10 Apr 2011

SPRM Sudah Banyak Lemak Minta Tambah Kakitangan

Putrajaya sedia tambah staf SPRM jika perlu, kata Najib

Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan akan mempertimbangkan langkah menambah staf Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika benar-benar memerlukan dan tiada pilihan lain.

Bagaimanapun Perdana Menteri berkata (gambar), kerajaan juga tidak boleh menolak perubahan atau pembaharuan lain yang mungkin lebih sesuai untuk meningkatkan kekuatan SPRM tanpa melibatkan penambahan anggota.

“Ia akan dikaji dan jika ada keperluan, maka kami akan meluluskannya,” kata beliau selepas merasmikan 1Malaysia Cardiff City Junior Football League 2011 di sini hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan mengulas permintaan SPRM yang memerlukan kira-kira 800 anggota lagi bagi memantapkan aspek keselamatan membabitkan bangunan dan individu yang berurusan di pejabat suruhanjaya itu di seluruh negara.

Menurut laporan itu, ketika ini hanya 31 pegawai SPRM dan 90 pengawal keselamatan menjalankan tugas berkaitan keselamatan di seluruh negara membabitkan ibu pejabat SPRM, 15 ibu pejabat negeri dan 19 cawangan negeri di beberapa daerah.

Selain itu, pejabat SPRM yang terletak di bangunan guna sama di tingkat atas dan tidak mempunyai aras bawah pula membabitkan Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak, Pahang, Johor, Kedah, Perlis dan Labuan, manakala pejabat cawangan pula di Sibu dan Miri.

Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Zakaria Jaafar, “kita mengharapkan tambahan 134 anggota untuk menjalankan tugas berkaitan keselamatan itu dapat segera dipenuhi bagi memastikan keselamatan fizikal membabitkan persekitaran bangunan pejabat SPRM termasuk dokumen dan harta benda di dalamnya serta individu yang berurusan dengan SPRM, terutama orang yang kena tuduh, orang yang disyaki, saksi atau pengadu sentiasa dalam keadaan selamat sepanjang tempoh masa berada di premis suruhanjaya.”

Najib berkata, juga penting bagi melihat kemungkinan untuk mengambil pendekatan penempatan semula kakitangan daripada menambah buat masa sekarang.

“Sebagai contoh, seperti pasukan polis, penempatan semula lebih 30,000 kakitangan sebab kita mengambil pendekatan untuk berfikir secara kreatif dan ini menjimatkan wang kerajaan, jadi jika boleh menjimatkan duit, kita perlu melakukannya.

“Jika kita tiada pilihan, maka kita akan tambah,” kata Najib lagi. -TMI

Ulasan GB

Laporan SPRM yang menyatakan ia memerlukan kira-kira 800 anggota lagi bagi memantapkan aspek keselamatan membabitkan bangunan dan individu yang berurusan di pejabat suruhanjaya itu di seluruh negara, dilihat oleh rakyat bukan sebagai penyelesaian kepada masalah keselamatan di bangunan SPRM yang telah menyebabkan kematian dua orang rakyat Malaysia.

Apa yang diperlukan sebenarnya ialah professionalime pegawai-pegawai SPRM yang sedia ada perlu dipertinkatkan.

Pendedahan salahlaku pegawai SPRM dimana terdapatnya pegawai SPRM memuat-turun dan menonton bahan lucah sewaktu bekerja dan soalsiasat sedang dijalankan adalah FAKTA jelas bahawa pegawai-pegawai SPRM tidak mempunyai disiplin dan kawal-selia ke atas mereka adalah terlalu lemah.

Ia adalah perilaku yang bukan saja tidak bermoral malah menyalahi undang-undang. Bagaimana sebuah agensi penguatkuasa undang-undang sendiri tidak mematuhi undang-undang?

Sehingga kini, TIADA tindakan diambil terhadap pegawai berkenaan, malah dilaporkan ada pegawai tersebut telah dicadangkan oleh SPRM untuk menerima pingat dari Sultan untuk menutup salahlakunya. Ini amat keterlaluan.

Kita masih ingat di dalam kes Teoh Beng Hock dimana ada di kalangan pegawai tertinggi SPRM yang terlalu cepat menuduh mangsa membunuh diri sedangkan siasatan belum bermula, dan kemudian pegawai tertinggi itu tiba-tiba dinaikkan pangkat ke jawatan yang lebih tinggi.

Justeru itu rakyat melihat seluruh agensi SPRM itu perlu dibedah-siasat dan diperbaiki mutu professionalisme mereka dengan membersihkan ia dari kakitangan berjiwa syaitan yang merosakkan imej badan itu sendiri dan negara.

Bukan menambahkan kakitangan untuk melayan permintaan SPRM yang terlalu banyak lemak di mata rakyat.

Lawak Filem 3 Mat Boroi Belum Selesai

Datuk T”, Shazryl Eskay Abdullah mengemukakan lima persoalan untuk dijawab Anwar Ibrahim. Dalam tulisan terbaru blog Kickdefella hasil satu pertemuan minggu lalu, ahli perniagaan itu berkata beliau yakin semua yang berlaku sekarang adalah petunjuk Allah - (petikan dari Malaysian Insider.Com)

Lawak filem Tiga Mat Boroi ini nampaknya belum selesai. Macam-macam yang sempat aku dengar. Macam-macam khabar angin yang sampai. Semua tak boleh dipakai. Semuanya buat kelentong. Semua jual taik minyak. Aku sampai tak kering gusi kerana ketawa membaca berita yang bersangkutan dengan Tiga Mat Boroi ini.

Mulanya aku baca berita tentang Si Mamat yang jadi menteri undang-Undang. Mamat ini suka buat lawak. Dia seorang pakar lawak di Parlimen. Mamat ini pakar lawak sempit. Lawak sempit ini adalah satu genre lawak di mana kalau kita meminati dan percayai dengan lawak ini maka otak kita akan menjadi sempit. Lagi banyak kita dengar lawak ini lagi sempit otak kita.

Contohnya: Pada awalan apabila filem Tiga Mat Boroi ini ditayangkan di Carcosa, si Mamat ini telah berkata bahawa Tuan Pengarah dan Tuan Pengedar filem ini tidak boleh disaman. Ada hukum dan undang-undang yang mempertahankan hak pengarah dan pengedar.

Sehari kemudian si Mamat ini beralih cerita pula. Kali ini dia berkata yang Pengarah dan Pengedar boleh disaman jika dibuktikan filem ini mengarut dan menjadikan penonton sakit perut apabila melihatnya.


Tapi ini belum begitu lawak lagi. Ada satu lagi pelawak yang amat lawak. Si Dol ini mengakui bahawa dirinya adalah pejuang Islam sejati – penjihad Islam. Si Dol ini akan ke hulu ke hilir dengan memakai tarbus Turkinya. Meraban ke hulu ke hilir ini entah apa yang dicarinya.

Di hari pertama Tiga Mat Boroi dibuka di panggung, Si Dol ini telah melalak ke hulu ke hilir mengatakan bahawa jantan dalam filem itu ialah Brad Pitt. Bila diterangkan bahawa ini filem buatan krew Melayu bukan filem Hollywood, si Dol ini tak peduli dia masih berkeras kepala dengan Bradd Pittnya.

