih pemerintahan negeri pada Mac 2008 yang lalu.

Mengenai masalah bekalan air yang sekian lama dihadapi warga universiti itu, Azizan berkata, isu ini perlu diselesaikan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi.

"Saya pernah bangkitkan isu ini supaya pengurusan UUM kemukakan cadangan kepada kementerian untuk naik taraf infrastruktur bekalan air, tetapi saya tak nampak pun hasilnya," katanya. -HD




Cukai tanah tahunan UUM RM1.8 juta

PUTRAJAYA – Sukar dipercayai apabila kerajaan negeri Kedah sanggup mengenakan kadar cukai tanah tahunan 10 kali ganda lebih tinggi atau sebanyak RM1.8 juta setahun ke atas Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah sejak tiga tahun lalu.

Nasib malang universiti itu didedahkan sendiri oleh Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak yang terpaksa merayu kerajaan negeri supaya mengurangkan kadar cukai tersebut.

Menurutnya, kadar cukai tanah yang terlalu tinggi itu sepatutnya digunakan untuk tujuan penyelidikan dan penerbitan universiti.

Sebelum ini UUM membayar RM150,000 cukai tanah setahun.

Lebih menyedihkan lagi, ujar beliau, UUM juga terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk menyewa lori mengangkut air bagi kegunaan pelajar universiti tersebut yang menghadapi masalah untuk mendapatkan air bersih sejak tahun lalu.

Menurutnya, sejak setahun lalu sebahagian pelajar UUM terpaksa mengambil air menggunakan baldi daripada lori yang disewa khas tersebut dan ia menyukarkan usaha universiti berkenaan menarik pelajar dari luar negara.

“Masalah ini amat membebankan kewangan dan kami telah mengemukakan rayuan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya cukai tanah itu dikurangkan tetapi tiada jawapan hingga kini.

“Bagaimanapun kami tetap tidak ketinggalan menjelaskan bayaran yang dikenakan itu sejak tiga tahun lalu” katanya pada majlis pelancaran Program Khas Pasca Siswazah Untuk Ahli Parlimen di UUM oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di sini semalam. -kosmo



Gadis Turki Islam Pertama Berbogel Untuk Playboy

Berlin - Selama ini, seorang gadis berusia 25 tahun berketurunan Turki yang menetap di sini, Sila Sahin menjadi contoh teladan tentang kelakuan baik wanita Islam moden dalam masyarakat berbilang budaya di Jerman, lapor sebuah akhbar semalam.

KULIT depan majalah Palyboy yang menunjukkan Sila Sahin berbogel.

Dia yang merupakan seorang aktres yang membintangi drama telenovela Jerman, Bad Times disenangi ramai peminatnya dan membuatkan keluarganya berasa bangga.

Namun, langkah terbarunya mengejutkan para peminatnya dan turut menyebabkan mereka yang rapat dengannya naik berang.

Beraksi berahi untuk kulit majalah Playboy Jerman dengan satu payu daranya terdedah, Sila sengaja mahu menyampaikan mesej yang jelas kepada keluarganya yang mengamalkan cara hidup Islam.

"Saya berbogel untuk Playboy kerana saya mahu bebas," kata Sila.

"Gambar-gambar ini merupakan bukti kebebasan saya daripada semua halangan yang terpaksa diikuti semasa zaman kanak-kanak saya," tambahnya.

Keluarganya, bagaimanapun, tidak dapat menerima perbuatan Sila dengan ibunya bertindak memutuskan perhubungan dengan aktres berkenaan.

"Ibu saya masih marah. Ia lebih sukar dengan datuk dan nenek saya, serta ibu dan bapa saudara saya," kata wanita jelita itu di laman web siri televisyen berkenaan.

Dia bagaimanapun, berjaya bercakap dengan ayahnya yang juga seorang pelakon.

Ayah Sila bimbang anak gadisnya akan dibenci bukan sahaja oleh masyarakat Turki di Jerman, tetapi oleh seluruh umat Islam akibat tindakannya.

Sila berkata, dia berbogel untuk majalah Playboy bagi menyeru wanita-wanita Islam yang selama ini hidup terkongkong dan tidak dibenarkan membuat pilihan, termasuk dalam menentukan calon suami serta keperawanan mereka, supaya bangkit untuk bersuara dan bertindak.

Tindakan Sila menjadikannya sebagai wanita Turki pertama yang berbogel untuk Playboy. Dia bagaimanapun kesal dengan tindakan keluarganya yang menyisihkan dirinya kerana isu tersebut.

Dalam satu wawancara, Sila merayu keluarganya supaya memahami punca dia membuat keputusan untuk bergambar tanpa seurat benang itu.

Aktres berkenaan turut merayu keluarganya supaya memaafkan dirinya.

"Saya berharap mereka (keluarganya) dapat memaafkan saya," kata Sila.