Wartawan kemudian bertanya apakah si Dol ini telah menonton filem ini. Jangan terperanjat. Jangan pengsan. Jawapan si Dol ini cukup ilmiah dan berilmu. Cukup dengan nas dan bukti. Lengkap dengan sharawi dan sarkawinya.

'Saya tak perlu tengok filem porno itu. Ianya haram untuk ditonton. Tapi saya tahu jantan yang sedang …ek ek ek… dengan pelacur itu ialah Bradd Pitt'.

Kalau aku wartawan yang ada berhampiran pasti aku belangkong kepala Si Dol ini. Kalau tak menonton filem ini mana tahu Bradd Pitt yang berlakon. Kalau tak baca buku Satanic Verses macam mana minta buku ini diharamkan. Kalau tak tahu tempoyak mana nak kenal ikan patin.

Pening kepala aku. Memang sahih dalam dunia ini ada macam-macam gila. Bila berhadapan dengan orang kurang akal kita tak mungkin dapat melakukan sesuatu. Kita terpaksa menerima hakikat bahawa manusia macam si Dol ini wujud. Tak mungkin kita hendak kunci mulut si Dol ini dari bercakap. Kalau kita kunci mulut mungkin si Dol ini akan bercakap dari lubang perut pulak. Ini lagi bahaya, bukan saja cakap tak tentu buah butir malah baunya pun akan busuk lagi membusukkan.

Cerita Tiga Mat Boroi ini tak habis di sini. Dua hari dulu sekali lagi negara jadi heboh. Ini apabila ada seorang Pak Sarjan berkata bahawa filem Tiga Mat Boroi ini adalah filem tulen.

Memanglah filem ini filem tulen. Tak ada sesiapa yang mempertikaikan tentang ketulenan filem ini. Apa yang dipertikaikan ialah penonton ingin tahu apakah teknik yang telah digunakan oleh Wira Jantan yang membolehkan dia membuat gerakan Tantrik Yoga di atas ranjang. Ini betul-betul hebat, macam-macam ajaran Kamasutra. Lebih hebat dari 69.

Para penonton sangsi apakah Wira Jantan ini telah diberikan Viagra sebelum adegan ranjang difilemkan. Lalu timbul persoalan di kalangan jantan yang sudah berumur: Apakah semua ini sebenarnya teknologi imej filem yang membolehkan muka dan gerak badan direkacipta.

Adegan ranjang ini juga telah banyak menimbulkan persoalan. Orang ramai memang amat yakin yang filem Tiga Mat Boroi ini filem tulen. Malah keyakinan mereka lebih besar dari Wisma Yakin. Justeru, soal ketulenan tidak timbul di sini. Orang ramai telah sebulat suara bersetuju bahawa tidak mungkin filem ini filem cetak rompak.

Cerita lawak Tiga Mat Boroi ini tidak mungkin habis di sini. Dalam semua lawak, ini aku rasa yang paling terlawak sekali ialah jenaka yang telah dihamburkan oleh Datuk Sk. Lawak ini tidak ada tolok bandingan. Memang betul orang ramai dan penonton kurang arif dari mengetahui siapa sebenarnya Datuk ini. Kita hanya tahu bahawa si Datuk ini adalah orang Siam.

Datuk Sk berkata bahawa filem Tiga Mat Boroi ini adalah 'Anugerah Allah'. Aku terduduk bila membaca ini. Aku pernah dengar orang mendapat Anugerah Bintang Popular, Anugerah Pelakon Terbaik tetapi inilah kali pertama aku dengar sebuah filem telah mendapat Anugerah Allah.


Aku kurang faham, apa maknanya apabila filem Tiga Mat Boroi ini dapat Anugerah Allah? Semua ini persoalan yang memeningkan kepala aku. Tidak cukup dengan misteri Anugerah Allah ini aku juga membaca bahawa Datuk Sk telah berkata bahawa filem ini juga ialah Petunjuk dari Allah.

Nah! Ini lagi memporak-perandakan fikrah aku. Apa maknanya Petunjuk dari Allah?

Nampaknya pada tahun 2011 ini tidak mungkin lagi ada filem yang akan dapat menandingi filem Tiga Mat Boroi. Pengarah-pengarah baru kini banyak yang 'frust' telentang setelah puas 'frust' menonggeng.

Kini terbukti kemustahilan akan ada pengarah yang akan dapat merentasi keupayaan garapan tim Datuk Sk ini; kecuali pengarah ini bermentorkan pelakon tertentu. Atau dapat kautim dengan kumpulan tertentu yang telah dipilih untuk menjadi hakim penilai kesahihan filem Tiga Mat Boroi. -Hishamuddin Rais


Eskay mahu Anwar jawab lima soalan, dakwa video seks ‘anugerah Allah’

KUALA LUMPUR, 30 Mac — “Datuk T”, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengemukakan lima persoalan untuk dijawab Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil menyifatkan video seks didakwanya melibatkan ketua pembangkang itu sebagai “anugerah Allah.”

Dalam tulisan terbaru blog Kickdefella hasil satu pertemuan semalam, ahli perniagaan itu berkata beliau yakin semua yang berlaku sekarang adalah petunjuk Allah s.w.t.

Shazryl Eskay merupakan salah seorang daripada tiga “Datuk T” mengakui terlibat dalam pendedahan rakaman video seks pada 21 Mac lalu.

Pertemuan semalam turut dihadiri seorang lagi “Datuk T” iaitu Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ia disertai lima orang blogger dan seorang pengarang media alternatif.

Kata blog itu, Shazryl Eskay mengerjakan Haji pada tahun 2010 merasakan ini adalah “jawapan dari Allah s.w.t.”

“Saya mahu semua orang tahu. Saya tidak minat politik dan saya rakan karib Anwar. (Dari satu sudut) Saya lihat kehadiran Anwar dalam politik Malaysia, bagus untuk ‘check and balance’.

“Saya bukan ahli Umno dan mana-mana parti pun. Tetapi, saya suka bila pembangkang kuat supaya kepentingan rakyat terjaga,” katanya.

Bagaimanapun blog itu memetik Shazryl Eskay berkata, “tetapi Anwar bukan manusia yang rakyat kenal. Cukuplah rakyat ditipu. Anwar kena berhenti dan letak jawatan.”

Malah Eskay juga berkata, beliau tidak mahu penyokong-penyokong Anwar menyerangnya kerana jika mereka terus berbuat demikian, Eskay mendakwa dia akan bertindak balas.

“Jangan biar saya dedahkan lebih banyak,” katanya.

Jumaat lalu, Mohamad Mahti Abdul Rahim, bekas pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub berkata, Shazryl Eskay ada memberitahunya bahawa beliau akan menjatuhkan Anwar dari arena politik sebelum mempertontonkan satu rakaman video seks kepada media, 21 Mac lalu.

Rakaman video seks itu mendakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur China.

Menurut Mohamad Mahti, Shazryl Eskay marah kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu enggan menjadi saksi dalam kes samannya berkaitan projek jambatan bengkok yang diluluskan ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kes itu sedang berlangsung di mahkamah dan Megat Junid pernah menjadi menteri dalam Kabinet Dr Mahathir.

“Selepas beliau bercakap dengan marah mengenai Anwar, beliau mula bercakap buruk mengenai beliau (Anwar), berkata ‘saya akan menjatuhkan Datuk Seri Anwar, dengan apa jua cara pun,” katanya.