"Tolonglah terima saya semula," tambahnya. - Agensi

Jenayah Rogol Menteri Akan Didedahkan Di Mahkamah, Blogger Ke Indonesia Kumpul Bukti

Buku Sakndal Seks Rais Yatim? Oleh: VIVIEN SAKUNTALA (Koresponden Sabahkini.net di Jakarta)

DIKHABARKAN bahawa penulis kontroversi, Mutalib M.D akan menerbitkan sebuah buku terbaru berhubung Skandal Seks seorang Menteri Kabinet Malaysia dan kini masih berada di luar negara mengumpul bukti dan alibi sensasi.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada buku tersebut mencerita Skandal Seks Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Mohd Rais Yatim yang melibatkan Pembantu Rumah Tangga (PRT), Robengah, atau tokoh lain. Kisah Rais disebarkan secara meluas di Sabahkini.net sehingga Rais bertindak memfailkan saman pada 10 Februari lalu.

Kelmarin, Peguam Rais, Norhani Nordin mewakili plaintif memberitahu pemberita, pengurusan kes itu akan didengar pada 6 Mei ini, namun ketika dihubungi melalui email, Mutalib menyatakan beliau tidak mempedulikan saman yang difailkan Rais kerana tidak mahu mengganggu siasatan polis dan menyalahgunakan prosiding mahkamah.

Beban bukti terletak pada Rais kerana beliau harus membuktikan kepada mahkamah bahawa beliau tidak merogol Robengah sebagaimana yang didakwa Robengah kepada Koresponden Jakarta Post, Migrant Care dan Tenaganita. Saya hanya melaporkan apa yang dinyatakan oleh mangsa dan keluarganya dan rakyat Malaysia yang mahukan kebenaran. Apakah Rais mahu menembak pembawa berita?,” tanya Mutalib dalam emailnya.

Mutalib turut menolak dakwaan Rais sebelum ini bahawa pihak pembangkang sengaja mahu menjatuhkannya melalui artikel fitnah kerana beliau adalah Ahli UMNO di Parlimen Silam dan Rocky Bru adalah pemimpin akhbar Pro-Kerajaan.

Tambah Mutalib lagi, oleh kerana Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah membuat laporan polis pada 5 Januari 2011 di Balai Polis Seremban, melalui laporan bernombor 000357/11, namun sehingga kini polis masih belum menyelesaikan siasatan.

“Sehubungan itu, saya tidak mahu mengganggu atau mempengaruhi siasatan polis dengan melayan karenah ‘menteri yang cacat akal’ tersebut kerana telah menyalahguna kuasa dan kedudukannya untuk mengheret para blogger yang menjadi ‘Whistleblower’ ke mahkamah sebelum polis menyelesaikan siasatan,” kata Mutalib yang menggesa Hakim Mahkamah Tinggi, Amelia Tee Hong Geok Abdullah tidak melayan saman Rais yang telah ditetapkan pada 6 Mei 2011 selagi siasatan polis belum diumumkan kepada umum.

Tambahan pula, kata Mutalib, sebagai pegawai awam iaitu menteri yang dibayar gaji menggunakan wang rakyat, Rais tidak boleh diwakili oleh peguam sendiri melainkan Peguam Negara Malaysia atau dengan izin Peguam Negara.

Mutalib menjelaskan beliau hanya akan melayan saman Rais sekiranya Polis Seremban telah melengkapkan siasatan dan menyerahkan hasil siasatan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut; sama ada untuk mendakwa Rais atau para blogger yang mendedahkan Skandal berkenaan.

Yang boleh menentusahkan sama ada kes jenayah rogol berlaku ialah mahkamah. Jika kes ini dibawa ke mahkamah, maka amat baik untuk rakyat dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia; kerana saya berpeluang untuk mensapena Migrant Care, Tenaganita, SAMM, Robengah, Adik Robengah, Rakan Robengah, Kedutaan Indonesia, malah Rais dan isterinya sebagai saksi untuk berkata benar di mahkamah,” ujar Mutalib yang tidak akan tunduk kepada desakan demi desakan Rais agar artikel mengenai beliau dikeluarkan daripada arkib Sabahkini.net yang boleh diakses pada bila-bila masa.

Mutalib menegaskan, ‘CCTV’ Tuhan tidak pernah padam, sekalipun Rais telah berusaha memadamkan semua bukti yang boleh mengaitkan beliau dengan Robengah dan menggunakan kedudukannya untuk mengheret para blogger ke mahkamah, kononnya untuk membersihkan nama beliau yang dikotorkan melalui skandal berkenaan.

“Jika Rais ‘Anak Jantan’, bukan ‘belut yang licik’ atau ‘Menteri yang hilang akal’, maka beliau sewajarnya mengheret punca pendedahan awal Skandal tersebut iaitu Migrant Care, Tenaganita, Rocky Bru dan sebagainya. Sabahkini.net hanya menyiarkan berita tersebut berdasarkan siasatan rapi dan tidak akan berganjak daripada fakta,” ujar Mutalib M.D yang sedang menyiapkan sebuah Video Klip berhubung isu berkenaan sebagai persediaan untuk menghadapi Rais di Mahkamah kelak.