“Sekarang awak semua tanya Anwar lima soalan,” Shazryl Eskay dipetik berkata.

Menurut blog Kickdefella hari ini, soalan-soalan tersebut ialah “pertama, sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand? Kedua, siapa yang menyambut Anwar di Thailand? Ketiga, di hotel mana Anwar menginap? Keempat, apa Anwar buat di bilik hotel tersebut? Dan kelima, siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?”

“Jangan paksa saya dedahkan semua itu… suruh Anwar jawab dulu soalan itu sebelum (semua) serang saya” kata Shazryl Eskay.

“Awak semua balik dan tanya soalan ini di dalam blog,” kata Eskay kepada sekumpulan blogger dan penulis media alternatif.

“Saya tidak takut kepada Anwar…” akui Shazryl Eskay, yang mengakui kekuatan penyokong-penyokong Anwar tetapi akur bahawa di dalam dunia ini, ada yang lebih berkuasa. -TMI




Penumpang Terkejut Ada 400 Ular Di atas Bas Yang Mereka Naiki

Buenos Aires - Para penumpang sebuah bas di Argentina tersentak dan amat terkejut tatkala mereka telah disambut dengan hal yang meresahkan. Kerana di dalam bas yang mereka naiki, rupa-rupanya ada 600 ular dan hawan reptilia yang disimpan di dalam bag dan kotak.

Para penumpang pada awalnya tidak menyedari bahawa mereka telah bertolak bersama ratusan ular. Mereka baru menyedarinya ketika polis yang bertindak setelah mendapat laporan itu menahan bas tersebut di satu wilayah utara menuju Buenos Aires. Polis meminta penumpang memperlihatkan tanda pengenal dan lalu mulai memeriksa tas mereka.

Penumpang bus terperanjat kerana ternyata ada seorang penumpang duduk sambil membawa 40 ular.

"Seorang penumpang di dalam bas membawa 40 ular. Ular-ular lainnya ia simpan di beberapa kotak ditempat di dalam tempat barangan bas," kata polis penjaga hutan Santa Fe, Daniel Chersich, yang sedang menyelidiki jaringan penyeludup margasatwa.

Seperti dikutip surat khabar Clarin, polis terkejut ketika membuka beberapa kotak di tempat letak barangan bas. Penyeludup ternyata memasukkan 444 ular boa, viper dan dan ular jenis lain; 186 kura-kura yang terancam punah; 40 kadal, dan armadillo (binatang pemakan serangga).

Penyeludup yang kemudian ditangkap itu naik bas di Santiago del Estero.

"Di Tempat itu, ia telah menghabiskan waktu tiga bulan untuk menangkap bermacam spesies di belukar dengan tujuan menjual haiwan tangkapannya," kata Chersich.

Aura Najib Takkan Mampu Bendung Kebangkitan Rakyat Sarawak

Najib: Kempen enam hari saya bukan makna BN Sarawak tertekan

Datuk Seri Najib Razak menolak andaian langkah beliau meluangkan enam hari berturut-turut mulai petang ini untuk berkempen bagi Barisan Nasional (BN) Sarawak bukan petanda mereka makin tertekan dan terdesak dalam mempertahankan negeri itu.

Sebaliknya, Perdana Menteri (gambar) berkata, beliau selaku Pengerusi BN hanya menjalankan tugas membantu siri kempen menjelang hari pengundian Sabtu ini.

“Saya rasakan ia menjadi tanggungjawab saya untuk pergi menemui akar umbi apabila ada pilihan raya kecil atau pilihan raya negeri. Jadi, apa yang saya lakukan ini bukan sesuatu luar biasa.

“Dan, Sarawak juga sebuah negeri yang besar, ada 71 kerusi. Jadi, walaupun kita hendak pergi ke beberapa kawasan pun, kita memerlukan beberapa hari disebabkan (faktor) jarak,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan 1Malaysia Cardiff City Junior Football League di Institut Penyelidikan Getah di sini pagi ini.

The Malaysian Insider pagi tadi membawa laporan bahawa Najib akan menjelajah ke seluruh Sarawak bagi membantu BN sepanjang baki enam hari akan datang — sehingga Jumaat ini — yang menurut pembangkang petanda jelas perikatan yang memerintah ini sudah mula merasai kehangatan kempen pilihan raya dalam usaha mengekalkan negeri yang selama ini dianggap sebagai deposit hayat mereka.

BN dilihat berhadapan dengan tekanan hebat daripada Pakatan Rakyat (PR) khususnya di kawasan-kawasan majoriti pengundi Cina di mana pengundi-pengundi dilihat sudah mula menerima agenda “undi untuk perubahan” yang dibawa PR.

Malah, kempen BN juga dikatakan dibayangi laporan-laporan dan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan Tan Sri Abdul Taib Mahmud — ketua menteri Sarawak paling lama memegang jawatan.

Ramai pengundi yang ditemui kelihatan berhati-hati apabila ditanya siapa yang mereka akan menyokong Sabtu ini.

Berbanding dengan laungan “BN” yang sering didengar, mereka kelihatan ‘membisu’ kali ini mengenai pilihan mereka. DIfahamkan pendirian ini satu petanda jelas pembangkang telah berjaya memikat pengundi-pengundi di kawasan kubu kuat BN.

Ini pilihan raya negeri Sarawak yang pertama bagi Najib sejak dilantik sebagai perdana menteri.

Najib akan tiba di Kuching lewat petang ini.

Mengulas jadual ketat Najib yang sanggup menghabiskan enam hari di Sarawak menjelang hari pengundian 16 April, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua berkata, ia petanda jelas BN makin terdesak untuk mengekalkan kubu kuatnya di Sarawak.

Bagaimanapun beliau bimbang BN akan menggunakan apa jua cara untuk memastikan ia dapat mengekalkan negeri Sarawak, Sabtu ini.

“Ia akan melakukan apa sahaja untuk memastikan ia dapat kekal meneruskan kuasa di Sarawak. Saya berharap ia tidak akan menjejaskan pengundian dan pilihan raya yang bebas, adil dan bersih,” kata Pua yang juga anggota Parlimen.

Ini kali pertama sejak 1987, Sarawak menyaksikan persaingan bagi semua kerusi yang diperuntukkan. -TMI

Ulasan GB

Berkampunglah Najib di Sarawak selama 6 hari bermula hari ini.

Walaupun beliau menafikan bahawa BN sebenarnya sudah amat tertekan, namun semua orang sudah tahu, tsunami politik menolak BN yang dipimpin Abdul Taib Mahmud tidak mungkin dapat dibendung lagi.

Segala macam usaha dilakukan, tetapi gelombang kebangkitan rakyat Sarawak sama sperti tsunami yang berlaku di Jepun baru-baru ini, menerjah tanpa amaran dan di mana-mana bahagian bumi Sarawak, rakyat sudah berani bangkit menolak penindasan yang telah dilakukan ke atas mereka semenjak BN memerintah Sarawak.

Aura Najib sebagai PM tidak akan mampu lagi memebendung "kemarahan" rakyat Sarawak kini, malah GB mendapat laporan bahawa lebih lama Najib di Sarawak lebih ramai yang akan buktikan kepadanya masa untuk BN sudah tamat di Sarawak.

"Imej Najib sebagai seorang Qarun, membawa berpundi-pundi wang emas ke Sarawak untuk ditaburkan semasa pilihanraya tidak lagi mampu merubah hati kami untuk menolak Taib dan BN," kata seorang rakyat Sarawak.

"Jangan kata 6 hari, tinggal lebih lama lagi, 6 bulan atau 60 tahun pun, rakyat Sarawak telah bulat untuk pastikan BN tidak berkuasa lagi di bumi kenyalaang ini," tambahnya.

Hancurlah BN Di Sarawak, Harapkan Komik Lucah Sebagai Penyelamatnya

Komik lucah disebarkan di kawasan Pakatan pula

Selepas komik lucah yang memaparkan kartun seks Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Seri Anwar Ibrahim diedarkan di Parlimen Lembah Pantai, kini komik itu disebarkan pula di kawasan Pakatan Rakyat yang lain.

Kali ini, komik "Kisah Juara Raja Lawak" disebarkan di Damansara yang terletak di parlimen Subang yang diwakili bekas naib presiden PKR R Sivarasa.

Seorang pekerja swasta yang tidak mahu dikenali memberitahu Malaysiakini pada 26 Mac lalu, komik lucah itu diposkan ke rumahnya.

“Saya tidak pasti nama dan alamat saya diambil daripada (sumber) mana. Cop pos (atas sampul surat) dari sebuah pejabat pos di Shah Alam,” katanya.

Menceritakan kandungan komik tersebut, wanita itu berkata terdapat lukisan kartun yang menyerupai gambar Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh melakukan aksi seks.

Menurut wanita yang berumur 26 tahun itu lagi, dia menyedari komik berkenaan berada di peti suratnya selepas memeriksanya semalam.

Laporan polis

“Saya tidak pasti sama ada jiran dan rakan-rakannya yang lain turut menerima komik itu,” katanya.

Ditanya sama ada beliau membuat laporan polis berhubung perkara tersebut, wanita itu berkata beliau tidak membuat laporan polis dan tidak pasti sama ada mahu berbuat demikian.

“Saya baru sedar (komik itu) semalam, tidak pasti nak buat laporan atau tidak,” katanya.

Akhir bukan lalu, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar membuat laporan polis berhubung penyebaran komik itu yang memaparkan kartun lucah Anwar - yang juga bapanya - dalam pelbagai aksi.

Komik 16 halaman tersebut didakwa mempersendakan ketua pembangkang dihantar kepada pengundi baru di kawasan parlimennya di Lembah Pantai.

Dalam laporan polisnya, Nurul Izzah antaranya mendakwa, pengedaran komik itu berniat jahat "kelihatan seperti suatu kempen" bagi menjatuhkan reputasi dan kredibiliti bapa dan imej beliau sendiri sebagai anak sulungnya. -mk

Ulasan GB

Hancurlah BN kali ini di Sarawak.

Terpaksa menggunakan taktik kotor dan jijik dengan membawa komik lucah dari Shah Alam untuk di edarkan di Sarawak dengan harapan rakyat Sarawak membeci Pakatan Rakyat.

Sedangkan rakyat Sarawak sudah pun awal-awal menolak video seks inika pula komik lucah.

Rakyat Sarawak tak perlu komik lucah. Rakyat Sarawak perlukan air bersih. Rakyat Sarawak perlukan wakil rakyat yang lain selain BN. Rakyat Sarawak ingin KM yang lain selain dari Taib Mahmud. Rakyat Sarawak mahukan hak mereka sebagai rakyat Malaysia yang berdault. Rakyat Sarawak mahukan hasil negeri yang telah dirompak selama ini oleh KM dan kerajaan BN dikembalikan kepada rakyat Sarawak.



30 Tahun Taib Berkuasa, Ada Penduduk Sarawak Masih Menadah Air Hujan Untuk Air Minuman

Tiada air bersih meskipun dibayangi empangan

Kampung Bengoh - kira-kira 60km dari barat daya Kuching, adalah perkampungan Bidayuh yang sunyi. Ia hanya memiliki dua kedai runcit, sebuah sekolah rendah dan tiada sebarang kedai makan.

Lazimnya keheningan kampung yang dihuni kira-kira 200 penduduk itu diganggu dengan ngauman lori dan kenderaan berat yang berulang-alik ke Empangan Bengoh yang bernilai RM310 juta dan sebuah kuari yang baru dibuka bagi membekalkan batu kapur untuk projek berkenaan.

Kerja-kerja pembinaan empangan yang bertujuan membekalkan air besih kepada penduduk di Kuching dan kawasan sekitarnya, bermula pada tahun 2007 di sebalik bantahan daripada penduduk tempatan. Ia kini memasuki peringkat fasa terakhir dan dijadualkan siap sebelum tarikh tempoh yang ditetapkan.

NONESesetengah penduduk terpaksa mengorbankan rumah dan juga kawasan pertanaian mereka di atas tanah hak adat pribumi (NCR) bagi membolehkan empangan itu dibina. Namun di sebalik semua itu, mereka sendiri juga tidak menikmati bekalan air bersih.

Seseorang terpaksa melalui Kampung Bengoh sebelum boleh menuju ke resort mewah, Borneo Highlands.

Bagi penduduk, bekalan air diperolehi daripada gunung dengan setiap keluarga menyumbang RM10 setiap tahun bagi kos penyelenggaran menyalurkan air ke rumah mereka.

"Sistem itu okay bagi rumah-rumah di kawasan rendah tetapi bagi rumah di bukit, air tidak boleh naik. Air ini datang terus dari sungai, jadi kena berhati-hati, jika tidak mungkin terminum pacat,” kata seorang penduduk ketika ditemui Malaysiakini pada Jumaat lalu.

Sebagai membuktikan kepayahan mereka, rakannya membuka paip yang hampir langsung tidak mengeluarkan air.

"Macam kencing tikus.” kata rakannya yang mempunyai tatto tulisan Iban 'Agi Idup Agi Ngelaban' (Selagi bernyawa, saya terus berjuang) di lengannya.

Lelaki yang tidak mahu namanya disiarkan kerana khuatir akan menjejaskan kedudukannya sebagai kakitangan awam berkata beliau berasal dari kampung tersebut sebelum berpindah ke Tasik Biru berhampiran Bau kerana kepayahan hidup.

bengoh dam bidayuh protest sarawak 191208 02Namun ibu bapa dan saudara maranya masih di kampung itu. Beliau antara ramai anak muda Bidayuh yang terpaksa berpindah keluar kerana keperitan hidup.

Pemuda seperti dirinya terpaksa meninggalkan kampung mereka yang terpinggir dari arus pembangunan. Tiada sekolah menengah yang dibina dan mereka mesti ke bandar-bandar berdekatan untuk meneruskan pelajaran peringkat menengah.

Justeru, seperti golongan muda yang lain, rasa dikianati oleh kerajaan tidak dapat disembunyikan.

Bagi Akiu Nora, 63 masalah yang paling menghantui mereka adalah ramapasan tanah NCR untuk membina empangan tersebut.

Terdapat dua kes di mahkamah yang difailkan ke atas anak syarikat Naim Holdings - konglomerate yang membina empangan itu dan mengendalikan kuari tersebut - oleh penduduk Kampung Bengoh.

"Mereka rampas ladang kita untuk bina empangan tetapi bayaran pampasan tidak setimpal. Mereka juga tidak bagi tahu bagaimana mereka kira jumlah pampasan,” kata petani itu.