Ketika ditanya sama ada buku Skandal Seks yang disiapkannya mengenai Rais atau menteri lain, Mutalib mengatakan bahawa, “Tunggu siap percetakan dan pendedahan penuh eksklusif. Saya tidak mahu komen buku yang belum diterbitkan.”

Sebelum ini Mutalib telah menerbitkan dua buah buku Skandal Seks Orang Ternama berjudul VIP dan YB serta 23 judul lagi yang belum diterbitkan. Mutalib juga adalah penulis buku IC PALSU Merampas Hak Anak Sabah; Pengundi Untuk Di Sewa; IC PROJEK Agenda Tersembunyi Mahathir; 007-Lelaki Malaysia Terakhir dan lebih 20 buku lain.

Kes Skandal Seks Orang Ternama: ‘YB’ kini sedang disiarkan secara bersiri di Sabahkini.net kerana buku yang dicetak telah habis dijual dan Sabahkini.net memperoleh hak untuk menerbit buku berkenaan dalam versi e-book dan ada pihak yang telah berjumpa Mutalib untuk mengadaptasi Skandal Seks berkenaan ke layar perak.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan bahawa Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim telah menfailkan satu lagi saman fitnah terhadap penulis blogger Sabahkini.net, Abdul Mutalib Mohamed Daud untuk menuntut ganti rugi dan injunksi setelah mendakwa difitnah dalam beberapa siri artikel antara 1 dan 7 Januari lalu.

Writ saman tersebut difailkan melalui firma guaman Tetuan Shahabudin dan Rozima di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu.

Dalam pernyataan tuntutan, Rais berkata, defendan pada 1 Januari lalu telah menerbitkan artikel berunsur fitnah bertajuk ‘Pak Lah halalkan rogol, UMNO halalkan zina?’ dan ‘PKR cabar Rais sumpah laknat’ dipaparkan pada 3 Januari lalu.

Sementara pada 5 dan 7 Januari berjudul ‘Rais Yatim seperti belut’ dan ‘Video pengakuan rakan Robe Ngah’ di http://sabahkini.net/v1 bersama gambar plaintif. Peguam Norhani Nordin mewakili plaintif memberitahu pemberita, pengurusan kes itu akan didengar pada 6 Mei ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) telah membuat laporan polis terhadap Rais dan ekoran daripada itu, Penyelaras SAMM, Norazizi A Aziz telah menulis surat kepada Pegawai Penyiasat di Ibu Pejabat Polis Seremban pada 7 Mac 2011 berhubung kedudukan laporan polis yang dibuat pada 5 Januari 2011. Berikut adalah sedutan surat beliau.


Tarikh : 7 Mac 2011

Kepada;

Insp. Zuraidah Bte Abd. Hamid
Ibu Pejabat Polis Daerah,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan

Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah
Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
50560 Kuala Lumpur

Saudara ;

MERUJUK KEPADA LAPORAN SAYA BERTARIKH ,
(NO REPORT: SEREMBAN/000357/11)


Pada tarikh 05 Januari 2011 yang lepas, saya telah membuat laporan bernombor Seremban/000357/11.

Laporan ini bagi tujuan mendesak satu siasatan kepada pendedahan dokumen-dokumen yang mengaitkan YB Dr. Rais Yatim, Menteri Kebudayaan & Kesenian dalam kejadian merogol pembantu rumah warga Indonesia. Dalam laporan tersebut kami sediakan dokumen lampiran dan saya sendiri telah memberikan kerjasama dalam memberikan rakaman percakapan selama sejam lebih (anggaran: dari jam 1130 pagi hingga 1245 tengahari). Seperti yang pihak tuan janjikan akan segera bertindak atas laporan ini dan akan memberikan maklum balas mengenainya namun sehingga kini tiada maklum balas.

Tuduhan ini merupakan tuduhan serius. Jika benar tindakan wajar yang serius harus diambil kerana nama yang dikaitkan bertaraf menteri iaitu kedudukan atau kedudukan yang strategik negara. Jika tidak benar polis juga harus tampil membersihkan nama yang dikaitkan dengan penjelasan yang munasabah dan mencari sumber dokumen 'palsu' tersebut.

Dengan polis mendiamkan perkara ini maka ia seolah sesuatu yang tidak kena. Imej negara dan institusi pelaksana hukum boleh tercalar dengan persepsi cuba melindungi tuan-tuan besar. Kes ini amat sensitif khasnya dalam keadaan hubungan negara yang sering tegang.

Kami tampil membuat laporan atas kesedaran anak muda yang ingin melihat keadilan tergegak. Kami tidak mahu kes ini hanya dijadikan modal politik sahaja tanpa tindakan konkrit ke arah melaksana keadilan. SAMM boleh sahaja menimbulkan kes ini dan laporan polis tersebut dalam siri pilihanraya kecil yang diadakan tetapi kami memilih untuk mensenyapkan kerana mahu kes ini dilihat bukan dari segi kepentingan politik semata - mata.

Saya mohon respon terbuka PDRM mengenai laporan kami.

Sekian dan terima kasih.

Norazizi A. Aziz
Penyelaras SAMM


-sabahkini.net