Empang kampung yang mempunyai 1,600 penduduk telah dipindahkan kerana pembinaan empangan berkenaan. Penduduk kemudiannya diarahkan membeli rumah di Kampung Tun Razak - yang bagi Akiu sesuatu nama yang melucukan - pada harga RM48,000 setiap satu.


Why are villagers depending on rain for free drinking water?

Sarawakians must wake up and realize that the future of the state lies in their hands, says Anwar Ibrahim.

BINTULU: Opposition Leader Anwar Ibrahim was stumped when villagers in Ba’ Kelalan told him that they waited for rain to get free drinking water.

“I’m in shock… (Chief Minister) Taib (Mahmud) has been in the office for 30 years and has enriched himself and members of his family while the people of Sarawak still living in poverty,” he said.

Relating his recent visit to Ba ’Kelalan in Lawas Division, he said he was impressed with huge parcels of lands in the area that were planted with oil palm.

“Some of these (oil) palm trees were planted right in front of the villagers’ doorsteps. I thought the villagers were rich.

“I was shocked to be told by the villagers that the lands did not belong to them but to Planning and Resource Management Minister, Awang Tengah Ali Hassan,” added PKR’s de facto leader.

He said he could not imagine how a leader could amass the wealth to himself alone without giving consideration to the people of his constituency.

“In Selangor which is now under Pakatan government, its citizens are enjoying free pipe-water for consumption, washing and bathing.

“I want the people of Sarawak to voice out ‘Enough is Enough’.

“If we win this election, Pakatan will go on to take Putrajaya,” he vowed, adding that the Dayaks would then not have to depend on rain for free drinking water.

Huge crowd at ceramah

Anwar said Sarawakians must wake up to the realization that the future of the state lies in their hands and not in the hands of Taib and his cronies.

He said Taib had abused his powers to deprive the people from enjoying the vast rich natural resources like oil and gas, timber and even their lands being expropriated.

Anwar, who spoke with charisma and dynamism, attracted a huge crowd in the open-air coffee shops at Jalan Masjid here last night.

Chiding Taib for his condescending comment about Pakatan’s inability to govern, Anwar said: “Taib doesn’t have to tell us that we Pakatan do not know how to govern,” retorted Anwar, pointing out two of the four Pakatan states – Penang and Selangor – had performed exceedingly well.

Anwar said once Pakatan formed the government, its calibered leaders would practice fairness and justice for all races.

On the sex scandal he was allegedly involving in, Anwar said this was the mean politics practiced by Umno to destroy his political career. -FMT

Malang Tak Berbau: 3 Beranak Mati Kereta Dihempap Lori

Tiga beranak maut dihempap lori

Tiga beranak yang dalam perjalanan pulang dari kampung maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer (KM) 40, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berhampiran Rawang pagi semalam.

Mangsa yang terbunuh dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu ialah Mohd. Farid Idris, 29, isterinya, Eirlenna Asrani, 28, dan anak lelaki mereka, Muhammad Faiz Hakimi, 4.

Dalam kejadian itu, kereta Proton Satria yang dinaiki keluarga malang tersebut bukan sahaja dirempuh oleh sebuah lori membawa muatan tar, malah diheret sejauh 70 meter.

Kereta tersebut kemudian terjatuh ke tebing jalan sebelum dihempap oleh kenderaan seberat 10 tan itu menyebabkan ketiga-tiga mangsa mati di lokasi kejadian.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Hulu Selangor, Asisten Supritendan Mohd. Taib Songoh berkata, kejadian berlaku ketika keluarga itu dalam perjalanan dari Kampar, Perak menuju ke ibu negara.

Menurutnya, kenderaan yang dipandu Mohd. Farid dipercayai hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan lalu merempuh lori terbabit.

"Ketiga-tiga mangsa tersepit di dalam kereta dan meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kepala," katanya ketika dihubungi di sini semalam. -kosmo




Nahas 3 beranak


HULU SELANGOR: Pada mulanya hasrat satu pasangan suami isteri pulang ke Kampar, Perak, untuk mengambil anak mereka selepas empat hari ditinggalkan di kampung, namun, semuanya tidak kesampaian selepas tiga sekeluarga itu terbunuh dalam satu kemalangan di kilometer 40 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Serendah, di sini, pagi semalam.

Mereka meninggal di tempat kejadian akibat kereta yang dinaiki terjatuh ke dalam gaung selain turut dihempap sebuah lori yang merempuh kereta mangsa dari belakang.

Kereta jenis Proton Satria itu dipandu oleh Mohd Farid Idris, 29, manakala isterinya, Eirlenna Asrani, 28, duduk di bahagian belakang dan anak tunggal pasangan ini Muhammad Faiz Hakimi, 4, di tempat duduk hadapan.

Kemalangan ngeri yang berlaku kira-kira jam 6.30 pagi itu menyebabkan ketiga-tiga mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, Mohd Farid bertugas sebagai Pembantu Perubatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala isterinya bertugas sebagai kerani di pusat perubatan yang sama.

Pasangan itu terpaksa menghantar anak tunggal mereka ke rumah ibu Mohd Farid di Kampar, Perak, dekat sini, untuk dijaga kerana Eirlenna mengikuti kursus di Seremban, Negeri Sembilan empat hari lalu.

Ibu Mohd Farid, Hasmah Zahrain yang ditemui pemberita di Bilik Mayat Hospital Kuala Kubu Baru (HKKB), di sini, berkata dia tidak menyangka kepulangan anak dan menantunya di Kampar, Perak adalah pertemuan mereka kali terakhir.

“Semalam (kelmarin) Mohd Farid bersama isteri pulang ke rumah saya kira-kira jam 9 malam untuk mengambil semula anak mereka yang sangat dirindui.

“Namun, kira-kira jam 5 pagi tadi (semalam) mereka bertolak semula untuk pulang ke rumah mereka di Taman Segar, Cheras, bagi memulakan kerja seperti biasa,” katanya.

Malangnya, ketika dalam perjalanan pulang, kereta dipandu Mohd Farid dirempuh sebuah lori dari bahagian belakang menyebabkan mangsa gagal mengawal keretanya sebelum diseret dan terjunam ke dalam gaung selain dihempap lori berkenaan.

Bagi abang mangsa, Mohd Husaini Idris menyifatkan kehilangan adiknya yang juga anak kelima daripada lapan beradik itu satu kehilangan besar dan tidak menyangka isteri dan anak mangsa turut terbunuh dalam kemalangan itu.

“Saya dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 10 pagi sebelum bergegas datang ke sini (HKKB). Ketika pulang ke kampung, Mohd Farid bersikap seperti sangat letih dan sering tidur.

“Malah, kakak ipar Eirlenna juga bersikap sama. Namun, kami tidak menyangka ia adalah perubahan dan petanda mereka akan meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya.

Difahamkan, jenazah tiga sekeluarga itu dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Kampar, Perak, petang semalam.

Sementara itu, Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Ketua Trafik Selangor, Deputi Superintendan Ismail Ibrahim berkata, kejadian itu berlaku apabila lori yang membawa muatan tar dipercayai dipandu oleh K Duraisingam, 40, tiba-tiba melanggar belakang kereta mangsa.

Akibat rempuhan itu, kereta jenis Proton Satria yang dipandu Mohd Farid Idris, 29, diseret sejauh 70 meter sebelum terjunam ke dalam tebing berhampiran.

“Lori yang dipandu lelaki terbabit turut gagal dikawal menyebabkan lori itu kemudiannya jatuh menghempap ke atas kereta yang dinaiki tiga sekeluarga terbabit.

“Mohd Farid bersama anaknya dan isteri yang duduk di tempat penumpang belakang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di seluruh badan dan kepala,” katanya.

Sepasukan bomba dan polis bergegas ke tempat kejadian mengambil masa hampir satu jam sebelum berjaya mengangkat lori dan mengeluarkan semua mangsa yang tersepit.

Ismail berkata, pemandu lori itu ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -hm




Saman Ekor: Amat Jelas JPJ & Polis Tidak Patuhi Perlembagaan

Kase: Putrajaya perlu hapus saman ekor, bukan tangguh

Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menyambut baik pengumuman Timbalan Menteri Pengangkutan bahawa Kabinet telah bersetuju untuk menangguhkan penyenaraian hitam pemilik kenderaan dan pemegang lesen tetapi menegaskan saman ekor perlu dihapuskan sama sekali.

Pengerusi Kase Datuk Mahfuz Omar berkata, keputusan Kabinet itu telah mengesahkan dakwaan dan desakan pihaknya selama ini iaitu penyenaraian hitam pemilik kenderaan dan pemegang lesen memandu adalah salah, malah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Kami ingin mendesak kerajaan agar terus menarik balik tindakan senarai hitam, bukan hanya menangguhkan sahaja.

“Penangguhan tidak bermakna apa-apa kerana pada bila-bila masa sahaja boleh dilaksanakan semula.

“Cukuplah duit rakyat dikutip selama ini sehingga 1 April lalu,” kata beliau sambil menegaskan “kerajaan mempermainkan hak” rakyat.

Tempoh penyenaraian hitam ditangguhkan sehingga akhir Februari lalu dan kemudian dilanjutkan sehingga 10 Mac lalu bagi membolehkan saman dikeluarkan polis diselesaikan dengan diskaun.

Kase dimulakan tahun lalu bagi mendesak kerajaan menghapuskan saman ekor.

“Semasa mengumunkan perkara tersebut di Dewan Rakyat (23 Mac lalu), Timbalan Menteri Pengangkutan menyatakan bahawa keputusan penangguhan senarai hitam membabitkan Notis Pol 170A (iaitu saman rkor) tersebut adalah atas nasihat Jabatan Peguam Negara bahawa terdapat satu kes yang sedang dalam proses rayuan.

“Kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan ini sekali lagi dengan jelas telah menunjukkan bahawa tindakan kerajaan yang selama ini menyenarai hitam pemilik kenderaan dan pemegang lesen berasaskan Notis Pol 170A adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang kerana sudah terdapat kes di mahkamah yang telah memutuskan bahawa tindakan senarai hitam berasaskan sesuatu perkara yang belum dibuktikan adalah salah,”
kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini.

Oleh itu kata Mahfuz, yang juga Naib Presiden, pihaknya percaya kes yang dimaksudkan adalah kes Mahkamah Tinggi Kuching yang menjadi sandaran hujah Kase selama ini iaitu kes Leonard Lim Yaw Chiang melawan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada 2009.

Kami merasakan sesuatu yang aneh dan pelik apabila satu keputusan mahkamah telah dibuat pada 2009 lagi tetapi kerajaan langsung tidak mengambil endah, malah meneruskan tindakan senarai hitam yang jelas bertentangan dengan keputusan mahkamah tersebut,” kata beliau.

Malah menurut Mahfuz, kes yang dirujuk tersebut dikendalikan sendiri oleh Penasihat Undang-Undang Kanan Persekutuan yang mewakili Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak.

Oleh itu katanya, mustahil Penasihat Undang-Undang Kanan tersebut tidak memberikan laporan kepada Jabatan Peguam Negera dan Penasihat Undang-Undang Kementerian Pengangkutan tentang kesan kes tersebut.

“Jika laporan dan nasihat telah diberikan tetapi kerajaan tidak mengikut nasihat tersebut, ia sesuatu yang malang kerana dengan jelas kerajaan tidak menghiraukan nasihat serta tidak menghormati keputusan mahkamah.

“Jika kerajaan tidak dinasihati, adalah malang kerana kerajaan mempunyai Penasihat Undang-undang yang gagal menjalankan tugas mereka,” kata Mahfuz lagi.

Mahfuz menambah, apa yang malang ialah segala tindakan kerajaan tersebut dengan jelas telah menindas dan membebankan rakyat.

“Rakyat dihukum, ditindas, dipaksa membayar kompaun walaupun kesalahan mereka belum dibuktikan. Rakyat dipaksa beratur, bersesak-sesak di kaunter-kaunter bayaran kompaun kerana takut dengan gertakan kerajaan untuk menyenarai hitam jika kompaun tidak dibayar,” katanya sambil menambah, rakyat ditekan sehingga ada yang terpaksa berhabis duit tabungan, terpaksa membuat pinjaman peribadi daripada bank semata-mata untuk membayar kompaun kerana takut disenarai hitam.

Kini menurut Mahfuz, sekarang dengan bangganya kerajaan mengumumkan penangguhan senarai hitam.

“Alasannya kerana menunggu rayuan kes di mahkamah. Kenapa sebelum ini tidak menunggu keputusan rayuan tersebut terlebih dahulu?


“Selepas rakyat diperlakukan sedemikian rupa, baru sekarang tindakan tersebut ditarik balik? Malah Kerajaan melalui Timbalan Menteri Pengangkutan begitu bangga mengumumkan bahawa rakyat seharusnya bergembira dengan keputusan kerajaan menangguhkan senarai hitam tersebut,” katanya.

Justeru, Mahfuz bertanya mengapa rakyat harus gembira setelah mereka diperlakukan sedemikian?

“Kenapa rakyat harus gembira dipermain-mainkan oleh kerajaan? Kenapa rakyat harus gembira dengan penindasan dan paksaan kerajaan terhadap mereka?” katanya lagi.

Malah tegas Mahfuz, Kase tetap dengan pendiriannya sejak dari dulu lagi bahawa tindakan kerajaan menyenarai hitam adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan.

“Segala desakan kami selama ini akhirnya jelas dan nyata kebenarannya. Selain itu, kami sekali-kali tidak akan berdiam diri dan berpuas hati setakat ini sahaja.

“Kami ingin nyatakan bahawa kami tidak akan berhenti dengan desakan kami agar kerajaan menghapus kira kesemua saman ekor (Notis Pol 170A) yang dikeluarkan sebelum 1 Februari 2011,” katanya.

Beliau menambah, pihaknya juga mahu kerajaan khasnya JPJ dan polis agar menghormati dan mematuhi peruntukan undang-undang sedia ada dalam menguatkuasakan undang-undang.

Jangan menguatkuasakan undang-undang tanpa mengikut prosedur serta undang-undang itu sendiri. Seterusnya kami juga mendesak kerajaan khasnya JPJ dan polis agar membuktikan segala kesalahan yang didakwa dilakukan oleh pengguna-pengguna jalanraya jika terdapat bukti kukuh terhadap mereka.

“Buktikan dakwaan di mahkamah sebelum sebarang hukuman dilaksanakan,”
katanya lagi.-TMI

[Video] Pertandingan Ratu Cantik Mak Nyah Di Pahang. Apa Halnya Ni?

Alasan buat kerja amal

Mengejutkan apabila satu pertandingan ratu mak nyah dianjurkan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di pantai timur dengan berselindung di sebalik motif kerja amal untuk membantu golongan kurang bernasib baik.

Lebih menggemparkan, Metro Ahad difahamkan, pertandingan Miss Malaysia 2010 membabitkan ratu dari seluruh negara itu turut dihadiri golongan kenamaan bergelar Datuk dan artis terkenal, Noraniza Idris yang bertindak sebagai juri.

Penganjur dikatakan memilih negeri berkenaan sebagai tuan rumah berikutan kekaburan undang-undang syariah di negeri itu untuk menghukum golongan mak nyah jika berpakaian dan berkelakuan seperti wanita di khalayak.

Pertandingan ratu cantik mirip di Pattaya, Thailand itu terbongkar selepas didedahkan di beberapa laman web sejak Selasa lalu.

Susulan itu, wartawan Metro Ahad berjaya menjejaki salah seorang peserta pertandingan berkenaan untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai acara itu.

Lina (bukan nama sebenar) berkata, program yang diadakan pada malam itu bertujuan mengutip derma bagi badan dan pertubuhan kebajikan di sekitar negeri berkenaan.

Katanya, pertandingan berkenaan diadakan tahun lalu di sebuah hotel bertaraf empat bintang di sebuah negeri di pantai timur.

Menurutnya, rata-ratanya disertai individu beragama Islam dan kebanyakannya sudah menukar jantina menerusi pembedahan dan suntikan hormon.

“Kami tidak takut menyertai pertandingan itu kerana pihak penganjur menjelaskan negeri berkenaan tidak mempunyai undang-undang yang boleh disabitkan kepada golongan mak nyah mahupun penganjuran program berkenaan.


“Apapun, pertandingan ini bukan untuk suka-suka saja, kami juga terbabit dalam kerja amal. Dalam kata lain, sambil ‘enjoy’, buat benda baik,” katanya.

Rakaman video selama 7 minit 10 saat itu dimulakan dengan paparan temubual sebahagian daripada 30 peserta yang mewakili negeri masing-masing.

Menerusi penyertaan pertandingan ratu cantik pondan itu, golongan terbabit dikatakan berada di puncak impian apabila berpeluang merubah diri menjadi wanita yang tampil dengan gaya anggun dan menawan, selain meraih pelbagai gelaran.

Berdasarkan rakaman video berkenaan, rata-rata peserta pondan yang menyertai pertandingan itu terdiri daripada remaja dan berusia lingkungan 20-an hingga 30-an.

Ketika acara berlangsung, tanpa segan silu peserta menggayakan pelbagai gaun seksi dan baju tradisional negeri masing-masing lengkap dengan pelbagai aksesori sambil berjalan ‘catwalk’ persis model dan cuba mengikuti penampilan artis terkenal tanah air.

Malah, wajah beberapa peserta seakan-akan pelakon wanita popular dan antaranya ‘Rozita Che Wan’ dan ‘Tiz Zakiah’.

Bagi menambah tarikan, pertandingan itu turut menyelitkan acara nyanyian secara ‘miming’ sambil menari mengikut rentak lagu yang disampaikan.

Selepas tamat pertandingan nyanyian, kelibat Noraniza kelihatan menyanyikan lagu untuk menghiburkan pengunjung, selain menjadi juri pertandingan ratu cantik terbabit.

Pada penghujung acara, peserta dibahagikan kepada beberapa kategori dan pemenang gelaran Miss Malaysia 2010 itu diberikan kepada peserta dari sebuah negeri di utara. -HM




BN Nazak Di Sarawak?

Najib kembali semula ke Sarawak: Petanda BN dalam keadaan genting?

Pengerusi Barisan Nasional Najib Razak yang baru melawat Kuching kelmarin, akan kembali semula ke bumi kenyalang pada hari esok, malah akan berulang-alik antara Semenanjung dengan Sarawak, sehinggalah Jumaat minggu depan.

Jadual perjalanan Najib mencungkil pertanyaan, sama ada keadaan di Sarawak telah menjadi genting buat BN?

Sejak hari penamaan calon pada 6 April, ceramah anjuran DAP di kawasan bandar seperti Kuching, Sibu dan Miri mendapat sambutan yang hangat, malah "angin perubahan" juga kencang di sesetengah kawasan bumiputera. Najib yang baru sahaja menjelajah hampir semua pelusuk di kawasan Kuching kelmarin, akan kembali semula ke sini pada hari esok untuk program mesra rakyat.

Menurut notis media yang diedarkan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Najib akan tiba di Lapangan Terbang Kuching pada jam 7.40 petang esok, dan akan menghadiri program mesra rakyat di stadium tertutup MBKS di Bintawa Kuching pada jam 8.30 malam.

Kemudian, Najib akan melawat Kuching, Betong, Lubok Antu pada keesokannya, dan bertolak balik ke Kuala Lumpur. Pada 12 April, Najib akan kembali ke Kuching pada waktu malam, melawat Engkilili, Sebuyau dan Kuching pada 13 April. Pada malam 13 April, Najib akan meneruskan perjalanan ke Miri, dan melawat Marudi, Ba'kelalan, Limbang dan lain-lain lagi pada 14 April.

Pada 15 April, Najib akan menjelajah kawasan Miri, termasuk Kapit, Song dan sebagainya, sebelum kembali ke Kuala Lumpur pada jam 1.45 petang.

Apa yang menarik, kawasan di mana Najib turun untuk lawatan adalah kawasan "panas" yang disenaraikan ahli akademik. Pensyarah Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak, Faisal Syam Hazis (gambar kiri) sebelum ini menyenaraikan 29 kawasan hangat, antaranya 15 kawasan majoriti pengundi Cina, 7 kawasan Iban, 3 kawasan Melayu/Melanau, 2 kawasan Bidayuh dan 2 kawasan orang Ulu. Menurut beliau, 29 kawasan tersebut bakal menyaksikan pertarungan sengit antara BN dengan Pakatan Rakyat.

Tujuh kawasan Iban adalah Bukit Begunan, Engkilili, Batang Ai, Ngemah, Pelagus, Kemena, dan Batu Danau.

Tiga kawasan Melayu/Melanau adalah Sadong Jaya, Beting Maro dan Saribas.

Dua kawasan Bidayuh adalah Kedup dan Bengoh.

Dua kawasan orang Ulu adalah Belaga dan Ba'Kelalan.

SUPP memisahkan diri dari Taib Mahmud

Sentimen "Undur Taib" semakin menyemarak sejak pilihan raya negeri berlangsung, terutamanya di beberapa kawasan bandar yang majoritinya pengundi Cina. Kawasan bandar ini kebanyakannya dipertandingkan calon SUPP, yang kelihatan semakin sukar untuk menangkis tuduhan rasuah, penyalahgunaan kuasa terhadap kerajaan Taib Mahmud. Malah, teori "wakil dalam kerajaan" oleh SUPP turut disanggah oleh pembangkang.

Calon SUPP Pending Sim Kui Hian misalnya, cuba mengaitkan program Taman Kenyalang Rivival dan "Bintang Walk" di Jalan Padungan dengan kerajaan persekutusan dan PM Najib, mungkin sebagai petanda untuk mengasingkan diri daripada Taib Mahmud. Malah, slogan "transformasi" SUPP juga adalah tiruan daripada slogan Najib. -MR

Naluri Kasih Sayang: Rusa Jantan Menjaga Angsa Betina Mengeram

Seekor rusa selama beberapa hari telah menjaga angsa betina yang sedang mengerami telur di sebuah kompleks pemakaman di New York, seperti adegan yang biasanya muncul di filem kanak-kanak.

"Orang-orang mau mengubahnya menjadi satu kisah Disney," kata Gina Browning, Pengarah Erie County SPCA.

Rusa jantan itu telah berdiri dan berjaga-jaga sekurang-kurangnya empat hari di sarang angsa betina Kanada sementara angsa tersebut mengerami telurnya di satu tempat di amana abu mayat di pemakaman Forest Lawn, tempat dimakamkannya presiden Millard Fillmore dan ikon muzik rock Rick James.

"Rusa jantan itu kelihatan seperti menjaga angsa betina tersebut, secara alamiah," kata Pentadbir Margasatwa Erie County SPCA Joel Thomas. "Ia berdiri tak jauh dari angsa betina itu, tak ada keraguan mengenai apa yang sedang berlangsung."

Rusa tersebut, yang kelihatan seperti rusa jantan yang mulai tumbuh tanduk, tak pernah meninggalkan tempatnya. Beberapa pegawai pemakaman sedar mengenai keadaan itu setelah haiwan tersebut menempatkan dirinya di antara unggas itu dan seorang pegawai dari satu perusahaan yang menangkap dan menempatkan kembali angsa liar itu. Thomas menyatakan unggas itu telah menimbulkan masalah jika jumlahnya banyak.

"Ketika pegawai itu mendekati angsa tersebut dengan membawa jaring, rusa jantan tersebut menempatkan dirinya di antara pegawai dan unggas tersebut, dan haiwan itu mengulangi perbuatannya beberapa kali," kata Thomas.

Rusa tersebut, yang menempatkan dirinya sebagai pelindung dari setiap kenderaan atau pejalan kaki yang mendekati sarang angsa itu, memandang dengan tajam sampai orang yang mungkin cuba bertindak liar akan berlalu, katanya.

Mengapa rusa tersebut telah memilih untuk melindungi haiwan dari lain spesies adalah pertanyaan yang sukar untuk dijawab, kata Thomas. Meskipun saling bergantungan di antara spesies di alam liar bukanlah sesuatu yang tak pernah didengar, Thomas mengatakan, apa pun yang menyebabkan jalinan hubungan di antara haiwan itu membuat orang bertanya-tanya.

"Dari perspektif manusia, kita dapat mengisi banyak bahagian yang kosong tapi itu tak berarti kita benar," katanya. "Apakah rusa tersebut tahu sang angsa betina itu sedang mengerami telur? Saya tidak tahu. Apakah ia akan pergi ketika telur menetas? Saya tidak tahu."

Satu hal yang jelas, peristiwa itu dapat berlangsung selama beberapa ketika. Masa mengerami buat angsa Kanada mencapai 31 hari, kata Thomas, dan masa mengerami itu baru saja bermula. Meskipun biasanya angsa jantan dan betina membahagikan tugas menjaga telur agar tetap hangat, calon ibu di Forest Lawn tersebut tampaknya menikmati kemewahan.

"Jika rusa itu bertekad bulat, ia akan melakukan tugas tersebut setidaknya selama tiga minggu," kata Thomas. "Kasih sayang yang mendalam" dan bukan emosi dirasakan menjadi penggerak rusa jantan itu. "Rusa tersebut dan angsa itu tidak mungkin saling jatuh cinta," kata Thomas. -kompas

UMNO Sedang Hadapi Masalah, Kata Azalina.

Shah Alam: Umno sedang menghadapi masalah dengan orang Melayu menyebabkan mereka tidak menyokong parti itu,, kata bekas Ketua Puteri Umno Datuk Seri Azalina Othman Said. illustrasi thenutgraph

“Umno menghadapi masalah dalaman hingga orang benci kepada Umno.

“Banyak sabotaj dalam Umno, ” katanya di majlis dengan Puteri Umno Selangor hari ini.

Beliau berkata, pegawai kerajan dari kementerian pengajian tinggi, jabatan pelajaran, pejabat tanah tidak sokong kerajaan.

“Kita ada masalah imej Melayu. Kes SPRM, kes video seks Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Telah dimanipulasi hingga orang kata Umno yang buat.

“Dalam video seks orang kenal siapa Tan Sri Rahim (Thamby Chik),” tambahnya.

Azalina berkata, Umno juga menghadapi masalah dengan pengundi Melayu di bandar.

Katanya, profesional Melayu bandar tidak pedulikan Umno, sebaliknya mementingkan soal gaji dan keluarga mereka.

Ada wakil rakyat kita (Melayu) yang orang menyampah, ada berjabat tangan tidak tengok muka,” katanya. -FMT

Ulasan GB

Tu dia. Pendedahan dari bekas Ketua Puteri UMNO sendiri.

Orang dah benci UMNO. Yang terpekik terlolong kata UMNO kuat hanya untuk melindungi kebobrokan parti. Benar UMNO BN memenangi beberapa pilihanraya kecil mutakhir ini, tetapi itu pilihanraya kecil... yang semuanya boleh dimanipulasi dan undi boleh dibeli.

GB pernah mengulas sebelum ini iaiatu sebaik saja peristiwa tsunami melanda Jepun. Petikan:


Perdana Menteri Jepun Naoto Kan berkata gempa bumi menyebabkan “kemusnahan besar” di bahagian timur laut Jepun.

Laporan Reuters menyebut sebuah kapal yang membawa 100 orang dihanyutkan oleh tsunami.

Itu di Jepun.

UMNO BN sepastinya mengharapkan tsunami itu tidak datang menimpa Malaysia. Itu harapan mereka. Tetapi tiada siapa tahu perancangan dan pekerjaan Allah s.w.t.

Apakah Najib akan terus angkuh dan sombong untuk melakukan pengkhianatan terhadap federalisma dan akan terus menekan negeri-negeri Pakatan Rakyat seperti mengebas wang royalti Kelantan disamping cuba membuli kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat?

Kita katakan: Silakan. Ketawakanlah kami seperti mana kamu pernah tertawakan kami sewaktu kami menyatakan kami akan hapuskan majoriti dua pertiga UMNO BN di Dewan Rakyat. Dan akhirnya kami benar dan kami menang. Dua pertiga majoriti kamu benar-benar terhapus.

Tsunami akan datang lagi untuk mengajar kamu-kamu dari UMNO BN untuk ayuh bungkus dari Putrajaya bagi memberi laluan kepada pemerintah baru Malaysia - semestinya dari Pakatan Rakyat!
-GB


Tiba-tiba selepas sahaja tsunami Jepun, Malaysia dilanda tsunami video seks dan kematian seorang lagi rakyat Malaysia di bangunan SPRM.

Kedua-dua insiden itu menghakiskan lagi kepercayaan rakyat terhadap UMNO BN.

Dan keputusan PRN Sarawak nanti adalah endorsement terhadap penolakan rakyat terhadap UMNO yang GB maksudkan itu.